The first 118 lines.
DIPENUHI
Cid perlu bayar kita lebih untuk misi itu.
Misi itu tak begitu teruk.
Dia tak cakap yang zon jatuhan dipenuhi Gundark.
Ini bukan kali pertama dia tak beritahu maklumat penting.
Sejak bila tempat ini jadi popular?
Siapa mereka?
Bukan masalah kita. Mari cari Cid.
Awak nak ke mana?
Kamu tak boleh masuk ke dalam pejabat orang lain tanpa memberitahu.
Ini bukan pejabat awak.
Cuba teka lagi.
-Ruby? -Ia haiwan kesayangan saya.
Apa awak buat dengannya?
Saya dah membelinya. Cid yang menghantarnya.
Di mana Cid?
Tiada di sini.
Kini, bar ini dan Ord Mantell ialah kawasan saya.
Namun, jika kamu nak cari kerja, saya mungkin perlukan kamu.
Kami akan fikirkan dulu.
Baiklah.
Kita akan keluar dari Ord Mantell. Tech, sediakan kapal.
Yang lain akan mengumpulkan bekalan.
Bagaimana dengan Cid?
Apa maksud dia semasa dia cakap Cid tiada di sini?
Berdasarkan nadanya, sama ada Cid dipaksa keluar atau dibunuh.
Kita perlu cari dia dan tolong dia.
Saya gembira melihat salah seorang daripada kamu prihatin akan saya.
Masuk. Sekarang.
Jadi, kamu dah bertemu Roland.
Dia bekas klien saya dan anak bos jenayah, Isa Durand.
Roland cuba membina namanya sendiri dengan menyertai Pyke.
Apa yang dia buat di Ord Mantell?
Pelabuhan ini bersambung dengan banyak laluan angkasa hiper,
sesuai untuk menyeludup.
Bar saya terkenal dengan perkhidmatan menyeludup.
Sebab itulah Roland mengambilnya.
Namun, kita akan rampasnya kembali.
-Kita? -Jika saya kalah, kamu juga akan kalah.
Jangan lupa yang saya pandai menyimpan rahsia.
Saya rasa dia sedang ugut kita.
Awak memang bijak.
Ketika kita perlukan bantuan, kami minta bantuan Cid, ingat?
Sekarang, dia perlukan bantuan.
Kita tak boleh pergi begitu saja.
Bagus, Tiny.
Jadi, apa rancangan awak?
Menurut sumber saya, ada pembeli akan bertemu Roland malam ini
untuk dapatkan penghantaran rempah yang dia simpan di pejabat saya.
Awak nak ganggu rantaian bekalan dia dengan mencuri dan sabotaj perjanjian itu?
Bagus, Goggles.
Apabila Pyke datang nak kutip duit mereka,
Roland takkan boleh bayar dan mereka akan uruskan dia.
Ayuh turun.
Kita di mana?
Terowong lombong lama Ord Mantell.
Landasan ini melalui seluruh bawah tanah bandar ini.
Kita akan menyelinap masuk ke dalam bar saya untuk curi rempah itu
melalui landasan ini.
Kenapa tak kita masuk ke sana dan mengambilnya begitu saja?
Kita boleh uruskan pengawal itu.
Tiada sesiapa boleh tahu kita terlibat.
Roland dah cukup bermasalah, tapi habislah kita jika Pyke menjadi musuh kita.
Kita akan guna troli ini untuk mengangkut peti-peti rempah itu.
Ia tak berada dalam keadaan yang baik, tapi saya boleh hidupkan enjinnya.
Tidak. Enjin terlalu bising. Ini misi rahsia.
Kepakaran kamu adalah misi rahsia, bukan?
Tiny, Goggles, ikut saya.
Dengar sini.
Apabila kita melalui pintu itu, kita tak boleh buat bising.
Jangan sampai kawanan itu terjaga.
Apa?
Gua ini ada masalah serangga perosak.
Kami tak takutkan serangga.
Ia takkan jadi masalah jika semua orang tak buat bising.
Lelaki besar, buka pintu.
Apa itu?
Saya dah cakap tadi, bukan?
Saya tak sengaja.
Teruskan.
Kita dah sampai.
Tangga ini menghala ke pejabat belakang saya.
Ayuh.
Bagaimana kita nak tahu jika Roland tiada di pejabat?
Saya dah uruskannya.
Ruby?
Jangan berdiri saja.
Cari Ruby!
Selamat.
Rupa-rupanya, ada orang lebih pengotor daripada Wrecker.
Diam. Roland akan kembali nanti.
Ada enam peti rempah.
Serahkannya kepada saya.
Di mana Ruby?
Kami dah cari di semua tempat, tapi kami tak menemuinya.
Teruskan mencari.
Jangan biarkan ia bising.
Beri ia makanan lagi.
Ini semua salah awak!
Okey. Rancangan baru.
Pengecut!
Itu pun awak.
Bagus.
Kejar mereka.
Kita kesuntukan masa.
Ambil dua peti rempah terakhir.
Saya akan tutup pintu.
Jangan risau. Kita akan tangkap mereka berdua dan bunuh mereka. Ya, baiklah.
Mulai sekarang, awak perlu sentiasa dekat dengan saya.
Rempah itu.
Ia dah hilang!
Ia dah cukup ketat. Mari.
Itu mereka!
Ada musuh datang!
-Jangan guna senapang laser. -Mereka pun guna senapang laser!
Jika kawanan serangga itu terjaga, kita semua akan mati.
Bunyi apa itu?
Cid, habislah kita.
No comments yet. Be the first to leave one.