The first 200 lines.
=Episod 1=-
Kamu datang dari mana?
Sini je tempat untuk kamu minum.
Kamu dari Muzu ke?
Rupa kamu tak nampak macam dari Georan.
Kamu dari Malgal ke?
Omo, kamu ada pedang. Kamu pahlawan?
Wain ni rasa tak sedap,
dan awak pula kuat membebel.
Ada sesiapa mati ke?
Atau kamu bunuh seseorang?
Hanya dua jenis manusia yang akan guna jalan ini
dalam cuaca begini.
Sama ada orang yang membunuh manusia...
atau orang yang akan dibunuh.
Awak hidup terlalu lama dengan...
mulut besar yang tak berguna itu.
Patut ke saya potong lidah awak...
supaya awak boleh hidup lama?
Lidah tua ini mungkin tak dapat rasa wain yang sedap,
tapi lidah ni tahu nak cakap sesuatu yang boleh membantu orang lain.
Kamu macam dah terlalu lama berkeliaran.
Kamu nak ke mana?
Saya tengah mencari rumah istirahat.
Saya dengar ada satu...
di kawasan ini yang dapat menenangkan jiwa orang mati.
Kamu mesti tengah cari "Moon Guest House".
Awak tahu?
Saya dengar itu rumah istirahat untuk orang mati...
yang masih berkeliaran dalam dunia ini.
Di mana tempatnya?
Ke mana saya perlu pergi?
Kamu tak boleh ke sana. Hanya orang mati dibenarkan.
Sama macam mereka yang berdiri di sana.
Berapa banyak huru-hara kamu simpan dalam keranda ini?
Mereka mati disebabkan saya.
Siapa lagi yang kamu dah bunuh untuk mereka?
Diam. Beritahu saya cara untuk ke sana.
"Bulan penuh"?
Bulan yang dipenuhi dengan dendam.
Cakap.
Saya cuma nak bertanggungjawab...
atas tindakan saya.
Kamu sendiri tak mampu bertanggungjawab untuk diri sendiri.
Kamu tak mampu...
untuk menjaga kehidupan orang lain.
Saya dah cakap saya akan potong lidah awak...
kalau awak tak berhenti merepek.
Beritahu saya, cara untuk ke sana.
Kalau tempat itu hanya untuk orang mati,
saya rela bunuh diri.
Kesiannya.
Kamu fikir kamu boleh bayar kesemua ganti rugi dengan mengorbankan diri kamu.
Tapi itu hanya sia-sia.
Ini saja benda...
yang boleh saya berikan.
"Moon Guest House"...
adalah tempat roh orang mati berkumpul.
Roh-roh yang berkeliaran, akan ke sana sendiri.
Mereka itu orang yang pernah kamu bunuh.
Ini ke tempatnya?
Aku bunuh semua orang ke?
Aku dah jadi roh jahat ke?
Dan datang ke rumah istirahat ni dengan sendiri?
Sombong dan bodoh.
Kamu gadis menyedihkan yang kesian dengan dirinya sendiri.
Disebabkan kamu jumpa tempat menebus dosa kamu dengan sendiri,
sekarang kamu kena tebus dosa kamu.
=Bulan penuh=-
=Bulan penuh=-
=Rumah Istirahat=-
"Moon Guest House" yang menjadi tempat perlindungan orang mati...
sudah menemui pemilik barunya.
Apa kata kamu semua ikut saya...
ke tempat yang selesa?
=Hotel Del Luna=-
=Tahun 1998=-
Anakku.
Hari ini hari lahir kamu tapi ayah tak boleh belikan Jjajangmyeon.
Tak mengapa. Saya tak lapar.
Jom kita beli Jjajangmyeon.
- Ajussi. - Hei.
- Duit pakcik terjatuh. - Terima kasih.
Oh tuhan, kamu budak yang baik.
Dahi yang luas dan mata yang bersinar.
Wajah kamu sangat bertuah.
Hari ini hari lahir kamu?
Beritahu saya tahun dan waktu kamu dilahirkan.
Hei, ajumma. Kami taknak beli bunga. Sila pergi.
Oh tuhan. Kehidupan masa kecil kamu tak bertuah...
sebab itu kamu dilahirkan sebagai anak dia.
Tapi hubungan ini tak bermasalah.
Zaman kecil kamu susah, maksudnya kamu bertuah bila dewasa.
Kamu sedang membersihkan diri dari nasib malang.
Apa? "Nasib malang"?
Macam mana awak boleh merepek begitu hanya untuk bunga?
Anakku, tunggulah. Ayah akan dapat banyak duit...
dan belikan kamu hadiah hari lahir.
- Betul ke? - Bunga!
Beli bunga untuk hari lahir.
Saya taknak beli bunga.
Bunga pun tak apa.
Jangan beli, ayah boleh petikkan untuk saya.
Jadi jangan buat benda yang berbahaya hanya untuk mendapatkan duit.
Oh tuhan.
Kamu terlalu muda untuk berfikir begitu.
- Tengok. - Cari di seluruh kawasan.
Ada apa-apa ke?
- Di sana. - Periksa di sana.
Cik Jang dah bangun?
Hari ini bulan penuh, jadi saya rasa ramai tetamu akan datang.
Bila bulan terang, mereka boleh nampak tempat ini dari jauh.
Jadi ramai yang akan datang ke sini.
Saya akan hidupkan lampu papan tanda hotel.
Buka hotel ini.
Mood saya tak baik bila bulan penuh.
Dan hari ini, yang paling teruk.
Jangan terima orang yang mati ngeri.
Kita tak sepatutnya memilih tetamu.
Jangan terima.
Mereka tak akan tergesa-gesa, sebab semuanya dah mati.
Saya akan uruskan mereka supaya mereka tak mengganggu Cik.
Bulan tak guna itu.
Muak betul.
Berhenti di situ! Berhenti!
Aigoo.
Wah, aku hampir mati.
Apa itu?
Kena bayar ke kalau masuk sini?
Awak datang sendirian?
Awak ingat ke dah berapa lama awak mati?
Dalam 10 hari.
Rasanya itu lif dia.
Wah, tempat ini besar.
Kena bayar ke kalau duduk di sini?
Awak okay ke? Awak nampak tak sihat.
Kenapa awak basah?
Sungai Han.
Sungai Han?
Dia main air tengah-tengah malam ke?
Tempat ini mahal tak?
Awak rasa saya kena bayar tak kalau duduk di lobi?
Saya tak pasti. Ini kali pertama saya di sini.
Apa yang berlaku...
kepada awak?
Saya jatuh tangga.
Dah lama kita tak ada hantu yang lemas.
- Hantu lemas? - Ya.
Adakah hantu itu nampak kotor?
Ada sedikit...
Cik Jang rasa tak sihat hari ini.
Kita kena bawa dia ke biliknya supaya Cik Jang tak nampak dia.
Baik.
Kenapa, tuan?
Tetamu yang berjalan tadi...
dia tak sepatutnya ada di sini. Dia tersalah masuk.
Maksudnya...
lelaki itu tak mati?
Dia masih hidup?
Kalau Cik Jang nampak dia, dia akan mati.
Kita kena pastikan dia keluar secepat mungkin.
Aku kena bersembunyi di sini untuk beberapa jam.
Nak sembunyi di bilik air ke?
Ya, idea yang bagus. Sembunyi di bilik air.
Ini emas ke?
Wah, benda ini nampak mahal.
Tak boleh. Buat masa sekarang, benda ini tak penting.
Aku harap aku jumpa kau lagi.
Kenapa ada pantai di sini?
Tuan nak berenang?
Kami akan pinjamkan baju renang.
Apa nombor bilik tuan?
Tak, saya... tak mengapa.
Selamat datang.
Terjemahan oleh hyp0 @Mypandasubs
Aku tak tahu bangunan ini tinggi.
Peliknya.
Takutnya.
Manusia yang hidup ada di sini?
Nampak seperti dia sedang berkeliaran di hotel ini...
tanpa mengetahui apa tempat ini.
Kalau dia tak pergi dengan segera, dia akan mati.
Dia akan mati,
tapi kita akan dimarahi kalau Cik Jang tahu.
Cik Jang akan pastikan kita tak lupakan kejadian ini selama 50 tahun.
Kau tahu apa dia akan cakap.
Ini ke kerja yang bagus?
Kamu semua mesti fikir saya tak serius.
Kalau kamu buat kesilapan begini lagi,
saya akan buat kamu naik bas ke alam seterusnya.
Faham?
Ah, tak boleh.
Rasanya ini kesilapan aku. Apa patut aku buat?
Kenapa kau suka salahkan diri?
- Tapi ini memang salah kau. - Apa?
Aku tak boleh bertanggungjawab untuk hal ini.
Aku masih ada benda nak buat di dunia ini.
Aku tak boleh naik bas ke alam seterusnya.
Habislah.
Kenapa manusia bodoh itu datang ke sini? Tak guna.
No comments yet. Be the first to leave one.