Release info

출사표-Into-the-Ring E03-E04 NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-07-03
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY VIU

Resynced == ANANG KASWANDI ==

(Semua watak, organisasi, tempat, dan peristiwa adalah fiksyen.)

Ini adalah berita seterusnya.

Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan risau jika pilihan raya kecil itu...

mungkin akan jadi terlalu hangat...

kerana setiap parti menyokong calon mereka untuk pilihan raya itu.

Jadi, mereka telah menubuhkan sebuah pasukan khas...

untuk memastikan para calon tidak menjalankan kempen haram.

Hari ini, angin musim bunga...

Ini adalah beberapa buah buku...

untuk calon daripada Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan.

Awak akan merasakan angin musim bunga di bawah teduhan.

Adakah itu maksudnya awak tidak berikannya kepada saya...

sedangkan sebagai seorang calon saya patut mendapatnya?

Bukannya saya tidak berikannya kepada awak.

Awak telah buat keadaan jadi kelam-kabut.

Bagaimana awak boleh terfikir untuk bawa 50 orang pencadang...

lima minit sebelum tamat tempoh?

Apa masalahnya dengan itu?

Apabila awak sedang tergesa-gesa untuk lakukan sesuatu,

orang lain biasanya akan bantu awak.

Bukankah awak mahu pergi?

Awak ada mahu cakap apa-apa lagi?

Tiada, bukan? Jadi tolong pergi dari sini.

Oh Tuhan.

Awak bukannya sedang bertanding...

hanya kerana saya beritahu awak tentang 50,000 dolar itu, betul?

Ya, itulah sebabnya.

Kerja yang bayar awak 50,000 dolar untuk bekerja 90 hari setahun.

Awak adalah orang yang telah beritahu saya mengenainya.

Itu memang tempat kerja yang saya cari selama ini.

Tapi ini bukanlah sebuah tempat kerja.

Ia sebuah pilihan raya kecil, jadi tidak ramai orang akan mengundi.

Saya menyasarkan pasaran khusus.

Awak masih ingat apa yang awak beritahu saya, bukan?

Awak beritahu saya mereka yang mengundi langsung tidak berminat.

Baiklah. Para pengundi mungkin tidak pedulikannya.

Tapi ada ramai orang yang mahu dipilih.

Semakin rendah jumlah mereka yang keluar mengundi,

semakin ia menguntungkan calon yang mempunyai organisasi.

"Sebuah organisasi"?

Saya juga ada organisasi saya sendiri.

(Pasukan Daerah Gangwon, Pasukan Daerah Gyeonggi...)

Jang Han Bi, gadis yang selalu menang...

dan tidak pernah berputus asa.

Ucapkan helo kepada pemenang Loceng Emas ke 200 kita!

Gadis yang telah membunyikan Loceng Emas.

Kwon Woo Young, pelajar terbaik di seluruh kawasan kejiranan kami.

Jangan libatkan saya.

Saya tidak berada dalam organisasi dia.

Baiklah, apa-apapun...

Kita penuh dengan harapan.

Kita boleh lakukannya!

- Kita boleh lakukannya! - Kita boleh lakukannya!

Awak sangat gelojoh. Awak langsung tidak berubah.

Apa yang awak baru cakap?

Saya minta maaf,

tapi harapan dan potensi adalah dua perkara yang berbeza.

Tapi sudah tentu, awak pasti tidak pedulikannya.

Memang saya tidak pedulikannya.

Siapa ini?

Goo Se Ra. Adakah awak sudah hilang akal?

Adakah menyertai pilihanraya kecil itu satu jenaka?

Saya suruh awak cari kerja, bukannya main-main.

Jenaka?

Adakah saya sudah hilang akal untuk main-main dengan 2,000 dolar?

Adakah awak tidak bertanding kali ini?

Awak terlalu setia kepada Pengerusi Cho sehingga...

awak kehilangan orang orang di sekeliling awak,

dan dia telah kecewakan awak dengan teruk.

Awak juga tidak perlu menunggu seseorang calonkan awak.

Saya cuma perlu serahkan borang...

dan mereka telah letakkan nama saya dalam senarai calon.

Lupakannya.

Berbanding daripada risau tentang satu sama lain,

lebih baik jika kita risaukan tentang diri sendiri.

Selamat tinggal.

Sokong dia.

Kita perlukan seseorang yang pernah bermula daripada bawah...

sebagai persediaan untuk pilihanraya daerah tahun depan.

Saya mahu awak sokong dia dan berkempen dengan dia.

Jika awak berjaya buat dia terpilih,

saya akan jamin tempat duduk awak di majlis bandaraya Seoul.

Majlis bandar raya Seoul...

berdekatan dengan Gerbang Gwanghwamun, betul?

Berbanding daripada Gerbang Gwanghwamun...

Saya mahukan tempat duduk di Yeouido.

Dewan Negara?

Baiklah. Pastikan Oh Byeong terpilih,

dan saya berjanji akan calonkan awak dalam pilihanraya akan datang.

Jika perkara ini berjaya,

saya akan berpindah ke Yeouido,

dan awak boleh gantikan tempat saya...

dalam majlis daerah Mawon-gu.

Min Jae.

Mari kita selesaikan satu lagi projek.

Ia bukan terlalu banyak untuk saya, tuan.

Cetak butiran peribadi...

semua calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil ini.

Baiklah, tuan.

(Reformasi politik dengan Parti Progresif Bersama)

Awak akan fikir ia sidang media untuk kempen datuk bandar.

Kenapa perlu bersungguh-sungguh...

untuk seorang ahli alam sekitar yang bertanding...

dalam pilihanraya kecil daerah?

Dia adalah ahli baru dalam parti kami,

jadi kami telah letakkan permaidani merah.

Dia masih ada kenalan daripada semasa dia seorang aktivis pelajar,

dan juga dalam kesatuan pekerja...

daripada semasa dia bekerja di Kompleks Perindustrian Mawon.

Kita tiada apa-apa jika bukan kerana...

pertalian darah, pendidikan dan kawan.

Bukankah orang yang memiliki hubungan seperti itu...

adalah merupakan sasaran reformasi parti awak?

Ada banyak perkara yang perlu diubah.

Kita harus saling membantu satu sama lain dan pergi bersama.

Kami adalah rakan seperjuangan dalam politik.

Rakan kongsi dalam kehidupan.

Saya telah bertanding dalam pilihanraya daerah sebelum ini...

sebagai seorang calon bebas,

dan telah kalah kepada Cho Maeng Duk daripada Parti Konservatif Aeguk.

Ini adalah percubaan kedua saya untuk bertanding jawatan itu.

Dengan seluruh kekuatan yang saya ada,

saya akan dekati penduduk Mawon-gu dengan hati yang ikhlas.

(Calon Bebas Lima, kem pilihanraya Goo Se Ra)

Helo, semua. Hari ini, saya akan berikan awak tujuh tip...

untuk menjadi seorang penceramah yang hebat.

(Menguasai Pengucapan Awam, tujuh peraturan)

Pertama sekali, awak perlu rasa yakin.

Sekarang, saya akan bercakap dengan orang yang sedang lalu lalang.

Keyakinan untuk tidak rasa gemuruh walaupun jika tiada sesiapa.

Keyakinan.

Awak belajar tentang pilihanraya daripada video?

Itu kerana saya perlu bertemu dan bercakap dengan orang ramai.

Ikrar. Saya juga perlu buat kajian tentang perkara itu.

Jika awak bawa senarai dan berjanji untuk lakukan semuanya,

siapa yang akan undi awak?

Awak telah banyak kali di temuramah, jadi pasti awak tahu.

"Saya akan buat yang terbaik. Saya boleh lakukan semuanya."

Adakah mereka telah diambil?

Mereka langsung tidak melepasi pusingan pertama.

Tidak. Orang tidak banyak berfikir semasa mereka mengundi.

Malah ayah saya juga suruh saya undi Calon Satu.

Tepat sekali. Orang yang tidak kisah...

jarang pergi melepasi Calon Satu atau Calon Dua.

Calon Bebas 5,

menjadikan Goo Se Ra sebagai anggota majlis daerah Mawon-gu.

Itu terlalu panjang.

Itu juga sudah terlalu panjang.

Terlalu panjang?

Betul?

Helo. Helo, awak semua.

- Helo! - Helo!

- Adakah kita sudah terlambat? - Lari cepat.

(4.10 Pilihan Raya Kecil, Mengundi adalah kunci demokrasi)

Helo.

Helo.

(Kempen bermula, D-13 sehingga hari pengundian)

Helo, gembira dapat bertemu dengan awak.

Saya Calon Satu, Oh Byeong Min dengan Parti Konservatif Aeguk.

Bakat muda, darah muda untuk memimpin Mawon-gu!

Sila percayakan saya! Saya akan bekerja keras!

Terima kasih.

Semoga hari awak baik. Terima kasih.

Parti Konservatif Aeguk, Calon Satu, Oh Byeong Min!

Sila percayakan saya! Saya akan bekerja keras!

Warga Mawon-gu yang dikasihi.

Untuk jadikan Mawon sebuah tempat yang bahagia dan selamat,

Calon Dua Son Eun Sil akan lakukan semua yang diperlukan.

Calon Dua Son Eun Sil berada di pihak awak!

(Parti Progresif Bersama, Son Eun Sil)

Calon Dua Son Eun Sil.

Anak perempuan Mawon, ahli politik yang awak mahukan.

Son Eun Sil!

- Mawon yang ceria - Nombor Dua.

- Mawon yang selamat. - Nombor Dua.

Nombor Dua adalah jawapannya.

Helo, puan. Saya Calon Tiga.

Helo! Undilah Calon Tiga.

Calon Tiga!

Anak lelaki Mawon, Kim Cheol Su!

Saya akan menjadi harapan ahli perniagaan bebas!

Nombor Tiga!

(Calon Bebas Empat, Sami Cheongpung Cha Eun Woo)

Oh Tuhan.

Adakah mereka sudah hilang akal atau apa?

Adakah mereka telah letakkannya pada waktu subuh?

Gulungkannya cepat.

Sepanduk yang dipasang tanpa kebenaran kompleks pangsapuri...

adalah tidak sah di hartanah persendirian dan akan diturunkan.

Saya juga tahu tentang itu.

Saya cuma letakkannya di sini sebentar.

Apa kata ibu bapa awak?

Satu-satunya anak perempuan mereka bertanding dalam pilihanraya.

Awak jangan tanya saya. Itu adalah satu rahsia.

Sepatutnya saya boleh agak semasa lihat awak mengomel di depan poster.

Sepatutnya saya pukul awak sebelum saya tinggalkan pejabat itu.

Berhenti buang masa dan cepat kutip poster itu.

Saya akan periksa kemudian.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left