The first 191 lines.
[ Penafian: Semua tempat, watak, firma dan peristiwa yang digambarkan adalah rekaan. ]
[ Lama tak jumpa. Ini Lee Bu-jeong. Saya tak tahu jika awak masih ingat saya. ]
[ Lama tak jumpa. Ini Lee Bu-jeong. Saya tak tahu jika awak masih ingat saya. ]
Hai, Just.
Awak dah habis kerjakah?
Pekerja seterusnya datang lambat,
jadi saya melepak di sini saja.
Awak di mana? Rumah?
Ya.
Awak tahu lagu yang saya mainkan
di upacara pengebumian Jeong-woo? Lagu temanya?
Awak ingat?
Itu muzik latar dan nada dering telefonnya.
[ Telefon yang dia guna sebelum dia tukar nombornya. ]
Helo?
Ya, teruskan.
Seorang pelanggan tertinggal telefonnya di sini dan kembali
untuk mengambilnya semula. Ia buat saya teringat sesuatu.
Orang itu?
Ya.
Lee Bu-jeong.
[ Ini Lee Bu-jeong. Saya tak dapat datang. Panggilan tak berjawab ]
Terkejut saya.
Saya ingat telefon saya dah hilang.
Saya rasa awak dapat mesej.
Yakah?
[ Dunia tanpa kesakitan Kaunseling untuk pesakit kemurungan ]
Ibu tunggal yang awak keluar bersama
.namanya Lee Bu-jeong, bukan?
Macam mana awak kenal dia?
Awak baca mesej saya?
Tidak.
Ia muncul semasa saya pegang telefon awak.
Dia bukan ibu tunggal itu.
Jadi siapa dia?
Awak boleh terimakah?
Dia wanita yang saya kenal.
Kami mungkin mati bersama.
Saya bergurau saja.
Awak tunggu panggilan seseorang?
Tidak.
Patutkah kita beli mesin pengering?
Melihat hujan turun, saya rasa kita perlukannya.
Kenapa tiba-tiba cakap tentang mesin pengering?
Awak tak selesa kalau saya sidai baju di ruang tamu.
Awak kata rasa macam kem sementara
dan kita dah jadi miskin.
Saya tak sedar semasa kita pindah ke sini,
tetapi peti ais
dan peti ais kimchi terlalu besar untuk bilik yang kecil.
Kita beli mesin basuh di balkoni
kerana mak saya rasa itu lebih baik.
Mari kita lihat.
Bahagian Peralatan Rumah sedang mengadakan jualan murah.
Sekiranya saya dapat diskaun pekerja…
Patutkah kita tukar semuanya?
Macam mana?
Lebih murah jika beli semuanya sekali gus.
Jika kita dapat diskaun untuk pasangan pengantin baharu
dan pelan bayaran ansuran selama 60 bulan,
kita akan membayar kira-kira 130,000 won setiap bulan.
Apa?
Macam mana dengan apa yang kita dah ada?
Buang?
Kenapa buang?
Kita boleh berikan kepada sesiapa.
Saya tahu! Apa kata kita letak semuanya di rumah mak?
Saya perasan rumahnya
nampak kosong sebab kita dah ambil semuanya.
Kenapa? Mak suruh awak kembalikan semuanya?
Taklah.
Saya bersumpah dia tak pernah minta pun.
Jadi kenapa nak tukar benda yang sudah elok?
Selama lima tahun ini, semuanya baik-baik saja. Lebih baik daripada kita.
Kenapa awak gelisah lagi?
Ia satu cadangan sebab awak bekerja keras.
Kita dah bayar semuanya bulan lepas.
Bayar apa?
Ansuran itu.
Kita beli semua barang ini lima tahun lalu dengan diskaun pengantin baharu.
Serta pelan bayaran ansuran 60 bulan.
[ Halaman tidak ditemui Sila semak semula ]
Ya?
Ini kali pertama saya…
[ Kepada Penulis Lee Bu-jeong, Terima kasih kerana menulis dengan sempurna ]
[ Ayah, saya rasa apabila saya berumur lebih 40 tahun… ]
Saya sangat malu
sehinggakan saya rasa macam nak mati sekarang!
[ Ayah, Jeong Jeong-woo, Saya, Nam Min-su / Mak, Nam Hee-sun ]
Kalau sama macam sebelumnya, matilah awak.
Jadi
VIP yang awak tak boleh dedahkan ialah Jeong A-ran?
Awak dah tahu?
Biar betul.
Kenapa awak berahsia dengan saya?
Kekok pula.
Aduhai, Gang-jae.
Macam mana awak boleh tahu secepat ini?
Saya cuma beritahu yang dia bekerja di syarikat penerbitan.
Pentingkah?
Apa yang penting adalah awak cuba untuk mengumpan saya.
Saya bukan nak umpan awak.
Saya cuma nak lindungi klien saya.
Buku?
Ya.
Saya patut belajar tentang VIP itu.
Saya perlukan maklumat untuk melakukannya.
Tak nampak macam awak beli.
Macam mana awak tahu?
Tertulis di situ, "Bukan untuk dijual", mestilah saya boleh tahu.
Awak pergi ke syarikat penerbitan?
Tak juga.
Jadi awak ambil dari mana?
Yalah…
Saya dapat daripada seorang wanita yang saya kenal.
Wanita yang awak kenal?
Siapa?
Awak tak kenal dia.
Apa yang penting, kenalan saya.
Awak dah besar, Gang-jae.
Awak kenal wanita yang saya tak kenal.
Dah tiga tahun sejak saya tinggalkan tempat ini.
Betul.
Jadi?
Berapa banyak yang awak tahu?
Saya tahu secukupnya.
Saya sembunyikan maklumat
bukan sebab saya tak percayakan awak.
Dunia zaman sekarang
berbeza dengan keadaan sebelum ini.
Yakah?
Sejujurnya,
orang memuja selebriti atau apa saja
kalau mereka fikir selebriti itu baik,
menganggap yang mereka "terjaga" serta mempunyai perwatakan yang baik,
dan mereka akan diagung-agungkan.
Tapi kalau ada kesilapan kecil,
mereka akan menghentam dan menghancurkan hidup selebriti itu.
Dia melakonkan watak sampingan sepanjang hidupnya,
tapi dengan kejayaan buku ini,
dia bangkit menjadi bintang
dengan imej orang dewasa yang benar-benar "terjaga".
Kalau skandal yang kecil timbul,
hidupnya akan musnah.
Jadi awak penuh rasa setia?
Setia konon.
Cuma
saya rasa kasihan melihat bagaimana
dia berhempas-pulas untuk terus hidup.
Jadi apa yang awak nak daripada saya sebenarnya?
Sebenarnya…
Pertama sekali,
apa kata awak
tidur dengan dia?
Kita akan fikir apa langkah yang seterusnya nanti.
Kalau awak rapat dengan dia, lebih mudah untuk mengawasinya.
Bagi wanita sepertinya, berjumpa dengan lelaki seperti awak
adalah satu kelemahan.
Lelaki seperti saya?
Kenapa awak sensitif sangat?
Okey, saya silap.
Bukan awak,
tapi kita.
Lelaki seperti kita.
Lelaki seperti kita konon.
Aduhai.
Jumpa esok.
Awak patut isi semula tisu basah.
Okey. Selamat tinggal.
[ Bas bernombor 7728 akan tiba sebentar lagi. ]
[ Maklumat terkini Bas terakhir akan tiba dalam lapan minit ]
Awak dah tidur?
Saya ingatkan
awak nak minum ini sebab tadi awak tak boleh.
Maaf. Sambunglah tidur.
Kalau awak nak beli, belilah.
Mesin pengering.
Kalau awak nak peti ais baharu, beli sajalah.
Saya tak marah.
Memang betul semuanya tak sesuai.
Saya buat awak kecewa, bukan?
Apa maksud awak?
Saya cuma terfikir.
Hanya kita berdua saja di rumah.
Tapi saya lembab
dan selalu cakap perkara yang menyakitkan hati.
Awak seorang yang bijak.
Jadi saya fikir
tentu awak sangat kecewa dengan saya.
Awak menyindir saya?
Tidak.
No comments yet. Be the first to leave one.