The first 200 lines.
Saya menjadi guru kamu buat sementara waktu sahaja.
Sekarang saya akan balik ke dunia asal saya.
Cikgu nak balik ke mana?
Tempat yang lebih jauh daripada bulan.
Nebula M78.
Dekat dengan Iscandar.
Maafkan saya.
Saya akan padam memori tentang saya dalam ingatan kamu.
Selamat tinggal.
Dia dah sampai!
Saya menang Anugerah Pengerusi!
ANUGERAH PENGERUSI SYARIKAT TAZAWA
JABATAN JUALAN
Sudah cukup.
Ekspo Antarabangsa membuahkan kejayaan besar.
Acara ini membawa harapan dan impian. Anugerah ini adalah bukti kejayaan kita.
Semua ini jasa ahli Jabatan Jualan!
Terima kasih!
Awak akan ditukarkan ke ibu pejabat tahun depan.
Awak akan ikut jejak langkah abang awak.
Belum pasti lagi.
Taklah, ia dah ditentukan. Kami pasti sedih bila awak tiada, bos.
Sebenarnya awak tak sabar nak saya pergi, bukan?
Helo.
Jangan datang tanpa janji temu!
Polis Metropolitan! Jangan bergerak!
Kami ada waran tangkap.
Apa yang berlaku?
Awak Yuta Yoshii, betul?
Ya.
Kami ada waran tangkap untuk awak, atas tuduhan rasuah.
Pukul 2:08 petang, awak ditahan.
Kita akan masak sajian detoks hari ini, untuk jaga kesihatan badan dan minda.
Makanan sihat, badan pun sihat.
Berdasarkan sajian Zen hari ini, kita akan menggunakan bahanโฆ
Saya dah balik!
Selamat pulang.
Selamat tengah hari.
Selamat tengah hari.
Sopan santun orangnya.
Dia dibesarkan dengan baik.
Taklah, dia tak selalunya beginiโฆ
AYAH AWAK MASUK BERITA?
Okey, saya ada petua untuk sajian ganmodoki .
Okey.
Mula-mulaโฆ
- Waran tangkap telah dikeluarkanโฆ - Matikan TV. Ibu sedang mengajar.
โฆkerana merasuah Jawatankuasa Penganjur.
Beliau ditahan di Syarikat Tazawa, anak syarikat Kumpulan Tazawa.
En. Yuta Yoshii, 51 tahun, Pengurus Jabatan Jualan Utama.
Untuk menjamin pengambilan produk syarikat untuk ekspo yang diadakan November lalu,
En. Yoshii telah menyumbangkan wang kepada Jawatankuasa Penganjur.
Adakah awak turut bersubahat?
Subahat? Cikgu, itu dah melampau.
Kita satu pasukan.
Saya tak ada kaitan dengan awak.
- Ini satu perangkap! - Ini juga satu keadilan!
Saya tak suruh awak percaya.
Orang tamak selalu rugi!
Potong!
KAKI TIPU SEKOLAH MENENGAH
JADUAL LAKONAN 16 SEPTEMBER
Sudah pukul berapa?
Pukul 11:00 malam.
Baiklah. Dah selesai untuk hari ini.
Okey.
Okey, selesai untuk hari ini! Terima kasih, semua!
- Terima kasih. - Jumpa lagi.
Dia hanya boleh buat riak wajah yang dia suka sahaja, bukan?
Pengarah.
Ya.
Mari sini sekejap.
Baiklah.
Mustahil! Kita tak boleh kembali ke plot karya asal sekarangโฆ
Saya faham, tapi kutukan peminat melebihi jangkaan.
Kita dah tentukannya bersama! Kita akan gunakan plot asal.
Penerbit pun dah beri keizinan.
Malah, mereka menyukainya, betul?
Dalam dunia sekarang, peminat lebih menakutkan daripada pengarah.
Kita perlu buat semampu yang boleh.
Kualiti akan merosot.
Saya tak boleh buat.
Saya faham.
Saya sendiri pun tak sampai hati nak beritahu awak, En. Fujimaki.
Tapi, ada baiknya awak berehat dulu
dan biarkan Pengarah Takeuchi ambil alih.
Apa?
Nanti. Saya dikeluarkan daripada projek ini?
Ini projek saya! Awak buat lawakkah?
Sejujurnya, saya pun tak yakin.
Tapi saya terpaksa.
Saya akan serap semangat awak, En. Fujimaki!
Saya tak berikan awak semangat pun!
Apa ini?
Bukankah ini dikira melanggar kontrak?
Awak tengking-tengking orang, bukan?
Taklah, dia pelakon mudaโฆ Kita tak boleh berlembut sangat.
Awak tengking "Hei!" dengan sangat kuat kepada Kanazawa.
Itu bukan hal besar.
Awak panggil Ide "dungu," Kamata dan Ito "bodoh" banyak kali.
Awak juga panggil mereka "bongok" dan "bebal".
Itu adalah satu kesalahan, bukan?
Tak, tapiโฆ
Sila tunggu di lobi belakang.
Terima kasih banyak.
BILIK RADIOLOGI MAKMAL FISIOLOGI
FARMASI AOBA
Permainan kita dua jam lagi!
Alamak, habislah.
Tiga puluh minit lagi.
Awak patut cakap lebih awal.
Mari kita berlumba! Mulakan sekarang!
- Ya! - Ya!
Kita akan berkumpul di rumah.
Duduk depan komputer!
Lari!
Buat betul-betul!
Hati-hati.
Itu tulang rusa.
Cik Nishino!
Helo, encik.
Kami tak dibenarkan melawat selama sepuluh hari. Teruk betul.
Tak mengapa. Syarikat baik-baik saja?
Saya menguruskannya bagi pihak encik dengan sebaik mungkin.
Pembantu Pengurusโฆ
Isteri dan anak encik juga dalam keadaan baik.
Baiklah, terima kasih.
Saya belum cakap apa-apa lagi.
Ya. Saya percayakan encik.
Semua sumbangan yang telah dibuat itu sah.
Encik dah diperangkap. Ada orang yang khianati encik senyap-senyap.
Pengkhianat ada di mana-mana saja.
Peguam kita juga kata polis bertindak terburu-buru.
Encik takkan didakwa.
Bila saya boleh keluar?
Kami sedang menggesa pihak polis.
Encik sepatutnya dapat keluar dalam dua hari lagi.
Saya nak jumpa En. Kagami, untuk jelaskan hal ini.
Polis belum ambil tindakan terhadap syarikat lagi.
Lebih baik kalau encik tak jumpa dia. Biar saya yang uruskan.
Jangan keluar rumah selepas dibebaskan. Okey?
Jangan tengok media sosial juga.
Padam akaun media sosial encik.
Okey.
STESEN PLAZA TAMA, BARAT
KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN KINI 2,400 YEN
DISKAUN UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH
Kisuke!
Kisuke. Tolong ibu.
- Ada orang buli ibu. - Saya cuma minta dia makan ubat.
Dia gigit awak tadi?
Tak mengapa, sikit saja.
Ibu.
Ibu takkan terpedaya.
Dia cuba untuk bunuh ibu.
Pembunuh!
Apa dah jadi pada Saito?
Ibu kata ibu benci dia, jadi saya tukar dengan orang lain.
Pn. Shoko, nak jalan-jalan di luar sana?
Nak?
Tak nak!
Pn. Shoko!
RUMAH TUMPANGAN MITAKA
"Pemusnah karya asalโฆ"
"Takkan buat apa-apa lagi."
"Tak menghargai bahan-bahan karya."
Pengkritik-pengkritik ini patut jaga hal sendiri saja.
Kamu semua merosakkan industri dengan ilmu kamu yang cetek.
KINPO
"Kepada Chen."
Awak dah tengok berita ini?
Satu tempat yang selalu dikunjungi buat saya teringat kamu semua.
"Setelah sekian lama, jom jumpa."
Kinpo?
Apa?
Saya cuma tanya untuk kepastian,
adakah penangkapan ayah akan menjejaskan peperiksaan kemasukan universiti saya?
Ayah dah jelaskan kepada kamu.
Ayah tak bersalah. Polis dah buat satu kesilapan.
Fokus pada pelajaran kamu.
Tapi kalau ayah didakwa, lebih 99 peratus perbicaraan di Jepunโฆ
Ayah dah kata ayah takkan didakwa.
Saya pergi dulu.
Semoga hari kamu indah.
Biar saya bantu.
Jangan risau.
Antara polis dan Kumpulan Tazawa, yang mana lebih berkuasa?
Kalau kami terus melawan, polis takkan buat apa-apa.
Saya ada kelas hari ini. Boleh awak keluar dari rumah?
Saya dilarang keluar dari rumah.
YUTA YOSHII - NAMEBOOK
"Akhirnya terbongkar juga."
"Saya nampak dia di TV, mukanya macam penjahat."
KINPO
"Awak dah tengok berita ini?"
Satu tempat yang selalu dikunjungi buat saya teringat kamu semua.
"Setelah sekian lama, jom jumpa."
Kinpo?
DARI KINPO
TULANG MANUSIA DITEMUI DI TAPAK PEMBINAAN TANBE
No comments yet. Be the first to leave one.