প্রথম 200টি লাইন।
Calon Bang Tae Seop semakin menghampiri Calon Park Hong Jip.
Dengan Park Hong Jip pada 31.6 peratus
dan Bang Tae Seop pada 29.7 peratus,
jurang kadar kelulusan di Dongnam A terus mengecil.
Dengan ramalan tinjauan yang kian memihak kepada Bang Tae Seop,
pandangan umum di kawasan itu terganggu.
Sementara kem Park sibuk mengekalkan kelebihan mereka,
kem Bang melancarkan serangan penuh,
menegaskan mereka akan bangkit semula.
Saham yang jatuh mendadak selalu melonjak naik bila awak jual.
Saya asyik bermain dalam fikiran saya.
Bang Tae Seop?
Bang Tae Seop.
Dia tengah perhatikan saya ke?
Dia tengah perhatikan saya atau apa?
(Bang Tae Seop: Ini perkembangan terkini tentang Lee Yang Mi.)
Apa yang dia cuba buat sekarang?
Bang Tae Seop...
Jangan!
Jangan buat. Orang pertama yang buat panggilan dia yang kalah.
Ya.
Saya bertindak melulu ketika itu.
Apa ini?
Dan saya menyesalinya.
Lebih baik awak belajar dari kesilapan awak.
Percayalah, saya betul-betul rasa dalam diri saya.
Lee Yang Mi buat beberapa langkah yang mencurigakan kebelakangan ini.
- Awak cuma nak biarkan saja? - Jangan harap.
Saya nak bekerjasama dengan awak
sekali lagi untuk jatuhkan Lee Yang Mi,
jadi saya juga bawa dokumen yang awak minta.
Filem yang Lee Yang Mi laburkan.
Bajetnya 30 juta dolar,
tetapi anggaran dalaman sebenar untuk kos pengeluaran
di bawah sepuluh juta dolar.
Untuk baki 20 juta lagi,
dia mesti merancang untuk salurkan ke dana gelap Son Guk Won.
Untuk persiapan menghadapi pilihan raya presiden,
dia gunakan filem itu untuk cuci duit?
Tepat sekali.
Kalau perkara ini sampai kepada media, huru-hara akan berlaku,
jadi dia gunakan Sang Ah sebagai alat,
kerana tahu rangkaiannya selamat.
Kita boleh gunakan ini untuk jatuhkan Lee Yang Mi dulu.
Kita biarkan saja filem itu.
Apa? Kenapa?
Kalau kita serang, Sang Ah juga akan menanggung akibatnya.
Tahu butirannya saja dah cukup buat masa ini.
Kita perlu dapatkan bukti yang lebih mengejutkan.
Pertama sekali,
aturkan pertemuan saya dengan Ahli Dewan Choi.
Jumpa Ahli Dewan Choi? Itu tak ada masalah.
Saya
ada projek yang saya tengah buat secara rahsia.
Baiklah.
Aduhai, banyaknya habuk. Serius!
Aduhai, habuk!
Aduhai.
Apa ini?
Awak tak culik saya, bukan?
Apa saya nak buat dengan awak?
Serius...
Son Guk Won gunakan Dana Daeyang untuk bina dana gelapnya.
Awak tahu tentang kematian CEOnya, Yoon, bukan?
Ya, itulah kelemahan Son Guk Won.
Parti kami dah cuba segala cara untuk manfaatkan perkara itu,
tapi kami tak berjaya cari pendekatan yang betul.
Pada hari CEO Yoon menjadualkan pertemuan
dengan wartawan tentang Son Guk Won,
dia meninggal dunia dalam kemalangan.
Ia dianggap kemalangan kerana pecutan yang tidak disengajakan,
tapi ada khabar angin yang itu pembunuhan.
Khabarnya ada seseorang di belakang Son Guk Won yang mengurus semuanya.
Seorang individu yang mereka panggil, "Si Bayang-Bayang."
Betul. Kami cuba cari "Si Bayang-Bayang..."
Itu juga, tapi gagal.
Mengenai Si Bayang-bayang itu...
Kami dah jumpa dia.
Betul ke?
Ini fail tentang Si Bayang-Bayang
yang saya dapat dari pendakwa raya kanan yang menyiasat Son Guk Won.
(Laporan: Perbuatan Haram Park dan Dana Gelap Son)
Ini lelaki yang sedang bekerja sebagai pembantu Son Guk Won.
Jadi awak cakap lelaki tak guna ini adalah Si Bayang-Bayang?
Saya 98 peratus yakin.
Tak, 99 peratus.
Masa perjalanannya ke luar negara sangat tepat.
Wang dana gelap itu dipindahkan ke akaun di negara ketiga,
menjadikannya sukar untuk dikesan.
Ini mengesahkan yang dia orang kanan Son Guk Won.
Jadi, rancangan kami adalah menangkap Si Bayang-Bayang,
menjadikannya kambing hitam atas pembunuhan CEO Yoon,
dan dedahkan skandal dana gelap Daeyang milik Son Guk Won.
Kalau Calon Bang bawa maklumat itu ke Parti Penciptaan,
pilihan raya presiden seterusnya dah boleh dianggap milik dia.
Jadi, dah tentu, awak akan beri
ganjaran setimpal untuk kami, bukan?
Selagi maklumat awak kukuh.
Untuk pilihan raya umum ini, beri kami sokongan penuh parti
dan janji yang awak akan berkempen untuk saya.
Dan untuk pilihan raya presiden akan datang,
berikan saya jawatan Ketua Staf dalam kempen ini.
Tolonglah. Jangan kedekut sangat.
- Saya rasa awak tak nak ini. - Tak, bukan macam itu.
Baiklah. Setuju.
- Mari berjabat tangan. - Okey.
Saya perlukan satu lagi karya agung terakhir sebelum awak bersara.
Mula-mula, buat dia curiga yang Son Guk Won adalah pengkhianat.
Tugas awak adalah putuskan hubungan
antara Son Guk Won dan Si Bayang-Bayang itu.
Tapi,
macam mana awak tahu saya nak serahkan surat letak jawatan?
Awak kata awak akan berhenti dari
pendakwaan kalau awak tak dinaikkan pangkat lagi.
Pergi jumpa lelaki ini. Dia akan beri awak jawatan.
Okey.
- Seperti yang selalu awak buat... - Ya.
Aduhai.
Helo, di sana.
Si Bayang-Bayang legenda itu sendiri.
Saya berbesar hati akhirnya dapat jumpa awak.
Telefon bimbit mangsa.
Kita akan jumpa semuanya sebaik saja buat siasatan forensik pada ini,
jadi lebih baik awak mula bercakap. Okey?
Kami juga ada bukti kali terakhir awak bercakap
dengan CEO Yoon Sang Hyun sebelum dia meninggal dunia.
Saya tak tahu apa yang awak cakapkan.
Apa yang perlu saya katakan?
Jalankan forensik awak atau apa saja yang awak perlu buat.
Awak semua
tak boleh sentuh saya pun.
Saya rasa kali ini mungkin berbeza.
Orang yang beritahu kami
adalah daripada orang awak sendiri.
Buktinya kukuh,
sebab itulah kami boleh menangkap awak serta-merta.
Aduhai, kenapa lelaki ini asyik telefon saya macam ini?
Awak buat silap kalau cuba hubungi Son Guk Won.
Son Guk Won
dah pun buang awak.
Awak semua memang tak kenal dengan Ahli Dewan Son.
Dia bukan jenis yang akan buang saya begitu saja seperti ini.
Dia pasti akan bunuh saja saya.
Kali ini lain.
Kalau saya Son Guk Won, dengan jawatan presiden dipertaruhkan,
saya akan mula dengan singkirkan pembantu kotor,
yang boleh menghalang saya.
Itu saja cara untuk menjamin jawatan presiden
dan elak diperas sepanjang tempoh jawatannya.
Dari saat Son Guk Won muncul sebagai calon presiden terkemuka,
dia dah rancang untuk singkirkan awak.
Kematian CEO Yoon kebetulan adalah peluang yang tepat,
dan dia gunakan itu untuk laporkan awak kepada pihak Pendakwaan.
Simpan cerita rekaan itu.
Baiklah. Jadilah setia.
Awak cuma akan jadi anjing pemburu setia yang tahu apa tuannya buat,
melayaninya dengan setia, kemudian dibuang begitu saja.
Kemudian awak akan mereput di penjara seumur hidup awak.
Hei.
Kalau awak nak selamat,
awak perlu beri kami semua bukti yang awak ada,
supaya Son Guk Won terpaksa menarik diri dari pilihan raya presiden
dan disiasat siasatan dengan sewajarnya. Itu saja caranya.
Kalau awak ada bukti kukuh yang saya bunuh CEO Yoon,
awak mesti dah serang saya terus.
Awak takkan guna
taktik kotor macam ini, bukan?
Sebenarnya,
awak tak ada bukti apa-apa terhadap saya.
Kenapa? Saya salah ke?
Aduhai.
Park Sang Hyun.
Ini peluang terakhir saya boleh berikan kepada awak
untuk selamatkan diri awak.
Pilihan ada di tangan awak.
Dan semua akibatnya
adalah tanggungjawab awak.
Masa depan Daerah Dongnam A!
Sila sokong calon kami, Bang Tae Seop!
("Pengerusi Kempen Gu Hong Seo Menggerakkan Rakyat...)
- Bang Tae Seop! - Bang Tae Seop!
- Bang Tae Seop! - Bang Tae Seop!
("Parti Penciptaan Sasar Kemenangan Pertama...)
(Mengalahkan Parti Reformasi di Dongnam A")
- Bang Tae Seop! - Bang Tae Seop!
Ikut sini.
("Pembacaan Skrip dan Pelancaran 'Four Seasons'")
Ikut sini.
("Pembacaan Skrip dan Pelancaran 'Four Seasons'")
Helo.
- Halo. - Hai. Terima kasih kerana datang.
- Kenapa dia belum sampai lagi? - Saya dah cuba menghubunginya.
Awak pasti awak dah beritahu dia waktu panggilan yang betul?
Ya.
Dia kata dia akan sampai dalam pukul sepuluh.
Kalau macam itu, kenapa...
- Oh Tuhan. - Aduh.
Okey, semua orang dah sampai. Mari kita mulakan bacaan skrip.
Betul.
Kami ada babak intim yang dijadualkan
No comments yet. Be the first to leave one.