لومړۍ 200 کرښې.
Saya Oliver Queen.
Selepas lima tahun di tempat yang menyeksakan,
..saya telah kembali dengan satu tujuan.
Untuk selamatkan bandar saya.
Tetapi apa yang saya buat dahulu masih belum mencukupi.
Saya perlu jadi seseorang yang lain.
Sesuatu yang lain.
Saya perlu menjadi Green Arrow.
Sebelum ini dalam "Arrow"...
Saya perlu tahu apa saya buat di sini. Mana Waller?
Tugas awak adalah untuk menyusup masuk ke dalam kawasan itu,dan lapor kembali.
Media telah menggelar mereka sebagai "Ghost".
Mereka tak seperti apa yang kita berhadapan sebelum ini.
Kami perlukan Arrow.
Sayalah orang yang mengawal mereka..
..yang apa awak semua gelar sekarang?
"The Ghosts"?
Sayalah Damian Darhk.
Pembunuhan beramai-ramai?
Membunuh yang tak bersalah? Saya tak nak buat semua ini..
Awak dibawa masuk hanya untuk turuti arahan saya.
Dan kalau saya tak nak bantu?
Awak tak ada pilihan.
Enam bulan yang lalu, Arrow telah mati,
..tapi bukan untuk apa yang dia pertahankan.
Saya ingin menyatakan niat saya..
..untuk terus mempertahankan bandar ini.
Saya nak kod nama.
Apa?!
Semua orang ada kod nama. Awak pun dah ada yang baru.
Saya nak kod nama juga.
Kesan di mana bom, kemudian baru kita berbincang.
Saya mengimbas tanda frekuensi.
Saya tahu kita tak akan bincang pasal itu.
John, ada orang di belakang.
Saya akan masuk.
Dapat. Pilihan frekuensi "The Ghost' berada di tingkat bawah.
Sepuluh kepada dua puluh adalah bom itu.
Saya tak maksudkan bom itu,
..tapi sebenarnya baik, seperti "da bomb"!
Maksud saya benda itu adalah bahan letupan.
Faham. Tingkat bawah.
Awak perlu tanganinya. Isyarat yang dah saya baca,
..mereka boleh letupkan loji rawatan dari Bandar Central.
Selesai. Suruh Diggle ke bawah untuk selesaikan yang lainnya.
Sebenarnya dia pun perlukan kod nama juga.
Tolong suruh dia ke bawah.
Arrow Musim 4 episod 2 The Candidate
Sarikata oleh: ghiqrandal Credit to: elderman Dikeluarkan oleh: Malaysian Subber Crew (MSC)
Selamatkan bekalan air dalam bandar ini,
..memang kerja semalaman yang amat murni.
Memang, tapi tak kira apa yang dah kita buat pada "The Ghost" ini,
..mereka akan terus berusaha.
Kita dah buat kerja yang bagus malam ini.
Sebenarnya tak cukup bagus.
Boleh saya cakap dengan awak sekejap?
Sepertinya awak menikmati nak membunuh tadi.
Dengar, awak belum berurusan dengan "Ghost" ini sejauh mana seperti kami.
Kalau saya pandang rendah pada mereka, perkara buruk..
- ..mungkin akan berlaku. - Saya risau..
..kalau awak teruskan seperti apa yang awak buat tadi,
..awak mungkin akan betul-betul membunuh mereka.
Saya masih tahu di mana batasnya, okay?
Dan, dah hampir pukul 9. Puan. Danforth dan Madison..
akan datang ke rumah kita dalam masa sejam,
..jadi saya ada masa untuk salah satu bebelan awak..
..atau pergi mandi. Saya akan pilih mandi.
Semuanya okay?
Awak nampak bagus.
Hari pertama saya kembali bekerja di Palmer Tech.
Saya dah sibuk hari ini, sebab saya adalah bos untuk..
..perbadanan yang bernilai berbilion dolar.
Saya tahu saya sepatutnya gementar, tapi saya memang tak.
Saya sebenarnya sungguh teruja.
Awak memang patut teruja.
Sebab itu saya nak beri awak hadiah...
..untuk hari pertama awak sebagai bos pokok "pakis".
Dan...
Makanan tengah hari awak dah disediakan..
Siapa awak?
Siapa awak?
Jawab!
Baiklah.
- "Dah berada di bawah" - "Sedia untuk penyusupan"
Apa?!
"Menyusup apa?"
"Tengok sendiri. Buat mereka percayakan awak."
Tolonglah.
Madison, bagaimana dengan pelajaran awak?
Baik. Saya akan tamat belajar dalam bulan Mei..
..dengan ijazah dalam falsafah purba.
Falsafah purba?
Bagaimana dengan impian awak..
..nak jadi pembantu penari J.T.?
Oh, yang itu memang masih dalam rancangan B.
Sungguh gembira dapat jumpa awak berdua.
Sungguh, memang dah terlalu lama.
Ya, kami gembira awak masih menghubungi.
Ya, walaupun kami sedikit terkejut.
Saya mengakuinya untuk berjumpa semula dengan anak-anak..
..salah seorang daripada teman karib saya..
..adalah bukan...satu-satunya sebab kenapa saya nak berjumpa awak berdua.
Dan ini dia sesuatu yang gila.
Minggu lepas, sepertinya dah seluruh bandar,
Saya menonton siaran Green Arrow.
Dan itu buat saya terasa..
..jika lelaki itu boleh ambil alih tanggungjawab Arrow,
Saya juga boleh jadi seperti ibu awak berdua.
Bagaimana?
Dengan bertanding menjadi datuk bandar.
Kan? Saya dah cakap.. gila.
Jelas belum ada yang menentang saya,
..tapi masih perlu adakan pilihan raya.
Mesti ada sebab yang baik kenapa tiada orang lain yang ingin menjalankannya.
Tiga orang datuk bandar yang terakhir dah dibunuh.
Tak ada yang berani tampil tentang Pemimpin bandar minggu lepas.
Dan itu bemakna kita memang perlukan seorang datuk bandar.
Saya nak tonjolkan diri.
Dan saya harapkan sokongan awak berdua.
Awak semua kelihatan lebih besar berbanding..
..ketika awak semua dalam skrin komputer saya.
Mungkin kita boleh mulakan dengan mesyuarat kewangan ini.
Terima kasih.
Okay.
Saya tahu saya tak ada ijazah dalam perniagaaan,
..atau ijazah perakaunan ataupun MBA,
..tapi seperti ini memang sangat, sangat teruk.
Ini adalah masa yang sukar untuk semua orang di Star City.
Syarikat ini dalam keadaan yang bahaya. Mujurlah En. Holt..
..dah bantu kami untuk menyelesaikannya.
Oh, syabas.
Hello.
Saya sebenarnya bukanlah ahli dalam lembaga.
Saya bekerja dalam jabatan rekabentuk inovasi.
Beritahu Cik Smoak tentang algoritma awak.
Sebenarnya.. sangat mudah.
Saya gunakan kaedah pengkhususan A.I untuk menentukan..
..keuntungan maksimum, yang mana boleh diperolehi..
..dengan jumlah minimum potongan tenaga kerja.
Maaf. Saya mungkin boleh jelaskannya dengan lebih baik.
Tak apa, saya faham. Awak dah beri saya senarai..
..orang-orang yang awak ingin saya pecat.
Pengurangan tenaga kerja mungkin kedengaran lebih baik.
Itu lebih baik baik dalam bahasa kiasannya.
Baiklah, satu-satunya cara adalah kita akan mengurangkan..
..semua bonus awak semua pada peringkat permulaan.
Kita dah pun buat dengan kaedah itu..
..dan kebuntuan dengan jalan yang lain, Cik Smoak.
Saya bukannya kembali dalam syarikat ini untuk..
..untuk buat semua yang bekerja di sini keluar dari pekerjaannya.
Saya datang ke sini untuk selamatkan legasi Ray Palmer.
Dan kalau kita tak mengurangkan kos kita secara mendadak,
..atau tingkatkan keuntungan kita,tak akan ada legasi yang boleh kita lindungikan.
Hanya saya seorang yang rasa sesuatu yang tak baik tentang perkara ini?
Maksud saya, mendaftar untuk bertanding menjadi Datuk Bandar..
..adalah seperti meminta untuk jadi sebahagian dalam "The Titanic".
Awak dah tengok saya cuba yakinkan dia agar tak teruskannya.
Saya pasti itu akan sangat membantu..
..untuk beritahu dia apa yang sepatutnya ketika pengumuman besar ini.
Terima kasih.
Terima kasih banyak.
Untuk enam bulan yang lepas,
..pejabat Datuk Bandar hanya berdiri tanpa ada apa-apa yang dijalankan,
..menanti seseorang untuk melangkah ke hadapan bagi pihak Star City.
Dan hari ini, saya berada di sini bersama dengan anda semua..
..untuk beritahu pada anda semua yang saya akan sahut cabaran.
Dua tahun lepas,
..saya kehilangan sahabat baik saya, Moira Queen,
..yang juga salah seorang calon untuk Datuk Bandar.
Dan saya diilhamkan dengan niatnya yang baik itu,
..dan sifat tidak mementingkan dirinya itu abadi dalam bandar ini.
Tembakan datang dari arah atas.
Jangan, awak lindungi Jessica, biar saya yang uruskan.
Tembakan itu hanyalah untuk mengalih perhatian.
Tak ada "Ghost" di sini.
Tunggu, tunggu.. Awak bukannya pembantu dia.
- Kembali ke atrium! - Oliver, bagaimana...
Um, kelas mempertahankan diri.
Dia menghebahkan pencalonannya,
..dan beberapa saat kemudian, seseorang cuba untuk membunuh dia?
Itu pasti satu perhatian, walaupun untuk bandar kita.
Dia tak nak undur diri, jadi ini belum lagi berakhir.
Ayah saya ada maklumat perlindungan terperinci berkaitan dia.
Memang, tapi walaupun ada perlindungan ketika pengumuman itu,
..dia masih lagi belum terlalu selamat.
Hanya saya, atau penembakan pemimpin bandar yang berpotensi..
..rasa ada kaitan dengan "Ghost"?
Lelaki itu tak memakai topeng, jadi...
Ada sesuatu yang tak kena tentang dia.
Dia tinggalkan bukti.
Cap jari.
Bagaimana awak boleh dapatkan cermin hadapan ini dari pemiliknya?
Saya beli trak daripada dia. Salah satu manfaat..
..bila teman wanita awak mewarisi..
..syarikat yang bernilai berbilion dollar.
Kita dah ada peruntukan sekarang.
Saya tak berapa yakin duit itu dah digunakan dengan baik.
Saya tak pasti cap jari ini boleh beri kita apa-apa petunjuk.
- Apa bendanya itu? - Saya bukannya pakar,
..tapi saya rasa kawan kita dah potongkan hujung jarinya..
No comments yet. Be the first to leave one.