The first 200 lines.
Pakar bedah seakan-akan adiwira,
kerana apabila keadaan menjadi buruk dan kita menghadapi masalah,
merekalah harapan untuk menyelamatkan kita.
Siapa lagi yang anda percaya dengan hidup anda?
Penemuan seperti dalam skrip filem.
Pemindahan organ yang sebahagiannya dihasilkan di makmal.
- Paolo Macchiarini… - …seakan-akan adiwira.
Dia dalam misi untuk menyelamatkan dunia.
Dia lelaki ajaib.
Kami sedang mencipta organ baharu.
Kita perlu maju.
Kita perlu cara baharu untuk menjalankan pemindahan.
Dia benar-benar percaya
dia boleh mengurangkan penderitaan di dunia.
Ada ura-ura bahawa Paolo ialah
pakar bedah persendirian presiden Amerika Syarikat dan paus.
Jika anda ada senarai kriteria yang dicari dalam lelaki,
dialah lelaki itu.
Dia memenuhi setiap kriteria.
Saya mencintai awak. Semakin bertambah setiap hari.
Dia bijak, banyak pengalaman dunia. Dia boleh bercakap banyak bahasa.
Sayang awak.
Tapi semuanya bohong.
Jahanam! Pergi jahanam!
Semua orang diperdaya oleh lelaki ini.
Saya bertunang dengan raksasa.
Paolo seorang penipu.
Sebab itu kami perlu menghalangnya.
Paolo Macchiarini anggap orang seperti tikus makmal.
Dia batuk dan dagingnya sendiri keluar.
Pemindahan hati pertama, pemindahan ginjal pertama,
pemindahan jantung pertama. Semuanya berjalan lancar? Tidak.
Saya rasa inilah masa depan.
Pesakit seterusnya, semuanya akan jadi lebih baik.
Soalnya, adakah dia menyeksa orang sampai mati?
Ini penipuan terbesar dalam perubatan.
Mungkin dia penipu, tapi mungkin juga dia genius.
Mungkin dia bakal menyelamatkan manusia.
Adakah dia seorang adiwira, pakar bedah unggul dan cinta sejati saya?
Atau adakah dia penipu yang berbahaya
dan pembunuh?
Dalam kewartawanan, ada satu peraturan penting.
Anda tidak boleh terlibat dengan subjek cerita.
Sebagai wartawan, anda sepatutnya objektif.
Dalam menyampaikan cerita, anda meluangkan banyak masa dengan orang
serta dalam situasi intim,
dan anda tak boleh terlibat dalam hubungan dengan seseorang secara peribadi
kerana sikap objektif anda boleh hilang sama sekali.
Ada sebab yang baik untuk batas ghaib ini wujud
kerana ia membantu mengekalkan kewibawaan kewartawanan.
Tapi, malangnya, bukan begitu cara ia berlaku.
Saya nak jadi wartawan sejak kecil lagi.
Saya pemalu ketika membesar.
Sangat pemalu, sebenarnya. Saya tak mahu jadi orang di depan kamera.
Saya lebih suka berada di belakang kamera.
Saya di kemuncak kerjaya.
Saya suka kerja saya di NBC.
Saya ibu tunggal
dan saya tak fokus untuk mencari hubungan.
NBC mahu membuat laporan tentang perubatan jana semula.
Saya tak pernah dengar. Saya tak tahu apa itu.
Jadi, kami mula mengkaji cerita itu.
Ia bidang perubatan yang mengujakan dan berharapan tinggi
dengan matlamat untuk tiba ke tahap
kita boleh mendapatkan organ atau anggota badan ganti semudah ini.
Ideanya jika anda kehilangan anggota badan atau organ anda berpenyakit,
anda dapat yang baharu di makmal.
Dan satu nama kerap muncul.
MELANGKAUI SEMPADAN
Dr. Paolo Macchiarini.
Dia dikatakan perintis bidang ini.
Dari pembedahan penting
ke penemuan seperti dalam skrip filem.
Doktor meraikan pencapaian pertama malam ini.
Pemindahan organ yang dihasilkan di makmal.
Prof. Paolo Macchiarini
di Hospital Universiti Karolinska di Stockholm
menjalankan pembedahan dengan bantuan pasukan antarabangsa.
Nama gelarannya ialah Pakar Bedah Unggul.
Dia dikagumi dan selalu disanjung.
Dia dipuja seperti Tuhan.
Dia muncul di persada dunia dan tajuk berita
melalui prosedur yang sangat inovatif menggunakan sel tunjang.
Pakar bedah di Sweden menjalankan
pemindahan organ sintetik yang pertama di dunia.
Seorang penghidap kanser berusia 36 tahun menerima salur udara baharu.
Reaksi pertama biasanya memandang saya dan cakap, "Awak gila."
Dia kata, "Jadi?"
Saya kata, "Ya, saya gila.
Tapi ini satu-satunya peluang awak sekarang."
"Tapi berapa kadar kejayaannya?"
Saya kata, "Saya tak tahu."
"Kenapa?"
"Saya tak pernah buat."
SEL TUNJANG
Dia menggantikan salur udara dengan salur udara plastik.
Mereka mandikan salur udara plastik dengan sel tunjang pesakit,
dan ideanya ialah sel tunjang akan bersepadu ke dalam tiub plastik ini,
dan ia akan dipindahkan ke dalam pesakit.
Dalam satu demi satu artikel, dia digambarkan sebagai penentang.
Dia sanggup mengambil risiko yang enggan diambil orang lain.
Lebih kompleks pembedahannya,
lebih tinggi risiko yang diambil.
Pemindahan hati, buah pinggang atau jantung pertama…
Semuanya berjalan lancar?
Tidak.
Kita tak ada bola kristal ajaib untuk menunjukkan
atau untuk melihat masa depan.
Saya rasa inilah masa depan.
Saya fikir, "Baiklah, lelaki ini berani."
Dia mahu buat sesuatu yang tiada orang buat,
untuk selamatkan orang yang tiada harapan.
Saya kata kepada pasukan saya, "Kita perlu hubungi dia."
Jadi, kami atur pertemuan dengannya,
dan saya bersama rakan sekerja saya.
Saya pandang ke atas, dia masuk
dan dia pandang tepat ke arah saya.
Kami bertembung mata dan…
Dia berikan saya senyuman kecil, senyuman sinis dan serta-merta,
saya rasa seperti budak sekolah.
Semua ini berlaku begitu pantas. Sekelip mata.
Saya serta-merta terfikir, "Apakah itu?"
Kemudian saya fikir,
"Apa-apa pun itu, jangan fikir tentangnya."
Saya paksa diri. Saya dalam mod kerja dan mod penerbit.
Saya kawal diri saya secara dalaman.
Sejujurnya, pipi saya mungkin merah, tapi ada sesuatu berlaku.
Mata kami bertembung dan ada bibit cinta.
Serta-merta, saya agak terganggu.
Cerita seterusnya adalah tentang teknologi sel tunjang
yang mengubah dunia dan menyelamatkan nyawa.
Hannah Warren berusia dua tahun dilahirkan tanpa salur udara.
Ada satu penyelesaian.
Pada masa itu, Dr. Macchiarini terlibat dalam kes seorang kanak-kanak,
Hannah Warren,
yang akan menjadi orang paling muda di dunia
untuk menerima pemindahan inovatif daripadanya.
Dia tak boleh makan, tak boleh telan,
dia tak boleh buat apa-apa yang kanak-kanak normal boleh buat,
dan menghabiskan seumur hidup di hospital.
Tapi dia begitu banyak personaliti.
Dia buat orang lain ceria.
Hannah kanak-kanak yang amat istimewa.
Dia begitu murni.
Cium ayah.
Ibu bapanya terdesak.
Mereka beberapa kali hampir kehilangannya.
Mereka hampir putus asa.
Kemudian mereka jumpa Dr. Paolo Macchiarini.
- Helo. - Terima kasih.
Saya rasa salah satu perkara yang sangat menawan tentang Paolo…
Dia bukan pakar bedah biasa.
Dia betul-betul nampak seperti dia ambil berat.
Kamu mahu buang ini?
Kita rasa seperti dia boleh dipercayai.
Kita rasa seperti dia hanya mahu yang terbaik untuk kita.
Kami mahu melaporkan cerita tentang Hannah,
dan tentulah, Dr. Paolo Macchiarini sebahagian besar daripadanya.
Pembedahan dijalankan di Illinois,
dan Paolo akan berada di sana selama sebulan.
Jadi, saya terpaksa buat beberapa lawatan ke Illinois untuk penggambaran.
Semasa kami merakam Paolo, kami mula bergurau
yang gayanya seperti George Clooney
kerana Paolo suka motosikal.
Dia menaiki motosikal itu
dan menunggangnya dengan mahir.
Ramai wanita di pejabat yang jatuh hati.
Kami mahu merakam Paolo menunggang motosikal,
jadi kami sewa motosikal untuknya
dan mereka rakam dia menunggang motosikal.
Ada beberapa jam lagi sebelum tempoh sewa tamat.
Dia kata, "Ada orang nak naik?"
Saya teragak-agak.
Saya tanya, "Ada orang nak naik?" Mereka kata, "Tak, naiklah."
Dia pakaikan saya topi keledar dan dengan lembut
dia mengetatkan talinya agar muat kerana saya tak boleh buat.
Saya ingat ketika itu, saya rasa perasaan sama
semasa kali pertama kami bertembung mata di restoran di Boston.
Ia rasa intim, dan ia rasa menggoda.
Saya menaiki motosikal dengannya.
Dia kata, "Peluk kuat, saya akan bawa laju."
Apabila menunggang di belakang, kita perlu memeluk.
Hari itu sangat indah. Angin bertiup.
Saya pegang dia.
Saya bergurau dengan kawan-kawan selepas itu,
"Saya naik motosikal dengan George Clooney."
Kami mula keluar makan malam selepas rakaman
atau pada penghujung hari,
dan saya sangat terpegun kerana lelaki ini,
pakar bedah unggul ini sangat prihatin,
dia beri perhatian kepada apa yang saya katakan
dan begitu berminat.
Tak lama selepas kami menaiki motosikal bersama,
kami keluar untuk makan malam.
Kami menginap di hotel di Illinois. Saya rasa bilik kami sejauh dua tingkat.
Kami di dalam lif dan cuma ada kami berdua.
Lif sampai ke tingkatnya dulu.
Dan pintu terbuka.
Dia ucap selamat malam dan berundur dari lif dengan perlahan.
Dia pegang pintu lif dengan tangannya.
No comments yet. Be the first to leave one.