The first 200 lines.
1992
Jualan terlaris 20 juta dolar
1993
Jualan terlaris 30 juta dolar
1994
Jualan terlaris 40 juta dolar
1995
Jualan terlaris 50 juta dolar
1996
Jualan terlaris 20 juta dolar
1997
Jualan terlaris 10 juta dolar
1998
Jualan terlaris 10 juta dolar
1999
Jualan terlaris 1 juta dolar
Selepas krisis kewangan...
industri perfileman terjejas...
ekoran kemerosotan ekonomi, cetak rompak.
Kadar pengangguran tinggi.
100 dolar untuk enam keping. Kualitinya bagus.
Kualitinya lebih baik daripada VCD yang asli.
- Awak buat apa? - Menjual VCD cetak rompak salah.
Apa? Salah?
Tangkaplah saya. Saya ada duit nak upah peguam.
Pergi.
Nama saya George Lockers. Saya pengarah yang agak terkenal.
Semasa industri perfileman baik...
ramai orang minta saya mengarahkan filem mereka.
- Si kerdil, arahkan filem saya. - Baiklah.
Si kerdil, arahkan filem saya.
Baiklah.
Si kerdil, jual dadah untuk saya.
Saya ialah pengarah.
Maaf, salah orang.
Sekarang, industri perfileman Hong Kong jatuh.
Tiada sesiapa yang nak buat filem, jadi kami menganggur.
Jadi saya perlu cari mereka sekarang.
Upahlah kami!
Kami nak buat filem.
Tapi tetap tiada orang nak upah saya sebagai pengarah.
- Tolong saya buat filem. - Baiklah.
Maaf, salah orang.
Semua papan kayu ini...
menunjukkan kemarahan industri perfileman, muzik dan industri...
dan mereka marahkan cetak rompak.
Saya ialah Stephen Spellberg, Saya penerbit filem.
Perkara yang mereka cakap tadi tak benar.
Industri perfileman Hong Kong tiada masalah.
Saya menggalakkan semua pelabur di Hong Kong...
melabur dengan saya dan anda akan jadi kaya dan terkenal.
Anda akan ada peluang untuk memikat mana-mana artis.
Industri perfileman Hong Kong tiada masalah.
Apa?
Dah habis filem.
Pergi beli.
Awak mesti bayar dulu! Awak hutang saya tiga bulan gaji.
Apa? Bos saya perlu bayar dulu, barulah saya boleh bayar awak!
Awak tak bayar gaji. Tapi masih tengking kami!
Belasah dia!
Saya, Julia Robots. Saya pelakon.
Saya suka berlakon.
Tapi bos cakap lidah saya pendek. Saya tak boleh jadi watak utama.
Saya hanya boleh jadi pelakon pembantu.
Tapi ada orang beritahu saya, kalau saya tidur dengan orang penting...
barulah saya boleh jadi pelakon utama.
Mereka ialah kambing hitam dalam industri perfileman!
Alamak, macam mana nak cari kambing hitam ini?
Saya punya!
Saya tak maksudkannya.
Kalau tak buat begitu kepada saya...
saya takkan bunuh awak!
Beginilah.
Awak yang paksa saya lakukannya.
Kerana itulah saya bunuh awak!
Tak, terlalu lemah.
Setiap kali saya tengok rama-rama dan lipas terbang di udara...
saya terfikir...
nak bunuh awak!
Ya! Okey! Sangat indah!
Lipas terbang di...
Ya!
Saya akan bunuh awak!
Tak, ini tak cukup.
Saya perlu buat lagi. Saya nak makan.
Banyaknya semut.
Ada satu bungkus mi saja. Kenapa nak berebut?
Pergilah.
Jangan salahkan saya sebab tak berhati perut.
Saya tak bermaksud nak makan kamu.
Jangan salahkan saya sebab tak berhati perut.
Bila awak tidur di sini? Saya ingatkan awak keluar.
Dah lama saya di sini. Awak buat bising, macam mana nak tidur?
Ingatkan awak ada kerja nak buat.
Kerja apa?
Lepas ambil bahagian dalam filem Saya menganggur dan tak bekerja.
Okey...
Awak yang paksa saya. Kalau tak, saya takkan bunuh awak.
Awak takkan habis menulis kalau awak terus kerja macam ini.
Dengar sini, semua dialog mesti penuh dengan emosi.
Kalau saya tak rasakannya, saya takkan tulis dialog yang indah.
Lagipun, ada beberapa babak lagi yang tak siap.
Kenapa tak pergi minta gaji?
- Hubungi pengarah. - Betul juga.
Kawan, saya perlu minta gaji saya!
Pengarah George, saya ini Ko.
Ko, penulis skrip.
Ya, cakaplah.
Filem kita akan dibuat atau tidak?
Saya dah cakap akan dibuat.
Bila saya akan dapat bayaran?
Bila penerbit setuju dengan skrip itu...
awak akan dapat bayaran bila penggambaran bermula.
Baiklah, saya ada penggambaran ini. Berhenti.
Terima kasih.
Candy, awak dapat pelajar perempuan dan jururawat?
Bukankah awak cakap ada pramugari, pengakap perempuan dan paparazi?
Bukankah mereka dah ada ini? Bos!
Bagus!
Saya akan dibayar nanti. Bagus.
- Awak... - Sedapnya mi udang ini!
Awak beli di mana?
Ini mi segera, bukannya mi udang.
Mi segara? Kenapa ada benda-benda hitam ini?
- Awak habiskan? - Ya, saya habiskan semua.
Itu semutlah.
Jangan muntahkan! Semut kaya dengan protein.
Dengar sini, orang Afrika pun makan semut.
Lepaskan saya, tengok!
Jangan muntah atas barang saya...
- Kita ada duit untuk beli makanan. - Kita ada duit untuk beli makanan.
- Ya! - Bubur kacang hari ini sedap sangat.
Pak Cik Cheung, kami cuma pesan satu mangkuk.
Sebab kami cuma ada 10 dolar.
Tiada masalah. Satu mangkuk ini percuma.
Lepas malam ini, tempat ini akan ditutup.
- Tapi bubur pak cik sedap! - Kenapa?
Ramai orang menganggur sekarang, mereka tak mampu nak beli bubur.
Saya tak nak rugi lebih banyak lagi.
- Makanlah. - Terima kasih.
Terima kasih, Pak Cik Cheung.
Dia miskin macam kita.
Masih ada harapan lagi.
Awak ingat lagi kita masih ada mesyuarat...
dengan George dan Steven, penerbit itu lusa?
Tentulah, saya ada uji bakat esok.
Julia cakap watak itu sesuai untuk saya.
- Betulkah? - Ya.
Awak pasti berjaya! Mata awak mengancam.
- Tentulah! - Tunjukkan!
Pandang saya.
Awak paksa saya juga!
Kalau awak tak paksa saya makan bubur...
saya takkan bunuh awak.
Saya yakin itu dia.
Betullah.
- Awak nampak lebih kacak di luar. - Betulkah?
Ya, saya dan teman wanita saya ialah peminat awak.
Awak ada kemahiran lakonan yang hebat.
Chow Yun Fat pun tak boleh lawan.
Awak memuji saya.
Betul, dah tiga kali saya tengok filem Appolo 13 .
- Awak berlakon dalam Appolo 13 ? - Taklah.
- Bukan dialah. - Tak nampak macam...
- Tom Harks sekarang. - Tom Harks?
Kenapa dengan kamu berdua?
Kamu tak boleh beritahu perbezaan antara Beckham dan Ronaldo.
Maaf, salah orang.
Boleh beri autograf?
Tolonglah, Bruce Willies.
Boleh saya tambah lagi, Robin Williams?
Awak buka pintu dan nampak mereka, isteri dan lelaki lain atas katil.
Awak marah. Awak terkam mereka.
Tak guna! Awak berfoya-foya dengan isteri saya!
Taklah...
Kenapa? Kenapa buat macam ini?
May, awak tak boleh tinggalkan saya.
Saya akan berikan apa saja yang awak perlukan.
- Kenapa kepala awak rapat sangat? - Maaf!
Macam mana?
- Okey. - Betulkah?
- Saya dah hafal dialog. - Bersedia.
Sedia...
- Mulakan. - Penjara Terbakar , cubaan satu.
Mulakan.
Sayang...
Tidak.
Berhenti. Awak buat apa ini?
- Pengarah, kenapa? - Kenapa tak cakap dialog awak?
- Dah. - Bila?
Mata saya menceritakan semuanya. Saya buat dialog tambahan lagi...
- Awak cakap apa? - Pengarah, dengar sini.
Pelakon hari ini tak perlu tuturkan dialog.
Mereka hanya perlu gunakan mata untuk ceritakan semuanya.
Kalau awak hanya memandang mereka, ingat penonton akan faham?
- Tahu saya cakap apa? - Kata-kata kesat.
Penonton sekarang sangat bijak.
Baiklah, gunakan mata awak. Tak payah cakap.
Cuba pinjam 500 dolar. Ada orang nak pinjamkan atau tak.
Sukar?
No comments yet. Be the first to leave one.