The first 200 lines.
Masanya telah tiba...
...untuk mentakrifkan semula sifat kesakitan.
Sudah sekian lama,
komuniti perubatan Amerika mengabaikan kesakitan kronik,
dan hal ini menyebabkan epidemik kesengsaraan.
Apabila kita hidup dengan kesakitan,
kita tidak menjadi diri sendiri yang sebenar.
Kita tidak menjadi diri kita yang terbaik.
Kita tidak hidup sama sekali kerana kesakitan
menguasai kemampuan untuk berfikir, merasa...
...dan juga menyayangi.
Seperti yang anda tahu, apabila paten kami untuk MS Contin tamat tempoh,
kesannya sangat besar kepada syarikat
kerana ia merangkumi 25 peratus jualan kita.
Namun begitu, saya ada penyelesaian.
Saya cadangkan kita ambil sistem Contin pelepasan masa
dan mencipta opioid baru yang direka khusus
untuk merawat kesakitan sederhana untuk kegunaan jangka panjang.
Saya tak yakin doktor akan mempreskripsi opioid untuk kesakitan jangka panjang.
Kita tak kejar pasaran, kita menciptanya.
Silakan Richard...
...terangkan lebih lanjut.
Terima kasih, Pak Cik Arthur.
Dr. Peterson,
sila beritahu jemaah juri, bila awak mula dengar tentang OxyContin?
Ketika musim panas tahun 1996.
Wakil jualan daripada Purdue Pharma
beritahu saya yang mereka ada ubat baru yang sangat berkesan melawan sakit.
Kesakitan sangat popular ketika itu.
Ada pergerakan di seluruh negara untuk memikirkan semula rawatan kesakitan.
Adakah Purdue Pharma menjadi pelopor kempen ini?
Saya yakin begitu.
Saya tak tahu jika mereka secara khususnya,
tapi wakil jualan mereka kerap membangkitkannya.
Wakil jualan itu mengatakan ubat tersebut berbeza sebab tidak menyebabkan ketagihan.
Adakah awak pernah dengar opioid yang tak menyebabkan ketagihan?
Tidak pernah, tuan.
Adakah dia beritahu awak peratusan pesakit yang jadi ketagih?
Itulah perkara utama promosi jualannya.
Dia kata, "Kurang daripada 1 peratus yang ketagih."
"Kurang daripada 1 peratus akan ketagih OxyContin."
Dia kata, "Kurang daripada 1 peratus." Dia cakap itu ubat ajaib.
Dr. Finnix, adakah lebih daripada satu peratus pesakit awak
ketagih OxyContin?
Dr. Finnix?
Saya tak percaya berapa ramai yang dah mati.
BACA SEBELUM MEMASUKI HARTA LOMBONG LATIHAN BAHAYA
Hei! Kamu okey, Bets?
Saya okey, ayah.
Saya letak ekor ayam jantan di atasnya. Saya panggil ekor ayam jantan bertuah.
Saya telah mengusahakan kolam ini sekurang-kurangnya sejam.
Sekejap saja dan saya mula berfikir,
"Ekor ayam jantan bertuah saya mungkin tak begitu bertuah."
-Jack, ini ketika awak jatuh, ya? -Ya.
Tiba-tiba benda ini jatuh
ke bawah dan saya rasa tarikan,
kemudian saya terus tarik benda ini.
Angkat tangan awak sebentar.
Saya akan beri awak Tylenol. Ambil dua biji, tiga kali sehari.
Ia pulih dengan baik.
Macam mana saya nak korek hidung sekarang?
Guna tangan itu.
Ikannya sebesar ini. Dwayne si tukang karut.
Bukan luar biasa yang ia belum berlaku lagi.
Awak 14 tahun, jangan risau.
Pada sesetengah budak perempuan, ia berlaku ketika 11 tahun.
Ada yang 17 tahun.
-Ia memalukan. -Tiada apa-apa yang nak dimalukan.
Mudah untuk saya cakap.
Saya fikir budak itu takkan berhenti menangis.
Awak beritahu dia itu akan merosakkan beberapa hari tiap bulan selama 40 tahun?
Saya biarkan dia tahu sendiri.
Awak ada rancangan malam Jumaat ini? Ada makan-makan di rumah Mak Cik Clara.
-Makanan tradisional terbaik. -Baiknya awak. Terima kasih.
-Saya ada rancangan lain, sayang. -Tidak.
Hei!
Saya dah kata, saya tak lupa.
Saya percaya. Saya cuma nak periksa.
Awak datang ke rumah saya setiap malam dan saya sentiasa ambil pil saya.
Saya tak tahu kenapa awak ganggu saya dan datang setiap malam.
Ya, nampak? Awak terlupa.
-Yakah? -Ya, awak tertinggal.
-Betul? -Ya. Saya ambilkan air.
-Baiklah. -Tak apa.
Saya yakin saya ambil pagi tadi. Saya ambil setiap hari.
Semua orang kadang-kadang terlupa. Ini dia.
Baiklah, tak perlu ganggu saya esok, saya akan ingat.
Okey, saya takkan ganggu. Saya cuma nak pastikan awak ambil.
Okey. Baiklah.
-Saya takkan ganggu awak lagi. -Okey.
-Baiklah, jumpa nanti. -Selamat tinggal.
Hai, Deskin, bagaimana belakang awak?
Sama saja.
Awak kena cuba akupunktur. Memang berkesan.
Itu sejenis voodoo lesbiankah?
Ya, selepas sesi pertama, awak dapat berasmara dengan wanita.
Grace.
Jaga bahasa awak apabila anak saya ada.
Maaf, Jer. Lain kali saya kata vagina.
Tuhanku, kami bersyukur dengan hidangan yang kau berikan.
Tolong lindungi isteriku yang cantik, anakku yang berharga,
dan jiranku yang disayangi, Pn. Blevin, daripada bahaya.
Izinkanlah lombong ini terus dibuka,
supaya kami dapat terus menikmati hidangan yang lazat ini.
Dengan nama Jesus. Amin.
-Amin. -Amin.
Kamu akan siapkan selimut kamu hujung minggu ini?
Ya, tinggal sedikit petak lagi.
Ini memang sedap.
Terima kasih. Saya suka.
Saya dengar awak marah dengan budak lesbian itu hari ini.
Setahu saya, bersumpah di tempat awam di Komanwel masih menyalahi undang-undang.
Saya bekerja dengan seorang lesbian di kilang kain.
Pn. Blevins, kilang kain dah tutup sepuluh tahun lalu.
Betul.
Apa maksud awak? Patricia Bellinger lesbian?
Sayang, semua orang tahu.
Saya tahu ketika sepuluh tahun.
Sikapnya bersahaja. Saya berbual sambil minum wiski dengan dia.
Patricia meninggal...
Ya, dia memang bersahaja.
Sama macam Grace.
Dia lebih kuat daripada lelaki di lombong.
Kamu pun begitu. Kamu paling kecil, mungkin paling kuat.
Kasihan mereka. Saya akan berdoa untuk mereka berdua.
Bets?
Ayah takkan mesra sangat dengan Grace.
Pengurusan tak kisah tentang dia.
Ya, okey. Saya akan jauhi dia.
Seterusnya, En. Chris Madison,
yang bertanding untuk Kongres di daerah ini. Silakan ke pentas, Chris.
Saya berbangga mewakili daerah ini di Kongres.
Saya tahu sekarang pekerjaan tak pulih seperti yang diharapkan,
tapi saya akan berusaha sedaya upaya
untuk memastikan lombong terus dibuka dan pekerjaan pulih.
Bukankah awak gadis pelombong itu?
Ya.
Saya dengar awak kuat. Betulkah?
-Mungkin. -Mungkin?
-Bergantung. -Bergantung? Pada apa?
-Saya tak tahu. -Ya?
Baiklah.
Kita semua tahu awak cuba curi suami di lombong itu.
Jangan lupa, kami perhatikan awak.
Ya, puan, saya takkan lupa.
Saya ada berita baik untuk awak.
Mak saya kata dia akan berdoa untuk awak.
Baguslah.
-Baiklah, sepuluh boleh, Eddie. -Baiklah, Bets.
-Belakang saya! -Awak okey?
Belakang saya.
Sebelum awak balik, awak mesti tengok Master Class. Persembahan yang hebat.
Entahlah, saya tak suka drama McNally yang terakhir.
-Yakah? Drama itu menang Tony. -Ya.
Lelaki gay berlari-lari bogel di pentas selama tiga jam, mestilah hebat.
Helo, Pak Cik Mortimer. Saya tak tahu awak datang.
Saya kena datang, bukan?
Richie, boleh cakap sekejap?
Awak rasa pelik tak ibu tiri awak setahun lebih muda daripada awak?
Dia tak seteruk dua orang sebelum ini.
Saya nak beritahu,
saya nak bersuara malam ini dan tak nak awak terkejut.
Okey.
Jumpa di dalam.
Tolong beritahu Dr. Raymond Sackler bahawa pemegang saham A
sangat bimbang dengan perbelanjaan
anaknya yang berlebihan dalam pembangunan produk baru ini.
Dr. Sackler, ada kebimbangan yang anak awak, Richard,
berbelanja lebih daripada 40 juta dolar dalam pembangunan...
Sepuluh kali ganda lebih daripada apa yang kita pernah belanjakan.
Seperti yang dinyatakan oleh anak Mortimer, Mortimer D.A.,
terdapat kebimbangan dalam kalangan pemegang saham A...
Awak meletakkan seluruh syarikat dalam bahaya!
Tolong beritahu Dr. Mortimer Sackler yang saham B, yang setahu saya,
mempunyai kuasa mengundi sama dengan saham A,
berbesar hati dia terbang daripada pengasingan sendiri di Switzerland,
dan kami harap pengelakan cukainya yang tak patriotik terus berjaya.
Memang berjaya.
Saya faham kekeliruan dia tentang proses pembangunan
kerana dia tak pernah membina satu benda pun dalam hidupnya,
tapi nasihatkan dia yang apabila ubat itu dilancarkan,
ia akan menjadikan anaknya yang duitnya dijana oleh saham B,
akan lebih kaya dengan ketara daripada sekarang.
Pak Cik Raymond, saya benci implikasi yang kita semua penggemar seni.
Maafkan saya, Kathe, kami semua tahu awak sangat berharga bagi syarikat.
Terima kasih.
Namun saham A betul-betul bimbang
jika OxyContin tidak terjual,
atau berselisih dengan FDA atau syarikat insurans berhenti lindung
atas apa-apa sebab, ia boleh menghancurkan seluruh syarikat.
Richard, saya hormati betapa awak bekerja keras,
tapi keluarga ini mempunyai syarikat yang berjaya selama 40 tahun,
dan sekarang berhadapan risiko.
Awak berbelanja sangat berlebihan,
dan wajar kami terganggu dan bimbang.
Ia akan berhasil.
Saya janji.
Terima kasih.
Beritahu anak saudara saya, ia lebih baik.
Samuel, saya nampak awak pergi menziarah hari ini.
No comments yet. Be the first to leave one.