The first 200 lines.
Keadaan darurat telah diisytiharkan di California.
Di luar Los Angeles, beberapa kebakaran sedang marak, memusnahkan kediaman
dan membuatkan penduduk lari mencari perlindungan.
Api paling besar ialah Kebakaran Huntley di luar komuniti kaya di Malibu
yang pihak berkuasa menyamakannya seperti medan perang.
Ahli bomba sedang melawan kebakaran di tiga daerah berlainan.
...penduduk yang menangis kerana mereka tak boleh pulang...
Memusnahkan segala-galanya dalam laluannya.
Ia mengakibatkan keadaan semakin tegang dan tragedi bertambah.
Hei, Fred, kita perlu pergi. Ia mandatori.
Pastikan mereka ambil semua haiwan. Kuda-kuda dan keldai.
Bawa semua haiwan.
Baiklah, bos.
Oh Tuhan.
Saya tak perlukan masalah ini. TMS patut ke LA untuk laporkan berita ini.
Biar mereka berhenti bercakap tentang Me Too untuk sementara.
Hei, Cory. Dengar sini, saya ada idea.
Awak boleh hubungi Bradley?
Kami tinggal di hotel yang sama, biar saya cuba hubungi dia.
Baiklah, saya akan hubungi Chip dalam perjalanan.
Suruh mereka ke LA dan laporkan kebakaran ini.
Okey.
Apa yang berlaku sekarang?
Mungkin Lindy yang bertuah mendarat dengan selamat di Paris?
Ya, saya tahu muka saya mengejutkan dalam keadaan romantik.
Oh Tuhanku.
Saya rasa sangat teruk.
- Saya minta maaf. Saya sangat mabuk. - Tidak.
Jangan minta maaf.
Kita ketawa, menangis dan makan sandwic keju panggang.
Ia memang seronok.
Saya sebenarnya tidur di ruang tamu.
Saya agak bimbang awak akan tercekik dengan muntah awak.
Keju panggang itu menyakitkan perut saya.
Bunuhlah saya.
- Hei, Bradley. Bradley? - Apa?
- Apa? - Bradley?
Ia bukan satu masalah. Saya gembira dapat bantu awak.
Saya tak mahu awak bersendirian malam tadi.
Terima kasih, Cory.
Bersendirian terlalu dipandang tinggi.
Awak sangat baik bagi seorang ketua sebuah rangkaian.
Ya, saya bukannya baik. Saya cuma sukakan awak.
Makanlah roti bakar.
Awak buatkan roti bakar untuk saya?
- Dan kopi. - Saya ada kopi. Syukurlah.
- Ya, ambillah. - Terima kasih.
Berita menarik, kita akan melaporkan kebakaran hutan di LA.
Awak perlu menaiki pesawat dengan segera. Chip cuba hubungi awak.
Oh Tuhan... Tak guna!
Ya. Jangan risau. Dia tak tahu saya ada di sini.
Awak boleh hubungi semasa dalam kereta.
Okey. Walaupun keadaan saya teruk, ini berita baik
kerana saya perlu buat kerja luar.
Itulah kepakaran saya.
Sebenarnya saya harus kembali ke LA. Untuk projek rintis.
Mesyuarat pengiklanan dah hampir. Jadi saya perlu ke sana.
Saya mahu berkemas dan ambilkan Advil. Kita boleh ke lapangan terbang bersama.
Terima kasih. Awak memang baik.
Tapi bukankah ia pelik jika kita ke lapangan terbang dengan kereta yang sama?
Betul juga.
Saya beri awak Advil, hubungi teksi untuk awak.
- Ke LA! - LA!
Kawasan terbuka, Santa Anas dan kebakaran hutan.
Apa saja boleh berlaku! Terutamanya ketika ia sedang terbakar!
Ya Tuhanku.
Ia cuma keju panggang.
Awak tahu ini hari Ahad, bukan?
Hei, selamat pagi. Kita perlu ke LA untuk melaporkan kebakaran ini.
YDA membuat laporan hebat dengan Jimmy dan neneknya yang menangis.
Chip, tolonglah. Ia masih awal lagi. Cakap dengan perlahan.
Masih awal? Maaf. Ya, kita semua masih pening.
Tapi awak perlu berlepas dalam beberapa jam. Tolonglah.
Awak serius? Kebakaran di LA.
Itu kedengaran seperti terdesak. Ia bukannya 11 September.
Tak. Awak tak faham. Ini berita penting, okey?
Kita ada beberapa kebakaran besar. Ada pemindahan, kediaman yang musnah.
Orang hampir mati dalam kereta kerana cuba lari daripada kebakaran.
Ya Tuhan.
Lagipun, rancangan ini perlukan perubahan gaya.
Kita laporkannya. Arahan ini daripada pihak atasan.
Chip, saya tak mahu buat laporan tentang kebakaran, okey?
Hantar Bradley saja. Tinggalkan saya bersendirian untuk beberapa hari.
Saya cuba hubungi dia. Tapi, tolonglah, Alex!
Ini perlu di... Tunggu sebentar.
Apa yang awak...
Saya tahu saya tak patut masuk secara mengejut. Beri kepada saya.
Hei! Apa...
Baiklah, ikut suka awak.
Saya tak boleh tahan lagi, Alex.
Saya tak boleh tidur selepas awak pergi dan memaksa saya mengacarakan majlis awak.
Okey. Saya susah hati...
Awak selalu susah hati atau tertekan, dan saya tak boleh terima lagi. Okey?
Saya sayangkan anak kita.
Hubungan selama bertahun-tahun dengan orang pentingkan diri yang menawan
sangat menyakitkan hati saya.
Awak tak cintakan saya.
Saya tak cintakan awak lagi.
Dan?
Saya mahu bercerai.
Tidak.
Percayalah, ia bukan keputusan awak sepenuhnya.
Jason, sebab inilah kita berpisah. Disebabkan...
Kita tak perlu buat kalendar keluarga.
Awak tak perlu anjurkan majlis mengumpul dana bersama saya lagi.
Tak, Alex. Kita berpisah kerana kita selalu bertengkar seperti ini.
Ya, betul.
Sejujurnya, saya marah kerana awak tak mengutamakan saya,
dan awak marahkan saya kerana saya marah tentangnya,
dan kerana awak percaya awak berhak
mempunyai masalah yang lebih penting.
Alex, jika awak jawab panggilan itu, saya takkan bercakap dengan awak lagi...
sampai bila-bila.
Baik.
Dengar sini.
Kita tak boleh bercerai.
- Saya dalam keadaan teruk dengan Amerika. - Oh, Tuhan.
Perceraian akan menjejaskan saya dan saya boleh...
Perceraian ini akan diteruskan, Alex.
Kita harus beritahu Lizzy, awak harus beritahu orang PR awak.
Kerana seperti hal lain dalam kehidupan peribadi kita,
ia perlu diuruskan.
Jangan salah faham, ini tetap akan berlaku.
Saya dah bercakap dengan peguam saya. Saya mahu beritahu Lizzy malam ini.
Awak patut ikut.
- Tak, saya... Jangan! - Kita pergi bersama pada pukul 5:00.
Jason, saya minta maaf kerana buat begitu. Maaf kerana tinggalkan awak di parti...
- Kita tak boleh beritahu Lizzy. - Kenapa?
Kerana...
Saya perlu ke California hari ini.
Kami akan melaporkan kebakaran itu. Sebab itu Chip hubungi saya.
Alex.
Tolonglah. Jason, kediaman orang ramai musnah terbakar.
Mayat dikeluarkan daripada kereta. Ini penting, Jason.
Kita beritahu dia apabila saya pulang.
Baik. Sebaik saja awak pulang, kita akan beritahu dia.
Tapi saya tak bergurau, Alex.
Saya takkan bertenang dan tiba-tiba mengubah fikiran.
Saya tak fikir begitu.
Saya perlu laporkan kebakaran itu.
Ia bukan salah saya. Bukan saya yang mulakannya.
Ya?
Maaf. Saya tidur nyenyak.
Betul kata awak.
Ia penting. Sudah tentu saya akan pergi.
Hebat. Terima kasih. Pesawat berlepas pada pukul 11:00.
Okey, jumpa awak nanti. Jangan bawa Bradley.
Awak baru saja suruh saya... Tak mengapa.
Dia dah pergi. Fred mahukan dia. Awak berdua akan pergi.
Ia akan menarik perhatian. Kemas barang awak. Kereta sampai dalam sejam.
Baiklah!
Baiklah, saya dah sampai. Mari kita pergi.
Salinan baru saja diterima.
Terima kasih.
Baguslah kita dapat keluar selama beberapa hari.
Kita perlukan pemandangan yang berbeza, walaupun ia kebakaran yang membawa maut.
Tentu ada maknanya.
Saya gembira awak ada di sana malam tadi.
- Yakah? - Ya.
Saya tak tahu separuh daripada staf kita tak percayakan saya.
Bau saya seperti tequila?
Biar saya hidu.
Wah. Taklah, saya cuma bergurau. Awak okey.
Staf-staf itu masih belum kenal awak. Baru seminggu saja.
Beri mereka masa. Okey? Awak orang yang disenangi.
Terima kasih.
Saya perlu kopi. Awak mahu?
Tak, saya tak mahu.
Orang yang menempah hotel.
Apa?
Kebanyakan hotel berhampiran kebakaran penuh disebabkan pemindahan mandatori.
Hotel yang ada tak mempunyai suite.
Tak bolehkah mereka halau keluarga yang dipindahkan?
Saya mahu simpan barang kemas saya.
- Awak tak perlukannya. Faham. - Aduhai.
Siapa yang beritahu saya perlukan semua ini?
Sebab inilah selebriti mendapat reputasi buruk.
Dan sukar untuk memberi kerjasama.
Dua hari dah berlalu sejak temu bual Ashley itu.
Apa maksud awak?
Apa yang kita buat? Awak perlu bercakap dengan Bradley juga nanti.
Atau memandang dia.
Chip, saya tak peduli. Jangan ganggu saya, okey?
Saya ada masalah lain yang perlu dihadapi.
Okey. Saya minta maaf. Saya cuma...
Baiklah, para penumpang, ada lebih kurang sejam lagi
sebelum kita mendarat di Burbank.
Saya harap anda selesa di belakang sana.
Berbesar hati dapat berkhidmat untuk anda.
Mak!
RUMAH PENGINAPAN SAFARI
Marilah. Pegang tangan saya. Jangan lepaskan.
Air di sini jika awak perlukannya.
PALANG MERAH AMERIKA
Maaf kerana menunggu.
Ya Tuhan.
Apa saja kemudahan yang ada, betul?
Awak pasti?
Okey, semua, masa berjalan. Kita bersedia.
- Yanko, pergi ke helikopter? - Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.