The first 200 lines.
Seorang cef memegang tiga peranan.
Mentor, jurulatih dan juga tukang masak.
Minat saya ialah memasak.
Ia satu cara untuk saya menyatukan orang ramai.
Semua orang ada seseorang dalam hidup mereka...
yang melakukan sesuatu yang luar biasa.
Kami mulakan program memasak hidangan...
untuk pekerja industri perkhidmatan yang dibuang kerja...
apabila COVID melanda.
Membawa perubahan positif kepada komuniti mereka.
Tempat kami terbuka kepada semua...
tak kira mereka ada duit atau tidak.
Dan mereka cuma perlukan bantuan...
untuk memajukan projek mereka.
Saya mahu membantu para petani...
kerana produk mereka dihasilkan dengan penuh kasih sayang.
Jadi kami membentuk satu rancangan...
untuk meraikan 10 orang cef...
yang membawa perubahan besar dalam komuniti mereka.
Saya tahu ini bukan mudah tapi saya bangga dengan kamu semua.
Tak kira mereka turunkan minat mereka dalam memasak...
kepada generasi pelajar yang baru...
mendidik orang ramai tentang keindahan warisan mereka...
atau meraikan keakraban hubungan kekeluargaan.
Orang boleh rasa kasih sayang dalam makanan.
Setiap seorang cef ini mempunyai impian sendiri.
Buku masakan.
Mengembangkan sekolah kulinari saya.
Membuka ruang acara.
Pasaran makanan.
Restoran sendiri.
Dokumentari.
Tempat lahirnya pelbagai konsep.
Saya ada banyak kenangan manis dalam hidup saya...
di meja makan.
Kami tak sabar nak cipta kenangan baru...
dengan 10 orang cef ini.
Ini peluang keemasan bagi mereka.
Inilah The Big Brunch .
- Apa khabar? - Helo, semua.
- Apa khabar? - Hai.
- Baik. - Apa khabar?
Hai.
- Apa khabar? - Awak betul-betul nyata?
Semuanya nyata.
- Selamat datang. - Aduhai.
Bagi yang tak tahu, nama saya Dan.
Awak nampak kacak.
Terima kasih.
Cuba ambil hati saya. Saya faham.
Saya di sini sebagai sahabat, tempat mengadu...
dan penyokong kamu sepanjang proses ini.
Saya juga terlibat dalam pemilihan kamu semua.
- Terima kasih. - Saya berbesar hati.
Sama-sama.
Juri-juri yang hebat sedang menunggu kamu...
di ruang makan.
- Patutkah kita terus ke sana? - Ya!
Bayangkan kalau kamu tak nak pergi.
Mari.
Cantiknya dapur ini.
Kita akan memasuki bahagian depan rumah...
dari belakang rumah.
- Hei. - Selamat datang ke ruang makan.
Cantiknya.
Ini juri-juri kita.
Hai!
- Hai. - Apa khabar?
- Hai. - Oh, Tuhan.
Helo.
Sukacitanya saya ingin perkenalkan juri-juri...
yang akan menilai bersama saya.
Saya perkenalkan, Sohla El-Waylly.
Beliau seorang penyumbang artikel bagi New York Times Cooking ...
cef terkemuka...
dan salah seorang 100 Inovator Baru majalah Time .
- Hebatnya. - Ya.
Helo. Saya Sohla.
- Helo. - Hai.
Saya suka memasak...
dan mengajar orang memasak.
Saya sangat teruja untuk mengenali kamu semua.
Saya suka Sohla.
Dia sangat mengagumkan dan berbakat dalam memasak.
Dia juga jujur...
dan tak takut menyatakan pendapatnya.
Saya sangat menghormatinya.
Dan Will Guidara...
bekas pemilik bersama Eleven Madison Park yang terkenal.
Di bawah pengurusannya...
ia menang tiga bintang Michelin...
dan meraih tempat pertama dalam senarai 50 Restoran Terbaik Dunia.
Ya.
Saya sangat gembira berada di sini...
untuk membantu perkembangan kerjaya kamu...
dan merealisasikan perniagaan idaman kamu.
Dia suri teladan saya.
Hospitaliti dan profesionalisme paling utama bagi saya.
Saya begitu teruja memikirkan...
yang dia akan menilai hidangan saya.
Kamu ingin tahu tentang hadiahnya?
Ya!
Pemenang The Big Brunch akan membawa pulang...
tiga ratus ribu dolar...
Apa?
yang kita tahu akan mengubah impian kamu...
menjadi kenyataan.
Nadege, awak macam sesak nafas.
Saya tak sangka wang hadiahnya sebanyak itu.
Saya masih terkejut.
Semua sudah bersedia untuk bermula?
- Ya! - Okey.
Setiap sarapan lewat pagi mempunyai tema yang unik...
dan terdiri daripada dua hidangan...
pembuka selera dan hidangan utama.
Kami akan menilai berdasarkan rasa, persembahan...
dan kekhususan suara kamu.
Itu kriteria penentuan peserta yang akan ke peringkat seterusnya.
Tema hidangan hari ini...
ialah kamu semua.
Kami ingin mengenali kamu dengan lebih mendalam.
Untuk pembuka selera...
sediakan hidangan yang mencerminkan...
permulaan minat memasak kamu.
Satu jam akan diberi untuk menyediakan hidangan ini.
Saya akan berada di sini untuk mengikuti perkembangan kamu.
Semua dah bersedia?
- Ya! - Sudah tentu.
- Mari kita mulakan. - Ya!
Mari kita mulakan!
Sekarang kita cuma tunggu makanan siap.
Saya suka di sini ada jendela besar...
dan kita boleh lihat segalanya.
Silakan.
Saya sangat teruja.
Apa khabar semua hari ini?
Baik, terima kasih. Apa khabar?
Baik. Kamu dahaga?
- Saya nak Caesar. - Pilihan yang baik.
Saya orang Kanada.
- Orang Kanada suka Caesar? - Saya rasa...
- Ya. - Ya.
Ia sama macam Bloody Mary tapi ia dibuat dengan jus Clamato.
- Sebab ada air rebusan kepah. - Saya tak pernah minum jus Clamato.
Sedap juga.
- Apa kata kamu rasa dulu? - Okey.
- Saya akan hidangkan. - Terima kasih.
Sama-sama.
- Semua okey? - Ya.
- Semuanya bagus. - Ya.
Kita memasak sekarang.
Saya mulakan perniagaan sendiri ketika berumur 13 tahun...
dengan resipi ini.
Skon cip coklat dengan mentega madu putar.
Saya berasal dari keluarga Itali yang besar.
Kami sentiasa berkumpul pada waktu makan.
Nenek saya, Rosemary, pandai buat kuih.
Dia sedar ini bukan sekadar hobi bagi saya.
Saya benar-benar minat...
dan inilah yang patut saya lakukan.
Saya masih ingat kali pertama...
makanan menggembirakan saya...
ialah ketika mak tiri saya buat kek span jari...
pada hujung minggu.
Tapi itu sebenarnya cuma roti bakar dengan kayu manis.
Saya sedar makanan juga boleh menghiburkan.
Jadi saya akan buat versi kek span jari kayu manis...
yang diolah semula.
- Lebih mudah didapati. - Ya.
- Minuman dah siap. - Masanya dah tiba.
Masanya dah tiba. Caesar.
Aduhai.
- Ini dia. - Terima kasih.
- Kamu mesti cuba dulu. - Ya.
- Mari minum. - Untuk sarapan lewat pagi.
- Untuk sarapan lewat pagi. - Terima kasih.
- Terima kasih, Xia. - Sama-sama.
- Saya suka. - Ya?
- Saya nak gelas besar. - Okey.
Saya akan sediakan.
Sedap sangat, Xia. Terima kasih banyak.
Saya pun nak dua gelas.
Baiklah.
Tak lengkaplah sarapan lewat pagi tanpa minuman.
- Hati-hati, barang tajam. - Awas.
Ini sarapan lewat pagi tradisional di Haiti.
Espageti ak aranso.
Spageti dengan ikan hering salai.
Saya belajar masak hidangan itu daripada ayah saya.
Dia tukang masak yang berbakat.
Mungkin yang terbaik...
tapi jangan beritahu dia saya puji dia.
Brooklyn, New York
Buat saya nampak kurus, Brian.
Saya datang ke negara ini ketika berumur tujuh tahun.
Saya datang untuk tinggal dengan ayah saya.
Mari kita sediakan semuanya.
Ayah saya pemandu teksi.
Dia bekerja pada waktu malam...
dan tidur pada waktu siang.
No comments yet. Be the first to leave one.