The first 200 lines.
TANAH PERKUBURAN BACHELOR'S GROVE
Hei.
Hei, Taffy.
Pemerah pipi itu tak sesuai dengan awak, Lisa.
Saya akan duduk di rumah.
Tak boleh.
Ini parti besar pertama tahun ini. Wajib pergi.
Doktor awak pun dah pesan. Awak perlu bersosial.
Gunalah katil pemerangan saya.
Tak nak.
Ketika saya menang Ratu Tropika Hawaii,
saya janji akan bantu orang dengan gelaran saya.
Termasuk kongsi hadiah utama dengan orang memerlukan.
Awak memerlukan, sayang.
Maaf kerana buat awak terkena renjatan, Lisa.
Saya tak apa-apa.
Jom nyanyi rap.
Awak suka Brookview?
Bolehlah. Sama macam sekolah lama saya.
Awak ada minat sesiapa?
Beritahulah.
Lisa.
Lisa! Lisa.
Michael Trent.
Saya tak kenal dia.
Dia ketua editor The Grackle.
Majalah sastera sekolah menengah.
- Dia makan di sekolah? - Di luar.
- BK atau White Castle? - Dua-dua tak.
Badan pemain bola keranjang atau bola sepak?
Dia tak bersukan. Dia orang intelektual.
Dia berkerusi roda?
Tak.
Parti ini pasti meriah.
Ada dua tong arak, wapatui,
dan Eric Chen curi tangki nitrus di klinik gigi ayahnya.
Ia di Jalan Bluff, bukan?
Kita boleh jalan saja.
Jauh. Saya pakai tumit tinggi. Hancur kaki saya nanti.
Ada jalan pintas ikut hutan, melalui Bachelor's Grove.
Perkuburan berhantu itu?
Ia tak berhantu.
Cuma ditinggalkanβ¦
Dan kotor.
Khabarnya hesher amalkan sihir di sana.
Ada juga yang kata Gina Marzak serah anak di dalam perutnya kepada syaitan.
Sebab itu bayi itu perlu pakai helmet.
Saya tak pernah nampak sesiapa.
TIDAK BERKAHWIN
Tempat itu sangat tenang dan sunyi.
Saya gosok semua batu nisan dengan lilin.
Saya ada kubur kegemaran.
Ada kegemaran?
Ya.
Seorang pemuda.
Saya kemas kuburnya dan letakkan bunga.
Kadangkala, saya cakap kepada dia.
Saya bawa ini untuk awak.
Ia milik mak saya.
PUISI SHELLEY
Buruk kalau saya pakai, jadi saya nak beri kepada awak.
Jaga baik-baik.
Peliknya, Lisa.
Saya rasa orang tak patut dilupakan.
- Hai. - Hai!
Saya bawa arak.
- Ya. - Awak nampak cantik.
Awak betulkan jambul pepat awak.
Saya tak nak tegur sebelum ini.
Ia agak buruk, tapi dah cantik.
Kita akan ke peringkat negeri. Saya berani bertaruh.
- Kita mesti yakin, sayang. - Ya!
Aduhai, Steve. Soroklah muka awak.
Kalau awak nak khayal, etanol di dalam.
Apa?
Arak ada di dalam rumah.
Ya. Kakak tiri saya yang bawa banyak.
Lisa Swallows?
Michael Trent.
Macam manaβ¦
Macam mana awak tahu nama saya?
Kita berdua dididik di sekeliling asbestos yang sama.
Lagipun, awak hantar puisi berat kepada The Grackle.
Saya editornya.
Yakah? Begitu rupanya.
Karya awak sangat hebat.
Sangat gelap, tapi hebat.
Ia mengingatkan saya kepada Plath atau Sexton.
- Awak suka puisi saya? - Saya takkan terbitkan kalau tak suka.
Apa berlaku kepadanya?
Saya dengar cerita.
Saya tak boleh beritahu, Lori, atas sebab peribadi dan undang-undang.
Saya juga dah berjanji.
Tapi saya boleh beritahu awak. Saya percaya awak. Kita geng sorak.
Mestilah.
Okey.
Dua tahun lepas, Lisa hanya berdua dengan mak dia di rumah.
Ada orang gila pecah masuk
dengan membawa kapak.
Mak dia suruh dia lari dan menyorok, maka dia pun pergi.
Kemudian, orang itu bunuh mak dia dengan kapak.
Dia dengar semuanya.
Ya Tuhan.
Dia hubungi 911, tapi orang itu terlepas.
Dia masih bebas.
Menjelang Lisa keluar,
semua dah terlambat.
Aduhai.
Saya pun pasti gila jika jadi dia.
Ya.
Selepas itu, berbulan-bulan dia tak cakap.
Dia berjalan saja macam zombi.
Ayah dia pula?
Ayah dia okey?
Ya. Dale lelaki yang baik.
Mak jumpa dia enam bulan selepas kes itu.
Tak lama kemudian, mereka bertunang dan berkahwin.
Baguslah.
Dale tak perlu bersedih lama
dan Lisa pun dapat mak baharu.
Comelnya.
Ya. Semuanya begitu baik.
Hei. Saya jumpa tong itu.
- Terima kasih. - Arak murah, tapiβ¦
Hei, Tamara.
Hai. Maaf. Macam mana kita kenal?
Beberapa kelas.
Tahun ini?
Semester ini.
Baguslah. Apa-apa punβ¦
Awak nak rasa?
- Nak. - Kenapalah saya anggap dia berparti?
Baiklah. Beri sini.
Saya nak tengok.
Apa?
- Apa ini? - Entah. Saya ambil daripada Darren.
- Aduhai. - Apa?
Dia hanya minum Pepsi Free. Awak beri dadah pula.
Awak melebih-lebih.
Hei, Lisa. Awak tak apa-apa?
Tadi awak dengan budak nakal.
Mereka beri awak sesuatu?
Saya tak sangka. Awak ada potensi besar, Lisa.
Hei, kamu. Kita perlu bercakap.
Cakaplah tak nak.
Baik arak daripada bir.
Saya psikik.
Satu lagiβ¦
Saya rasa hujan akan turun.
Hei, Lisa.
Awak tak apa-apa?
Siapa awak?
Ya. Ini saya, Doug.
Rakan makmal awak.
Okey, mari kita cari tempat untuk awak duduk, ya?
Ayuh.
Ayuh.
Baiklah.
Saya benci parti macam ini. Entah kenapa saya datang.
Saya lebih rela tonton filem
daripada tengok ahli sorak buat onar.
Kawan, itu untuk lembu.
Siapa pengarah kegemaran awak?
Pabst.
Awak hanya baca tin bir saya.
Tak. Dia betul-betul seorang pengarah.
Dia arah filem apa?
Senyap.
Okey. Saya senyap.
Rambut awak macam rumput Easter.
Berapa tin White Rain yang awak minum?
Kawan.
Macam bau ganja di sini.
Terima kasih.
Malaikat tengah main boling.
Mak saya selalu cakap begitu.
Awak suka?
Jangan berhenti jika dah mulakannya. Itu peraturan.
Tak boleh.
Mari, Lisa. Sekejap saja.
Tak baiklah tinggal orang macam ini saja, Lisa!
Awak.
Kalaulah saya boleh bersama awak.
Basuh tangan, nak.
Mak.
GULA GETAH
Lisa? Lis? Hei.
Mak saya marah pasal tandas. Awak kena bangun.
Cepat, sekarang.
Tak apa. Semua orang buat.
Ya Tuhan.
Jadi, apa yang berlaku semalam?
Lutut awak.
Saya jatuh.
Ya, sayang. Saya pun.
Lisa, turun ke bawah sekarang!
Awak kena turun.
Lisa.
Kamu pecahkan cermin tandas?
Semalam, sayaβ¦
No comments yet. Be the first to leave one.