72 HOURS

72 HOURS

Download Malay Subtitle

Release info

72 Hours 2026 NF WEB h264-EDITH
A Commentary by tedi
Retail NF | 1:45:15

Tags

webdl
Published on: 2026-07-24
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Itu dia. Doktor paling seksi di New York City sejak enam tahun lepas.

Sebulat suara.

Apa cerita? Tak sempat jumpa semalam.

Itulah. Berapa nyawa awak selamatkan?

- Tiga saja. - Tiga? Saya?

Awak buat saya rasa bernyawa setiap hari.

Alahai, manisnya ayat.

- Ceria betul awak. - Mestilah ceria.

Sebab artikel Adweek.

Bagus betul.

Ya, tengoklah buah hati saya.

Comel betul di meja.

Tak, bukan comel. Itu gaya berpengaruh.

Baru nampak dominan.

Maknanya kita pasangan berpengaruh.

Mayo Clinic minta saya buat keputusan cepat.

Itu peluang besar. Awak akan jadi ketua pembedahan.

Itulah, tapi saya berat hati.

Lagipun, saya tak sabar untuk fasa baru kita di sini.

"Miami Bitches"?

- Macam-macam saya fikir. - Apa hal?

- Cuma, saya dah sedia. - Apa jadahnya?

Seriuslah? Biar betul?

- Tak. - Seriuslah?

Apa ini? Tidak.

Bukan itu saya nak dengar lepas saya cakap saya tak sabar.

Bukan, saya baru dapat mesej karut yang berakhir dengan orang goyang konek.

- Saya cakap pasal itu. - Dahsyatnya pagi awak.

Selesaikan itu dulu. Nanti telefon saya, okey?

Okey, nanti sambung.

Sayang awak.

- Sayang awak. - Selamatkan saya.

Selamat!

- Pagi, Joe. - Apa khabar?

- Hai, Joe. - Selamat pagi, Tracy.

Hebat pembentangan itu. Saya bangga dengan kamu.

- Terima kasih. - Itu pun dia.

Ketua pegawai kreatif baru kita!

Barry, janganlah. Nanti bawa sial.

Tak ada keputusan rasmi lagi. Bawa bersabar dulu.

Semua orang tahu kau pilihan utama bos.

Sudahlah, okey? Apa benda kau pakai itu?

- Cermin mata pintar. - Apa?

Kempen syarikat peranti boleh pakai.

Ada Internet, boleh dengar lagu dan rakam video.

Kau tengah rakam aku?

Jangan pandang aku begitu. Mata kau pelik.

Namanya Miang 7000s?

Mereka ada banyak produk. Tengoklah kalung ini.

Itu pun kamera?

Kamera badan seksi.

Gilalah. Itu kempennya?

- Tak payahlah. - Ya.

- Tak. - Kamera seksi.

Aku tak tahu siapa penonton kau, tapi bukan aku.

- Tengok dunia dari antara puting. - Kau kena tengok.

Ada orang masukkan aku dalam kumpulan sembang.

- Apa ini? - Entah.

Jejaka sekalian,

dalam 24 jam, kami akan mendarat di Miami untuk serahkan Mason Moses

alias anjing Emily.

"Anjing Emily"?

Datang dengan sopan. Ya, kaulah, Hunter.

Orang tak peduli kau putus cinta, bacul putih celaka.

Aku dah tempah Deluxe BNB

yang cuma boleh digambarkan sebagai "menepati bajet".

Ya Tuhan. Dah macam penjara.

Ya, nampak mencurigakan, tapi sebab kita miskin.

Tapi Mason milik kita selama tiga hari

sebelum konek dia masuk penjara pelir.

- Ting! - Aku nak tolong mereka.

- Apa kau buat? - Hei, semua. Nama aku Joe.

Kau orang ada kawan bodoh yang tak reti menaip,

sebab itu aku termasuk ke sini.

Jangan risau. Dulu aku pun muda dan miskin.

Aku ada hadiah.

Nah, aku bagi 200 dolar guna Venmo.

Anggaplah aku belanja kau orang minum.

Kau bayar mereka?

Ya, aku bayar.

- Okey. - Aku kenal orang jujur.

SIAPA SI TUA INI?

Mereka tak berhenti.

Mereka ajak aku.

- Ke Miami? - Ya, mereka ajak aku.

Mereka dah sedia. Terry tak sabar nak dengar.

- Pembentangan dah sedia? - Mestilah.

Aku boleh buat.

Setiap generasi ada satu masa untuk kita menentukan diri kita.

Sumpah.

Kalau kita nampak lawan kita berjaya, kita kata, "Kita pula nak merasa."

Sebab kita santai, kawan.

Sekarang tiba giliran kita, mari tawan semua jiwa.

Unlimited Premium Vodka.

Menawan jiwa.

Barry?

Menawan jiwa.

Tak perlu tepuk tangan.

- Tak perlu tepuk tangan. - Malu betul nak tengok.

- Ya. - Maaf, apa kau cakap?

Aku malu nak tengok, Joe.

Tolong kosongkan bilik, okey?

Joe, boleh tunggu sekejap?

Tiga kempen kau sebelum ini tak berjaya menarik minat Gen Z.

Iklan Fanta yang dua botol bercakap pasal tukar kata nama diri

daripada lelaki kepada "segar" dan "sedap",

apa benda itu?

- Barulah inklusif… - Jualan merudum.

Lembaga cakap kalau kau tak dapat jadikan Unlimited klien kita,

kami terpaksa buat perubahan dan lantik orang muda

sebagai ketua pegawai kreatif, okey?

Orang macam Daniel.

- Daniel itu? - Ya.

Kau dah tak faham budaya orang muda.

Kalau agensi kita nak bertahan, kita tak boleh nampak ketinggalan zaman.

Jadi, biar aku dapatkan semula kempen Unlimited.

Bagi aku peluang.

Terry, bagi aku masa 72 jam.

Aku akan dapatkannya.

Kalau kau berjaya dapat kempen Unlimited, jawatan CCO itu milik kau.

Tapi kalau kau gagal,

aku akan pecat kau.

Aku takkan gagal.

Aku tak boleh kena pecat.

Kau nak buka agensi sendiri,

jadi mungkin ini masanya. Aku boleh kerja untuk kau.

Banyak benda aku cakap, tapi bukannya aku nak buat.

Dah 10 tahun aku panjat tangga korporat.

Dah 10 tahun aku panjat. Aku tak nak lompat.

Apa aku nak beritahu Jen? Dia baru tinggal dengan aku.

NAK IKUT TAK?

Budak-budak ini. Mereka ajak aku ke parti.

Aku tak nak berparti dengan budak 20 tahun. Memang taklah.

Alamak.

Barry, kumpulan ini. Parti bujang itu.

Kenapa?

Mungkin ini peluang aku

untuk menyelam terus ke dunia mereka?

Boleh dikatakan idea aku datang daripada mulut mereka kepada CEO.

Betulkah kau dijemput? Atau mereka main-main?

Aku tak pasti. Kita cuba tanya-tanya dulu.

- Tengok apa mereka balas. - Cuba.

Kalau kau orang nak aku ikut, aku ada satu syarat.

Ada orang taip.

KAMI MAIN-MAINLAH!

Kau main-main, ya?

Baiklah. Macam mana kalau aku bayar untuk ini?

RUMAH DI MIAMI - 9 BILIK TIDUR 13 KATIL - 10.5 BILIK AIR

MESTILAH BOLEH!

Hei! Nampak pewarna rambut saya?

Ya, ini dia, tapi awak tak perlu bawa.

Awak kacak beruban.

Tak, kalau uban muncul, saya kena hitamkan.

- Saya kena bawa. Ada di bawah? - Ya.

Saya letak merata-rata. Peninglah.

Kenapa awak kemas barang?

- Saya tak nak awak panik. - Okey.

- Ya? - Ya.

- Saya tak dinaikkan pangkat. - Apa?

- Pembentangan gagal. - Kenapa?

- Terry rasa saya dah tua. - Alamak!

Maaf, sayang.

Tak apalah, bukan? Saya tak rasa pun yang saya dah tua,

tapi itulah yang dia rasa.

Saya rasa dia mengarut, tapi macam itulah.

Ada baiknya juga, sebab saya dapat fikirkan semula keutamaan hidup saya.

Betulkan diri saya dan cari apa yang penting bagi saya.

Ambil langkah berani maksudnya buat perubahan.

Kita tak boleh takut dengan perubahan.

Sekarang, saya nak buat keputusan yang lebih baik untuk kita berdua.

- Ya. - Lebih berusaha.

- Ya. - Lebih komited untuk kita.

Saya nak pergi ke Miami.

Apa?

Ingat kumpulan sembang itu? Saya nak pergi.

Saya nak kaji budaya mereka di Miami.

Awak nak pergi ke parti orang tak dikenali?

Ya.

Bodoh betul saya.

Alamak…

Okey.

Awak bukannya ingat saya nak melamar, betul?

Mestilah. Komitmen, betulkan hidup?

Apa kaitan benda itu dengan melamar?

Joe, awak melutut.

Ya, sebab saya nak masukkan barang.

Okey, tunggu.

Ya Tuhan.

Sayang, awak tak faham betapa beratnya masalah ini,

jadi biar saya jelaskan dulu, okey?

Saya mungkin akan kena pecat.

Rancangan saya untuk masa depan kita boleh musnah.

Maaf, sayang. Saya tak fikir langsung pasal kahwin.

Apa?

Apa awak cakap? Apa maksudnya?

Kita budak lagi. Kita muda. Kenapa awak…

Kita bukan budak.

Apa halnya?

Awak nak saya buat apa?

Tunggu sampai awak matang?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left