The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Apabila saya fikir semuanya dah berakhir,
saya dan ahli keluarga saya diburu oleh sesuatu yang dahsyat,
bunuh adik saya, Jenny, dengan kejam,
dan hilang tanpa jejak.
Namun, satu petunjuk bawa kami ke sini,
ke sebuah kelab di Bangkok.
Sebab itulah kami masih perlukan Wu Assassin.
Apa itu Wu Assassin?
Lebih kurang setahun lalu,
saya dan kawan-kawan saya berseronok di San Francisco.
Saya dan adik saya, Jenny, urus restoran
sementara Lu Xin jual kereta
sehinggalah dia muncul.
Roh pahlawan berusia 10,000 tahun yang dibangkitkan ke bumi.
Dia serah kuasanya kepada Kai, kawan baik saya.
Kemudian, Kai jadi Wu Assassin terakhir.
Apa? Macam The Avengers ?
Ya, tapi versi Asia.
Sebenarnya, lebih kurang macam rancangan zaman 70-an.
Kai dan Lu Xin macam Angels. Saya pula macam Charlie.
Jadi, apa misi kamu bertiga?
Melibatkan kuasa ghaib.
Bahayanya.
Itulah kerja kami.
Nampak? Mereka tahu tujuan kita.
Kawan awak, Kai…
- Kenapa? - Dia Wu Assassin.
Dia tentu ada kuasa, bukan?
Dia dikuasai oleh unsur Dao.
Dia manusia paling tangkas di dunia dan gelar dirinya Instrumen Kematian.
Kawan seorang lagi?
Dia cuma pakar seni bela diri.
Kenapa tak ikut mereka?
Awak lebih berbahaya.
Nak sambung cerita di tempat lain?
Semestinya.
Macam mana dengan kawan-kawan awak?
Mereka okey.
Agaknya.
Saya suka Thailand.
Kenapa Bangkok? Maksud saya, apa ada di sini?
Jawapan.
Benda ini yang bawa saya ke Thailand.
Ia seketul batu purba.
Kai! Atas sana!
Dia sedut Chi mereka.
Jiangshi.
Puntianak Chi.
Apa istimewanya batu ini?
Adik saya genggamnya sebelum mati.
Saya, Kai dan Lu Xin kembali ke restoran milik keluarga saya
dan dia terbaring kaku di atas lantai.
Mari minum untuk adik awak.
Nak tahu satu rahsia?
Apa dia?
Mari sini.
Aku dah tak minum.
Ia akan ubah kau jadi Jiangshi , bukan?
Aku cuma nak bincang!
Aku kebal.
Siapa bunuh Jenny?
Siapa bunuh adik aku?
Kai!
Dia tak nak cakap!
Serangan Assassin.
Bukan itu yang aku jangkakan.
Hei! Apa ini?
Jangan hentikan masa.
Bukan aku buat.
Aku. Aku perlukan bantuan kau.
Kau? Siapa kau?
Tak, mereka perantara aku.
Aku kesuntukan masa.
Bahaya untuk aku dedahkan diri macam ini.
Apa kau nak?
Bukan di sini.
Lapan pagi. Tapak penggalian arkeologi Kuil Silom.
Banyak kita perlu bincang, Wu Assassin.
Aku takkan pergi ke kelab malam dengan kau lagi.
- Siapa itu? - Telefon Tommy.
Berhenti!
Ya.
Dia tak tahu apa-apa.
Macam mana Jiangshi kau?
Itulah petunjuk kita.
Tapak arkeologi itu dimiliki oleh seorang jutawan bioteknologi.
Selain itu, kita cuma tahu bangunan itu milik dia.
Jadi, kita nak terjah saja kawasan dia?
Yang penting, kita jumpa pembunuh Jenny.
Aku tak sedap hati.
Tapak itu di sebelah kanan.
Nampaknya tiada valet.
KILANG BESI
Sejak penubuhan firma beliau pada 1999,
William Pan telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat gergasi dunia,
membekalkan peluang dan sumber kepada para saintis
bagi merungkai fenomena-fenomena paling membingungkan
untuk memenuhi visi unik William.
Satu jiwa,
satu bangsa,
satu dunia.
Ini bukan sekadar angan-angan.
Inilah masa depan.
Terima kasih datang.
Saya tahu mesej saya agak luar biasa.
Maafkan saya kerana guna perantara. Komunikasi cara itu mencabar.
Dr. William Pan.
Kamu tahu kisah Pan Gu?
Kami tahu.
Dia yang cipta alam semesta dari tanah tandus,
syurga, daratan dan lautan.
Kami belajar di sekolah Cina.
Namun, kamu tak diajar tentang nasib Pan Gu selepas jadi dewa.
Dia jadi gila kuasa dan cuba bina semula dunia dalam imej dia.
Syukurlah Dao,
yang maha bijaksana,
menyeru Wu Assassin pertama untuk halang Pan Gu.
Yin dan yang.
Baik dan jahat.
Mereka bermusuh sejak berkurun dulu.
Saya bukan perantara pertama,
tapi disebabkan awak, saya yang terakhir.
Dalam kekacauan dunia,
akhirnya yin dan yang mampu tamatkan sengketa.
Saya diserang.
Saya nyaris terbunuh.
Sebab itu saya berlindung di sini,
sementara kembar saya buat kacau-bilau.
Siapa dia?
Dia perempuan.
Yin dan yang.
Mungkin kamu pernah dengar nama dia. Ku An Qi.
Ratu dunia penjenayahan Bangkok.
Ratu penjenayahan seluruh dunia.
Dia bunuh semua musuhnya.
Dia sedut Chi untuk tambah kuasa dia.
Shaolin di China dan Druids di Ireland.
Bulan lepas, dia pergi ke San Francisco.
Ku An Qi cari awak,
tapi kawan awak cuba halang.
Jenny.
Dia lawan mati-matian.
Malangnya, Ku terlalu kuat.
Dia akan terus mengganas kalau tak dihalang.
Macam mana awak tahu?
Sebab saya dan Ku adik-beradik.
Jadi, saya mesti berhati-hati.
Kalau saya leka, dia akan datang.
Ikut saya.
Aku tak percaya cakap dia.
Semasa bertarung, adik awak ambil tangkal milik Ku.
Saya ada sebelah lagi.
Sebelah lagi pada awak, bukan?
Apa kaitannya?
Tangkal ini teras kami.
- Dia akan cuba ambil semula. - Suruh dia datang.
Lusa, Ku akan berjumpa dengan lima ketua kongsi gelap
di Hotel Vie untuk kukuhkan cengkaman kuasa dia.
Pengawasan keselamatan ketat. Senjata tak dibenarkan.
- Ia satu penghinaan. - Dia tak tahu rancangan awak?
Saya sorok fikiran saya daripada dia.
Teras kuasa saya ialah rohani
dan teras kuasa dia ialah jasmani.
Misi menculik secara terang-terangan.
Sistem keselamatan hotel,
lima bos kongsi gelap dan konco-konco mereka.
Macam inilah.
Saya ada idea.
Guna kuasa minda awak dan hantar saja sebatalion tentera.
Saya tak boleh kawal tentera.
Saya boleh berkomunikasi dan kawal minda selama seminit,
tapi itu saja batas kuasa saya.
Nampaknya awak tahu segala-galanya, tapi masalah tetap tak selesai.
Kami setuju.
Selepas tangkap Ku, bawa dia dan tangkal itu kepada saya.
- Saya akan urus selebihnya. - Tak.
Awak kata Dao dah terjejas.
Betul,
tapi mungkin kita boleh pulihkannya.
Atau biarkannya saja
dan saya bunuh dia.
Hotel itu ialah perangkap.
Ya, tapi separa dewa itu yang bunuh Jenny.
Aku faham. Sebab itu kita perlu berhati-hati.
- Susun semua petunjuk. - Ini bukan permainan.
Ini permainan.
Semua ini cuma permainan, Tommy.
Inilah peluang keemasan kita. Kita tak patut lepaskannya.
Kalau kau nak mati kerana Jenny, jangan seret aku…
Kau tak kisah tentang Jenny!
- Semua orang dalam bahaya sekarang. - Diamlah.
- Kaulah diam. - Hei! Bawa bertenang.
Aku tenang!
Ku An Qi nak Wu Assassin. Jadi, biar aku serah diri sendiri.
Kita pergi sama-sama.
- Tak. - Mungkin idea itu bodoh,
tapi ini satu-satunya peluang kita.
Lupakannya. Biar aku seorang saja yang pergi.
Kau tahu apa masalah kau?
No comments yet. Be the first to leave one.