Release info

[๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž๐๐ซ๐ข๐ฌ๐จ๐ง] ๐“๐ก๐ž ๐“๐š๐ฅ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐’๐ข๐ฅ๐ฒ๐š๐ง (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“) ๐ƒ๐’๐๐ ๐–๐„๐
A Commentary by Coffee_Prison
โ„๐”ผ๐•‹๐”ธ๐•€๐•ƒ ๐”ป๐•Šโ„•+ >> (๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ก๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜‡๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—”๐˜‡๐—ถ๐˜‡)

Tags

webdl
Published on: 2026-01-09
Downloads: 10
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tahukah awak tentang kisah Silyan?

Datuk menceritakan kepada saya legenda dari abad ke-17 ini,

atau mungkin lebih awal dari itu.

Dahulu, ada seorang budak lelaki

yang tinggal di Macedonia.

Keluarganya memiliki banyak tanah,

dan mereka menghasilkan makanan untuk seluruh kampung itu.

Namun, budak lelaki itu tak menyukai kerja berat di ladang.

Dia mengimpikan untuk merantau ke tempat yang sangat jauh.

Di tempat yang dia akan menemui kehidupan yang lebih baik.

Apabila dia memberitahu bapanya

bahawa dia hendak meninggalkan kampung mereka,

bapanya menjadi sangat marah

sehingga dia menyumpah anak lelakinya itu.

"Ayah harap kamu bertukar menjadi seekor burung

agar ayah takkan melihat kamu lagi!"

Apabila kata-kata itu keluar daripada mulut bapanya,

langit pun terbuka

dan Silyan telah disambar petir!

Begitulah Silyan berubah menjadi seekor bangau.

Mahukah awak saya buatkan mahkota?

Sudah tentu saya mahu.

Mari kita letak beberapa lagi.

Sekarang awak sepertiโ€ฆ

Raja.

Lihat betapa tampannya awak!

Mari saya cium awak, ratuku.

- Awak tahu lagu ini? - Itu lagu kegemaran saya!

Betul!

Awak ingat masa awak bawa saya

keluar kali pertama di ladang anggur?

Mana mungkin saya lupa?

Kita sembunyi-sembunyi makan anggur.

Itu waktu yang terindah dalam hidup saya!

Kenapa?

Sebab keluarga saya tiada anggur.

Ingat apa yang saya beri awak?

- Saya tak ingat. - Timun!

Jika bahagian atasnya jatuh, awak mencintai saya!

Jika tak, awak tak mencintai saya.

Gunakan jari.

Awak sangat mencintai saya.

Perkampungan ฤŒeลกinovo

Populasi bangau putih terbesar di Macedonia Utara

Silyan tak diterima dalam kalangan bangau,

kerana dia berbeza daripada mereka.

Namun, dia juga tak tergolong dalam kalangan manusia.

Dia berasa sangat sunyi.

"Ayah, saya di sini! Pandanglah saya!",

dia ingin berkata begitu kepada ayahnya.

Namun bukan kata-kata,

cuma bunyi keletak yang keluar dari paruhnya.

Ayuh, anak-anak, mari kita siapkan rumah ini!

Bagus! Kamu dah menjadi seorang profesional, Ace!

Berikan datuk sedikit mortar, sayang.

Rajin betul dia!

Nah, datuk!

Dia bekerja keras kerana ini akan menjadi biliknya.

Berikan datuk sebiji bata lagi.

Bagus, cucu!

Bilik kamu akan menjadi yang paling cantik di dalam rumah ini.

Letakkan bata itu di sini!

Patutkah saya letakkan di sini?

Dari tingkap ini, kamu akan melihat anak-anak bangau!

Lihat bangau-bangau itu!

Kamu nampak ia di atas sana?

Bangau-bangau itu juga sedang membina rumah seperti kita.

Kita membina rumah menggunakan batu bata,

dan ia membina rumah menggunakan ranting dan rumpai.

Ayah gembira untuk mewariskan rumah ini kepada kamu

dan anak perempuan ayah, Aleksandra.

Kami gembira berada di sini!

Di hujung sana.

Ayah bina tingkat dua rumah ini untuk anak lelaki ayah.

Kamu tahu betapa kecewanya ayah dia meninggalkan kampung ini?

Dia tinggalkan kami sendirian.

Bapa itu tak tahu bahawa anak lelakinya

masih berada di kampung itu,

sangat dekat dengannya.

Namun, Silyan terpaksa menerima kehidupan

sebagai seekor bangau selama-lamanya.

Lihat tikus kecil itu!

Lari!

Mari kita tangkap ia!

Ayuh!

Tanah ini keluarkan banyak hasil!

Sangat subur!

Tolong datuk kutip ubi kentang!

Ada banyak lagi di sana!

Ada enam kilogram di sini!

Lima tan ubi kentang.

Ayuh, orang yang rajin bekerja!

- Tahun ini kita memecahkan rekod! - Lada ini sangat subur!

Ayuh, semua. Rasalah sedikit.

Makan dengan tangan.

Ini tuaian terakhir pada tahun ini.

Tahun depan, hasilnya akan lebih banyak daripada tahun ini.

Pasar Borong Petani Dobroลกinci

Mari saya tunjukkan kepada awak!

Saya mahu yang paling besar.

- Enam ratus gram. - Apa pendapat awak?

Tidak cukup besar.

Harganya terlalu mahal.

- Kenapa awak ketawa? - Janganlah begitu!

Percuma sajakah kami bekerja?

Awak tahu betapa sukarnya kerja ini?

Tunjukkan duitnya sekarang.

Awak takkan jadi miskin.

Dua ratus lima puluh denar.

Pasar Borong Petani Bosilovo

Periksa sendiri agar tak tuduh saya menipu.

Adakah masih hijau?

Sudah tentu tak.

Lima belas denar sekilo.

Awak pasti dia bukan hijau?

Tidak, jangan bimbang.

Tiga belas denar sekilo.

Saya lihat di sana ada orang menjualnya dengan harga lapan denar.

Lapan denar? Kelakarlah awak ini!

Saya lebih rela membuangnya daripada jual pada harga lapan denar.

Mungkin kita boleh sedekahkan saja.

- Ini duitnya! - Bukan itu harganya!

- Berapa harganya? - Harga yang saya minta!

Beri saya lima beg dengan harga 50 denar. Jumlahnya 350!

Saya tak mahu bercakap dengan awak!

Awak tak berhak memberinya wang!

Saya yang datang dahulu!

Saya harus menyara keluarga saya juga!

Saya sudah bekerja keras,

dan saya mahu bawa pulang sesuatu untuk keluarga saya.

Saya tak mahu menerima wang awak semua!

Saya juga tak mahu memberi lada saya kepada awak!

Awak baru saja kehilangan tawaran terbaik!

Pasar akan berakhir tak lama lagi.

Tak mungkin akan berakhir. Tiada siapa yang telah menjual apa-apa.

Ayuh, datuk!

Saya tak tahu apa yang harus kita lakukan.

Jangan bimbang! Tahun ini belum berakhir.

Kita ada banyak hasil tanaman untuk dijual.

Tiada apa yang berjalan lancar.

Percayalah! Kita ada tembakau, kubisโ€ฆ

Semua itu sia-sia.

Ia akan membuahkan hasil, percayalah.

Pusat Pembelian Borong Tembakau Negeri

Yang ini pun gred kedua.

Dua kotak gred kedua,

dan selebihnya gred ketiga, ya?

Tidak!

Awak harus bayar lelaki itu harga tembakau yang telah dipersetujui semasa penanaman.

Lihat warna kuning ini! Ia emas tulen!

Kalau begitu, baiklah. Awak bawalah balik!

Bawa ke kedai emas dan jual jika benar ia emas!

Saya setuju, ini memang tembakau yang cantik,

tapi untuk gred kedua.

Gred kedua? Tak mungkin.

Tiada gred yang lebih baik daripada ini.

Maaf, tapi kerajaan telah mengetatkan polisinya!

Ukur saiznya ikut jadual itu!

Awak fikir di mana harus saya letakkan?

Saya akan tunjukkan di mana.

Gred satu!

Awak cuma ambil daun yang baik. Jumlahnya tak mencukupi.

Kesemuanya seperti ini!

Tahun depan, kami tak mahu tanam lagi!

Cukuplah!

Tak boleh. Kami nak bawa ia balik.

Awak tahu betapa banyaknya kerja untuk menghasilkan tembakau?

Satu tan baja berharga 1300 denar.

Satu liter petrol berharga 1200 denar.

Awak harus memikirkan tindakan awak!

Awak akan kehilangan semua petani awak!

Tiga tan ubi kentang yang tak terjual.

Apa yang harus kita buat sekarang?

Semuanya ini akan membusuk.

Nanti kita terpaksa membuangnya sahaja ke dalam tong sampah.

Segala usaha kita sia-sia saja.

Para petani marah.

Mereka percaya bahawa kerajaan

membiarkan peniaga mengambil kesempatan atas usaha mereka.

Harga diubah sesuka hati peniaga.

Para petani telah mengumumkan sekatan di jalan utama.

Petani bukan hamba!

Petani bukan hamba!

Dahulu ada 300 buah keluarga petani di kampung kami,

kini cuma tinggal sekitar 50 buah keluarga.

Harga ini tak masuk akal!

Kami akan menyekat jalan utama hari ini.

Tumbangkan kerajaan!

Kami takkan biarkan kamu makan sedikit pun!

Sia-sia sahaja usaha kami!

Kami menyekat jalan ini dengan hasil daripada kerja keras kami!

Berundur!

Keadilan untuk petani!

- Awak boleh berbahasa Jerman? - Sedikit sahaja?

- Maksudnya "selamat tinggal". - Baik.

Jika seseorang ingin memesan sandwicโ€ฆ

Apa ituโ€ฆ

Burger ayamโ€ฆ

Hidangan McDonald's yang biasa, kamu tahu, bukan.

Saya pun tak biasa dengan sandwic itu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left