Release info

All About My Romancee E15 130523 HDTV H264 720p-KOR-HANrel
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-15
Downloads: 29
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Pada asalnya kami tidak merancang untuk bertanyakan soalan ini.

Namun disebabkan isu skandal antara tuan dengan Wakil Rakyat No Min Yeong yang baru saja didedahkan...

nampaknya saya tidak dapat mengelak daripada bertanyakan tentang hal ini.

Wakil Rakyat Gim Su Yeong,

adakah skandal itu benar?

adakah skandal itu benar?

Ya.

Ia benar.

Ia benar.

Apakah sebabnya puan tiba-tiba mahu mengumumkan perhubungan awak berdua secara rasmi?

Adakah perhubungan awak berdua sudah bermula semasa kejadian alat pemadam api itu?

Adakah ia sekadar satu lakonan?

Hubungan cinta kami berdua...

baru saja bermula.

Walaupun setiap parti adalah berbeza dengan fahaman politik yang berlainan,

tidak bermakna mereka adalah musuh.

Begitulah juga diibaratkan...

antara saya dengan Wakil Rakyat No Min Yeong.

Saya tahu pasti ada yang berasa kecewa dengan pendedahan ini.

Walaupun saya rasa bersalah terhadap mereka,

tetapi saya tidak rasa saya perlu berasa malu akan perkara ini.

Sejak kejadian alat pemadam api itu...

saya memang memberi perhatian terhadap Wakil Rakyat No Min Yeong yang merupakan musuh saya ketika itu.

Namun melihat dia yang begitu bersungguh-sungguh dalam kerjanya,

dan betapa bersemangatnya dia,

sebagai seorang ahli politik,

dan sebagai seorang lelaki...

saya tidak dapat mengelak daripada tertarik kepadanya.

Dalam urusan kerja...

dan dalam hubungan peribadi saya dengan Gim Su Yeong,

saya akan berusaha keras untuk tidak menghampakan sesiapa.

Saya benar-benar berharap dengan kejadian ini,

ia takkan menyebabkan sesiapa pun

untuk meragui atau menyalah anggap segala kata-kata

mahupun tindakan Wakil Rakyat No Min Yeong selama ini.

Saya berharap perkara menyedihkan seperti ini takkan terjadi.

Saya berharap perkara menyedihkan seperti ini takkan terjadi.

Dua orang yang langsung tiada apa-apa persamaan berjumpa,

lalu kami cuba menyesuaikan dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Dan akan terus berusaha untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik.

Saya percaya begitulah juga prinsip yang digunapakai dalam politik.

Parti pemerintah dengan parti pembangkang bukanlah musuh,

sebaliknya pesaing yang mendorong untuk terus memajukan diri.

Setelah 3 cubaan yang sukar,

barulah saya berjaya menawan hatinya.

Saya tidak meminta restu anda semua,

namun saya berharap anda tidak menyalah anggap kenyataan saya

mahupun memutarbelitkan perkara sebenar.

Saya meminta secara tulus ikhlas.

Macam mana awak boleh buat begini?

=Bermacam-macam perkara pernah berlaku di parlimen sebelum ini.=

=Namun inilah kali pertama kekecohan timbul hasil pendedahan skandal hubungan cinta yang amat mengejutkan.=

=Orang ramai memberikan reaksi yang pelbagai dalam perkara ini.=

=Sejujurnya, kami tidak memilih mereka untuk menjalin hubungan cinta di parlimen.=

=Apabila difikirkan yang segala kepura-puraan mereka bermula sejak kejadian alat pemadam api itu,=

=ia adalah amat tidak menyenangkan.=

=Saya berharap mereka akan berhenti daripada terus menipu orang ramai.=

Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun,

kamu mesti melindungi Wakil Rakyat Gim.

Kalau kamu nak menggambarkan dia sebagai mangsa keadaan pun boleh.

Oh ya.

Kalau kita buat begitu, imej Wakil Rakyat No akan terjejas, bukan?

Ya, saya akan cuba mencari jalan.

Tidak, tidak.

Rasanya Pengerusi An juga pasti akan berbuat sesuatu.

Buat masa ini, terus memerhatikan keadaan.

Pastikan kamu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindunginya.

Baiklah, saya faham.

Apa halnya, Wartawan An?

Mana-mana laporan berkaitan Gim Su Yeong dan No Min Yeong, halang ia daripada disiarkan.

Apa?

Saya akan berbincang dengan pengerusi

mengenai hal ini dalam masa 5 minit,

jadi halang semua laporan itu daripada disiarkan.

Kecuali kalau awak mahu kehilangan jawatan awak

disebabkan anak perempuan pengerusi yang naik gila.

Ayahkah yang melakukannya?

Kita di syarikat sekarang.

Takkanlah kamu telah menjadi begitu bodoh sampai tidak boleh membezakannya lagi?

Saya cuma nak tahu adakah ayah yang melakukannya!

Jangan buat apa-apa terhadap seonbae Su Yeong.

Mana mungkin ayah boleh duduk diam saja...

setelah ayah melihat bagaimana dia melayan satu-satunya anak perempuan ayah?

Kalau ya pun, adakah apa yang dia lakukan berkaitan dengan ayah?

Ayah tahu tak apa yang ayah lakukan ini hanya membuatkan saya bertambah malu?

Kamu juga yang meminta pertolongan ayah dulu.

Saya telah pun menariknya balik dengan segera.

Diam!

Sama ada ayah mahu menghancurkan dia atau mengikat dia dan menyuruh dia melutut di hadapan kamu...

ayah sendiri akan memutuskannya.

Ayah cubalah berbuat begitu.

Satu-satunya cara untuk menenggelamkan satu skandal adalah dengan menimbulkan skandal lain, bukan?

Saya akan mendedahkan skandal ayah.

Budak bertuah ini!

Saya tidak bergurau.

Kalau ayah nak tengok anak perempuan ayah ini naik gila, buatlah sesuka hati ayah.

Saya...

baru sekarang menyedari betapa malunya saya disebabkan ayah.

Dan kerana itu, saya hampir gila dan hilang akal.

Saya juga telah menyedari tentang perkara itu.

Kalau ayah mahu kehilangan seorang anak perempuan, buatlah apa yang ayah nak.

Kenapa awak nak menyebut tentang 3 kali cubaan itu?

Awak ini memang tak tahu malu betul.

Ia memang betul pun.

Awak sendiri pun tahu betapa sukarnya untuk saya memikat awak.

Tiada apa-apa masalah lain, bukan?

Tiada. Awak pula?

Tiada.

Saya sedang memikirkan macam manalah saya nak keluar dari sini.

Para wartawan sedang berkerumun di luar pejabat saya.

Nak saya datang menjemput awak?

Janganlah nak membesar-besarkan lagi perkara ini ya, Wakil Rakyat Gim.

Baiklah.

Berhati-hati.

Jangan risau. Saya letak telefon dulu.

Baiklah.

Jadi...

adakah awak berdua

mahu berpaling daripada Wakil Rakyat No?

Apa?

Saya takkan berbuat begitu.

Saya juga takkan berbuat begitu, tapi...

saya benar-benar tidak memahami Wakil Rakyat No dan saya berasa amat marah.

Kenapa?

Adakah Wakil Rakyat No membunuh seseorang?

Adakah dia telah membazirkan wang kerajaan?

Adakah dia telah melakukan sesuatu yang mengkhianati negara ini

atau melakukan penyelewengan?

Adakah dia cuba memutarbelitkan sejarah?

Adakah dia mencadangkan usul rang yang akan merugikan rakyat yang telah bekerja keras selama ini?

Dia cuma...

bercinta saja.

Dia cuma telah menjumpai seseorang yang dia sukai.

Saya memahami perasaan awak berdua.

Kerana pada mulanya saya juga menentangnya seperti awak berdua.

Namun selepas memikirkannya...

apa masalahnya?

Saya tertanya-tanya apa masalahnya sedangkan ia bukan satu jenayah besar pun.

Awak berdua tahu dengan jelas bagaimanakah orangnya Wakil Rakyat No.

Awak berdua tahu dengan jelas bagaimanakah orangnya Wakil Rakyat No.

Seseorang yang sentiasa melakukan perkara yang mengagumkan tetapi hanya satu...

Seseorang yang sentiasa melakukan perkara yang mengagumkan tetapi hanya satu...

satu saja perkara yang tidak berapa saya sukai.

Lalu hanya disebabkan satu perkara itu,

adakah awak berdua mahu menghentam dia sepertimana yang dilakukan oleh orang lain?

Tidak.

Sekarang...

adalah waktu yang paling sukar bagi Wakil Rakyat No.

Bukankah kita patut menyokong dia pada saat-saat ini?

Ya.

Ya.

Buat masa ini saya akan membawa makcik dan Bo Ri tinggal di rumah saya.

Awak tak perlulah terlalu risau.

Saya hanya mengambil langkah berjaga-jaga.

Baiklah. Awak tak perlu risau. Min Yeong, awak pun--

Bagus sangatlah, budak bertuah!

Bagus betul! Memang bagus!

=Dari dulu lagi makcik dah suruh kamu berhenti. Banyak kali makcik dah cakap.=

=Buat apa kamu menyertai bidang politik=

=kalau inilah kesudahannya?=

=Cakaplah!=

=Cakaplah sesuatu, budak bertuah!=

=Saya letak telefon dulu. Nanti saya akan menghubungi awak semula.=

Buat masa sekarang, berdiam diri adalah tindakan yang terbaik.

Betul tu.

Kita pun tidak tahu macam mana daripada sepatah perkataan kita akan dibesar-besarkan menjadi seratus atau seribu perkataan yang bukan-bukan.

Jadi mulai sekarang, puan hanya perlu menjawab 'tiada komen' bagi apa saja soalan yang ditanyakan.

Jadi mulai sekarang, puan hanya perlu menjawab 'tiada komen' bagi apa saja soalan yang ditanyakan.

Dari pihak kita pula--

Wakil Rakyat No?

Saya amat berterima kasih.

Saya merasakan kalau awak berdua menampar saya sekali seorang, itu adalah lebih mudah bagi saya.

Memang itu lebih mudah.

Kalau saya seorang wanita, rasanya saya mungkin akan menampar puan sekali atau dua kali.

Malang betul kerana saya seorang lelaki.

Kenapa tiada langsung kelibat para wartawan yang telah berjanji untuk datang ke sini, Pembantu Pak?

Sebenarnya...

dengar kata mereka semua sedang berkumpul di hadapan pejabat Wakil Rakyat No Min Yeong dan Wakil Rakyat Gim Su Yeong.

Bagaimana pula dengan wakil-wakil rakyat yang telah berjanji untuk datang tidak kira apapun?

Mereka--

Macam manalah boleh ada ahli politik yang begitu bermuka tebal dan sanggup menipu rakyat seperti itu?

Itu tidak sepatutnya terjadi.

Tapi kalau difikir-fikirkan semula,

mereka berdua memang kelihatan agak mencurigakan.

Betul.

Saya boleh nampak riak wajahnya berubah apabila saya membuat kenyataan seksual tentang Wakil Rakyat No.

Saya boleh nampak riak wajahnya berubah apabila saya membuat kenyataan seksual tentang Wakil Rakyat No.

Betul! Rasanya dialah orangnya yang menyimbah saya dengan air kotor di bilik air itu.

Kenyataan seksual?

Dia menyimbah air kotor ke atas tuan?

Saya tak pernah pun berkata begitu.

Teruk betul pendengaran awak bagi seorang wartawan.

Tuan, tuan!

Dengar kata mereka sibuk.

Nampaknya aku memang sentiasa tidak bernasib baik.

Kalau ya pun aku memang ada kitaran 3 nasib malang,

tapi kenapalah skandal Gim Su Yeong mesti terdedah hari ini? Kenapa?

Selamat datang.

Nuna.

Awak kata nak menurunkan tandatangan untuk saya.

All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것) subtitles in other languages

More Malay subtitles for All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left