The first 200 lines.
KEPADA DEWA MAHADEV DAN GANGA KESAYANGANNYAโฆ
LEH, LADAKH
Lapan ribu ke kanan, lima batu ke selatan.
Menuju ke barat. Kelajuan 4000 kilometer sejam.
Eagle, awak terbang jauh di bawah altitud yang diarahkan.
Ikut arahan.
Eagle, sekali lagi, awak melepasi altitud yang diarahkan.
Ikut julat ketinggian latihan.
Secara ringkas, saya kena pastikan
ia kapal terbang yang tak dikenal pasti.
Sahkan sebarang aktiviti mencurigakan.
Saya tak akan tunggu untuk itu.
Sedia untuk menyerang.
Menunggu arahan awak.
Eagle, awak terbang terlalu dekat dengan sempadan antarabangsa.
Jangan serang.
Pasukan pangkalan, Delta mendekati sasaran.
Menunggu kebenaran.
Tuan-tuan, ini Eagle.
Anda sedang menghampiri kawasan keselamatan tentera saya.
Jauhkan diri untuk mengelak sebarang masalah.
Ini Tentera Udara India.
Tindakan anda tidak baik dan berbahaya.
Keluar daripada kawasan ini dengan segera dan jauhkan diri.
Shankar, tunggu sedia.
Tindakan awak akan membawa akibat yang besar.
Kami sedang menjalankan latihan mengikut undang-undang antarabangsa.
Semua orang, bersedia untuk bertarung.
Stesen sedia. Mulakan proses menjatuhkan.
Siap sedia, semua.
Baik.
- Buka pintu. - Baik, tuan.
Tolak. Cepat.
Helo, tuan-tuan.
Eagle, kami berada di dalam kawasan kami.
Hentikan sebarang serangan.
Sebarang tindakan agresif akan mengundang akibat yang serius.
Keagresifan bukannya reaksi, kawanku.
Ia satu pilihan dan saya dah buat pilihan saya.
Kami juga.
Gembira dapat berbual dengan awak,
jiran.
Tuan, ini imej satelit yang terbaru.
Ada banyak pergerakan, tuan.
Kita kena rancang tindakan.
V. SHEKHAWAT
- Tuan. - Okey?
Jai Hind, tuan.
SHANKAR
Semua yang telah berlaku sejak 7 Mei,
awak pun tahu apa.
Dua puluh lima buah bangunan tentera kita telah diserang.
Sekarang empat buah frigat kelas Tughril Pakistan,
tiga buah kapal pembinasa kelas Tariq,
dan dua buah kapal selam kelas Hangor
sedang menuju ke arah INS Vijay pada kelajuan lebih daripada 30 knot.
Menurut maklumat risikan kita, dalam beberapa hari akan datang,
kita akan berperang besar-besaran dengan Tentera Laut Pakistan
di perairan India.
Di tengah-tengah semua ini,
awak nak mula peperangan di tempat lain!
Berani awak guna senjata di ruang udara antarabangsa!
Itu kapal terbang musuh, tuan.
Macam mana awak tahu?
Ada bunyiโฆ
Boleh saya tahu
bunyi ini datang dari mana?
Dari perut saya.
Apabila awak terbang,
siapa yang awak patut dengar?
Pengawal Pejuang atau perut awak?
Saya terbang di ruang udara saya setiap hari, tuan.
Ada sesuatu yang tak kena.
Saya boleh rasakan.
Saya melarang awak terbang.
Satu siasatan akan dijalankan tentang insiden ini
dan sehingga kita dapat laporan terakhir,
pastikan saya tak nampak awak berhampiran mana-mana kapal terbang!
Berambus!
Tuan.
Namun tuan, dia juruterbang terbaik kita.
Selamat pagi, tuan.
Dia cuma ada masalah panas baran, tuan.
Saya tak ada masalah dengan panas baran dia, Jaideep,
saya ada masalah dengan sikap dia yang tak percayakan orang.
Ada sesuatu yang tak benarkan dia percayakan sesiapa, tuan
Ahli pasukan dia pun dia tak percaya.
Awak rasa kaunseling akan membantu?
Tuan, pada pendapat saya,
berdasarkan situasi sekarang, kita sangat perlukan dia. Tuan pun tahu.
- Sudhir. - Tuan.
Aturkan seorang kaunselor.
Sehingga dia lengkapkan sesi kaunseling dia
dan tak diberi surat doktor daripada Jawatankuasa Tatatertib,
dia tak boleh terbang.
- Faham? - Ya, tuan.
Ini juga peluang terakhir dia.
Ini Tentera Udara India
dan dia bukan saja juruterbang kita.
Kita ada ramai.
SHANKAR F/OPS TIDAK DILULUSKAN
SULIT SHANKAR GURRUKKAL
Divyanka, saya nak budak ini terbang. Dengan segera.
Jadi pastikan ibu pejabat hantar kaunselor yang terbaik untuk tugas ini.
Baik, tuan.
KERAJAAN INDIA
- Helo, Mukti. - Helo.
Helo?
Awak boleh dengar?
Awak ada minum arak?
Tak.
Sudahlah, jangan tipu saya.
Fikir tentang kesihatan awak.
Dah jumpa doktor? Apa dia kata?
Awak sempat balik tak?
Ya?
Awak tahu tentang serangan ke atas Kalvari dan Karanj.
Keadaan sangat tegang di sini, Mukti.
Kita boleh berperang bila-bila masa.
Awak fikir saya sedang berparti di sini?
Awak faham tak apa saya sedang lalui sekarang?
Kami perlukan awak.
Awak tak boleh mati atas bot itu!
Saya tak kira macam mana tapi awak kenaโฆ
Saya akan telefon awak balik.
Helo, Mukti? Dengarโฆ
Masuk.
Selamat tengah hari, puan.
- Selamat tengah hari. Silakan. - Terima kasih.
Maaf ganggu, ini hal penting.
Kumpulan AFS Leh Kapten Shekhawat secara peribadi syorkan kes ini.
Okey, saya akan siasat.
Terima kasih.
SULIT SHANKAR GURRUKKAL
Maaf ganggu, tuan.
Ya masuk, Mukti.
Saya sendiri kena uruskan kes ini, tuan.
Apa pula ini?
Tengok keadaan awak, Mukti.
Syorkan saja kepada rakan sekerja awak yang lain.
Ini penting, tuan.
Stesen Tentera Udara Leh telah buat permintaan khas.
PRAVEEN CHANDRA
Awak pasti?
Ya.
Ayah.
Saya tahu di mana Shankar.
Saya kena pergi, ayah.
LAPANGAN TERBANG KUSHOK BAKULA RINPOCHE, LEH
Besar satuโฆ
- Okey. - Lemonad satu.
Jai Hind, tuan.
SKUADRON NO. 10 FALCONS
Terima kasih.
Maaf ganggu, tuan.
Masuk.
Jai Hind, tuan.
Senangkan diri.
Puan, ini Leftenan Udara Shankar.
Helo, Shankar.
Tuan, saya rasa nak muntah.
Boleh saya pergi?
Terima kasih.
Sejak permulaan evolusi manusia,
ada satu emosi yang sentiasa menyusahkan kita.
Emosi ini telah menjadi ancaman
kepada masyarakat sivil selama beribu-ribu tahun.
Emosi itu ialah
keganasan.
DELHI TUJUH TAHUN LALU
Kekejaman, sikap tidak berperikemanusiaan,
sikap tidak ada belas kasihan.
Ia cuma satu emosi,
tapi anda akan jumpa beribu-ribu sinonim untuknya.
Ini 20 peratus daripada semua masalah dalam psikologi moden.
Perkataan Hindi untuk ini ialah "hinsa".
Jadi apa cadangan tesis awak, Cik Mukti?
Ya tuan, saya akan jelaskan.
Jadi saya percaya,
keganasan itu seperti apendiks.
Ia tak berguna
tapi menyebabkan banyak kesakitan.
Apa yang saya cadangkan adalah,
- sama seperti apendiks, - Tangkap dia! Shankar, tangkap dia!
Ini juga boleh dibuang
- daripada tubuh badan. - Shankar, tangkap dia!
Dalam psikologi moden, kita boleh sembuhkan keganasan.
Ia boleh dibuang sepenuhnya daripada sesiapa saja.
Daripada segi teori, dan jika diberikan peluang,
saya boleh buktikan manusia sebenarnya mampuโฆ
Mampuโฆ
Membuang semua tingkah laku ganas.
Selama-lamanya.
Saya tahu ini kedengaran agak radikal sekarang
tapi kajian saya mencadangkan
bahawa sedikit penilaian personaliti,
beberapa eksperimen psikologi sosial,
psikoterapi, hipnoterapi,
dan jika diperlukan, ubat-ubatan,
boleh memulihkan subjek yang paling ganas.
No comments yet. Be the first to leave one.