Release info

인간실격 Lost E12 211010-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 12 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime > 01:04:26. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link in txt file or check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync well

Tags

other
Published on: 2021-10-10
Downloads: 10
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

[ Penafian: Semua tempat, watak, firma dan acara yang digambarkan adalah rekaan. ]

Khemah ini

nampak macam labu, bukan?

Apabila matahari terbit

dan pagi pun tiba,

semuanya akan hilang, seperti kereta kuda labu.

Tempat ini. Saat ini.

Semuanya.

Kita akan pergi ke laut?

Entahlah.

Nak bertaruh?

Taruhan 50,000 won.

Saya bertaruh untuk tidak pergi.

Awak pula bertaruh untuk sebaliknya.

Awak dah tidur?

Selamat malam.

Boleh saya sentuh muka awak?

Sudah tentu.

[ Jika bergegas setelah matahari terbit, saya takkan terlambat. ]

[ Kita akan sampai tepat pada masanya ke tempat kerja. ]

[ Dapatkah kita melihat matahari terbit? Cuaca mendung. ]

Kenapa awak sedih sangat?

Setiap kali

saya nampak awak, awak mesti sedih.

Sekarang pun sama.

Apa yang awak fikirkan?

Yang saya sebenarnya sedih.

Bukan marah.

Itu yang saya fikir.

Saya sentiasa

fikir yang saya rasa marah.

Orang di sekeliling saya selalu layan saya begitu.

"Dia selalu marah, jadi berhati-hati."

Siapa?

Semua orang yang kenal saya.

Ayah awak tak seperti itu.

Saya pun sama.

Saya takut.

Kenapa?

Awak kata semua ini akan hilang pagi nanti.

Tempat ini, saat ini, semuanya.

Sebab itulah

saya nak sentuh muka awak.

Sebelum semuanya benar-benar hilang.

Tapi

saya jadi takut sebab awak setuju dengan mudah.

Bila kali terakhir saya sentuh muka seseorang?

Saya tak pasti yang saya boleh.

Terima kasih.

Sebab cakap saya sedih.

Saya akan keluar sebentar.

Tiada tempat yang masih dibuka, bukan?

Saya cuma

mencari di Pasar Dongdaemun dulu.

Putus asa sajalah.

Betul cakap awak. Kebanyakan kedai dibuka 24 jam.

Tapi bukan kedai kelengkapan tidur.

Saya akan cari di Pasar Namdaemun.

Mereka cuma jual selimut pada waktu siang.

Bukan awal pagi.

Macam mana awak tahu?

Awak tak periksa pun lagi.

Saya tahu memandangkan saya dah pergi ke banyak pasar pada waktu fajar.

Waktu fajar?

Kenapa?

Untuk bekerja.

Jadi kenapa awak ikut saya?

Awak patut tunggu di rumah.

Saya nak tahu.

Awak nak tahu tentang saya?

Saya nak tahu tentang

ke mana orang yang baik dan jujur pergi

ketika fajar dengan teman wanitanya.

Awak takkan dapat beli selimut.

Tapi awak tak boleh tidur di tepi jalan.

Jadi pub atau bilik karaoke

ataupun sauna kering?

Mungkin awak dah bosan dengan kafe siber.

Kalau bukan semua itu,

mungkinkah sebuah motel?

Apa?

Tapi bukan itu sebabnya kerana awak akan tinggalkan rumah Gang-jae.

Saya rasa awak akan layan saya seperti

saya amat berharga buat awak.

Buat saya rasa berharga.

Tapi

saya tak pernah mengalaminya,

jadi saya tak boleh bayangkan bagaimana rasanya.

Maafkan saya, encik.

Daripada menuju ke Pasar Dongdaemun,

boleh awak patah balik ke arah kita datang?

Baiklah.

Terima kasih.

Hei.

Terkejut saya.

Baru balik?

Tak, saya belum balik lagi.

Apa maksud awak?

Saya nak keluar semula.

Awak akan beli barang yang sama?

Begini,

memandangkan saya yang memecahkannya, saya kena ganti.

Betulkah awak yang buat?

Tentulah saya.

Bukan sebab bekas isteri awak

marah dan membalingnya ke dinding

selepas melihat betapa bahagianya awak hidup di sini?

Taklah, mana ada.

Saya yang buat.

Saya mengambilnya dan ia terlepas.

Ia jatuh di sini dan pecah.

Woo-nam.

Awak pasti tahu ia terkena siling dan

bingkai gambar sampaikan meninggalkan kesan di merata tempat.

Sampai ke sana?

Woo-nam.

Saya dah lap semuanya.

Saya tak nak Soon-gyu marah.

Terima kasih.

Awak takkan

boleh menggantinya.

Kenapa? Awak beli di saluran membeli-belah.

Itu sudah lama dahulu.

Saya akan uruskan hal ini.

Belikan set baru yang cantik untuk dia.

Baiklah.

Awak nak ke mana?

Saya dah cakap saya nak keluar lagi.

Awak nak ke mana?

Keluar.

Dengan siapa?

Awak memang

tegas hari ini.

- Woo-nam. - Ya?

Ada yang tak kenakah?

Sebenarnya...

Ya?

Boleh awak ke bilik Soon-gyu dan ambil selimut?

Selimut?

Semoga berjaya.

Saya akan turun tak lama lagi.

Awak lebih berani daripada yang saya sangka.

Bawa perempuan balik ke rumah pada waktu begini.

Ambil selimut atas beberapa sebab.

Bahayalah. Saya tak boleh tinggalkan dia di tepi jalan.

Kalau begitu, awak patut jemput dia masuk.

Bilik saya bersepah. Saya tak boleh jemput dia masuk.

Awak sangat mencintai dia, bukan?

Dia nampak biasa dilihat, saya macam pernah nampak dia.

Awak tak pernah nampak dia.

Saya tak pernah nampak dia.

Dia hanya mengingatkan saya kepada seseorang.

Rupa dia macam siapa?

Soon-gyu.

Kakak awak.

Woo-nam.

Awak begitu tertekan

sehinggakan awak dah hilang akal?

Apa?

Tak, tengok betul-betul.

Tak tahulah jika mungkin disebabkan gelap,

tapi bayang-bayang dan semuanya

sama macam dia.

Dia tinggi,

mempunyai kaki yang panjang,

muka yang runcing,

mata besar dan hidung mancung.

Gaya rambut yang berbeza.

Kalau dia potong rambut, dia Soon-gyu.

Awak tahu,

dalam banyak-banyak perkara yang saya dengar selama 27 tahun ini,

apa yang awak baru cakap tadi sangat mengarut.

Taklah, mana ada.

Tengoklah betul-betul.

Hei.

Saya faham.

Awak mahukan seorang wanita

yang mempunyai ciri-ciri kakak awak.

Awak nak pergi?

Dengan dia?

Ya.

Bila awak akan balik?

Entahlah.

Mungkin sekejap lagi.

Atau mungkin akan mengambil masa.

Tolong jagakan Soon-gyu untuk saya.

Biar saya bawakan.

Ia berat.

Tak apa.

Saya sebenarnya menyesal

meninggalkannya.

Saya dah agak.

Angin kuat sekali.

Saya naik ke atas sana tadi.

Ramai orang mengambil gambar

bintang dan bulan.

Saya dah tengok gambar-gambarnya.

Amat mengagumkan.

Saya nak menyimpan gambar-gambar tersebut,

jadi kami saling bertukar nombor.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left