The first 200 lines.
Sudah berapa kali kalian hadiri pemulihan?
Saya cuma risau ia tak berkesan.
Pernahkah awak terfikir tentang metadon? Cubalah.
FDA akan mengambil tindakan terhadap OxyContin
jika ubat itu terbukti tak selamat apabila guna ikut preskripsi.
Awak rasa kes kita akan ditutup?
Jika kita mula dakwa individu dengan feloni, kita perlu bukti kukuh.
-Dah jumpa Curtis? -Dia masih Pegawai Semakan?
Dua tahun selepas ubat dipasarkan, Curtis Wright bekerja di Purdue Pharma.
Biar betul.
Tokoh Tahunan Majalah Time, Datuk Bandar Rudy Giuliani.
Saya baru tubuhkan firma dan mewakili Purdue Pharma.
Saya tak obsesi dengan kerja.
Saya cuba mencegah kematian besar-besaran di seluruh negara.
Awak ada Oxy?
Keadaan saya teruk.
Saya ada H. Jauh lebih murah dan lebih baik.
Adakah kamu, Arthur Sackler, mengangkat sumpah
bahawa testimoni yang kamu berikan kepada jawatankuasa Senat ini
adalah benar
dan tidak lain daripada yang benar, jadi bantulah saya Tuhan?
Saya bersumpah.
Empayar Sackler adalah bersepadu sepenuhnya.
Ia boleh merangka ubat baharu dalam syarikat pembangunannya,
menguji ubat secara klinikal,
kemudian mendapatkan laporan yang menyokongnya dari pelbagai hospital
yang mereka mempunyai hubungan.
Syarikat kamu
membuat kenyataan palsu dan hebat tentang produk yang kamu iklankan
menggunakan petikan daripada doktor yang sebenarnya bekerja untuk kamu,
tersembunyi melalui beberapa syarikat palsu
yang dikawal oleh kamu atau ahli keluarga kamu secara rahsia.
Senator, syarikat saya ialah organisasi
pengiklanan farmaseutikal yang beretika
dan mengusahakan ubat dan bahan preskripsi
yang dikeluarkan terutamanya untuk doktor.
Kami terus beroperasi atas dasar
pengiklanan farmaseutikal yang beretika baik
memainkan peranan positif dalam memajukan kesihatan masyarakat.
SENATOR DODD
Saya sangat memandang tinggi kepada Purdue Pharma
dan pekerjanya dari daerah saya yang bekerja keras
untuk menghasilkan produk berkualiti.
Sekarang ubat OxyContin sangat penting
bagi orang yang menderita kesakitan yang kronik dan melemahkan.
Saya ingin bertanya, Dr. Van Zee, dan saya memetik kenyataan,
"Kebijaksanaan konvensional mengatakan, jika ubat boleh didapati secara meluas,
"ia akan disalah guna secara meluas." Adakah terdapat apa-apa tambahan lagi?
Senator Dodd, itu pepatah lama.
Pepatah dari Appalachia.
Tak, ia pepatah kebangsaan.
Oleh itu, jika ada ubat yang boleh disalah guna dan tersedia secara meluas,
ia akan disalah guna secara meluas.
Selama 25 tahun saya berkhidmat dalam perubatan di bandar Appalachia yang kecil,
tak pernah berlaku wabak penyalahgunaan dadah dan ketagihan
seperti yang disebabkan oleh OxyContin.
Jika awak nampak gadis ini, hubungi nombor di bawah. Ada ganjaran.
Maafkan saya. Saya cari anak saya, Betsy Mallum. Awak pernah nampak dia?
Tolong beritahu dia kami tak marah. Kami cuma betul-betul bimbang.
Saya tahu tempat dia.
Bets. Betsy.
Betsy, ini mak.
Sayang, tolonglah. Mak di sini. Betsy.
Saya nak pulang ke rumah.
Okey.
"Saya benci diri sendiri apabila membaca laporan tangkapan.
"Sesetengahnya bekas pesakit saya, ada yang saya sambut kelahirannya.
"Rasa malu dan bersalah yang saya rasa."
Okey, berhenti di situ, Sam.
Sam, boleh beritahu berapa ramai bayi awak sambut selama bertahun-tahun?
Dua ratus empat belas.
Dua ratus empat belas. Baik.
Ya, 214. Pada masa itu, kami terpaksa buat semuanya.
-Pasti indah. -Ya.
Membantu semua ibu bapa itu. Semua rasa sakit dan kerisauan.
-Ya. -Menyambut anak-anak mereka.
Tak macam kebanyakan doktor bandar,
awak dapat melihat mereka membesar.
-Ya. -Ya.
Awak telah membuat beberapa kesilapan, tapi awak juga membuat perkara yang indah.
Sesi akan datang, saya nak awak buat jurnal
tentang perasaan menyambut bayi.
Saya mahu awak memberi tumpuan pada perkara positif yang awak lakukan.
Kami dah tahu semua penyesalan awak. Saya nak dengar tentang kelahiran ini.
Samuel?
Ya.
Pusat Pendidikan Seni Sackler adalah salah satu perkara paling memuaskan
yang melibatkan keluarga kami.
Terima kasih abang saya, Raymond, kerana berada di sini
untuk meraikan hasil kerja yang hebat daripada artis generasi yang akan datang.
Apakah status OxyContin kanak-kanak?
Masih dalam pembangunan, tapi kemajuannya baik.
Hei, sepupu. Tahniah untuk satu lagi tahun yang hebat. Jualan terus meningkat.
Ya, David, ia berjalan lancar.
Sebahagian daripada kami berfikir tentang membeli syarikat peranginan ski.
Mereka ada cerun yang hebat di seluruh negara.
Saya tahu awak suka bermain ski, jadi...
Maaf, saya perlu jawab. Tapi, saya sangat berminat.
Curtis, beritahu saya.
Keadaannya buruk, Dr. Richard.
Saya dapat maklumat daripada orang dalam FDA.
Mereka merancang untuk menyemak semula label OxyContin.
Besar kemungkinan mereka akan mengubahnya.
-Tak guna. -Oh, Tuhan.
Mengapa FDA tiba-tiba nak ubah label amaran kita?
-Tolonglah. -Cukup.
Anak awak saja yang tak sedar
bahawa ubatnya disalah guna di seluruh negara.
Tak guna, Curtis. Kami ambil awak daripada FDA
untuk memastikan perkara seperti ini tak berlaku.
Betul itu. Begini, Rich...
Dr. Richard,
perang media yang dimulakan oleh wanita di DEA itu memberi kesan.
Terlalu banyak publisiti buruk tentang ubat ini
dan FDA perlu mengambil tindakan.
Adakah terdapat kompromi yang kita boleh tawarkan
untuk halang mereka mengubah label?
Bagaimana jika kita kata akan tarik balik pil 160 mg?
Kita dah labur berjuta-juta untuk pelancaran.
-Boleh cuba. -Kita tahu...
Pilihan terbaik kita adalah cuba buat pernyataan baharu dengan mereka,
macam kali pertama.
Susunan kata mungkin tak bermanfaat, tapi harapnya dapat kurangkan kerosakan.
Jika tak guna "ketagihan jarang berlaku," jualan akan merosot.
Mari kita hantar delegasi untuk bertemu dengan FDA.
Saya pasti ada cara kita boleh membantu mereka
dalam menulis semula label baharu ini.
NOTA PANGGILAN LAPORAN SALAH GUNA IKUT NEGERI
Berita baik ialah kes kesalahan pelabelan itu mudah.
Semua yang kita kumpulkan menunjukkan
Purdue secara sistematik mempromosikan manfaat secara berlebihan
dan memperkecilkan risiko OxyContin.
Namun, usaha kita belum berakhir
sebab kita masih belum mendakwa
individu peringkat atasan dan memenjarakan eksekutif itu
ialah cara paling berkesan untuk halang syarikat bertindak begini.
Kita boleh denda syarikat, tapi tak boleh masukkan ke penjara.
Sebab syarikat tak rasa sakit.
Saya nak Purdue rasa sakit.
Mari kita buat usaha terakhir. Kita siasat setiap rekod kewangan,
nota panggilan, aplikasi, bahan pemasaran.
Cuba cari bukti kukuh terhadap eksekutif atasan.
Mari kita lakukan. Baiklah.
Selamat pagi, Cik Moles. Saya Randy dari Pejabat Pendakwa Raya, Abingdon.
Kita pernah berbual empat tahun lalu.
Maaf, saya lewat nak pergi kerja.
Patutkah kita berbincang di FDA?
Saya ada beberapa soalan mengenai Curtis Wright,
khususnya tentang label OxyContin yang dia luluskan.
Sebenarnya, kami ada banyak soalan yang tak terjawab,
dan kami tak takut untuk membuka siasatan
-terhadap individu selain Curtis. -Merujuk kepada saya?
Saya merujuk sesiapa di FDA yang memainkan peranan
dalam proses kelulusan itu, puan.
Ada wakil jualan Purdue yang menggunakan label amaran itu
untuk menjual OxyContin sebagai tak menyebabkan ketagihan.
Lelaki yang meluluskannya bertukar kerja dari FDA
ke Purdue Pharma,
dengan gaji $379,000 setahun.
Pada saya, itu seperti dia menjual kesihatan negara.
Saya cuma nak tahu jika dia dijanjikan pekerjaan untuk kelulusan itu.
Saya tak tahu. Saya tak terlibat dalam proses itu.
Saya perlu pergi kerja.
Beberapa tahun lalu, saya hidap kanser. Sekarang saya sihat.
Pada masa itu, ketika saya di hospital,
saya mungkin boleh ketagihan Oxy.
Jika ya, bukan penyakit yang membunuh saya,
tapi ubat saya.
Saya bertuah. Saya nak awak fikir tentang kanak-kanak yang tak bertuah.
Anak jiran saya ketagihan.
Tolong beritahu perkara yang awak tahu tentang label amaran itu.
Kita berdua tahu ada sesuatu yang teruk.
Saya dengar kira-kira setahun
sebelum ubat itu diluluskan,
Purdue menyewa bilik mewah di Rockville,
tak jauh dari FDA.
Mereka bertemu Curtis Wright secara peribadi.
Kononnya, Curtis dan eksekutif Purdue menghabiskan masa tiga hari bersama-sama
mengusahakan kata-kata daripada ulasan perubatan,
menulis ringkasan keselamatan dan keberkesanan bersama.
Seorang pekerja FDA membantu Purdue menulis ulasan mereka sendiri.
Adakah Curtis Wright menulis label amaran OxyContin untuk Purdue?
Adakah dia benar-benar menulisnya?
Lebih daripada seorang yang percaya dia melakukannya.
Adakah awak tahu siapa wakil Purdue yang bersama Curtis di hotel itu?
Adakah mereka eksekutif kanan?
Maaf, sejujurnya saya tak tahu. Jika saya tahu, saya akan beritahu awak.
Saya perlu pergi kerja.
Adakah awak pernah beritahu hal ini kepada orang lain?
Tak.
Kenapa tak?
Sebab tak penting jika saya beritahu.
SALAH GUNA OXYCONTIN?
DATANG MEMBANTU!
Ada risalah di seluruh bandar.
Perjumpaan besar malam esok
tentang OxyContin? Saya rasa kita patut pergi.
Saya tak nak orang nampak saya di sana. Nanti mereka tahu, mak. Tak nak.
Mak tak peduli apa yang mereka tahu. Mungkin ada maklumat yang berguna.
Kita kena cari jalan untuk pulihkan kamu.
No comments yet. Be the first to leave one.