The first 200 lines.
TAHUN 1998
27 REKOD
Apabila cahaya di luar tingkap
Malap satu demi satu
Aku menulis surat kepada langit
Kau tinggalkan aku untuk orang lain
Tapi kau masih dalam ingatanku
Jadi aku kumpul semua air mataku
Dan aku hantarkannya ke langit
Walaupun aku bukan kekasihmu ...
Kau nak tengok dia sepanjang hari?
Hei.
Helo.
Kedai ini jual album rock?
Kedai ini jual album rock?
Maaf?
Album rock ada di sana.
Awak rakan sekelas kami?
- Ya. - Kenapa awak cakap sopan?
Bagaimana awak kenal saya?
Awak duduk di belakang dan selalu ambil kertas ujian saya.
Oh, ya.
Merdunya lagu ini.
Siapa nyanyi?
- Seol Ji-won. - Siapa?
Seo...
Apa awak cakap?
Dia...
Hei.
"Gather My Tears" oleh Seo Ji-won, bukan?
Seo Ji-won?
Kau tak kenal?
Tak.
Apa yang kau tahu?
Aku tahu aku tak kenal dia.
Pandai kau jawab.
Aku suka album ini. Aku nak beli.
Di mana ia?
Saya tak jumpa CD atau kaset dia.
Sekejap.
Nampaknya ia dah habis dijual.
Yakah?
Sayang betul.
Apa kata awak tinggalkan nama dan nombor telefon awak?
Saya boleh telefon awak jika ada stok baru sampai.
Oh, ya. Boleh juga.
Hei, In-gyu. Boleh ambilkan untuk aku?
Beri dia nombor kau.
Jika kau nak beli, tulislah nombor kau.
Tapi...
Ini nombor alat kelui awak?
Ya, hubungi saya jika ada stok.
Okey.
A TIME CALLED YOU
Cik Han!
- Selamat pagi. - Selamat pagi.
Hai, Seo-woo.
Cuba tengok! "Libra."
"Anda akan dapat banyak duit minggu ini."
Horoskop zodiak?
Kenapa awak baca? Awak kata ia karut.
Sebab saya akan rasa seronok jika ramalannya baik.
- Nak saya bacakan? - Tak.
"Minggu ini, anda akan bertemu dengan..."
Awak akan jumpa lelaki baru.
Saya cuma ada di pejabat atau di rumah.
Jadi di mana saya akan jumpa lelaki baru ini?
Dengar sini, Jun-hee.
Apa?
Apa hadiah hari jadi yang awak nak?
- Hari jadi? - Ya.
Kita dah terlalu tua.
Sebab itulah ia perlu diraikan.
Ayuh. Lagipun, ini hari jadi pertama awak sendirian...
Maksud saya...
Maksud saya...
Fikirkan apa yang awak nak sebagai hadiah. Apa saja.
Nanti kita lewat ke mesyuarat.
- Betul? - Jom bersiap!
- Jom pergi mesyuarat! - Jom!
Jadi kita akan mulakan kerjasama dengan Lee Do-ha,
seorang jurusolek dan pempengaruh,
pada hari aplikasi ini dikemaskini dengan fungsi baru.
Terima kasih.
Okey. Kita buat begitu.
Ada lagi satu perkara, bukan?
Ketepatan pengecaman wajah. Ada perkembangan?
Apa kata kita tengok pembentangan itu?
- Saya nak balik awal. - Okey!
Cik Han. Awak ada janji temu pada malam ini, bukan?
Wah. Macam mana awak tahu?
Betul tak?
Sebab awak berpakaian cantik. Awak nampak berbeza hari ini!
Janji temu saya malam ini sangat kacak.
Jadi saya pakai cantik-cantik.
Yakah? Cemburunya saya.
- Pergi dulu. - Ya.
Selamat tinggal.
- Hei... - Selamat tinggal!
Jumpa lagi!
Awak boleh lakukannya!
Semoga berjaya!
Tak sangka dia dah lupakan semua itu.
Apa maksud awak?
Pasal Cik Han.
Selepas apa yang berlaku kepada kekasihnya,
dia selalu nampak sedih.
Tapi dia nampak okey sekarang.
Apa yang berlaku? Cik Han berpisah dengannya?
- Apa? - Apa?
Awak masih baru jadi awak belum tahu, Seul-gi.
Tahu apa?
Baguslah jika dia dah lupakan kekasihnya
dan nak jumpa lelaki lain.
Apa yang saya tak tahu?
Tiada apa-apalah.
- Kenapa kamu... - Sambung kerja.
Saudara saudari yang disayangi.
Kita berkumpul di sini untuk meratapi
kematian saudara seagama kita, Andrew Koo Yeon-jun.
Bagi orang Kristian,
kematian bukan pengakhiran, tapi permulaan kehidupan abadi.
Jadi kita berharap kita akan bertemu semula bersama Tuhan.
Awak dah balik.
Kita cuma akan berpisah selama setahun.
Kita fokus pada kerja masing-masing selama setahun sahaja.
Yeon-jun.
Awak tak kisah saya pergi?
Semua orang nak kerja di cawangan New York.
Tak kira apa saya cakap...
awak takkan ubah fikiran, bukan?
Tidak.
Kalau begitu, apa kata saya ambil cuti setahun
dan ikut awak ke New York?
Jun-hee.
Saya tak sanggup berjauhan dengan awak selama seminggu, apatah lagi setahun.
Tak boleh.
Saya tak setuju.
Saudara saudari sekalian.
"Jika kita mati dengan Christ,
kita percaya kita juga akan hidup bersama dia."
Jun-hee!
Jun-hee!
Kenapa awak nak balik awal?
Awak tak tegur saya pun.
In-yeong...
Saya tak tahu sebab saya datang.
Mungkin Yeon-jun masih hidup.
Namanya cuma ada dalam senarai penumpang.
Mayatnya masih belum ditemui.
Mungkin dia berjaya selamatkan diri.
Selagi saya tak nampak mayat dia,
saya tak patut percaya yang dia dah mati.
Saya pun susah nak terima kenyataan tentang kematian Yeon-jun.
Setiap kali saya dengar orang cakap tentang nahas pesawat itu,
sebab dah setahun ia berlalu,
rasanya macam...
Saya rasa lemas.
Tapi Jun-hee...
Saya risaukan awak.
Saya tahu ia lebih sukar untuk awak
sebab awak tak boleh terima kematiannya.
Awak tak sempat pakai cincin pemberian Yeon-jun.
Saya minta maaf.
Cincin?
Awak tak dapat cincin itu?
Yeon-jun cakap
dia sembunyikannya dalam hadiah hari jadi
yang dia nak beri kepada awak tahun lalu, sebelum awak pergi ke New York.
Hari ini hari jadi awak.
Walaupun kita bergaduh, kita perlu raikannya.
Jadi awak berada di bengkel untuk buat hadiah saya?
Ya.
Ini satu kejutan. Saya tak nak awak tahu.
Saya tertanya apa yang awak sembunyikan.
- Ini peoni, bukan? - Ya.
Ia bunga kegemaran awak.
Ya.
Cantiknya.
Tengoklah di dalam.
Saya buat kotak ini dengan cermat dan berhati-hati.
Jika awak lihat di dalam...
Yeon-jun.
Saya nak minta tolong.
Baiklah. Ada apa?
Jangan tinggalkan kehidupan awak di sini untuk ikut saya ke New York.
Saya cakap begini sebab saya tahu awak akan datang.
Kenapa awak tak kisah...
tinggal berjauhan?
Yeon-jun, nanti kita akan hidup bersama lebih lama.
Kita perlu berjimat
untuk beli rumah di Seoul selepas kahwin, walaupun guna pinjaman.
Itu yang awak risaukan?
Ada benda yang lagi penting?
Setiap saat kita bersama lebih penting!
Tinggal bersama lebih penting! Siapa peduli tempatnya?
Saya peduli!
Saya nak simpan duit supaya hidup kita stabil.
Saya akan pastikan kita takkan bergaduh tentang duit!
Kita akan hidup bersama seumur hidup,
No comments yet. Be the first to leave one.