Crossword Mysteries: Proposing Murder

Crossword Mysteries: Proposing Murder

Download Malay Subtitle

Release info

Crossword Mysteries Proposing Murder 2019 WEB-DL HBOGO
A Commentary by tedi
Pure Retail HBO GO Not sync to any versions yet

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2023-10-15
Downloads: 8
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Laju lagi.

Tak apa, tuan. Kita hampir melepasi garisan musuh.

Saya telah ditembak.

Awak juga terkena tembakan.

Sedikit saja pada bahu. Tak serius.

Mari lihat kecederaan tuan.

Ia parah.

Sangat parah.

Tidak, sekejap saja tuan akan sembuh semula.

Koperal.

Di istana tadi...

saya ambil sesuatu yang saya tak patut ambil.

Di dalam peti.

Tolonglah.

Beritahu mereka yang saya minta maaf.

Tuan beritahulah sendiri.

Perang hampir tamat. Tuan boleh lakukannya.

Ayuh, Jack!

Sayang, awak sampai awal. Tunggu sekejap.

Lima hari sebelumnya

Maaf sebab lewat.

Saya tertinggal makanan tengah hari di platform kereta api...

dan bila saya ke sana semula untuk mengambilnya...

saya tersilap naik kereta api ekspres ke Flatbush.

Jangan risau, saya akan pesan makanan untuk awak.

Saya terhutang budi dengan awak...

dan sepupu awak, Elliot, akan mulakan latihan amalinya hari ini.

Terima kasih sebab beri dia peluang.

Mungkin dia takkan tumpang tidur di sofa saya lagi sekarang.

Tapi awak tahu gajinya kecil saja, bukan?

Ya, tapi mungkin dia akan beli tilam.

Hei.

Leftenan.

Hai, Tess.

Hai.

- Lama tak jumpa. - Dua bulan.

Ya.

- Saya memang nak telefon awak. - Saya pun memang nak telefon.

- Awak apa khabar? - Baik.

- Bagus. - Ya. Benar-benar bagus.

Adakah saya perlu ucapkan tahniah?

Pemerhatian yang tajam macam selalu. Tapi awak silap.

Saya sibuk ke sana sini untuk majlis perkahwinan adik saya.

Bagus. Baguslah untuk dia.

- Itu hebat. - Ya.

Bercakap tentang adik saya...

Tess Harper, ini adik saya, Angela.

Awak Tess?

Ya. Hai, gembira bertemu.

Saya yang berbesar hati.

Abang saya banyak bercerita tentang awak.

Tapi dia tak cakap betapa cantiknya awak.

- Yakah? - Ya.

Jangan kisahkan dia. Dia jarang keluar.

- Okey. - Awak pun sama saja.

Ada apa awak berdua datang ke sini hari ini?

Kami nak minta tolong sebenarnya. Angela akan berkahwin minggu depan.

Tahniah. Saya suka majlis perkahwinan.

Ada tarian, gaun...

Drama, perbelanjaannya yang mahal. Ia memang hebat.

Jangan hiraukan abang saya.

Kami dah hantar pengumuman kami kepada akhbar Sentinel .

Tapi untuk siarkan gambar bersamanya lebih sukar untuk dilakukan, jadi...

Jadi, kami berdua nak tahu kalau awak boleh membantu.

Saya tak boleh janjikan apa-apa...

tapi saya gembira untuk beritahu editor halaman perkahwinan...

yang saya menyokong awak.

Terima kasih. Saya bawa pilihan gambar.

Bagus. Mari ke meja saya.

Maaf, saya nak keluarkan beberapa lembar iklan perkahwinan.

Kalungan bunga, pengapit. Selepas ini, apa pula?

Semua tradisi ini penting.

Yakah?

Awak tahu kenapa pengantin lelaki sentiasa...

berdiri di kanan pengantin perempuan?

Langsung tak tahu.

Sebab pada zaman dahulu...

tangan kanannya perlu bebas untuk menangkis serangan pengkhianat.

Mujurlah zaman itu dah berakhir. Kalau tidak, saya takkan habis kerja.

Saya kena pergi sebab banyak urusan perlu dibuat.

Ya, saya sendiri pun patut balik ke balai.

Saya amat gembira jumpa awak, Tess. Terima kasih banyak sebab membantu.

Sama-sama. Saya gembira, tahniah.

- Terima kasih. - Sama-sama. Sudah tentu.

Gembira jumpa awak.

Gembira jumpa awak.

Dia comel.

Sudahlah.

Tess, ini sepupu saya, Elliot.

Hai, gembira bertemu. Gembira awak sertai pasukan kami.

Saya peminat setia teka silang kata awak.

Macam mana saya boleh bantu di sini?

Yang menyeronokkan tentang latihan amali adalah...

mula-mula awak menyelidiki iglu...

kemudian pertarungan Zaman Pertengahan.

Saya khusus dalam Sejarah, jadi itu seronok bunyinya.

Bagus, kita akan bermesyuarat selepas teka silang kata ini siap.

Sebenarnya, mungkin kamu boleh membantu.

Saya mencari perkataan sembilan huruf yang romantik.

Huruf keduanya H.

Krismas.

Rupa-rupanya ia perayaan paling popular...

untuk lamaran perkahwinan.

Sempurna. Terima kasih.

Krismas.

Biar saya tunjukkan meja awak.

Helo?

Ya, beritahu Profesor Clark yang saya akan sampai sekejap lagi.

Lyle, dah lama betul kita tak jumpa.

Saya rasa kali terakhir, semasa pameran di Muzium Matematik.

Saya tahu.

Sekurang-kurangnya saya dapat lihat awak setiap pagi...

apabila buka surat khabar.

Bercakap tentang itu...

saya baru saja selesaikan teka silang kata hari ini.

Awak tetap sama.

Apa saja yang boleh dicapai dijadikan penanda buku.

Merungkai Dokumen Beale .

Menarik bunyinya.

Ia cuma buku yang saya baru mula baca.

Beritahu saya perkembangan awak. Dah lama betul kita tak berbual.

Sebenarnya, saya dah jadi...

profesor Sejarah dengan hak pelantikan tetap.

Awak serius?

Menarik sungguh. Tahniah.

Jadi apa yang awak sedang usahakan?

Awak kaji tulisan rahsia Perang Dunia Kedua...

atau penutur kod Navajo?

- Tak banyak sebenarnya. - Tak banyak?

Saya agak sibuk ke belakangan ini untuk buat penyelidikan baru.

Tugas saya mengajar di universiti dah cukup berat.

Saya juga bercinta dengan seorang wanita yang amat istimewa...

dan dialah orangnya.

Hebatnya!

Namanya Abby. Dah setahun kami keluar bersama.

Kami ada banyak persamaan. Dia buat saya rajin bersenam.

Disebabkan dia saya cuma makan sayur dan buah-buahan.

Dia benar-benar hebat.

Dia cantik.

- Awak yang satukan kami berdua. - Saya?

Tahun lepas, saya duduk di kafe sedang buat teka silang kata awak.

Saya nampak seorang wanita buat teka silang kata sama di sebelah.

Sedar-sedar saja, kami saling bertukar petunjuk.

Selepas itu kami aturkan janji temu untuk keesokan harinya.

Ceritakan tentang dia. Saya nak dengar lebih lanjut.

Abby seorang cef...

dan dia baru mulakan syarikat kateringnya sendiri.

Dia mengajar kelas masakan di Upper West Side.

Dia menyeronokkan, baik hati, bijak.

Kami suka buat teka silang kata awak bersama-sama setiap Ahad.

Yang mana...

membawa saya kepada ini.

Cantiknya.

Itu memang berlian sebenar.

Setiap karat berbaloi untuk Abby.

Daripada Witherspoon's pula itu?

Cincin ini perlu disimpan di bilik kebal.

Jangan risau, saya simpan di tempat yang sangat selamat...

sehingga saya bersedia untuk melamarnya.

Sebenarnya, di situlah peranan awak.

Saya nak tahu...

jika awak boleh sorokkan lamaran saya dalam teka silang kata awak.

Saya sentiasa suka menyahut cabaran.

Jadi awak akan lakukannya?

Saya berbesar hati.

Petunjuk untuk Abby, nasihatnya percuma...

iaitu ruangan Dear Abby .

Panggilan Shakespeare bagi kawannya ialah Will.

Petunjuk terakhir di barisan teratas pula...

kata-kata yang sedap bunyinya.

- Jadi semua sekali berbunyi... - Abby, awak sudi mengahwini saya?

Tepat sekali.

Awak teruja untuk lihat bagaimana kesudahannya?

Lima hari kemudian

Boleh saya masuk?

Hei, ayah. Cepatnya sampai.

Ayah berada di kawasan ini, sedang ambil ukuran untuk tuksedo.

- Kemudian, ayah dengar panggilan itu. - Betul.

Saya cuma ingat...

ayah tak nak balik dan berbincang tentang majlis kahwin.

Tepat sekali.

Jadi apa yang kita ada?

Mangsa tikaman ialah Lyle Clark, 34 tahun.

Dia seorang profesor Sejarah di kolej.

Jiran-jiran ada dengar bunyi bising atau pergelutan?

Tidak, kami mencari di sekitar kawasan ini.

Tiada rakaman kamera pengawasan...

dan senjata pembunuhan belum ditemui.

- Siapa yang jumpa mayatnya? - Teman wanitanya.

Abby Miller, 30 tahun.

Dia dalam keadaan terkejut, dibawa ke hospital untuk pemerhatian.

Di belakang ayah. Rakan setugas baru saya.

Detektif Winston, betul?

Saya masih tak biasa dengan gelaran detektif itu.

Ya, jimatkan masa kalau panggil dia "budak baru" saja.

Saya jadi pegawai peronda selama empat tahun.

Tapi awak baru sertai unit homisid, jadi bagi saya awak budak baru.

Jangan risau, saya masih panggil Logan "budak baru".

Ya, seminggu sekali.

Saya dah periksa jenang dan engsel. Tiada tanda pecah masuk.

Crossword Mysteries: Proposing Murder subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left