The first 200 lines.
SEBUAH FILEM OLEH JOHN TRAVOLTA
BERDASARKAN BUKU OLEH JOHN TRAVOLTA
DIARAHKAN OLEH JOHN TRAVOLTA
28 DISEMBER 1962
LAPANGAN TERBANG IDLEWILD, NEW YORK
Waktu itu lewat malam
dan terminal agak lengang.
Ibu saya melihat gambar Liz Taylor dalam filem yang akan datang
bertajuk The V.I.P.s.
Dia mahukan kot begitu,
tapi dia membeli kotnya di jualan bawah tanah gereja,
tempat semua orang kaya menjual pakaian terpakai.
- Jumpa lagi, nenek. - Selamat jalan, sayang.
- Muah. - Saya akan rindu nenek.
Jumpa lagi, mak.
Jumpa lagi, sayang.
Panggilan akhir, Trans World Airlines,
Penerbangan 700 perkhidmatan Jet Super Duta Diraja ke London.
Menanti penumpang di Pintu Tiga.
Sila menaiki pesawat.
Suara melalui sistem PA kedengaran begitu anggun.
Saya membayangkan pemiliknya sangat cantik,
umpama seorang pelakon.
Mungkin jika mak berkelakuan seperti Marilyn Monroe,
ejen tiket akan tempatkan kita dalam kelas pertama.
Ibu juga kata, semua minuman adalah percuma
jika kami menaiki kelas pertama.
Sudah tentu saya tak kisah, asalkan kami dapat terbang.
Trans World Airlines, Penerbangan 393
perkhidmatan Buruj Super ke Pittsburgh,
Dayton, Chicago, Kansas City,
Denver dan Los Angeles.
Menanti penumpang di Arked Barat.
Sila menaiki pesawat.
Saya tak pernah rasa teruja begini.
Saya tahu, dalam beberapa minit, saya akan terbang buat kali pertama.
Tiada perasaan setandingnya,
termasuk bermain doktor dengan rakan-rakan di kejiranan.
Permainan kegemaran kanak-kanak lapan tahun.
Saya masih ingat semua tentang malam itu.
Lampu yang malap di terminal
dan warna logo syarikat penerbangan
semasa kami bergegas ke pintu di Arked Barat.
Ibu saya turut kelihatan teruja,
tapi saya yakin atas sebab yang berbeza.
Mungkin memikirkan minuman percuma yang dia boleh minum
atau peluang bertemu lelaki kacak di dalam pesawat.
Ibu saya berumur kira-kira 49 tahun dan agak menawan.
Mata biru, rambut cantik
dan susuk yang cantik bagi usianya, menurut ibu.
Susuk badannya pasti lebih cantik jika tak melahirkan saya pada usia lewat.
Ramai lelaki tak kisah jika buncit sedikit.
Ibu fikir, ia seksi bagi sesetengah orang.
Mungkin dia akan jatuh cinta dengan lelaki yang hebat,
seperti kapten pesawat atau sepertinya.
Seronok apabila bergegas menerusi Lapangan Terbang Idlewild.
Saya tak sangka kami benar-benar akan terbang kali ini.
Selalunya, kami ke lapangan terbang untuk menghantar orang.
Ibu saya pernah terbang untuk pergi bekerja
bagi lakonan pentasnya untuk teater musim panas.
Tapi, kali ini, saya terbang bersama.
Terasa seperti mimpi.
Saya rasa sangat teruja.
Semuanya terasa seperti dalam gerak perlahan.
Pesawat itu sangat cantik.
Warna perak dan putih, dengan dua jalur penegasan merah
dan huruf TWA dicetak di sisinya.
Sangat indah.
Angin sejuk yang menerpa ke muka tak menghalang cinta pertama saya.
Tampil anggun, tapi terasa kuat dan berkuasa.
Ini permulaan pengalaman yang takkan saya lupakan.
Semasa kami mendaki tangga untuk menaiki pesawat,
saya sedar sesuatu yang sangat pelik.
Tak ramai orang yang terbang bersama kami.
Hanya beberapa orang.
Jadi, saya berpura-pura penerbangan itu hanya untuk saya dan ibu saya.
Unik, bukan?
Selamat menaiki pesawat. Di dalam lebih panas.
Pramugari di puncak tangga itu tinggi dan langsing
dengan senyuman yang mesra.
Kami turut sediakan pelan kecemasan untuk anda.
Ada sesuatu yang berbeza tentang dia.
Perbezaan yang sukar dijelaskan.
Kemudian, ibu berbual-bual dengan dia.
Bagaikan kawan baik.
Saya tanya ibu punca Liz kelihatan berbeza daripada orang lain.
Ibu kata, ia berpunca daripada kesedihan yang mendalam
daripada pengalaman hidupnya di kem tahanan.
Ketika enjin dihidupkan satu per satu,
saya duduk di kerusi yang besar, lembut dan selesa.
Bunyinya hampir tak didengari.
Kipas besar berpusing sambil api keluar melalui ekzos bahagian belakang.
Saya tahu ini era jet,
tapi saya tertarik tentang menaiki pesawat
yang memakan masa dua kali ganda untuk tiba ke destinasi berbanding jet.
Tambahan, ini kali pertama saya.
Saya masih ingat menyimpan syiling dalam dompet bunga hitam.
Nenek kamu, ibu kepada mak,
berikan mak dompet bunga ini untuk menyimpan wang.
Sekarang, kamu akan simpan wang di dalamnya
agar kita boleh buat perjalanan singkat bersama.
Kita boleh ke Philadelphia, Hartford.
Kita boleh ke Boston!
Ya.
Saya benar-benar suka apabila ibu teruja tentang sesuatu.
Seluruh dunia kelihatan cerah dan mempunyai harapan.
Okey.
Okey.
Sebenarnya, mak nak beri kejutan,
tapi kita akan berpindah ke Los Angeles.
Yakah?
Mak ada seorang kawan pengarah di Allentown Playhouse.
Dia berjanji, jika kita berpindah ke barat menjelang Februari,
dia akan dapatkan mak kerja dalam bidang filem.
Serius?
Saya tak sangka.
Ibu memang ada banyak kerja
sebagai pelakon tambahan,
jadi saya memang dah jangkakannya.
Dia juga pernah mengajar drama di sekolah
dan sebelum itu pernah berlakon pentas sepenuh masa.
Apabila dia tak bekerja, sayalah penonton yang paling setia.
Saya akan kembali.
Saya perlu periksa jadual saya sekarang juga.
Saya berlari ke bilik saya di atas,
tempat saya simpan jadual penerbangan.
United, American, TWA.
Ini dia. "Koc Malam Sehala Pesawat Kipas.
Tambang penuh, 95 dolar. Tambang kanak-kanak, separuh."
Ini dia!
Kembali ke masa penerbangan.
"Trans World Airlines, Penerbangan 393
berlepas dari Lapangan Terbang Idlewild pada 9:00 malam.
Perkhidmatan Buruj Super ke Los Angeles
dengan perhentian sejenak di Pittsburgh,
Dayton, Chicago, Kansas City, Denver dan Los Angeles.
Tiba pada pukul 3:00 petang keesokan harinya."
Hanya Trans World Airlines
menghubungkan 70 bandar Amerika Syarikat dengan 15 pusat dunia di luar negara.
Seluruh negara, seluruh dunia
Percayakan…
TWA
TWA caranya
Apabila saya turun,
lampu ruang tamu dah dimatikan.
Muzik dari bahagian radio stereo memainkan "Wives and Lovers",
nyanyian Jack Jones, dengan perlahan.
Rokok ibu menyala di dalam gelap, segelas wain putih di sisinya.
Saya risau jika kata-katanya tentang berpindah ke Los Angeles
mungkin tak benar.
Mungkin itu cuma angan-angannya.
Apa-apalah.
Saya masih boleh menyimpan untuk perjalanan singkat itu.
Lebih baik saya periksa jadual itu semula.
Nenek saya pernah memiliki sebuah Plymouth Belvedere 1957.
Pada Disember 1962, kami semua
menuju ke Lapangan Terbang Idlewild dengan Penerbangan 393 dalam fikiran saya.
Bila kita akan tiba?
Sayang, apabila odometer mencapai 62,
kita akan sampai.
Seronok dapat melihat papan iklan besar
menunjukkan peluang berbeza yang seseorang boleh ambil, seperti,
"Terbang dengan Pan Am, tujuh jam ke Paris."
Atau "TWA, cara terbaik untuk ke California."
Kini, saya menaiki pesawat
ke salah satu destinasi terjauh syarikat penerbangan itu.
Ada kira-kira 15 orang pada segmen pertama penerbangan ini.
Saya memakai topi pemburu yang saya terlupa tanggalkan,
mungkin sebab kesejukan di luar tadi.
Apa pun, beginilah penampilan saya semasa berlepas.
Saya boleh rasakan, ibu teruja bagi pihak saya,
tapi mungkin sebenarnya ibu tak sabar nak berada di udara
agar dia boleh merokok dan minum.
Saya seronok melihat api keluar dari bahagian belakang enjin.
Menurut majalah dalam penerbangan,
itu perkara biasa bagi enjin kipas.
Terbang bersamaku
Ayuh terbang menjauh
Jika kau mahu minuman istimewa
Ada bar di Bombay…
Semasa memecut di landasan, perasaan seperti mimpi itu kembali.
Pada ketika itu, pesawat itu meninggalkan tanah.
Saya tak sangka saya terbang.
Ibu memandang ke depan,
kemudian berpaling dan tersenyum kepada saya.
Saya akan kenang wajah ibu pada saat itu.
Pesawat itu berlepas jauh lebih tenang daripada sangkaan saya.
Entah kenapa, pada malam itu, semua yang berlaku setakat itu
berasa sempurna.
Selama bertahun-tahun, walau apa pun pengalaman negatif yang saya alami,
dari masa bertolak ke lapangan terbang
sehingga tiba di destinasi,
saya pasti akan rasa selamat dan gembira.
Ibu saya suka Manhattan,
tapi saya suka Coca Cola.
Liz muncul di tepi tempat duduk kami.
Apa minuman yang awak mahu?
- Boleh beri saya Coke? - Boleh.
- Saya mahu Manhattan. - Boleh.
Boleh saya merokok sekarang?
No comments yet. Be the first to leave one.