The first 200 lines.
NIKMATI HIDUP. KERAP KETAWA. SALING SAYANG PREM G. VIJAN (1952- 2013)
Putera Harry!
Hariya!
Awak nampak kucing saya?
Putera Harry.
Putera Harry, awak di mana?
PUTERA "HARIYA" HARRY
SELAMAT DATANG KE MALAM TAMBOLA
KELAB DIRAJA DELHI
LEO "SI GASANG" MATTHEWS
Awak nampak Putera Harry?
Kucing saya!
Putera Harry.
Berambus!
YASH "SI PENAGIH" BATRA
Meja nombor empat dan sembilan!
Ini cara kita layan pelanggan? Ayuh, semua!
Putera Harry!
Putera Harry!
Di mana Guppie Ram? Kenapa dia tiada?
Si tua itu hilang sepanjang malam.
Saya tak tahu di mana!
Ayuh! Serigala berada di pintu pagar!
Tuan Raja, kereta baharu?
Sentiasa.
Sedia berkhidmat, tuanku.
Selamat datang.
Beli sesuatu yang bagus untuk anak-anak awak.
RANNVIJAY "SI SUKA MENUNJUK" SINGH
Saya tak nak berada dekat dengan mana-mana calon malam ini.
Telatah pilihan raya mereka hanya akan habiskan bajet kita.
Tuan Raja, misalnya. Dia akan memesan Scotch tanpa henti.
Dia itu penipu.
Pelayan akan masukkan dalam bil kita.
Shehnaz pula,
dia tawarkan watak dalam filem kepada separuh ahli kelab
disebabkan pilihan raya.
Tengok, dia tak jawab panggilan saya.
Saya dah telefon berkali-kali, tapi dia tak jawab.
Saya pasti dia takkan datang.
Perempuan Bengali itu nak jadikan anak saya berhaluan kiri.
Mala, jangan buat perangai mak-mak biasa. "Perempuan itu beri pengaruh buruk!"
Saya salah cakap, mak?
Dia tinggal di Kolkata sejak tiga tahun lepas. Okey.
Tapi apabila kembali, dia patut tinggal bersama kita, bukan?
Apa guna datang ke Delhi kalau tak tinggal bersama kita?
Bukan itu saja, cakap pun macam Bengali sekarang.
- Apa? - Dia kata, "Kelab simbol
keistimewaan dan kelas."
Kelas apa?
- Lihatlah kita. - Betul.
Kita bawa kereta yang dah lapan tahun ini.
- Kereta buruk! - Tiada sesiapa tawarkan payung.
Sejak bila hujan mula turun pada bulan November?
Amaran global.
Pemanasan, mak.
Tapi itu amaran.
Putera Harry!
Putera Harry.
Putera Harry.
Helo, semua. Berkumpul untuk gambar kumpulan.
Sila datang ke kawasan pentas utama.
Dengar, Tambola hanya akan bermula selepas gambar kumpulan.
Helo, Bhaisahab.
Bar masih akan dibuka selepas ambil gambar.
Mabuklah sepuas-puasnya.
- Awak boleh berdiri di sini dan… - Helo!
Hai, comel.
Dah jumpa kucing awak?
Suka budak-budak.
- Cepat! - Bhatti!
- Mari… - Tak payah jadi ketua kelas.
Penggal awak akan berakhir.
Saya pun menunggu juga, Tuan Raja.
Selepas pilihan raya berakhir hari Khamis, saya akan menari!
Semua, pusingan seterusnya saya bayar!
Tuan, awak tahu minuman percuma.
AKASH "SI KASIHAN" DOGRA
Hei, Dogra!
Mari sini.
Tuan Raja!
Apa ini, tuan?
Hanya dua tiket?
Beri dua lagi, tapi jangan minta duit.
Kenapa gelas kosong?
- Staf! - Adik!
- Itu dia. - Apa ini?
- Cawan Tuan Raja tak boleh kosong. - Tak pernah! "Tuanku!"
- Sentiasa "Tuanku." - Tuanku.
Staf akan panggil saya "Tuanku" dan…
beli sesuatu untuk anak-anak awak.
Saya sangat bangga dengan Yashu. Sangat bangga!
Awak tahu pusat pemulihan di UK? Hebat!
Hebat!
Hanya beberapa lakh sebulan!
Hanya beberapa lakh,
semua ketagihan dadah hilang! Terus bersih!
ROSHNI "SI SUKA MENGARUT" BATRA
Awak tahu mereka ada kolam renang tertutup yang hangat,
tuala wangi dan susyi?
Saya kata, "Beginilah.
Saya nak buat-buat gian dan masuk ke sini! "
- Helo. - Helo.
- Apa khabar? - Baik.
Anak "komunis" mak ada di sini.
Mak pasti saya anak mak? Kadang-kadang, rasa macam…
saya ditukar di hospital.
Bukan di hospital, nak. Kamu tukar personaliti.
Kamu di Delhi selama seminggu dan tak datang jumpa mak pun.
Tak telefon mak.
Siapa kami bagi kamu? Esok, kalau kami mati,
- kamu takkan kisah pun. Betul tak? - Mak…
- Mak… - Mak telefon kamu 17 kali!
- Tak tengok telefon? - Mak…
- Tak biru pun… - Mak…
…yang bermakna kamu tak baca mesej.
- Mak… - Mak cuma
ajak datang Malam Tambola ini demi mak kamu…
Saya ada, bukan? Saya berdiri di sini. Nampak?
Baiklah, mari tangkap gambar. Mari.
Mak, semua pakaian mewah ini bukan tempat saya.
Okey.
"Tempat" kamu cuma dengan perempuan itu, bukan?
Mak, saya tiada kaitan dengan dia.
Saya ada teman wanita.
Mak tahu siapa yang tiada apa-apa, teman wanita, yang bukan.
- Mak tahu semuanya… - Cukup!
Datang ke sini untuk gambar.
- Kita perlu mulakan tambola. - Kenapa dengan hujan November ini?
Ini panggilan terakhir!
Kasihan petani.
- Hai, ya! Maafkan saya. - Ya.
Helo.
Dia risau tentang petani?
Dia pun asal dari tanah kotor, jadi…
SHEHNAZ "SI DIVA" NOORANI
Shehnaz, saya gembira awak datang walaupun ada penggambaran.
Oh ya, magenta sangat sesuai dengan awak.
Hijau?
Kelabu?
- Emas. - Itulah awak.
Pisau kek perak?
Saya tak tahu di mana pisau kek perak.
Pergi tanya pelayan lain.
Berapa usianya?
- Datuk saya beri. Asli. - Datuk awak?
Ya, datuk saya.
Maafkan saya.
Tolong kekal di tempat kamu, ya?
Semua orang, mari. Jom, ambil gambar.
Bhatti…
Apa yang berlaku?
- Saya masih presiden. - Maaf!
- Penggal awak hampir tamat. - Apa maksudnya?
- Tak apa. - Okey, semua orang ada?
- Ya! - Tunggu sebentar! Tunggu kami.
Helo, Pn. Nayyar, cantiknya.
Boleh tolong pindah?
- Sedikit saja. Mari! - Okey.
- Cepat! - Ya, cepat.
- Ya. - Semua orang,
- berikan senyuman terbaik. Okey? - Senyuman terbaik!
Ya, seperti keluarga bahagia.
Pn. Shehnaz, aduhai. Senyuman yang tak dapat dilupakan.
Ya, puan.
Tunjukkan senyuman terbaik awak, sebab selepas pilihan raya…
Saya akan sangat sibuk selepas pilihan raya, En. Singh.
Saya perlu bina tandas di kawasan taman dapur, bukan?
Langkah mayat saya dulu!
Kalau itu yang diperlukan.
- Okey. Dah sedia? - Ya!
Satu, dua…
Tak guna.
BAMBI "SI JANDA" TODI
Puan, awak okey?
Hei, tunggu.
Macam mana awak boleh ambil gambar tanpa gadis tercantik di kelab?
- Nenek… - Mari pergi!
- Nak, kamu dah rasa serasi? - Mak…
- Ada sesiapa yang tertinggal? Sedia? - Senyum.
Satu, dua…
Aku telan penipuanmu
Bergenang air mata dengan senyuman luka
Memungkiri janji, meninggalkanku
Kau berlalu pergi
Sayang
Yang tak bersalah dan naif
Mematahkan hatiku, meninggalkanku
Kau berlalu pergi
Shalini.
- Tuan. - Ya?
Biar saya buat.
Tak boleh, Padam.
Saya dah janji di depan Shalini
yang saya akan belajar letak kereta selari sebelum saya sampai ke Lucknow.
Saya ada sepuluh hari lagi.
Saya pun dah janji. Janji nak kahwin tahun lepas.
Saya tengok 23 gadis. Dua perempuan sebulan.
Tapi tiada kad kahwin yang dicetak lagi.
Itu sebab awak tengok saja.
No comments yet. Be the first to leave one.