The first 200 lines.
Dante Alighieri dilahirkan di Florence, Itali, pada 1265,
meninggal pada 1321.
Karya agungnya, puisi epik The Divine Comedy ,
perjalanan melalui Neraka, Tempat Azab dan Syurga,
ialah antara mahakarya bernilai dalam sastera dunia.
Ia bukan sahaja membentuk bahasa Itali,
tapi juga mentakrifkan semula batasan khayalan manusia.
Nick Tosches, seorang novelis Amerika, dilahirkan di Newark, New Jersey, 1949
dan meninggal pada 2019.
Beliau seorang tokoh sastera
dan nukilan beliau menzahirkan sisi gelap dunia kontemporari.
Apa yang aku tulis dari hati dari dulu sampai sekarang
tak boleh diubah walau satu huruf sekali pun
demi memuaskan hati orang lain
mahupun hati dunia penerbitan yang keras, kejam, dan penuh kepalsuan,
yang dahulunya begitu mulia.
Seperti mana harimau tak boleh dibela, buku aku tak boleh disunting.
Bak kata Faulkner, "Aku mabuk, aku marah, aku dicampak dari kuda."
"Aku kena macam-macam, tapi jangan sesekali sunting aku."
"Aku lebih rela isteri aku dirogol orang daripada tulisan aku disunting."
Aku cakap betul. Kerja penyunting bukan menyunting.
Mereka berpakat dengan pengkarya demi kebebasan dan keuntungan.
"Nanti, Encik Faulkner,
apa ada dalam fikiran awak semasa awak tulis itu?"
"Duit."
Berani, bukan? Dia kata "duit."
Duit.
Betul.
Hanya seniman yang berkarya demi orang yang mereka sayang,
dan lebih penting, demi keturunan dia,
sebab cuma mereka yang dapat menikmati habuannya.
Kita tak dibayar ikut jam, minggu, bulan atau tahun.
Kita cuma dibayar selepas kita mati.
Apa semua… Apa semua ini?
Itu?
Aku tak pernah buat apa aku nak buat, jadi ini yang aku nak buat.
Terjemahan The Divine Comedy .
Aku dah cukup hafal puisi ini macam aku sendiri yang tulis.
Sudah 10 tahun aku kerjakan ini.
- Kau ganti lapisan dalam, ya? - Ya.
Walaupun dah lama, kau tetap bergaya.
Terima kasih.
Jangan risau.
Kalau apa-apa jadi, kami akan sambut kau.
Siapa Dante?
"Siapa Dante?"
Dia penulis zaman silam.
Dia mengarang puisi terkenal, Comedy , kemudian dipanggil The Divine Comedy .
Ya.
Ya.
Tapi Dante termasuk perangkap.
Dia menjeratkan diri antara baris-baris rima dan rentak,
apa saja harapan untuk dia?
Itu buat aku sedar, rupanya dia ada kelemahan.
Karya itu ada kelemahan sebab kelemahan dia.
Ya, aku faham cakap kau.
Hai.
Budak.
Hai, pak cik.
Kamu macam baru nampak hantu. Kenapa ini?
Saya bunuh seseorang.
- Bila? - Tadi.
- Di mana? - Di kilang kaca.
- Macam mana? - Saya kelar leher dia.
Dia orang sini?
Saya tak pernah nampak dia.
Mana benda itu?
Pisau yang kamu guna untuk bunuh dia.
Saya buang dalam longkang.
Kenapa awak bunuh dia?
Dia ada pisau besar dan tanya saya nak mati tak.
Jadi, dia yang mulakan dulu.
- Ya. - Baik.
Kamu okey?
Mari, duduk sini.
Jadi ini cita-cita kamu besar nanti?
Kamu ingat kamu dah gagah sangat?
Tak.
Bagus, sebab kamu bukan begitu.
Ingat apa yang selalu pak cik cakap.
Peraturan terpenting.
Sayang sesama kita.
Betul.
Jangan jadi macam budak yang kamu jumpa tadi.
- Baik. - Jangan cari pasal dengan sesiapa.
Apa…
Apa sambungannya? Macam pak cik kata.
Jangan cari pasal dengan orang, jangan biar orang cari pasal dengan kita.
Kamu tak cari pasal dengan orang pun.
Ya.
Kamu pasti dia bukan orang sini?
Saya tak pernah tengok dia.
Mari sini.
Pak cik?
Apa dia?
Nanti saya perlu cerita balik semua ini semasa pengakuan saya?
Pengakuan apa pula ini?
Untuk Perjamuan Suci pertama saya.
Yang itu. Ya.
Tuhan ada di mana-mana.
- Betul? - Betul.
Baik.
Dia Maha Mendengar, betul?
Betul. Dia Maha Melihat, Dia Maha Mendengar.
Ya. Jadi, siapa lebih berkuasa? Tuhan atau paderi?
Tuhan.
Tuhan baru saja dengar pengakuan kamu tadi.
Kamu dah ceritakan tadi.
Pak cik dengar. Tuhan pun dengar.
Jadi macam itu caranya?
Macam itu cara pak cik.
Macam itu saja? Dosa saya terhapus?
Dosa apa?
Kamu tak buat dosa.
Budak bedebah itu
yang tiba-tiba hunus pisau kepada kamu,
dia yang buat dosa.
Tuhan dah hukum dia.
Melalui kamu.
Terima kasih, pak cik.
Kita kawan, betul?
Ya, betul.
Kamu ingat ini.
Urusan antara kita dengan Tuhan, urusan macam ini, ini istimewa.
Jangan beritahu sesiapa tentang benda macam ini.
Itu dosa.
Dosa besar.
Faham?
Okey.
Keluar sana. Ada singki.
Pergi basuh tangan. Kotor.
Aku faham.
Lebih penting lagi, aku diampunkan.
Memang aku tak beritahu sesiapa.
Adakah aku baru bocor rahsia?
Kuntum bunga cempaka yang putih melepak,
kuntum bunga lembayung, kuntum bunga merah,
kuntum bunga merah jambu,
kuntum bunga kuning, kuntum bunga lain yang tak terkira,
haruman lain yang tidak terkira mula muncul
dalam sinar dan redup mentari, keluar dari kehijauan yang subur.
Tersergamnya tugu-tugu terdedah yang dihakis sinar halimunan matahari,
ukiran batu yang memudar,
pelantar batu karang menjulur dari laut dan diratakan ombak,
tempat korban manusia dibuat sehingga lewat kurun ke-19,
bau hamis persembahan darah dan jamuan daging manusia
berbaur dengan haruman kuntum bunga putih,
dan kuntum bunga lembayung, dan kuntum bunga merah,
dan kuntum bunga merah jambu,
dan kuntum bunga kuning.
Ada sembilan lapisan langit. Bukan syurga, tapi langit.
Segala kebenaran yang dipegang Dante tercetus dengan kesedaran ini.
Lapisan pertama langit yang dia temui
menjadi lapisan paling berharga setelah lama masa berlalu.
Lapisan langit ini merupakan langit tanpa had batasan,
yang merangkumi kehadiran dan ketiadaan, kewujudan dan kehilangan.
Jiwa Dante diasuh di puncak bukit itu.
Dan begitu juga aku.
Salah satu daripada sembilan lapisan itu boleh dilihat manusia sekali seumur hidup,
iaitu pada hari ajalnya.
TUTUP HARAP MAAF
Hari terpanas bulan Ogos, pada masa itu di New York,
di mana langit siang menyilau terang, membakar kepala, peluh merenjis,
dan malamnya pula menyesakkan nafas, tidak berbintang dan kelam.
Louie cukup suka cuaca itu.
Dia nyalakan sebatang rokok dan menarik nafas dalam.
Hari sudah lewat, tapi bukan bagi dia.
Ronda-ronda, kawan?
Jangan panggil aku kawan.
Bawa minuman dan bekas abu.
Kami baru dapat grappa baru. Sedap.
Mampuslah.
Kau simpan arak murah kau itu. Aku nak Dewar's dan air ais.
Tak payah bekas abu. Aku campak lantai saja.
Apa cerita, Lou?
Kau tahu tak…
Dulu-dulu, semasa aku kecil,
orang selalu kata lelaki kena simpan misai, baru nampak jantan.
Tapi sekarang, kalau aku tengok lelaki bermisai,
kalau bukan polis, mesti pondan.
Atau polis pondan.
Jadi aku patut buang misai, Lou?
Tak, biarlah.
Ayah kau polis, bukan?
Ya, jadi mungkin kau dah ada darah polis pondan itu.
Sesuai dengan kau.
Misai itu.
Kau tahu…
pak cik kau memang sial.
Kau pun sial juga, tapi kau sial picisan.
Tapi pak cik kau, memang sial betul.
Dia dah buka kedai ini, dapatlah untung sikit.
Tapi habis semua dia main judi.
Jadi, dia minta tolong kawan aku, kawan aku tolong, tapi dia tak insaf.
Datang merayu-rayu mengemis duit untuk bayar bil elektrik
setiap kali dapat notis pemotongan.
Jadi, kawan-kawan aku dah mula menyampah.
Hei, Lou.
Tolonglah simpan benda itu.
Macam mana kalau ada polis nampak?
No comments yet. Be the first to leave one.