The first 200 lines.
Dr. Chase!
Maaf, saya tersilap orang.
Tak mengapa.
Apa perasaan awak setelah kembali ke tanah air?
Entahlah. Saya tak pasti.
Saya faham.
Saya jamin makanan di sini sedap. Ia agak pedas, tapi…
Saya boleh biasakan diri di sini.
EPISOD 4
MAKLUMAT TETAMU VIP
LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT
FASIH BAHASA KOREA TAK BOLEH MAKAN PEDAS
SEDIAKAN 10 BERUS GIGI SETIAP HARI
HOSPITAL ST. KAISER
CARIAN DOKTOR
"Ian Norman Chase."
Hei!
DISEMBER 1994
Kenapa awak sentuh kepala saya tadi?
Kenapa sentuh kepala saya?
Anak-anak, mari ambil gambar!
Mari berkumpul.
Cepat!
- Baiklah! - Baiklah!
- Tunggu! - Ke mana?
Bukan saya yang sentuh kepala awak.
Dungu.
Apa?
Saya barang mainan dia?
Saya akan ambil sekarang.
Jangan bergerak.
Budak, mari ambil gambar dengan buku kamu.
Mari kita bergambar.
Marilah.
Senyum. Saya akan ambil gambar.
Yang di sebelah kanan, tolong rapat.
Pandang kamera, semua.
Satu, dua…
Di sinilah tempatnya.
Ada sebarang rekod ahli yang masih boleh saya tengok?
Tiada.
Gereja ini tiada kaitan dengan mereka.
Gereja ini normal.
Paderi di sini seorang yang jujur.
Pekerja yang lain juga baik belaka.
Sudah tentu.
Nampaknya dulu pernah ada masalah.
Nama saja gereja, tapi tak semuanya benar.
Dalam kata lain, kultus.
Orang yang bergelar paderi juga bukan paderi sebenar.
Sekitar tiga kilometer dari sini, encik akan temui taska
di bawah pengurusan mereka.
Ia tak ubah seperti organisasi jenayah.
Kanak-kanak yang dikurung,
pengambilan anak angkat secara haram, penderaan.
Terdapat beberapa orang yang ditangkap dan dipenjarakan.
Saya yakin semua rekod ada dalam simpanan polis.
TEMPAT BERDOA NANUM JEIL
Saya tak faham Young-do.
Kenapa Young-do kahwini dia?
Kerana simpati?
Kerana dia suka Young-do?
Kerana dia cantik?
Jika ada yang berkahwin kerana dipikat wanita cantik
dan selepas itu bercerai begitu saja,
orang itu saya, bukan Young-do.
Apa lagi?
Ini kali pertama awak tak merepek.
Saya nak rasa semua itu juga.
Mungkin sebab saya guna pengering baju, baju saya mengecil.
Saya rasa bukan baju awak yang mengecil.
Habis itu, kenapa?
Jumpa esok.
AHLI PSIKIATRI JU YOUNG-DO
- Awak tak sibuk, bukan? - Terkejut saya.
Kenapa nampak kecewa? Awak tunggu seseorang?
Setahu saya awak dah habis kerja. Jururawat awak dah balik.
Ada apa?
- Duit piza. - Susah-susah saja datang.
Awak tak jawab telefon.
Awak ada duit. Belanja saya makan.
Saya ada kerja. Ajaklah teman lelaki awak.
Jika ada teman lelaki, saya tak boleh makan dengan awak?
- Tentulah. - Begitu.
Apa ini?
Awak dah tak minat Spiderman?
Bukan begitu. Tolong letak semula.
Saya dah letak jika awak tak cakap begitu.
Ini upah hantar piza?
Bukan begitu. Letaklah. Beri kepada saya.
Hei, kamu memang aneh.
Kepala kamu tak berat?
- Apa kata saya cabut? - Hei.
Saya perlu pergi sekarang.
Okey. Kita berbual dalam kereta. Hantar saya.
Jom keluar dulu.
Mari.
Saya perlu ke balai polis.
Arah kita berlainan.
Awak bermain anak patung, sibuk menyiasat
dan ada masa untuk membuat penghantaran.
Tapi tiada masa untuk saya.
Apa yang awak nak bincangkan? Beritahu saja di sini.
Jika awak nak bercinta, silakan.
Sebenarnya, saya tak suka. Tapi saya tak boleh buat begitu.
Jika saya benci diri saya,
kegilaan dalam diri saya pasti akan muncul semula
dan itu pasti akan menjejaskan diri saya.
Saya benarkan. Awak boleh bercinta.
Tak tahu pula saya perlu dapatkan kebenaran.
- Terima kasihlah. - Awak memang ada niat?
- Niat apa? - Dah ada?
- Mana ada. - Baru kenal?
- Taklah. - Awak tepuk sebelah tangan?
Apa awak merepek ini? Ini bukan masanya untuk saya…
Apa masalahnya? Awak bujang.
- Memang betul. - Kenapa?
Adakah sebab awak duda?
Atau kerana bekas isteri awak ialah saya yang cantik dan terkenal?
- Kalau bukan itu… - Bukan begitu.
Kerana jantung awak?
Kerana awak mungkin mati dalam sepuluh tahun?
- Awak baik saja, bukan? - Jangan ubah topik.
Jika tiada hal penting untuk…
Pernahkah awak suka saya?
Bukan sebagai orang yang nyawanya terancam.
Bukan sebagai pesakit.
Tapi wanita yang ingin awak sentuh dan dakap.
- Ga-yeong… - Itu soalan saya
enam tahun lalu dan awak mengelak.
Awak tak suka berbohong.
Tak siapa tahu apa akan berlaku selepas sepuluh tahun.
Ada sebab saya temani dia ke Gangneung.
Apa pun, kami berdua sekadar berjiran.
- Saya kesuntukan… - Jangan desak saya.
Tahulah saya nak balik.
Kita tunggu dia sedar kamu dah hilang.
Waktu itu kita akan tahu perasaan Young-do yang sebenar.
Helo.
- Helo. - Hai.
Apa khabar? Boleh saya bantu?
Kalau sibuk, saya datang lain kali saja.
Taklah. Duduklah.
Okey, terima kasih.
Aduhai, awak kumpulkan puntung rokok ini dengan kemas.
Awak patut telefon dulu.
Saya nak tanya sesuatu.
Baguslah awak datang.
Adakah…
Choi Jeong-min…
ada adik-beradik lain?
Tadi saya bertemu orang yang serupa dengan dia.
Begitu.
Orang yang menyerupai dia?
Mereka saling tak tumpah.
Terutamanya ketika dia senyum dan suaranya juga.
Choi Jeong-min tiada saudara-mara lain.
Termasuklah adik-beradik.
Kami dah periksa semua rekod, jadi kami yakin tentang itu.
Jika mereka bukan adik-beradik, masuk akalkah mereka begitu serupa?
Awak tahu
nama lelaki yang menyerupai mendiang?
Kami akan cuba dapatkan maklumat lanjut.
Saya tak boleh dedahkan maklumat dia.
Begitu. Saya faham maksud awak.
Cik Kang.
Tentang gambar yang diambil di gereja itu…
Boleh awak ingat apa-apa tentang hari itu?
Saya sekadar bertanya.
Kami dalam usaha untuk tamatkan siasatan ini.
Jadi kami perlu buat pengesahan.
Saya cuma ingat saya ke sana untuk terima buku.
Saya akan cuba ingat semula.
Adik saya ada juga, saya akan tanya dia.
Baiklah.
Berhenti makan zukini!
Zukini sangat mahal sekarang.
Saya akan bayar.
Selamat menjamu selera.
Hei!
Mari makan dulu.
Cepatlah.
Saya tak berselera. Perut pun sakit.
Anak awak bakal berkahwin.
Awak patut bergembira.
Awak tak sihat?
Saya rasa seperti dada saya dihempap batu yang besar.
Aduhai, mungkin sebab saya tak lena tidur.
Nak saya bungkuskan makanan?
- Tak apa. - Aduhai.
Dia ada satu tangan sajakah?
Kenapa guna sebelah tangan saja?
Tentu koyok dah tak berkesan.
Geram betul. Kalau saya, dah lama saya berpisah.
Dia panggil dirinya seorang suami dan ayah?
Tapi dia cuma bawa masalah saja.
Kaki botol, kaki dera, kaki judi,
kaki perempuan.
Dia tak tahukah dia boleh bercerai?
Ada undang-undang untuk itu.
No comments yet. Be the first to leave one.