The first 134 lines.
Terjemahan sari kata oleh Aman
Semuanya huru-hara.
Chem-Baron berperang untuk mengawal Lanes.
Yang acah-acah samseng jalanan bergaduh kerana sampah.
Sama seperti apabila Vander pergi.
Kecuali, kali ini
awak tiada di sini untuk baiki semula keadaan kerana…
Kerana ada orang tembak awak.
Vi pernah kata saya boleh baiki apa saja.
Sebelum saya rosakkan semuanya.
Dia selalu cakap banyak.
Dia dan awak.
Selalu mengarah-arahkan saya.
Sekarang, senyap saja.
Apa saya nak buat sekarang?
Tak cukup lagikah?
Awak dapat rasa?
Bunyi…
berdesing di belakang mata awak?
Sebab awak tahu dalam sekelip mata,
semuanya boleh…
Perasaan terbaik di dunia, adik.
DIKEHENDAKI PILTOVER
Ya, itu saya.
Kalau nak menyumpah adik-beradik,
keluarga atau masyarakat…
ini kad saya.
Saya tak patut cakap begini,
tapi awak upah saya untuk buat kira-kira.
Juga, sejak kita menentang Chem-Baron yang lain,
jumlahnya…
Teruk?
Itu bukan istilah yang saya…
Ada terfikir kenapa si pandai macam awak akhirnya bekerja untuk buruh macam saya?
Tidak.
Awak cuma guna separuh otak awak.
Merancang langkah.
Mengira kebarangkalian.
Tahu macam mana Silco kuasai Lanes?
Dengan keganasan.
Ia cuma nampak terburu-buru.
Sebelum ini, Margot ada dalam sepuluh penembak yang kawal simpanan.
Margot dan Chross boleh menentang sekuat mana pun tapi akhirnya,
saya yang akan tersenyum.
Sebelum saya jadi pengganti Silco,
tugas awak hanyalah menguruskan jumlah itu.
The Grey.
Di atas ini?
Tak sangka, bukan? Kosongkan tempat ini.
Mungkin memudahkan lagi kerja kita.
Tidak. Tak boleh.
Ia cuma asbut kilang yang terperangkap di bawah tanah.
Itu saja.
Bos.
Awak pergilah dulu.
Lapor semula kepada saya.
Saya?
Saya tahu kamu semua asyik bertelagah saja.
Jadi, saya akan berterus terang.
Perang kawasan ini perlu dihentikan.
Mereka berdua ini penyerang. Saya hanya pertahankan kepentingan saya.
Berpura-pura jadi mangsa tak sesuai dengan awak, sayang.
Awak timbulkan huru-hara dengan menyerang Rapturewalk.
Apalah yang saya nak dengan tempat awak yang kotor itu?
Bahagian Atas ialah musuh sebenar.
Kita saling membunuh hanya akan mengikut rancangan mereka.
Peluang terbaik kita adalah abaikan pergaduhan kecil ini
dan bergabung tenaga.
Bersekutu dengan mereka berdua?
Baik saya bersekutu dengan Bahagian Atas.
Walaupun bersatu, mereka lebih ramai daripada kita, empat lawan satu.
Itu sebelum semua korban baru-baru ini.
Mungkin penting di atas sana,
tapi mereka tak tahu apa-apa tentang berlawan di lorong sempit.
Dia dah matikah?
Kenapa dia senyap sangat?
Betul cakap dia.
Kalau kita tak hapuskan Bahagian Atas, kita takkan bertahan.
Tapi saya ada penyelesaian lain.
Kita beri mereka Jinx.
Itu saja yang mereka mahu.
DIKEHENDAKI PILTOVER
Kita tak serahkan orang kita.
"Kita"?
Awak bukannya ada kerja pun. Betul tak, si murai?
Burung tanpa sayap hanyalah tikus yang nampak pelik.
Saya buat awak marah, bukan?
Okey, saya akan buat perjanjian dengan awak.
Tolong saya tangkap si Baby Blue untuk kawan-kawan kita di atas,
saya dapatkan awak senjata baharu, paling berkualiti, ada semua kelengkapan.
Pertimbangkannya.
Tapi saya janji,
ini tawaran terakhir yang awak akan dapat.
Walaupun awak dah mati, saya masih kena selesaikan masalah awak.
Aduhai, awak dah gila?
Bercakap dengan orang mati.
Awak ke sini untuk bunuh saya?
Tak cukupkah apa yang saya dah buat?
Masa yang sama setiap hari.
Dah besar pun tak boleh buat sendiri.
Memang tak boleh buat sendiri.
Waktu ini, dia akan suruh saya uruskan barangnya di Lanes.
Bina senjata dia.
Buat perjanjian untuk dia.
Letupkan musuh dia.
Dia tiba-tiba pergi
dan seluruh dunia jadi huru-hara.
Semua rancangan dia.
Semua yang kita bina.
Apa yang kita patut buat sekarang?
Lihat semuanya musnah.
Saya dah cakap, bukan?
Viktor.
Viktor.
Viktor!
Viktor…
Viktor!
Viktor!
Viktor!
Jayce?
Viktor?
Oh, Tuhan.
Saya ini…
apa?
Awak…
Awak masih hidup.
Awak masih hidup.
Awak mesti kesejukan.
Sejuk.
Tak, saya tak rasa begitu.
Saya dapat rasakan cas.
Potensi.
Dorongan berulang.
Tak menyenangkan tapi…
No comments yet. Be the first to leave one.