The first 200 lines.
Sekarang pukul 7.59 malam.
Beberapa saat lagi,
wajah dua calon bagi pengundian kedua akan muncul.
Lima, empat,
tiga, dua, satu…
Stéphane Blé dan Corinne Douanier akan mara
ke pusingan kedua pilihan raya presiden.
Keputusan keluar dua minggu lagi, tapi ini kali pertama.
Perancis akan mempunyai presiden kulit Hitam pertama
atau presiden wanita pertama.
Awak akan menjadi presiden kulit Hitam pertama
bagi Republik Perancis.
Hari ini, rancangan pagi khas buat anda bersama calon presiden
yang digemari ramai dalam 7/9.
Éric Andréï, selamat pagi. Usul awak untuk Perancis…
Ya, bagai menara Pisa Menaraku penuh kisah
Dengan bulu keriting Rupa macam kulup kering
Mereka semua Illuminati Tanyalah Mimie Mathy
Sejak kecil, aku tak dungu Atas Namek terletak sumpahku…
Awak pakai kasut masuk ke bilik.
- Maaf. Saya nak cepat. - Kenapa campak-campak barang?
Saya nak ke salun.
Jangan lupa. Jumpa pakar sakit puan esok.
Mustahil lupa. Saya akan pergi.
Janji temu IVF pertama. Jangan risau.
Jangan lewat!
Aku hidup lewat malam Tewas bagai Vegeta
9-3 jalannya, kawan Kau dihentam di jalanan
PILIHAN RAYA PRESIDEN KEMPEN RASMI - PUSINGAN PERTAMA
Bumi dah nazak.
Semuanya angkara manusia. Bukan semua manusia.
Namun, hanya manusia yang berzakar.
Manusia yang ada telur.
Perlukah teruskan? Keangkuhan mereka membunuh kita.
Melebih-lebih pula dia.
Saya tak melebih-lebih.
- Ini demi kelangsungan hidup. - Wah.
Pada 10 April nanti, pilihlah ekofeminisme.
Rakan rakyat.
Semuanya meningkat. Harga, pengangguran, kemiskinan.
Suhu pun meningkat!
Penyelesaiannya jelas.
- Orang Arab perlu pulang. - Wah.
Rakyat Perancis, 10 April nanti, berhenti ditindas.
- Orang Perancis macam saya. - Aduhai.
Mereka pemurah,
penyayang, mesra dan berani.
Mereka juga letih dan penat
dikerah oleh ahli-ahli politik yang tak sedar diri.
Macam mana boleh bantu?
Saya dah mengambil langkah dengan melabur banyak untuk para belia.
Sudah. Awak potong bajet!
Jadi, 10 April nanti, undilah "ya". Demi Perancis yang berani.
Demi Perancis yang peduli dan berdaya usaha.
Perancis yang adil.
Adil konon!
Dia melabur. Apa yang awak labur? Apa maksud awak?
REPRESENT
USAHA SENDIRI! HIJAU MENENTANG SEMUA
Sepak ke sini.
Nampak cara saya kawal?
- Apa khabar? - Sihat.
Awak tak telefon saya pun.
- Nanti telefon, sabarlah. - Apa halnya?
- Apa khabar? - Apa cerita?
Hal percutian itu tak patut.
- Apa? - Ibrahim begitu teruja.
- Awak batalkan semuanya. - Bukan saya, tapi dia.
- Apa? - Dia potong semua bajet.
- Dia tutup pusat komuniti. - Apa kita nak buat?
Kita perlu mengundi.
- Ya, tapi… - Jangan undi dia!
- Presiden atau datuk bandar! - Takkan!
- Okey. - Takkan.
- Semoga selamat. - Jaga diri.
- Baik. - Bagus.
Pembimbing belia datang lewat!
Bangun! Apa ini?
Apa khabar?
Apa cerita? Awak okey?
Awak tak cuci baju sendiri.
Mari makan, kemudian beredar.
Lamine, makan dan pergi berlatih.
Tak mengapa. Saya tarik diri.
- Mereka menjengkelkan. - Biar betul?
Mereka pandang saya macam tak pernah nampak kulit Hitam.
Geram betul saya.
Apa yang awak buat?
- Stéphane, jangan. - Ya, helo.
Pn. Sandalgian? Stéphane Blé, pembimbing Lamine.
Dia ada masalah sikit, tapi dia akan datang.
Janganlah buat begini.
Kenapa dia lewat?
Malangnya, dia lewat sebab ayah dia baru meninggal dunia.
Ya, ayah dia meninggal dunia. Dalam budaya Afrika, itu musibah.
Di barat pun? Ya, saya tahu.
Apa-apa pun, perkara ini takkan berulang.
Ayah dia tak boleh mati dua kali.
Awak faham?
Maaf, tak kelakar pun.
Saya…
- Dia akan datang. Terima kasih. - Mana boleh begitu.
- Makan dan pergi. - Stéphane?
- Kenapa jus ini? - Biar betul?
Awak merungut?
Saya takkan sentiasa ada.
Belajar berdikari. Ketika ayah awak di penjara?
Awak berdikari, bukan?
Penjara?
- Mereka kata ayah dia tentera. - Dia tentera.
Dia tentera. Buat tekan tubi.
Bukan di penjara?
Apabila saya cakap penjara, maksud saya penjara dalam fikiran. Faham?
Penjara minda.
Semua, Andréï sedang bermegah di luar.
- Apa? - Datuk bandar bebal itu.
PILIHAN RAYA PRESIDEN ANDRÉÏ - BERKEMPEN DI LAPANGAN
Awak calon kegemaran tiga bulan sebelum pilihan raya.
Semua cemuh. Sayap kiri kata awak sayap kanan.
Helo, puan.
Ya, sayap kiri kata saya sayap kanan, sayap kanan kata sebaliknya.
Tiada makna pun. Biar saya jelaskan.
Saya menawarkan sayap kiri baharu. Sayap kiri yang moden.
Sayap kiri yang sanggup menyingsing lengan
dan bekerja.
Saya mahu mereka dengar.
- Y dónde está el traballando? - Apa?
Saya tahu dua bahasa. Aneh?
Stéphane! Apa khabar? Saya tak cam encik.
Stéphane bekerja di pusat belia. Kerjanya bagus.
Sudahlah. Okey?
Awak tahu apa kami nak.
- Ya. - Hormat.
Tempat asal tak patut jadi kelemahan.
Itu yang kami nak.
- Betul. - Kami pun rasa begitu!
Saya faham. Betul cakap encik. Saya juga rasa begitu.
Apatah lagi saya memang orang sini.
Saya nak balas jasa negara ini kepada saya.
Atau jarah keuntungan daripadanya?
Ayuh. Kita kena cepat.
Dalam lima tahun, awak hanya
mengurangkan bajet untuk perumahan dan persatuan
serta gandakan bajet untuk kamera pengawasan.
Bukan. Encik, dengar dulu.
- Jangan panggil saya "encik"! - Baiklah.
Kita dah berkenalan 15 tahun.
Jangan berpura-pura di depan kamera…
Awak betul. Awak betul, Stéphane.
Tak usah terlebih ramah.
Ya, hormat orang.
Baik, dengar sini.
- Jika dipilih, saya galakkan perantisan. - Baik.
- Perantisan pula. - Itu yang diperlukan.
Tak boleh jadi doktor, peguam atau jurutera?
- Kita kena bekerja di dapur. - Itu saja.
- Pakai apron. - Tidak!
Stéphane, satu-satulah.
Kita tak boleh gopoh.
Tiada sesiapa di sini yang malas bekerja.
- Sebenarnya… - Tiada seorang pun.
Apa guna bekerja keras jika asyik ditindas?
- Ya! - Dia pembunuh!
- Bagus. - Tunggu dulu.
Awak belum ada slogan kempen? Saya ada idea.
Saya tak sabar nak dengar.
"Kebebasan, kesamaan dan persaudaraan."
Ya!
Mari. Kita kena cepat. Terima kasih banyak, semua.
Kamu mahu hilang kerja?
Lebih baik dapatkan anak
daripada buat kerja bodoh.
Macam mana?
Kamu tahu berapa cucu Jeanette? Sebelas.
- Sebelas. - Dua belas.
Amin!
Cakap "amin"!
- Amin. - Dua belas cucu. Mak tiada seorang pun.
Sebenarnya, saya dan Marion…
Kami masih mencuba. Ia tak mudah.
Kami berusaha sedaya upaya, mak. Cuma…
Kamu tak suka dia?
Memang dia dah berisi, tapi dia masih menawan.
- Mak! - Ayah kamu… Semoga rohnya aman.
- Dia belum mati. - Sepatutnya dah.
- Kadangkala, dia susah ghairah. - Wah.
- Kamu boleh cakap dengan mak. - Okey.
Namun, tentu ada banyak tekanan jika mempunyai anak.
Masalah kewangan lagi.
Saya belum habis bayar hutang salun.
Saya sebut anak. Dia sebut hal hutang pula.
Begitulah wanita Benin.
Dia dari Senegal, bukan Benin.
Wanita Togo, Benin dan lain-lain memang pisau cukur.
Apa?
Oh, ya. Siapa ini, mak?
Jeanette. Kawan gereja mak.
Suami dia jahat.
Dia akan tidur di rumah kamu. Mak tiada bilik.
Tak boleh, mak. Sebab di bilik tidur, kami sedang buat…
No comments yet. Be the first to leave one.