The first 200 lines.
Ini sebuah hospital.
"Hospital Besar Amakasu"
Bangunan yang kelihatan biasa ini...
...telah dibina 27 tahun lepas.
Hai, Encik Igarashi.
Pasukan penyelidikan saya ditugaskan...
...untuk menghasilkan perisian pembantu tafsiran radiogram...
...dengan menggunakan kecerdasan buatan terkini.
Saya ingin mengumpulkan ahli-ahli kumpulan...
...yang terbaik saja dari seluruh dunia.
Saya mahu awak menyertai pasukan saya.
"Hospital Universiti Perubatan Ryoyo"
Awak melantik saya menjadi pengarah hospital gabungan?
Awak banyak membantu dalam kes Encik Anno.
Saya akan tunaikan janji saya.
Terima kasih.
Walaupun pengarah digantikan dengan orang lain...
...operasi hospital itu tidak begitu baik.
Kalau awak tak tinggalkan kapal yang hampir karam...
...awak juga akan tenggelam.
Selamat pagi.
Kenapa awak masih ada di rumah?
Saya belum pergi kerja lagi.
Kita bertiga patut pergi bercuti di Hawaii.
Kita juga boleh meraikan kemasukan Kanako ke universiti.
Kenapa tiba-tiba saja?
Apa?
Sebenarnya, ayah dilantik...
...menjadi pengarah hospital gabungan...
...dengan Hospital Universiti Perubatan Ryoyo.
Jadi gaji ayah akan bertambah dua kali ganda.
Apa kata kita pergi ke sini?
Lihatlah.
Ibu nak makan pankek. - Saya nak pergi ke sini.
Seronoknya.
Maaf. Awak tak apa-apa?
Ya.
Saya nak beli ini. - Cuaca semakin panas sekarang.
Ya.
Nampaknya Doktor Amakasu dah pulih selepas pembedahan.
Baguslah.
Saya harap dia tak terlalu kuat bekerja selepas ini.
Kita tak tahu lagi.
Lagipun kita masih kekurangan pakar radiologi.
Seksa rasanya menganalisis imbasan tanpa henti dengan Doktor Kaburagi.
Tambahan pula, ada serangga aneh yang mengganggu kita di sini.
Saya juga takkan kalah.
Saya takkan kalah dengan awak.
Tak kira dalam urusan kerja atau cinta.
Saya takkan kalah.
Hei.
Awak tak apa-apa?
Lelaki tadi.
Maaf, pak cik. Pak cik cari siapa?
Orang luar tidak dibenarkan masuk ke sini.
Aduh!
Helo.
Berdiri betul-betul.
Lama kita tidak berjumpa. - Lama kita tidak berjumpa.
Ada apa encik datang ke sini?
Siapa itu?
Saya tak tahu.
Selamat pagi.
Ayah.
Ayah buat apa di sini?
"Ayah"? - "Ayah"?
Ini kali pertama Igarashi dan Hirose berjumpa dengannya.
Ini bekas pengarah hospital, Encik Amakasu.
Dia ayah Doktor Amakasu.
Encik!
"Radiation House: Episod 10"
Begitu rupanya. Terima kasih, ibu.
Okey.
Maafkan saya...
...kerana panggil encik "pak cik" tadi.
Biadabnya saya.
Encik. - Maafkan saya.
Ada apa encik datang ke sini?
Saya cuma rasa...
...macam dah lama tak datang ke hospital ini.
Begitu rupanya.
Semua orang masih rajin bekerja seperti dulu.
Maaf kerana menyusahkan kamu semua.
Mari kita pergi, ayah.
Tolong saya uruskan kes-kes ini.
Jaga diri.
Kami pergi dulu. - Jumpa lagi.
Terima kasih.
Kamu hantar ayah sampai di sini saja.
Saya akan pergi selepas ibu datang jemput ayah.
Kamu pergilah.
Pergi sambung buat kerja kamu.
Baiklah. Jaga diri.
Apa yang terjadi pada ayah Doktor Amakasu?
Saya dengar dia kemurungan.
Kemurungan?
Sebab itukah dia bersara?
Ya.
Dia sangat kuat sebelum dia jatuh sakit.
Betul.
Tiada langsung bayangan...
...senyuman pada wajahnya.
Mungkin dia sakit di mana-mana. Dia tak berhenti menangis.
Saya takut kalau-kalau tulangnya patah.
Biar saya buat pemeriksaan.
Jangan takut.
"Permohonan Peletakan Jawatan"
Saya harap awak boleh terima.
Awak serius?
Saya ditawarkan untuk menjadi pengarah...
...hospital gabungan Hospital Universiti Perubatan Ryoyo.
Saya agak keberatan untuk mengambil keputusan ini...
...kerana jawatan saya di Hospital Besar Amakasu.
Rasalah teh lobak ungu Tsukuba ini.
Khabarnya ia mempunyai kesan antipenuaan.
Terima kasih.
Walaupun keputusan ini amat sukar bagi saya...
Saya pasti sunyi selepas awak pergi.
Berkuranglah teman minum petang saya.
Maafkan saya tapi...
...selepas bekas pengarah hospital, Encik Amakasu bersara...
...kadar keuntungan hospital ini semakin menurun.
Saya ada keluarga untuk disara.
Saya harap awak faham.
Saya minta diri dulu.
"Hospital Universiti Perubatan Ryoyo"
Saya akan tinggalkan hospital ini.
Encik Amakasu?
Kaburagi.
Encik Amakasu.
Encik Amakasu.
Encik Amakasu!
Cepat ambil usung!
Baik.
Encik Amakasu.
Berikan laluan.
Berikan laluan.
Apa? Baik. Saya datang sekarang.
Ayah.
Ayah tak apa-apa?
Dia sakit kepala sekejap saja. Nampaknya dia tak apa-apa sekarang.
Terima kasih.
Maaf...
...kerana buat kamu risau.
Ayah.
Doktor Amakasu.
Saya dengar ayah awak pengsan.
Dia tak apa-apa?
Terima kasih kerana ambil berat.
Keadaannya stabil sekarang.
Baguslah.
Tapi lebih baik kalau dia menjalani pemeriksaan.
Dia pernah menjalani pemeriksaan di sini enam bulan lepas.
Sejak itu, ayah saya kemurungan.
Setiap kali dia berdiri, dia akan rasa sakit kepala.
Tapi kami tak jumpa apa-apa luka yang menyebabkan dia sakit kepala.
Saya rasa ini mungkin penyakit mental.
Macam mana dengan awak?
Awak tak apa-apa?
Kalau ada apa-apa yang saya boleh bantu...
...awak boleh beritahu saya.
Saya nak tolong awak.
Terima kasih.
Tapi...
...penyakitnya tak dapat dirawat sekelip mata.
"Amakasu Shouichi"
Awak jumpa apa-apa?
Saya tak jumpa apa-apa pun.
Yakah?
Penyakit mental takkan kelihatan dalam imbasan.
Terima kasih.
Sama-sama.
Shimada Hikari.
Ya.
Saya boleh jaga anak awak sementara awak menjalani pemeriksaan.
Tidak, bukan saya yang sakit.
Apa? Budak kecil?
Tak nak. - Tolonglah.
Saya tak pernah membuat imbasan pada kanak-kanak.
Tolonglah saya. - Saya pun tak pernah.
Memang betul itu dia.
Awak kenal dia?
Budak itu disyaki patah tulang humerus kanan...
...dan datang menjalani pemeriksaan tiga bulan lepas.
Biar saya lihat. - Okey.
Tulangnya patah lagi?
Anehnya.
Tulang kanak-kanak lembut tapi ia tidak begitu mudah patah.
Tamaki ada pengalaman jadi saya serahkan kepada awak saja.
Tunjukkan kebolehan awak.
Jangan takut.
Riak wajahnya terlalu menakutkan.
Mari sini.
Okey.
Mari kita buat pemeriksaan.
Hebatnya.
Budak itu boleh nampak hati siapa yang lebih suci.
Maaflah hati saya tak suci.
Okey, jangan takut.
Saya akan buat imbasan sekarang.
No comments yet. Be the first to leave one.