Pinocchio

Pinocchio (피노키오)

Download Malay Subtitle

Release info

피노키오 Pinocchio E07 141203 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-CHAOSrel
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2016-04-17
Downloads: 22
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Selalunya saya tak suka balik ke studio untuk tengok berita...

...tapi malam ini saya tak sabar.

Kenapa? Sebab berita kita ditayangkan.

Tentulah. Kita yang pertama antara pemberita baru.

Kita saja yang dapat rakaman CCTV.

Hari ini juga hari pertama kita berlawan dengan MSC.

Permulaan yang baik. Betul tak?

Ya.

Saya rasa kasihan dengan dia.

Dia akan kena tengking bila tengok kita dapat rakaman CCTV.

In-ha!

- Apa? - Kami dapat rakaman CCTV.

Cuma nak beritahu.

Kenapa awak beritahu dia?

Awak cakap awak rasa kasihan.

Eksklusif? Apa-apa sajalah.

Kamu buat kesilapan besar...

Dia itu...

Kesilapan? Kesilapan apa? Kita saja yang ada video.

Saya tak tahulah!

- Nampak meja itu? - Saya akan rakam dulu.

- Awak pasti? - Ya.

Awak pasti kita saja yang ada rakaman CCTV?

Ya, saya tanya gim itu sekali lagi. Mereka tak beri kepada sesiapa.

Ini nombor ke berapa?

Sebelum dapat rakaman itu...

...ia cuma berita tiga baris.

Awak boleh jadikannya berapa lama kalau buatkannya berita rencana?

Subjeknya adalah diet membahayakan nyawa.

Dengan satu segmen tentang remaja mati minggu lepas atas basikal...

...dan temu bual dengan pakar, kita boleh isi dua minit.

Okey, kalau begitu kita boleh awalkannya.

Kita alihkan 13, penangkapan ikan ais ke berita hujung minggu.

Kita tak perlu tunjuk babak tangkap ikan yang perlahan hari ini.

Kita awalkan kisah wanita gim dan...

- ...kalahkan YGN. - Baik.

Bila mereka tengok berita kita, mereka sedar yang mereka silap...

...dan jadi panik.

Mereka akan naik gila cuba isi kekosongan lepas berita dibatalkan.

Biarkan mereka tayangkannya. Kita patut tayang lepas mereka.

Apa?

Maksud saya, kita patut...

...tikam mereka dari belakang.

Kenapa kita lewatkan kisah wanita gim?

Kita boleh kalahkan YGN.

Mereka tak nak kalahkan YGN...

- ...tapi nak mereka dimalukan. - Apa?

Maksudnya kita akan biar mereka terjerat dengan berita sendiri.

Ia cara bagus untuk jejaskan kredibiliti mereka.

Ketua Song takkan lepaskan peluang ini.

Dia memang seorang pahlawan.

Mereka akhirnya dapat berita besar.

Saya risaukan mereka.

Agak terlalu awak untuk cakap...

...mereka dapat berita besar.

Awak tak boleh jawab. Itu Dal-po.

Beri kepada saya. Awak nampak dia berbangga dengan kisah eksklusifnya.

- Saya nak buat juga. - Hei.

Berhenti jadi amatur.

Kalau awak beritahu dia sekarang, mereka akan betulkan kisah mereka.

Kita akan dilanda masalah.

Yakah?

Mereka yang membongkar...

- ...kisah wanita di gim itu? - Ya.

Kita akan dilanda masalah kalau tak kerana mereka.

Mereka dapat berita besar!

- Itu keterlaluan. - Saya tak bersetuju.

- Itu betul. - Hei.

Maaf, tapi saya Pinocchio jadi saya tak tahu merendah diri.

Saya suka kejujuran awak. Teruskan begitu.

Jadi angkuh. Asalkan kerja awak bagus.

Syabas.

Kerja yang bagus.

Panggilan anda dipindahkan...

Jangan risau. Dia cuma temberang.

Awak tahu dia tak boleh temberang.

Saya pasti tak ada apa-apa itu. Saya dah telefon gim itu.

Tiada pemberita datang lepas kita.

Dal-po. Yoo-rae.

- Kamu dapat berita besar, ya? - Ya.

- Bukanlah besar sangat pun. - Macam mana kamu buat?

Masa itu sekitar waktu tengah hari.

Saya lalu di tepi Divisyen Jenayah Kejam dan rasakan sesuatu.

Jadi saya keluarkan stetoskop saya dan pasang telinga.

Stetoskop awak.

Macam mana kamu dapatkan rakaman CCTV?

Pemilik gim itu tak nak beri.

Jadi saya merayu...

...dan pujuk dia tunjuk kepada kami.

Dal-po merakamnya gunakan telefon dia.

Telefon Dal-po.

Hei, dengan berita TV, ada video buatkan perbezaan yang besar.

Yang lain tiada video jadi paling bagus pun cuma huraian.

Eksklusif? Apa-apa sajalah.

Kamu buat kesilapan besar...

Kenapa seorang perempuan yang merupakan buruh harian...

...nak turun berat badan 20 kilogram dalam dua bulan?

Itu lagi?

Bekas suami dia kahwin bekas ratu cantik.

Dia mungkin nak jadi cantik dengan cepat.

Tapi dia bersenam pakai sut peluh dan tak dandan rambutnya.

- Itu pelik, bukan? - Tak juga.

Awak boleh abaikan saja itu.

Kamu dah jumpa keluarga dia?

Tak.

Tiada siapa datang ke hospital...

...dan bekas suaminya tak jawab telefon.

Saya nak pergi ke hospital.

Berita dah nak bermula. Awak kena tengok.

Hei!

Hei!

Di sebuah gim di Hangang pagi ini...

...seorang wanita gempal 50-an berlari di atas pengisar injakan.

Penjagaan mayat Im Yang-soon dah bermula?

Keluarga dia datang?

Ya, anak perempuannya datang dari Busan tengah hari tadi.

Itu pun dia.

- Terima kasih. - Sama-sama.

Awak...

- ...anak Im Yang-soon? - Ya.

Boleh saya bantu awak?

Saya Choi Dal-po, pemberita YGN.

Saya nak bercakap dengan awak tentang mak awak.

Saya dah...

...buat temu bual tadi...

...dengan pemberita MSC.

Selamat malam dan selamat sejahtera.

Hari ini 2 Disember. Ini adalah Berita YGN 22.

Selamat malam.

Berita Terkini MSC mulai sekarang ditayangkan pada jam 10 malam.

Salam sejahtera.

Pemindahan hati?

Saya menghidapi sirosis hati tahap empat...

...jadi saya perlukan pemindahan hati untuk hidup.

Mak mempunyai jenis darah yang sama dengan saya dan...

...tawarkan diri untuk jadi penderma.

Tapi doktor kata...

...hatinya berlemak...

...jadi dia perlu turunkan 30 kg untuk jalani pemindahan itu.

Jadi saya dah berputus asa untuk pemindahan itu.

Saya fikir mustahil untuk...

...turunkan berat secepat itu.

Saya fikir mak dah berputus asa juga.

Tapi...

Sebab itulah...

Sebab itulah dia memaksa diri.

Mak meninggal kerana saya.

Dia nak selamatkan saya. Dia nak beri hatinya kepada saya...

...jadi dia memaksa dirinya...

...dan dia meninggal.

Beralih kepada kisah seterusnya.

Pertarungan sukar dengan diet.

Minggu lepas, ada seorang individu kehilangan nyawa...

...akibat dietnya. Tapi hari ini, satu lagi...

Tidak. Berhenti.

Matikannya.

Di sebuah gim di Hangang pagi ini...

...seorang wanita gempal 50-an berlari di atas pengisar injakan.

- Matikannya! Tolonglah! - Mana alat kawalan jauh?

Dia berlari selama berjam-jam dan...

- Mak? - ...kemudian dia rebah.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian itu...

Itu mak sayakah?

Wanita ini dikejarkan ke hospital...

- Matikannya! Tolonglah! - Mana alat kawalan jauh?

Dia terlalu memaksa tubuhnya dan diserang sakit jantung.

Mak!

Diet yang menyihatkan baik untuk tubuh badan...

...tapi kalau keterlaluan, ia boleh timbulkan banyak masalah.

Dalam situasi ekstrem...

...ia boleh membawa kepada sakit jantung, malah kematian.

Jadi mesti berhati-hati.

Itu tak benar!

Mak bukan berdiet untuk jadi cantik!

Itu untuk saya.

Itu untuk selamatkan nyawa saya.

Itu sebabnya.

Mak!

Diet bagus untuk meningkatkan kecantikan anda...

...tapi bila berlebihan, ia boleh menjadi racun...

...malah membawa kepada kematian.

Untuk Berita YGN, Jang Hyun-kyu melaporkan.

Maafkan saya.

Saya betul-betul minta maaf.

Apa yang lebih agung daripada...

...kasih sayang seorang ibu untuk anaknya?

Seorang wanita berusia 50-an mahu derma hati kepada anak perempuannya.

Malangnya, selepas penurunan berat ekstrem untuk lakukannya...

...dia kehilangan nyawanya.

Pemindahan hati? Apa?

Lee Il-joo melaporkan kes ini.

Soung Youn-joo yang berkerusi roda...

...duduk sendirian di penjagaan mayat ibunya.

Ibunya, Im Yang-soon...

...turun dari 90 kepada 70 kilogram dalam masa hanya dua bulan...

Dal-po! Yoo-rae! Apa maksud mereka pemindahan hati?

Saya...

Jang Hyun-kyu!

Itu tentang apa?

Pemindahan hati? Macam mana awak boleh tak tahu?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left