The first 200 lines.
Dengan kemahiran saya, awak takkan terlepas.
Rasakan!
Matilah.
Kura-kura.
Masih berpura-pura tidur?
Mari sini.
Kenapa, guru?
Kenapa kamu tak beritahu ada ular menyusup di dalam seluar guru?
Adakah itu satu cabaran?
Guru...
memberitahu perkara remeh ini kepada guru...
maksudnya memandang rendah terhadap guru!
Kalaulah kamu pandai buat ilmu ajaib seperti bercakap.
Jadi guru patut ajar saya awal-awal lagi.
Berkemas, kita kena pergi. Cukuplah hal mengarut ini.
Guru, ular, tolong!
Guru!
Tolong!
Tunggu hingga saya selesai buang air kecil, guru.
Awak sudah kembali semula.
Sayang, awak milik saya selamanya.
Kejahatan apakah awak ini?
Guru.
Guru.
Kenapa guru tak terus menyerang?
Syaitan, saya pandang rendah terhadap awak.
Pertimbangkan semula! Kenapa berdiri di sini macam patung?
Yang Mulia, macam mana dengannya?
Macam mana dengannya? Macam mana saya tahu?
Enam orang lagi sudah mati.
Saya lebih rela mati daripada kamu semua mati.
- Apa awak buat di sini? - Awak ialah...
Pegawai Ma.
Salam saya.
Simpan sajalah.
- Turunkan tangan awak! - Baik.
- Awak! Apa awak buat? - Saya minta maaf...
Apa kata awak tangkap hantu itu daripada bermain dengan mayat?
- Tidak, saya... - Apa?
Siapa awak nak bersuara di sini?
Teruskan, tuan.
Dengar sini. Awak ada tujuh hari...
untuk buru hantu Jepun itu! Kalau tak dapat, gantung diri!
Awak akan gantung diri pada hari kelapan.
Apa? Gantung diri sendiri?
Jangan gantung saya. Makan racun boleh?
Ini titah baginda!
"Ini kata-kata baginda.
Ma Sheung Fung seorang pegawai yang bagus.
Beliau bermoral tinggi dan mengambil berat rakyat.
Sehubungan itu, beliau akan dinaikkan pangkat...
ke pangkat tertinggi."
Tuah tuan sudah datang!
Hidup tuanku!
Kenapa mahu cepat sangat?
Saya tak selesai lagi.
- Ya... - Beta...
Beta apa?
Tuan kena terbalikkannya.
Saya tahu.
Apa kata awak saja yang baca, si bijak?
- Bolehkah saya tak baca, tuan? - Tidak!
- Tuan betul mahu saya baca? - Cepat!
"Ada satu hantu Jepun...
yang mengganggu dan membunuh rakyat.
Sekarang saya lantik Ma untuk buru dia dalam masa tujuh hari.
Tiada masa lanjutan."
Itu saja.
Itu saja!
Bolehkah tambah lagi dua hari?
Itu mustahil.
Gantung diri sendiri pada hari kelapan!
Saya sudah jadi pegawai selama beberapa tahun.
Walaupun tanpa sumbangan besar tapi saya tak pernah buat salah.
Sekarang ia sudah jadi bencana!
Kelima-lima isteriku, saya tahu kamu tak boleh membantu.
Kalau kamu boleh, kamu sudah bantu sejak lama dulu...
bukan?
Isteriku, sila minum bersama saya.
Ayah...
Ayah kata nak beli baju untuk saya.
Ayah kata ayah akan belikan kasut baharu.
Diam...
Ayah kamu sudah pun dalam masalah.
Tuan tak perlu bimbang.
Saya dengar sepuluh batu dari sini...
ada pondok tempat tinggal seorang pendeta.
Dia mengamalkan ilmu ajaib yang sangat kuat.
Apa kata tuan pergi jumpa dia secara peribadi?
Tak guna!
Kenapa tak beritahu saya lebih awal?
Awak buat saya minum sepanjang malam!
Jauh lagikah? Saya sudah betul-betul penat.
Tuan, kita akan sampai tak lama lagi.
- Kita sudah di sana sekarang? - Hanya di sebalik bukit itu!
- Teruskan! - Ya.
Hei, awak hilang akal? Adakah ini pondok?
- Lebih kuranglah. - Awak akan sengsara kalau bukan.
Penasihat, macam mana orang boleh tinggal di dalamnya?
Tuan!
- Apa hal? - Saya pasti itu bukan tandas.
- Awak dah hidu? - Ada tertulis di sini. Nampak?
Pergi matilah!
Awak tahu saya buta huruf!
Syukurlah tiada sesiapa dengar. Pergi perkenalkan saya!
Baiklah, saya akan kenalkan! Buasir saya sakit.
- Cepat! - Ya!
Pengawal Bersenjata Diraja, Ma Sheung Fung dah tiba!
Hei, bila saya dapat pangkat ini?
- Bolehlah berlagak! - Ya.
- Gabenor untuk dua wilayah... - Berlagak...
Macam mana jadi macam ini?
Tuan, ini kuasa ilusi.
- Kuasa ilusi? - Kuasa ilusi!
Ia tak seronok. Mari kita pergi!
Tuan, ini juga kuasa ilusi!
Tak guna.
- Tuan, apa perlu kita buat? - Kita akan pergi dan lihat!
- Mari kita bergerak bersama-sama. - Cepatlah, dungu!
Apa itu? Dua anjing di dalam kolam.
- Awak tak guna! - Tak guna!
Kamu nampak betul-betul teruk.
- Apa awak cakap? Pukul dia! - Baik.
Tak guna!
Siapa pegawai di sini? Awak atau saya?
Pukul saya?
Itu cuma ancaman kosong saja.
Si kerdil tak guna.
- Ke mana awak boleh pergi? - Mari kejar saya.
- Ke mana awak boleh lari? - Kura-kura...
berhenti berkelakuan seperti itu.
Tuan, dialah ahli nujum itu.
Guru.
Maaf kerana tak menyambut awak di pintu masuk.
Pegawai Ma datang sejauh ini, saya rasa berbesar hati.
Guru.
Sila minum teh.
Bawakan secawan teh lagi.
Guru, tiada sesiapa pernah datang sini...
jadi kita hanya ada dua cawan saja.
Pegawai Ma, kalau begitu mari kita berkongsi.
Tuan...
Awak tak suka teh itu?
Orang tua, awak cuba bingungkan saya dengan ilmu ajaib awak?
Saya mesti beri awak rasa kuasa saya. Bawakan pedang saya!
Ini dipanggil, "Semua Dalam Satu Hayunan"!
Tuan, tunjukkan "Hikmat Membelah Gunung".
Tuan, macam mana "Hikmat Ayunan Di Atas Kepala"?
Bagus sekali!
Tunjukkan "Hikmat Gerakan Rawak" juga.
Awak tak nampakkah dia sudah pucat macam kertas?
Pucat macam kertas? Guru saya tak takut sedikit pun.
Saya akan beri awak rasa kemahiran sebenar.
Tengok betul-betul.
Penasihat, ia nampak lembut. Apakah itu?
Sesuatu macam damak, rasanya. Tak bahaya langsung.
Otak sempit betul!
Ini pedang berumbai.
Itu nama untuk sebilah damak dungu yang terikat pada tali?
Guru, pinjamkan saya sedikit air ajaib.
Jangan guna terlalu banyak. Sukar untuk dapatkannya.
Baik.
Berani awak pandang rendah terhadap senjata saya. Hati-hati!
Ia keras!
Sudah tentu!
Ia betul-betul keras.
Tuan, kalau tuan sapu air itu di sana, ia akan keras juga.
- Sapu di mana? - Yang tergantung di bawah sana.
- Beri saya balik? - Pergi matilah!
- Matilah di bawah kaki saya! - Guru!
Awak ingat saya akan takut dengan helah ilusi awak?
Tuan, bukan mereka jadi gergasi tapi tuan jadi orang kerdil!
Ini bukan helah ilusi.
Sekarang siapa yang akan kena pijak?
Awak pergi mati!
Kura-kura!
Jaga adab kamu.
Masuk ke dalam sekarang.
Sila bangun.
Awak memang pendeta yang hebat!
- Tuan memuji saya. Arah sini. - Silakan.
Sebenarnya, saya datang untuk meminta bantuan.
Maharaja...
Faham. Sebab tuan begitu berazam, saya akan buat apa-apa yang boleh.
- Tapi saya ada satu syarat. - Apa-apa saja, cakaplah.
Adakah awak sanggup buat pengorbanan?
Pengorbanan apa? Tubuh saya?
Nyawa awak.
Nyawa saya?
Selepas awak mati, saya akan tukar awak jadi patung emas.
Sebab awak bekerja dengan maharaja, awak dirahmati.
Syaitan Jepun tak boleh kalahkan awak.
Hanya dengan bantuan saya dan anak murid saya...
awak boleh bunuh syaitan Jepun itu.
Hei, awak hanyalah pendeta Tao...
bukan penglipur lara!
Saya tak cakap tanpa asas.
Hanya dengan ilmu ajaib saya mayat awak takkan musnah.
Jika tidak mayat awak akan musnah.
Fikir-fikirkanlah.
No comments yet. Be the first to leave one.