Release info

Episode 1
A Commentary by linkinstreet
Disney version

Tags

other
Published on: 2021-10-27
Downloads: 10
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

1992 Amerika Syarikat Pennsylvania

Jika awak boleh bergerak, sila pergi ke arah sini!

Tolong! Tolong!

Ada doktor di sini?

Tolong! Ada doktor?

Ada doktor?

Mak? Mak!

Apa yang awak buat, Ketua Kitami?

Dah nak mula.

Eh? Dah tiba masanya?

Betul cakap awak!

Jaket, ini dia!

Ini tak bagus, ini tak bagus.

Awak tak mandi lagi?

Awak perasan? Saya berbau?

Bukan begitu, tapi...

Ia upacara yang penting.

Jangan cakap begitu.

Awak akan buat saya gementar.

Saya memang tak pandai benda-benda begini.

Beberapa tahun kebelakangan ini, bencana semakin kerap,...

...kemalangan dan insiden yang teruk, ancaman pengganas,...

...dan penyakit berjangkit yang baru.

Demi melindungi rakyat kita,...

...Tokyo membuat keputusan untuk menggunakan aplikasi...

...sistem perubatan baru.

TOKYO MER

Unit Kecemasan Bergerak Tokyo.

Organisasi ini terdiri daripada tiga doktor,...

...dua jururawat, seorang pakar anestesiologi,...

...dan seorang jurutera klinikal,...

...akan segera ke tempat di mana rawatan kecemasan diperlukan...

...dan berikan rawatan pantas walau apa pun situasinya.

Dalam kereta kecemasan ER khas, terdapat bilik pembedahan,...

...di mana pembedahan terkini boleh dijalankan.

Jika operasi percubaan ini berjaya,...

...maka di Tokyo, tidak, seluruh Jepun,...

...kita akan menyaksikan kelahiran...

...bilik rawatan kecemasan bergerak.

Dipindahkan terus ke sini, untuk latihan awak,...

...awak agak bertuah, Dr. Hina.

Saya tak anggap ia bertuah.

Dr. Hina, apa kata awak cuba Instagram?

Idea yang bagus!

Pelatih muda TOKYO MER yang...

...merevolusikan perubatan kecemasan...

Hina Tsurumaki.

Awak akan jadi popular!

Bukan sebab itu saya jadi doktor.

Baiklah!

Nak pergi sekarang?

Apa? Mana Tokumaru?

Saya dah sampai.

Cepat bersiap. Ini upacara yang penting.

Penyelenggaraan harian lebih penting.

Adakah ini semua orang?

Apa? Bukankah sepatutnya ada seorang lagi doktor?

Jika awak maksudkan Dr. Otowa, dia takkan ke upacara hari ini.

Doktor itu bukan dari hospital kita, bukan?

Adakah ini okey? Dia tak tunjuk muka walau sekali pun.

Asalkan dia datang bila kita dihantar.

Jadi, apa yang awak tunggu-tunggu.

Dipersilakan ahli-ahli TOKYO MER...

...dan kereta kecemasan ER khas dilengkapi dengan bilik bedah!

Seperti biasa, persembahan ini saja yang dia mampu buat.

Azusa Akatsuka, Gabenor terhebat Tokyo.

Ketua doktor yang uruskan bahagian ini...

...ialah Dr. Kota Kitami.

Tak pernah dengar namanya. Dia bagus sangat?

Dia pergi ke banyak kawasan peperangan...

...bagi pihak organisasi perubatan antarabangsa.

Dia mungkin mahir dalam khidmat perubatan luar negara...

...tapi bagaimana prestasi dia di Jepun?

Tiada pencapaian hebat dan reputasi yang mantap.

Memandangkan ini projek besar yang...

...diatur di bawah arahan Gabenor Akatsuka,...

...dia ketua yang agak teruk.

Itu kerana tiada siapa mahu jadi alat politik.

Dia mungkin ditolak oleh doktor terkenal di Jepun...

...dan ditinggalkan tanpa pilihan lain...

...tapi untuk panggil beberapa doktor teruk dari luar negara.

TOKYO MER ialah organisasi perubatan...

...di bawah pemantauan terus Gabenor Tokyo.

Mereka cuma ada satu misi.

Di setiap lokasi yang mereka pergi,...

...mereka mesti mengelakkan sebarang kematian.

Sifar kematian, itu mustahil.

Panggilan daripada Pejabat Pengurusan Jenayah Bandar Tokyo.

Ada perlanggaran di antara bas...

...dan trak di Minato-ku, Shibaura, Jalan 5.

Kerosakan teruk, dan ramai mangsa seperti terperangkap dalam bas.

Ia dikelaskan sebagai kejadian berskala sederhana.

Permohonan untuk pelepasan TOKYO MER.

MER terima. Kami dalam perjalanan.

Dr. Hina, cepat!

Apa? Macam itu saja?

- Tutupkannya. - Sekejap.

Sifar kematian? Itu tugas yang besar.

Mari kita lihat apa kemahiran yang mereka ada.

Bilik kecemasan St. Luke, bilik kecemasan Hospital Saiseikai.

Bilik kecemasan Hiroo, Universiti Showa,...

...bilik kecemasan Hospital Toyosu, dan Hospital Kitasato...

...telah berikan keizinan untuk terima tiga pesakit setiap satu.

Baiklah. Skuad penyelamat akan tiba sebentar lagi.

Saya ada video tempat kejadian...

...daripada Agensi Pengurusan Bomba dan Penyelamat.

Pasangkan pada monitor.

Mana skuad penyelamat?

Mereka masih belum jumpa jalan masuk.

Ini Kitami daripada MER.

Tolong jelaskan situasi.

Ini Pejabat Pengurusan Krisis. Kongsi rakaman sekarang.

Baiklah.

Mengesahkan jumlah mangsa untuk diselamatkan.

Sebelas di dalam bas. Satu dalam trak. Jumlah 12 orang.

Ada yang dalam keadaan kritikal dan tak sedarkan diri.

Jumlahnya tidak dapat dipastikan.

MER , terima.

Apabila kita sampai, saya dan Dr. Hina akan lakukan triage .

Okey.

Beri kami sepuluh tanda seorang.

Okey.

Natsume, sediakan AED, IV dan mesin ultrabunyi.

- Sediakan kit resusitasi juga. - Okey.

Tokumaru.

Sediakan bilik pembedahan dengan Minh sebaik saja kita sampai.

- Baiklah. - Dr. Fuyuki.

Kita mungkin akan membedah beberapa orang sekali gus.

- Bersedia untuk beri bantuan. - Saya akan buat yang terbaik.

- Awak rasa ia akan okey? - Apa yang akan berlaku?

Ketua Kitami.

Tiada siapa tahu apa yang dia boleh buat, bukan?

Fokus pada kerja awak sendiri.

Maafkan saya.

- MER tiba lagi tiga minit. - Bawa mereka ke Jalan Nagisa.

Arahkan kenderaan kecemasan bersedia di Jalan Kaigan.

Jika sebuah khemah bantuan diperlukan,...

...tutup Taman Futo dan tolong dirikan di sana.

Baiklah.

- Minh, sediakan lima IV. - Okey.

Dr. Fuyuki, tolong sediakan anestesia juga.

Baiklah.

- Nah. - Mari.

Dr. Hina, jangan lupa tulis maklumat rawatan...

...sambil meletakkan tanda.

- Okey. - Natsume.

Ambil tekanan darah, bermula daripada orang bertanda merah.

Saya akan mengambil ketepuan oksigen juga.

Terima kasih.

Saya ada larutan salinus, sepuluh sejuk dan sepuluh suam.

Okey.

Letakkan ke depan!

Teruskan periksa mangsa!

Baiklah!

Padamkannya! Jangan biarkan ia menyala!

Teruskan guna pemotong enjin! Cepat buka bukaan kaca!

Di sini.

Awak komander skuad penyelamat, bukan?

Kami akan masuk dulu lepas pemotongan selesai.

Kami akan buat triage , jadi bawa orang dengan tanda merah dulu.

Awak siapa?

Maafkan saya.

Saya Kitami, daripada TOKYO MER .

Benda yang gabenor tubuhkan untuk kelihatan hebat?

Jangan masuk campur sehingga aktiviti penyelamatan selesai.

Saya tak boleh buat begitu, Senju.

Kerja saya juga di sini.

Doktor patut tunggu di dalam bilik bedah mereka.

Tugas kami adalah selamatkan orang dari tempat yang berbahaya.

Saya ketua di sini!

Ini bukan masanya untuk bincang siapa yang bertanggungjawab.

Yang paling penting ialah menyelamatkan nyawa.

Komander Senju, ia dah dibuka!

Baiklah. Periksa keselamatan sebelum masuk.

Hei! Tunggu!

Biar betul.

Seseorang... Tolong panggil doktor!

Semua! Saya Dr. Kitami.

Semuanya akan baik-baik saja. Tolong jangan panik.

Lengan saya...

Tolong! Ada sesuatu yang tak kena dengan anak saya.

Baiklah.

Semua orang, siapa yang boleh keluar dari bas dahulu?

Awak faham?

Boleh awak beritahu nama awak?

- Yamada. - Encik Yamada.

Tangan awak yang sakit, bukan?

Saya akan kembali sebentar lagi. Awak akan okey.

Tanda kuning, harus dimasukkan ke hospital.

Tuan tak apa-apa?

Apa nama anak awak?

- Taiyo. - Taiyo!

Awak tak apa-apa, bukan?

Helo? Awak sedar?

Maafkan saya.

Tanda merah, nyawa terancam.

Awak sedar tak, anak muda?

Dada awak yang sakit, bukan?

Boleh awak beritahu nama awak?

- Sakurai. - Sakurai. Awak akan okey.

TOKYO MER: Mobile Emergency Room subtitles in other languages

More Malay subtitles for TOKYO MER: Mobile Emergency Room

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left