The first 192 lines.
Melangkah bergaya dengan kasut baharu
Berjalan dengan teguh Ke mana sahaja aku mahu
Berundur!
Langit yang luas akan terus mengikutiku
Mereka itu…
Lanun Topi Jerami!
Kuasa Getah
Kapak Perang!
Satu, dua, tiga melangkah berjalan-jalan
Dengan lonjakan di setiap langkah
Itu libasan jauh!
Ada perkara baik menantiku
Aku akan pergi ke mana saja
Diable…
Jambe!
Aku akan pergi ke mana saja
Asalkan aku memakai kasutku ini
Kita tak setanding mereka!
Itu cuma perempuan! Kita boleh lari ikut sini!
Cuma perempuan?
Ini tidak bagus.
Pedang Ribut!
Saya bukan "cuma perempuan."
Saya ini Si Kucing Pencuri, Nami.
Mencuri barang kemas saya?
Kamu nak mati?
Apa?
Tidak…
Pulangkan!
Nami!
Saya punya…
Kasut ini rosak.
Saya nak kasut ganti.
Kaki saya cedera.
Nak lari pun tak boleh dengannya.
Saya rasa bahagian besinya mencucuk ibu jari.
Mungkin saya terbeli produk sampel.
Tak, ini memang produk jualan.
Apa?
Mungkin tekanan yang berat menyebabkan
bahagian atasnya rosak,
dan itu sebabnya…
Sekejap!
Ini Lebno Listchaque, bukan?
Kasut tumit tinggi yang halus dengan keselesaan tiada tandingnya!
Dipakai lanun-lanun terkenal!
"Kami buat 'kasut boleh dipakai untuk bertarung' untuk setiap orang
yang hidup di zaman huru-hara ini!"
Bukankah itu slogan kamu?
Saya dengar boleh bertarung memakai kasut Lebno ini…
Maafkan saya.
Saya nak minta tukar berbanding diganti baru.
Kami tak terima pemulangan produk jualan.
Apa?
Harta saya dicuri disebabkan ini!
Jika kamu tak terima ia dipulangkan, buatkan kasut baru.
Kasut teruk ini sangat cantik!
Lebno?
Selamat datang!
Saya Lebno, ketua pereka!
Saya menghasilkan kasut-kasut berseni halus…
Kasut ini rosak. Buat kasut baharu!
Saya kata kami tak terima…
Baik.
Saya akan buatkan yang baharu.
Apa?
Tapi hanya jika awak…
Awak jadi model pertunjukan fesyen?
Ya, jika saya jadi model untuk pelancaran koleksi baharu…
Mereka akan buatkan saya kasut baharu.
Tapi, kenapa mereka buat tawaran itu?
Kenapa?
Wajah awak comel,
badan awak hebat
dan kaki awak sangat cantik.
Memang sesuai untuk
Lebno!
Nampaknya lelaki itu tak periksa poster dikehendaki.
Nampaknya dia tak berminat dengan sebarangan lanun
kecuali lanun yang berurusan dengan dia.
Cantik gelang itu. Mana awak dapat?
Ini?
Ini produk terbaharu daripada satu jenama.
Yakah?
Jika awak suka aksesori…
Ini gred premium dibuat khas untuk pertunjukan itu!
Ini antara yang baharu juga?
Ya.
Saya bercadang untuk pamerkan koleksi saya di pertunjukan ini.
Saya suka jika awak nak melihatnya.
Tak sabar!
Lebno bersubahat dengan lanun.
Dia minta mereka curi harta untuk dijadikan bekalan jenama dia.
Tengoklah ini.
Itu sebahagian gelas purba yang dicuri daripada kabin kita.
Dia juga pakai gelang kaki saya di lengan dia.
Ia sebahagian daripada barang unik saya.
Ia nampak lebih hebat jika dipakai secara set…
Ia bercalar.
Minta dia buat kasut baharu itu memang patut.
Namun, saya perlu rampas semua segalanya yang milik kita.
Hei.
Awak setuju?
Keputusan dah dibuat!
BILIK ACU PAKAIAN
Dia benar-benar
cantik.
Jadi, awak juga seorang tukang kasut.
Namun, saya cuma pembantu Lebno.
Baik, saya buatkan yang baharu untuk awak.
Agaknya orang cantik sentiasa dapat apa mereka mahu.
Terpaksa buat kasut dia dari awal,
dipilih pula menjadi model.
Saya serahkan pada awak untuk buatkan kasut baharu dia.
Baiklah.
Terima kasih.
Dia sengaja tambah kerja untuk saya.
Saya pasti
dia menjalani kehidupannya senang-lenang,
dari hujung kepala hingga hujung kaki.
Ini…
Ia patah semasa saya cuba lari memakai kasut biru itu.
Cara ia patah…
Sentuhan dengan hiasan itu bukan disebabkan
dengan bahan balutan.
Nampaknya kasut ini tak sepadan dengan bentuk kaki awak.
Ambil ukuran?
Ya.
Jadi, awak betulkan bentuk kasut daripada awal lagi?
Ya.
Walaupun dengan reka bentuk sama,
pusat graviti dan sudut sendi
serta bentuk kaki sangat berbeza.
Memilih bentuk dan bahan yang betul
untuk cipta kasut yang membantu pelanggan kami berjalan dengan baik.
Itulah fahaman Lebno Listchaque.
DUA MINGGU KEMUDIAN
Saya dah betulkan bahan dan bentuk untuk ubah tekanan ibu jari awak.
Macam mana?
Wah!
Ia sempurna!
Tak menyakitkan langsung!
Awak memang hebatlah!
Awak panggil saya setiap hari selama dua minggu.
Saya risau dengan hasilnya.
Terima kasih…
Awak yang patut buat kasut di kedai ini.
Kasut-kasut di rak
memang comel,
tapi semuanya guna bahan murah sama seperti yang saya beli.
Saya yang buat semuanya.
Apa?
Saya uruskan pengeluaran.
Tapi,
kulit berkualiti tinggi tak sesuai dengan hiasan ideal Lebno, jadi…
Reka bentuknya sangat bijak.
Jadi,
kami putuskan bersama…
yang kami akan guna kekuatan reka bentuk
untuk kukuhkan reputasi jenama.
Untuk satu hari nanti dapat cipta "kasut bertarung" terhebat,
kami terpaksa bekerjasama.
Bekerja bersama, ya?
Awak dah dapat kasut baharu?
Ya, semua atas jasa dia.
Baguslah.
Sekarang, perkara awak nantikan.
Saya akan hiasinya dengan cantik.
Perempuan itu…
Dia fikir dia akan boleh buat sesuka hatinya
dengan permintaan yang pentingkan diri.
Hei.
Saya baru sedar yang saya belum tanya nama awak.
Saya Miucha.
Miucha.
Saya mahu kasut ini dibuat dengan tangan awak sendiri.
Apa?
Kenapa dia? Bukan saya?
Sebab saya nak dia yang buat, bukan awak.
Apa?
Jadi, tolonglah siapkan sendiri.
Tak boleh.
Kenapa?
Jika saya siapkan, ia bukan lagi kasut Lebno Listchaque.
Betul!
Dia memang betul!
Kami tak boleh letak logo Lebno pada kasut yang saya tidak sentuh.
Tak apa.
Apa?
Saya tak peduli tentang logo di kasut.
Saya rasa saya boleh bertarung dengan kasut awak buat, Miucha.
Awak cakap ia lebih hebat dari saya?
No comments yet. Be the first to leave one.