Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—•๐—˜๐—”๐—จ๐—ง๐—ฌ ๐—”๐—ก๐—— ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—•๐—˜๐—”๐—ง (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ) ๐—ก๐—™๐—ซ ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
โ„๐”ผ๐•‹๐”ธ๐•€๐•ƒ โ„•๐”ผ๐•‹๐”ฝ๐•ƒ๐•€๐• >> ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ต *๐Ÿฌ๐Ÿฎ:๐Ÿฌ๐Ÿฏ:๐Ÿฏ๐Ÿฌ

Tags

webdl
Published on: 2026-04-09
Downloads: 21
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Seterusnya.

Aduhai.

Betulkah cik nak jual yang ini?

Ia bukan saja mengagumkan, malah jarang ditemui, Cathy.

Kebetulan saya perlukan duit.

Setahun dah berlalu, tapi studio senyap saja.

Faham, terutama dalam keadaan ini.

Mungkin cik boleh cuba berlakon watak lesbian

dengan Anne Hathaway atau Kristen Stewart?

Itu tak mustahil.

Tak apa. Saya lebih suka keadaan sekarang.

Ini yang saya boleh tawarkan.

Terutama untuk cik. Saya peminat cik.

Saya berharga.

- Terima kasih. - Sama-sama.

Seterusnya.

Plaifun!

Bukankah cik dah bawa lima beg minggu lepas?

Hermรจs Birkin 30 WGH.

Memang menakjubkan.

Cik Plaifun Margaret Heng.

Siapa yang tak jual beg apabila dah pokai?

Tiada apa-apa nak dimalukan.

Kuat berdrama.

Cathy sangat tenang dan jauh lebih popular.

Dia fikir dia masih macam dulu. Dia perlu sedar diri.

Kebelakangan ini, dia senyap saja.

Ini cukup kuat?

Baiklah, penyanyi remaja terbaik dalam kategori Pop Thailand bagi tahun 1993

ialah Plaifun Margaret Heng!

Plaifun?

Dia ditakdirkan untuk menyanyi. Suara dia hebat.

Dari segi perwatakan?

Dia sangat baik semasa dia kecil.

Tapi selepas dewasaโ€ฆ

Diaโ€ฆ

Sama seperti khabar angin itu.

Fenomena yang tak pernah berlaku dulu, dua juta unit terjual.

Untuk album sulung Gadis Ajaib,

Plaifun.

Saya temu bual dia semasa dia keluarkan album sulungnya.

Ada khabar angin yang dia dan Tata bergaduh

di tempat letak kereta.

Dia ibarat ular.

GADIS AJAIB

Ia satu fenomena di seluruh Asia.

Bagi Jelajah Asia Gadis Ajaib, Keindahan dalam Dirimu.

KEINDAHAN DALAM DIRIMU

Tahu album kami, 7 Wanita, bukan?

Ia sepatutnya lapan, tapi Plaifun tak datang.

Dia tak nak pakai baju putih dan seluar denim macam yang lain.

Dia nak pakai warna merah, macam seorang diva.

Jadi, dia buat jelajah antarabangsa sendiri.

Baguslah.

Ayuh.

Desas-desus dalam industri mengatakan

seorang penyanyi kontroversi memutuskan untuk menarik diri

kerana rakan baik lelakinya minta dia tinggalkan industri hiburan.

Dengarnya awak tergila-gilakan seorang lelaki, jadi awak nak bersara.

Siapa sumber awak?

Pa-Kob, dia kata dia ada sumber.

Boleh tunjukkan muka awak?

Rakam ini.

Tak ada, ya?

Tak ada, ya?

Tak ada, ya?

Ini rakaman berharga.

Helo?

Tata?

Awak lapang untuk bercakap?

Ini saya, Plaifun.

Plaifun?

Plaifun Margaret Hโ€ฆ

"Hilang Begitu Saja", bukan?

Hal ini penting? Saya sedang rakam single baharu.

Sebenarnyaโ€ฆ

Boleh saya tanya sesuatu?

Konsert besar-besaran awak dari tahun lepas.

Macam mana? Bagus?

Sudah tentu! Ia buat saya sangat gembira.

Kenapa? Awak nak buat konsert?

Saya asyik terfikirkannya.

Biar betul.

Bertahun-tahun lamanya awak menghilang. Susah nak buat kemunculan semula.

Awak perlu cari jemputan untuk sertai awak.

Awak berminat?

Biar betul?

Awak masih mengata saya.

Yang album Gadis Menakjubkan saya tiru album Gadis Ajaib awak.

Biasalah, helah pemasaran.

Pemasaran?

Pemasaran!

Aduhai, pemasaran.

Tiada sesiapa lupa kekecohan yang awak timbulkan.

Saya tak dapat berlatih dengan Bird sebab awak kunci pintu.

Saya belum balas dendam lagi. Semua orang dalam industri benci awak.

Awak nak tahu?

Saya jemput awak ke pentas saya

bermakna saya rendahkan martabat saya, bedebah!

Oh, Tuhan. Macamlah orang peduli!

Oh, oh, oh, oi, takutnya

Nak lawan saya?

Kecilnya awak.

DJ Chow Chow, DJ Nan.

Yang penting ialah maklum balas pendengar

tentang kalau Plaifun buat konsert, adakah mereka akan pergi?

Okey, tiada masalah. Mari lakukannya.

- Saya amat hargainya. - Hal kecil saja.

Konsert awak dah banyak kali mempromosikan siaran saya sejak RVS lagi.

Radio Vote Satellite.

Kolotnya!

Alamak.

Muzik pengenalan dimainkan.

Helo, para pendengar stesen 94 FM kami.

- Inilah "Beritaโ€ฆ" - "Pagi"!

Bersama Chow Chow dan Nan.

Selamat datang kepada tetamu hari ini, penyanyi bintang handalan,

Plaifun Margaret Heng!

- Helo, Plaifun. - Hai.

- Selamat datang ke "Berita Pagi". - Terima kasih.

Saya rasa gemuruh sedikit.

Kali terakhir saya ke sini, kamera tak banyak seperti ini.

Inilah dia, bekas Gadis Ajaib kesukaan semua rakyat Thailand.

Dia menyepi dari pentas selama tujuh tahun.

Apa awak lakukan selama ini?

Awak berjaya buat! Sedap!

Saya jaga mak saya.

Saya dengar awak bela anak ikan.

Orang cakap sesuka hati saja, bukan?

Jadi, kenapa awak buat keputusan untuk kembali?

Saya rindu para peminat saya.

- Bayar balik! - Saya pun pokai macam awak!

Saya tak ada duit!

Begitu rupanya.

Jadi, gosip tentang ditipu oleh bekas teman lelaki dalam skim cepat kaya

tak benarlah, ya?

Sesetengah soalan tak patut ditanya.

Awak tahu cara eja biadab?

Eja.

- Eja! - Bโ€ฆ

- B-I-D-E-Tโ€ฆ - Salah!

Mari ke topik utama. Kita kesuntukan masa.

Saya dengar awak akan adakan konsert untuk kemunculan semula?

Siapa nak pergi? Sila komen.

Hantar mesej anda sekarang.

En. Jan dari Puchong nak tengok PiXXiE.

- Penny Lane tanyaโ€ฆ - Apa?

Bila konsert Billkin dan PP Krit yang seterusnya?

Tuktik kata Plaifun tak seronok.

Apa kata begini?

Mari buka talian untuk peminat Plaifun telefon.

- Ini pemanggil pertama, Nan. - Ya.

Helo.

- Berhenti. - Aduhai.

- Belum mula lagi. - Saya kata berhenti.

Aduhai. Ambillah apa saja yang awak nak.

Berhenti sekarang.

Awak salah kira?

Ini promosi "Jualan Hebat" kami. Semuanya sangat murah.

Aduhai! Memang murah!

Maaf.

Saya nak bercakap dengan Plaifun.

Bagus. Anda dari generasi apa?

Kenalkan diri anda.

"Saya bukan harapan.

Saya mungkin murung."

"Saya tak merokok, tapi saya mantap."

"Saya bukan bintangโ€ฆ"

"Tapi saya juga alam semesta awak."

Sebab sayaโ€ฆ

Pa-Kob!

Menggamit kenangan lama.

Jumpa nanti, sayang.

Saya nak ini juga.

Untuk anak saya yang dah lama hilangkan diri.

Tujuh tahun tak jumpa.

Awak sangat berseri.

Saya gemuk. Beritahulah benda lain.

Saya tak perlu pura-pura tanya khabar dengan awak, bukan?

Hidup awak nampak lebih baik.

Bila awak pulang dari Korea?

Dah agak lama.

Kenapa tak hubungi saya?

Siapa yang tak berhubung?

Saya dapat tahu tentang kemunculan semula awak dari radio

walaupun saya pengurus awak sejak awak 14 tahun.

Hei.

Siapa penganjur konsert awak?

Saya tak fikir sejauh itu lagi.

Saya tunggu maklum balas dulu.

Saya tak yakin tentang keadaan saya.

Ada jemput penyanyi lain?

Apabila ingat semula perangai kita dulu,

kalau saya, saya pun akan tolak.

Jangan tertekan tentang hal itu.

Tengok ini.

Pa-Kob.

Walaupun dah tak laku, awak tetap seorang diva.

Mustahil awak boleh buat persembahan solo.

Artis jemputan akan tarik orang.

Beauty and the Beat subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left