The first 200 lines.
Suatu masa dahulu di sebuah galaksi yang sangat jauh
Senat Galactic sedang bergolak. Beberapa ribu sistem solar...
...telah mengumumkan niat mereka untuk meninggalkan Republik.
Pergerakan pihak pemisah, di bawah pimpinan...
...Count Dooku yang penuh misteri telah menyukarkan Satria Jedi...
...yang kekurangan ahli untuk mengekalkan keamanan...
...dan ketenteraman di galaksi.
Senator Amidala, bekas Permaisuri Naboo, kembali...
...ke Senat Galactic bagi mengundi untuk isu penubuhan...
...TENTERA REPUBLIK bagi membantu Jedi...
Senator, kita semakin menghampiri Coruscant.
Bagus, Leftenan.
Kita berjaya.
Nampaknya saya tersilap.
Rupa-rupanya, langsung tiada bahaya.
Cordé.
Cik puan, saya minta maaf.
Saya telah gagal, Senator.
Tidak.
Cik puan masih dalam bahaya di sini.
- Saya tidak sepatutnya kembali. - Undi ini amat penting.
Awak dan Cordé sudah menjalankan tanggungjawab. Mari.
Senator Amidala, tolonglah.
Saya tak tahu berapa lama saya boleh tahan proses undian itu.
Semakin banyak sistem bintang menyertai puak pemisah.
- Jika mereka keluar... - Saya takkan biarkan Republik...
...yang wujud seribu tahun ini terbahagi kepada dua.
Rundingan saya takkan gagal.
Jika gagal, sedarlah yang...
...bilangan Jedi tak mencukupi untuk melindungi Republik.
Kami penjaga keamanan, bukan askar.
Mahaguru Yoda.
Mahaguru rasa perang akan berlaku?
Kejahatan mengaburi segala-galanya.
Mustahil untuk saya lihat masa depan.
Jawatankuasa Setiawan sudah tiba, Yang Berhormat.
Bagus.
Suruh mereka masuk.
Kita akan bincang hal ini kemudian.
Senator Amidala, kejadian yang menimpa awak...
...di platform pendaratan amat teruk.
Saya gembira melihat awak masih hidup.
Mahaguru tahu siapa dalang di sebalik serangan ini?
Hasil risikan kami menunjukkan pelombong rempah di bulan Naboo.
Saya rasa Count Dooku dalangnya.
Dia seorang idealis politik, bukan seorang pembunuh.
Awak tahu Count Dooku pernah menjadi seorang Jedi.
Dia tidak berani bunuh sesiapa. Itu bukan sifatnya.
Namun apa yang pasti, Senator,...
...awak dalam bahaya.
Mahaguru Jedi, saya cadangkan...
...supaya awak melindungi Senator.
Awak rasa itu keputusan bijak dalam keadaan tertekan ini?
Canselor, izinkan saya bercakap, saya tidak percaya...
Situasi ini begitu serius?
Tidak, tetapi saya yakin, Senator.
Saya sedar yang perlindungan tambahan...
...mungkin akan mengganggu awak,...
...tetapi orang yang awak kenal mungkin sesuai.
Rakan lama, seperti Mahaguru Kenobi.
Itu mungkin boleh diatur.
Dia baru pulang dari pertelagahan sempadan di Ansion.
Cik puan, tolonglah buat untuk saya.
Kemungkinan kehilangan awak,...
...memang tidak tertanggung.
Saya akan suruh Obi-Wan melapor kepada cik puan segera.
Terima kasih, Mahaguru Windu.
Awak kelihatan resah.
Taklah.
Awak tak pernah begini sejak kita terjatuh ke dalam sarang Gundark.
Mahaguru terjatuh ke tempat yang menggerunkan itu...
...dan saya selamatkan Mahaguru, masih ingat?
Ya.
Awak berpeluh. Bertenang. Tarik nafas panjang.
Sudah sepuluh tahun saya tidak jumpa dia, Mahaguru.
Obi? Obi!
Gembiranya saya berjumpa tuan!
- Gembira berjumpa awak, Jar Jar. - Senator Padmé.
Kawan-kawan saya ada di sini! Lihat, Senator.
Jedi-Jedi ini sudah sampai.
Saya gembira dapat berjumpa cik puan sekali lagi.
Sudah lama kita tidak jumpa, Mahaguru Kenobi.
Ani? Awak sudah besar!
Begitu juga dengan cik puan. Maksud saya, semakin cantik.
Maksud saya, bagi seorang Senator.
Ani, bagi saya, awak masih budak yang saya kenali di Tatooine.
Saya pastikan yang kehadiran kami di sini tidak disedari, cik puan.
Saya Kapten Typho, perkhidmatan keselamatan Permaisuri.
Permaisuri Jamillia sudah dimaklumkan tentang tugas awak.
Saya bersyukur Mahaguru Kenobi ada di sini.
Keadaannya lebih teruk daripada yang Senator mahu akui.
Saya tak perlukan kawalan lagi. Saya mahu jawapan.
Saya mahu tahu siapa yang cuba bunuh saya.
Kami datang untuk melindungi Senator, bukan untuk menyiasat.
Kami akan cari siapa yang cuba bunuh awak, Padmé.
Saya janji.
Kita takkan melanggar mandat, wahai Padawan muda.
Maksud saya, bagi melindungi dia, Mahaguru.
Jangan bertengkar lagi, Anakin...
...dan awak perlu dengar cakap saya.
- Kenapa? - Apa?
Kenapa lagi kita ditugaskan untuk menjaga dia...
...jika bukan untuk mencari pembunuh itu?
Melindungi ialah tugas pengawal tempatan, bukan Jedi.
Mahaguru, penyiasatan tersirat dalam mandat kita.
Kita akan buat seperti apa yang majlis arahkan.
Awak kena sedar tentang kedudukan awak, anak muda.
Mungkin hanya dengan kehadiran awak,...
...misteri ancaman ini akan didedahkan.
Saya minta diri dulu,...
...saya mahu berehat.
Saya lebih lega dengan kehadiran Mahaguru di sini.
Ada pegawai di setiap tingkat...
...dan saya akan berada di pusat kawalan tingkat bawah.
Saya amat gembira berjumpa awak lagi, Ani.
Dia tidak kenal saya, Jar Jar.
Saya ingat dia setiap hari sejak kami berpisah,...
...dia sudah lupakan tentang saya sepenuhnya.
Dia gembira. Sudah lama dia tidak segembira ini.
Awak berfikiran negatif, Anakin. Hati-hati dengan fikiran awak.
Dia gembira berjumpa kita.
Mari kita periksa kawalan keselamatan.
Saya sudah tembak kapal itu, tetapi mereka guna umpan.
Kita perlu cuba sesuatu yang kurang menonjol, Zam.
Klien saya semakin hilang sabar. Ambil ni.
Hati-hati. Ia sangat beracun.
Zam, awak tidak boleh buat silap kali ini.
Orang Kapten Typho di bawah sudah lebih daripada cukup.
Pembunuh tak akan cuba ikut jalan itu.
- Ada sebarang aktiviti di sini? - Sunyi sepi.
Saya tidak suka tunggu sesuatu berlaku kepada dia.
Apa yang sedang berlaku?
Dia sudah tutup kamera.
Rasanya dia tak suka saya memerhatikannya.
Apa yang dia fikirkan?
Dia programkan R2 untuk beri kita amaran jika ada penceroboh.
Banyak cara lain untuk bunuh senator.
Ya, tetapi bukankah kita juga mahu tangkap pembunuh, Mahaguru?
Awak gunakan dia sebagai umpan.
Itu ideanya.
Jangan risau. Dia takkan cedera.
Saya dapat rasa semua yang berlaku di dalam bilik itu.
Percayalah.
Risikonya terlalu tinggi.
Lagipun, deria awak tidak cukup peka, wahai anak didikku.
Deria awak peka?
Mungkin.
Awak nampak letih.
Saya sudah lama tidak tidur nyenyak.
Disebabkan mak awak?
Saya tak tahu kenapa saya sering termimpikan dia.
Lambat-laun, mimpi akan berlalu.
Saya lebih suka bermimpi tentang Padmé.
Saya rasa amat gembira apabila bersamanya.
Hati-hati dengan fikiran awak, Anakin. Ia boleh khianati awak.
Awak sudah berjanji dengan Kesatuan Jedi.
Janji tak boleh dilanggar sewenang-wenangnya.
Jangan lupa, dia ahli politik dan mereka tak boleh dipercayai.
Dia tidak seperti perwakilan lain di senat, Mahaguru.
Menurut pengalaman saya, senator...
...hanya ingin menggembirakan penganjur kempen mereka...
...dan mereka tidak takut meninggalkan adab demokrasi...
- ...untuk dapatkan dana mereka. - Cukup dengan syarahan awak.
Sekurang-kurangnya bukan tentang selok-belok politik.
Lagipun, awak samakan semua orang.
Canselor tak nampak jahat.
Palpatine seorang ahli politik.
Saya sedar yang dia amat bijak...
...dalam menuruti keghairahan dan prejudis para senator.
Saya rasa dia seorang yang baik. Saya...
Saya juga merasainya.
Tunggu di sini!
Cik puan tidak apa-apa?
Apa yang...
- Kenapa lama sangat? - Mahaguru,...
...saya tak dapat cari pemecut yang saya suka.
Itu pun dia.
Dengan kokpit yang terbuka dan kelajuan yang sesuai.
Jika awak habiskan masa awak memperbaiki teknik berpedang...
...selama awak bercakap, tentu awak sehebat Mahaguru Yoda.
Saya ingat saya sudah cukup mahir.
Hanya dalam fikiran awak, wahai anak didikku.
Naik ke atas, Anakin. Naik ke atas!
Awak tahu saya tak suka apabila awak buat begitu.
Maaf, Mahaguru.
Saya terlupa Mahaguru tak suka terbang.
Terbang tidak apa, tetapi apa awak buat ini boleh membunuh.
Anakin! Sudah berapa kali saya kata supaya...
...jauhkan diri dari penggandeng kuasa itu!
Bagus!
Awak mahu ke mana? Dia pergi arah itu.
Mahaguru, jika kita terus mengejar,...
...dia akan terbunuh.
Tapi saya mahu tahu...
...siapa dia dan dia bekerja untuk siapa.
Ini jalan pintas, rasanya.
Dia sudah hilang.
Saya minta maaf banyak-banyak, Mahaguru.
Hebatnya jalan pintas awak, Anakin.
Dia pergi ke arah bertentangan.
No comments yet. Be the first to leave one.