Meal Ticket

Meal Ticket

Download Malay Subtitle

Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐— ๐—˜๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—œ๐—–๐—ž๐—˜๐—ง (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) ๐—ฃ๐—ฉ-๐—”๐— ๐—ญ๐—ก ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
โ„๐”ผ๐•‹๐”ธ๐•€๐•ƒ โ„™โ„๐•€๐•„๐”ผ ๐•๐•€๐”ป๐”ผ๐•† >> ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—™๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ *๐Ÿถ๐Ÿท:๐Ÿน๐Ÿป:๐Ÿป๐Ÿผ

Tags

webdl
Published on: 2026-03-23
Downloads: 10
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

- Kerusi kena rapat. - Betul.

- Dua minit. - Kami dah sedia.

Hai, anda mungkin kenal saya.

Tapi beberapa tahun lalu, saya juga seperti anda.

Michael Jordan tidak dikenali ramai.

Bergerak sekarang. Amari!

Perlawanan All-American ialah peluang untuk bertanding di kaca TV

dan untuk bermain bersama pemain sekolah tinggi terbaik di dunia.

Persaingan minggu ini adalah sengit dan akan menjadi semakin sengit.

Ayuh!

- Tiga, Timur. Satu, duaโ€ฆ - Timur!

โ€ฆnombor 10, Amari Bailey!

Manfaatkan sebaiknya.

Tapi ingat, apabila anda masuk NBA,

tiada lagi keseronokan, kerana saya menanti anda.

LeBron James,

melawan St. Vincent-St. Mary,

menjadi juara kebangsaan lagi.

Saya dah cakap,

saya pemain nombor satu.

Saya ada di sini. Apa cerita?

Anda takkan berjaya hari ini tanpa mencurahkan usaha

dengan bola, harapan dan tubuh badan.

Untuk seorang pemain bola keranjang,

bermain dalam Perlawanan All-American McDonald's

setaraf dengan Anugerah Oscar.

Itu taraf yang tertinggi.

Apabila anda dijemput untuk bertanding,

anda serta-merta akan tahu

yang anda akan ke NBA.

Kamu ada pemain macam Bob Geoghan yang berusaha keras

dan itulah yang diperlukan untuk berjaya.

30 pasukan NBA, 100 pencari bakat NBA di South Bend minggu ini.

Adakah awak terkesan?

Tak. Saya cuma perlu beri yang terbaik.

Saya tak boleh terkandas bersama

Pat Rileys, Larry Bird dan yang lain.

Saya cuma perlu berusaha keras untuk diri saya dan komuniti saya.

Ia bukan sekadar permainan.

Berada di sini, di kaca TV,

dapat bermain dengan pemain handalan

adalah impian menjadi nyata.

Perempuan pun akan dapat bertanding?

Mereka pun boleh buat apa lelaki buat.

Baiklah. Greg?

Saya gembira kami dapat bertanding dan menang.

Semua orang menonton perlawanan malam ini,

tapi bukan sekadar itu saja.

Perlawanan All-American Sekolah Tinggi McDonald's.

SELEPAS EMPAT DEKAD

SEBAGAI PENTAS NO. 1 UNTUK PEMAIN SEKOLAH TINGGI,

ALL-AMERICAN MCDONALD'S DIBATALKAN KERANA PANDEMIK.

PADA TAHUN 2022, MEREKA KEMBALI MEREBUT TAKHTA

SEBAGAI PENTAS TERAGUNG PEMAIN HANDALAN GENERASI AKAN DATANG.

KETIBAAN PEMAIN

PERLAWANAN ALL-AMERICAN MCDONALD'S

BARAT 3-29-22 TIMUR

All-American McDonald's.

Gembira berada di sini. Itu saja.

- Selamat untuk McDonald's. - Tumpah nanti.

Sebab itulah saya kata kita di TV.

- Ini bukan senaman biasa. - Ya.

Lebih kurang macam latihan.

- Betul. - Macam latihan.

Dia pemain nombor satu di negara ini. Saya nak jadi dia.

Tapi tak apa. Tenang saja.

JANIAH BARKER McDAAG KELAS 2022

Ini saja jalan keluar saya.

Tanpa bola keranjang, saya kecundang. Saya takkan berada di sini.

Semua orang nak jadi juara All-American McDonald's.

Saya tahu kami bertuah

dan bersyukur dapat berada di sini.

Kami semua sudah curahkan masa dan dedikasi kami

untuk memperbaiki diri dan menjadi pemain yang terbaik.

CHICAGO 1977 45 TAHUN

Mereka adalah yang terbaik. Tiada yang lebih baik.

Saya suka menandingi yang terbaik untuk menilai prestasi diri.

Kalau kita boleh kalahkan yang terbaik, kita memang terbaik.

Semua orang dilayan sama rata.

Cuma perlu main bersungguh-sungguh.

AMARI BAILEY McDAAG KELAS 2022

Besar maknanya bagi saya dapat menjadi 48 pemain All-American.

Ini akan menjadi sejarah.

Tak pernah pemain terbaik berkumpul seramai ini.

Anda adalah pemain terbaik.

Anda pemain elit.

Segalanya akan dimulakan semula.

Proses penilaian akan dijalankan sekali lagi.

Prestasi anda, IQ anda.

Segalanya akan dinilai.

Saya dah berjumpa ramai GM NBA, pencari bakat.

Ketika itu, penilaian utama untuk membuat saringan awal kanak-kanak

ialah All-American McDonald's.

Tak pernah 24 pemain hebat berhimpun dalam satu gelanggang.

Tiada yang dapat menandinginya.

Sebagai seorang kanak-kanak yang bermimpi tentang

kerjaya pada masa hadapan.

GRANT HILL KELAS 1990

Bermain dalam perlawanan McDonald's

merupakan satu pencapaian.

Ia merupakan pencapaian yang buat anda rasa bertuah

apabila ia berjaya diraih.

Ia sememangnya satu kenangan indah

dan saya amat menghargainya.

- Helo, semua. - Helo.

Saya Sonny. Saya tak kenal kamu,

tapi kita akan berbual dengan seronok.

Dengar, beri perhatian

dan ikutlah haluan kamu sendiri.

Itu saja saya minta.

PENGASAS DAPPER DAN

Dokumentari awak akan jadi dokumentari nyata.

Ia satu cerita bagus.

Saya tak bohong.

Ia membuka peluang

kepada ribuan anak muda di Amerika.

"Sonny, kali pertama saya bertemu awak adalah pada tahun 1973

ketika awak ke D.C

untuk berbincang tentang McDonald's Capital Classic."

Bob Geoghan ialah salah seorang penganjur sukan

di kawasan Washington, D.C

yang tak pernah meraih untung.

Tapi dia amat meminati bola keranjang.

Dia kata, "Matlamat kita adalah buat dia bangun dari kerusi.

Kita kena yakinkan lelaki-lelaki berusia 20, 30 tahun

untuk datang menonton."

Sebelum 1960-an, pemain bola keranjang sekolah tinggi

tidak dapat bertanding di peringkat negara

dan penghargaan selalunya datang melalui surat khabar dan majalah.

Sonny Vaccaro nampak ruang ini

dan mengasaskan perlawanan bintang sekolah tinggi bernama Dapper Dan.

Diinspirasikan inisiatif Sonny,

Bob Geoghan menganjurkan pertandingan kebangsaan,

supaya peminat boleh melihat pemain sekolah terbaik

bersaing sesama sendiri.

Geoghan bertemu Bob Beavers daripada McDonald's dan Morgan Wooten,

yang merekrut ketua bola keranjang seperti Sonny Hill, Howard Garfinkel,

serta John Wooden untuk memastikan kejayaan perlawanan ini.

Pada awalnya, Wooden menentang,

tapi Morgan yakinkan dia untuk beri sokongan

kerana ia terikat dengan kebajikan dan Ronald McDonald House.

Wooden akhirnya bersetuju

dan All-American McDonald's dianjurkan.

Saya perlu minum.

Saya rasa saya patut minum.

BOB GEOGHAN - PENGASAS ALL-AMERICAN MCDONALD'S

Okey.

Saya salah seorang

yang mempunyai visi dan berusaha

untuk melihat ia menjadi kenyataan.

Jadi saya pergi ke Syarikat McDonald's,

dan saya minta mereka untuk menaja jamin perlawanan itu.

Saya fikir sebab mereka syarikat besar.

Saya nak jadi penonton saja.

Mereka kata, "Kami pakar memasarkan hamburger.

Kami tak tahu uruskan perlawanan sekolah tinggi.

Memandangkan awak ada pengalaman tiga tahun,

awak perlu lakukannya."

PERTEMUAN JURULATIH

Kamu ada lebih 60 peratus peluang untuk mempunyai

kerjaya dalam NBA atau WNBA di All-American McDonald's.

Ini merupakan pemain terbaik dalam kategori umur mereka di dunia.

Kita ada 21 pengundi,

kemudian 23 termasuk Joe dan saya dalam jawatankuasa pemilihan hari ini.

Mereka bekerja keras.

Mereka kerja setiap masa.

Mereka ada di semua gim sekolah tinggi.

Mereka ada di kem musim panas.

Kami bukan saja mencari pemain terbaik,

kami juga mencari orang yang berbakat dan berakhlak.

Apa kesan yang mereka tinggalkan di kolej, di NBA, dan WNBA?

Apa masa depan dan potensi mereka?

Selamat datang ke bandar terhebat di dunia.

Tahniah kerana terpilih menjadi pemain All-American McDonald's.

Saya tahu kamu belum boleh menghargai saat ini,

tapi kamu sedang melakukan sesuatu yang hebat sekarang.

Sebagai seorang ahli sejarah, saya hargai sejarah yang sedang tercipta.

Sekarang, kamu semua cipta sejarah.

Tak kiralah kalau umur kamu mencecah 95 atau 105 tahun,

nama kamu akan tercatat dalam buku sejarah.

Terpahat dalam lipatan sejarah.

Saya macam tak percaya

dapat memakai uniform McDonald's.

Saya bersyukur dapat berada di sini.

Tiada kata boleh diucapkan.

Saya rasa terdapat penghormatan

pada nama semua orang yang ada dalam All-American McDonald's.

Saya rasa masa itu saya dalam kelas,

dan ibu saya hantar mesej.

"Keluar kelas. Mak nak cakap."

Saya fikir ada perkara buruk berlaku.

Tapi dia kata, "Mak bangga dengan kamu."

"Kamu pemain All-American."

Saya sedang berlatih,

dan jurulatih saya cakap, "Janiah, awak dah berjaya."

Saya terpaku.

Semua orang ragu. Saya tak tahu. Harapnya saya berjaya.

Mereka kata, "Awak akan terpilih." Tapi saya memang tak tahu.

Kita tak akan tahu apa yang jawatankuasa fikirkan.

Saya tak percaya masa saya terpilih.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left