The first 200 lines.
Selamat pagi, sayang.
Itu memang Archie.
Mereka jumpa dia di dalam kotak bersama wanita tua Scotland,
Ada pengkhianat.
Awak dan saya
ada satu persamaan, Jan.
Tanyalah saya apa dia. Teruskan.
Tanyalah.
Kita berdua sayangkan Harry.
Sekarang, tolonglah saya,
Jangan bincangkan apa-apa tentang Harry
di luar keluarga.
Jelas sekarang?
Kerja baik.
Awak rasa boleh dekat dengan dia?
Adakah ini satu kesilapan? Apa yang kita buat?
Kita sudah letakkan semua orang
tepat di tempat yang kita mahu.
Apabila awak kerat Tommy, itu menghantar mesej.
dan kita akan hantar satu lagi.
Saya mahu awak uruskan hal ini.
Saya akan perhatikan awak,
saya akan dengar hanya satu perkara, gerak hati saya.
Dan apa sahaja yang gerak hati saya kata,
itulah kebenaran.
Gilalah. Ini mesti perangkap.
Ini dah pasti satu serangan hendap.
Sebaik sahaja kita masuk ke gereja...
- Krematorium. - Tak kisahlah.
Kita dan mereka. Kita dan keluarga Stevenson itu.
Lebih teruk lagi.
Jangan lupa, dia mahu kita hadir ke majlis peringatan juga.
Gilalah.
- Di rumahnya. - Apa?
Bukan kita berdua saja, betul? Kita semua, satu keluarga.
- Jan, Bella. - Hebatlah.
Saya tahu. Bijak betul.
Gilalah.
Memang hebat, bukan?
- Nak secawan teh lagi? - Ya, boleh.
Terima kasih.
Siapa nama warden yang awak sebut sebelum ini?
- Rusby. - Ya, itu dia.
- Ya. - Celaka...
- Awak ingat dia? - Ya, saya ingat tentang dia.
Kenapa tiba-tiba sebut pasal dia?
Saya nampak dia.
- Di mana? - Hari itu.
Waktu saya pergi ke rumah orang tua.
Saya nak dapatkan katil untuk ibu Maria di sana.
Masa saya keluar, saya nampak dia duduk di bilik umum.
Berbual dengan seseorang. Isterinya atau adiknya, entahlah.
- Benar-benar dia? - Memang dia.
Saya dah bertahun tak fikir pasal dia.
Saya tahu. Buat awak teringat semula.
Ini dia.
- Ayah. - Kevin,
ayah mahu awak dan Harry datang pagi ini.
Secepat mungkin.
Mesyuarat perang.
Baiklah, kami akan datang.
Ayah. Dia nak kita ke rumahnya dengan segera.
Nampaknya hari ahad Jan dah rosak.
Helo, Harry.
Hai, sayang. Saya betul-betul minta maaf.
Saya perlu pergi ke Cotswolds sekarang.
Jadi, tak ada sarapan tengah hari?
Tanya dia kalau dia tahu saya ada peperiksaan esok.
Dengar. Ada hal penting.
Beritahu ibu jumpa paip dadah saya.
Jumaat ini, kita kena
hadir ke majlis penting.
Apa?
Pengebumian Tommy Stevenson.
Awak bergurau?
- Kalaulah saya bergurau. - Apa dia?
Ibu?
Harry, kenapa awak...
Saya tak pernah jumpa Tommy.
Saya tak boleh cam Tommy Stevenson
walaupun dalam barisan pengecaman.
Saya tahu. Tapi,
Richie menjemput satu keluarga.
Ini mesti perangkap.
Saya tahu bunyinya teruk,
tapi saya rasa ia selamat. Percayalah saya.
Bella pun akan pergi?
Ya.
Kebetulan pula,
antara pilihan saya,
saya terfikir nak bunuh diri, jadi...
lantaklah.
- Okey. - Baiklah.
Jumpa nanti.
Apa hal tadi?
Ibu?
Apa ibu nak pakai ke pengebumian keluarga Stevenson?
Jaket kalis peluru?
- Ibu. - Sayang.
Apa khabar, Harry.
Hai.
- Harry. - Selamat pagi.
- Harap awak lapar. - Nampak sedap.
Tunggu apa, duduklah.
- Terima kasih. - Duduklah.
Jan kata apa?
Dia sangat marah.
Ya. Bella pun macam tak berminat nak pergi ke pengebumian orang
yang dia tak kenal dan mungkin kena tembak.
Selamat pagi, Brendan.
Awak bangun awal. Apa yang ayah boleh bantu?
Ayah. Saya telefon,
Kevin, dan Bella kata
semua orang ada di Cotswolds.
Ada perbincangan, katanya.
Benar.
Apa yang berlaku?
Kami sedang buat perbincangan, Brendan.
Kenapa saya tak dijemput?
Kerana awak tak dijemput, Brendan.
Eddie, mari ke meja makan, sayang.
Seraphina ada di sana?
Tak, Brendan, Seraphina tak ada di sini.
Siapa itu?
- Cuba teka. - Bagi sini.
Nah.
Brendan,
keluarga Stevenson jemput
keluarga Harrigan ke pengebumian Tommy.
Aduhai.
Jadi kami berkumpul di sini untuk mencari jalan keluar.
Tunggu sebentar.
Dia jemput satu keluarga?
- Ya, Brendan. - Saya pula?
Jumpa lagi. Semoga hari awak indah.
Ibu? Helo?
Saya sayang dia. Betul, saya sayang.
Tapi, seriuslah, dungunya dia.
Menyakitkan hati.
Mereka patut dipuji.
Langkah yang sangat bijak.
Jadi nampaknya Richie telah memberi sedikit kejutan.
Siapa nak mula?
Jelas Richie mahu kita semua
di satu tempat supaya senang hapuskan kita.
Tolonglah, Kev.
Tidakkah awak mahu pandang mata Richie
dan ucapkan takziah atas kehilangannya?
Ibu kata kita pergi.
Ibu suka upacara pengebumian.
Makan dan minum percuma.
Dan ibu nak tengok langsir di rumah Vron.
Harry?
Apa kata hati awak?
Saya rasa ini bijak.
Bukan perkataan yang biasanya dikaitkan dengan Richie,
tapi hakikatnya,
kita susah kalau pergi, dan kita susah kalau tak pergi.
Saya tak percaya Richie mahukan perang.
Tak bagus untuk perniagaan.
Kalau betul dia mahu, dia boleh mulakan
dengan bunuh saya di Moody’s, bukan?
Saya tahu itu akan dikira sebagai nyawa dibayar nyawa.
Tapi awak bukan Harrigan,
jadi itu bukan nyawa dibayar nyawa.
Itu nyawa dibayar jari kaki.
Eddie, tolonglah diam.
Awaklah punca semua masalah ini.
Betul.
Eddie.
Teruskan, Harry.
Tiada apa akan berlaku
di krematorium atau majlis peringatan, betul?
Kerana polis dan pihak media akan memantau
siapa yang datang dan keluar.
Richie pasti tahu hal itu.
Ia terlalu terbuka.
Hakikat ini dibuat secara terbuka
menunjukkan ini dibuat untuk lakonan,
bukannya pembunuhan beramai-ramai. Ia lebih kepada tunjuk kuasa.
Dia mahu beritahu yang dia tahu sesuatu.
Dan dia mahu memalukan awak.
Tapi ini Richie, awak tahu?
Dan ini Richie yang sedang marah, pendendam dan berdukacita,
jadi sejujurnya, apa sahaja boleh berlaku.
Dan kalau kita pergi,
kita akan masuk tanpa senjata ke kawasan musuh,
dan itu akan membuatkan kita rasa tidak selesa
dan terdedah.
Jadi, kalau kita pergi, kita perlu membuat satu persetujuan.
Contohnya, jangan minum
14 gelas champagne dan lupa di mana kita berada.
Ibu.
Penyibuk, Kev.
Untuk Eddie sebenarnya.
Betul?
Dan penting untuk kita ada senjata
di rumah Richie, kalau keadaan jadi buruk.
Bagaimana nak bawa senjata masuk?
Jangan risau hal itu. Saya ada cara.
No comments yet. Be the first to leave one.