The first 200 lines.
- Cepat halang dia, cepat! - Cepat...
Ya!
Lambatnya kereta mereka!
Baiklah, mari!
- Alamak! - Angkat tangan!
Maju ke depan!
Kantoi!
Dia dah keluar. Ana, Ana!
- Ana, boleh saya tanya soalan? - Ana!
- Minta maaf. - Bagi laluan...
Sebenarnya kes ni masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Jadi, pihak kami masih lagi belum bersedia
untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Minta maaf, ya.
Beri laluan.
Tepi!
Ana Fahmi, seorang sosialit tempatan dan pewaris...
- Ana, sudahlah. - ...kepada jenama barang kemas Suci.
telah ditahan polis pada hari ini
setelah melanggar 30 kesalahan trafik.
- Ini bukanlah kali pertama. - Awak bukan ayah saya.
- Ana terlibat... - Awak bukan ayah saya!
- dalam kes polis begini. - Ana, jom kita balik.
Ana, jom kita balik.
- Ana! - Sakitlah, ayah.
- Ramai orang ini... - Encik Bakar...
Ana, kenapa dengan tangan?
- Encik Bakar, Encik Bakar, kenapa? - Tolong beri laluan.
Encik Bakar, kenapa tidak mahu jawab soalan?
- Encik Bakar! - Saya perlu bawa anak saya pulang.
Encik Bakar, komen sedikit.
- Tiada komen. - Ke tepi!
Bapa tiri Ana, Encik Bakar Abu Bakar,
Pemangku CEO jenama Suci
hadir untuk membayar ikat jamin Ana.
- Namun, Ana kelihatan seperti mendakwa - Sakit...
bahawa dirinya dipukul oleh bapa tirinya sendiri.
Adakah benar Encik Bakar Abu Bakar kaki pukul?
- Nantikan perkembangan berita ini - Cik Ana
- Masuk, Cik Ana - Hei!
Sudah!
Kenapa awak mahu fitnah saya di depan media, Ana?
Ana, tolong jawab soalan, Ana!
- Encik Bakar. - Tolong jawab soalan, Encik Bakar.
Encik Bakar, betulkah Encik Bakar pukul anak?
Encik Bakar pukul anak?
Awak nak jatuhkan reputasi saya?
Sampai bila awak mahu buat kerja gila ini?
Awak tahu, awak bukan sahaja membahayakan diri awak,
tapi awak, sakitkan hati mama awak, Ana.
Tolonglah, mama tiada di sini pun.
Jadi, awak tak perlulah nak prihatin sangat, okey?
Saya memang prihatin.
Oh, Tuhan.
Terharunya saya.
Selama ini, saya tak jaga awak dan mama awak?
Dengan alasan jaga awak itu,
awak telah kongkong hidup kami
- dan awak bolot harta papa. - Salah, Ana.
Saya terpaksa ambil alih pengurusan Suci.
Mama awak sakit
dan awak sendiri belum lagi 21 tahun.
Sejak Fahmi meninggal dunia...
Awak jangan nak berani sebut nama papa saya, ya?
Ok, maaf.
Mana mama?
Mana lagi?
Nak jumpa mama sendiri pun tak boleh?
Mestilah boleh, tapi jangan lama sangat.
Orang suruhan yang bagus.
Ya, Dato'?
Hei, Bakar.
Awak dalam berita lagi.
Oh, itulah.
Gurau kasar anak tiri saya dah semakin menjadi-jadi pula.
Apa-apa pun, Dato'.
Terima kasih sebab Dato' tak dakwa Ana.
Tidak mengapa. Saya ada banyak kereta, tapi...
Tapi apa, Dato'?
Tiada orang suka dikaitkan dengan publisiti negatif.
Lebih-lebih lagi isu sensitif pukul anak.
Awak perlu ingat.
Mesyuarat lembaga sudah tidak lama lagi.
Ya. Baik, Dato'. Saya ingat...
Nama awak semakin hari semakin busuk.
Jangan sampai awak kehilangan undi.
Dato' jangan risau, Dato'.
Pasal jawatan pengerusi itu,
saya yakin saya masih akan dapat.
Bahaya terlalu percayakan diri sendiri.
Anak tiri awak, kalau awak tidak pandai untuk ajar,
mungkin orang lain boleh tolong ajarkan.
Dato'.
Ini satu ugutan atau apa?
Bakar, jangan salah faham.
Saya cuma prihatin.
Terima kasih, Dato'
sebab Dato' ambil berat tentang keluarga saya.
Tapi jangan risau...
- Semua di sini terkawal. - Bagus.
Demi masa depan pastikan ini terus terkawal.
Selamat malam
Jadi, semua ini salah sayalah?
Mama tak mahu gaduh-gaduh dengan awak.
Mama sakit kepala.
Semua ini racun, mama!
Ana...
matanglah sikit.
Pak Cik Bakar, kawan dan rakan kongsi papa.
Macam mana papa percaya kepada dia dulu,
kita kena percaya kepada dia.
Dia mahu kita senang.
Sekarang ini, sama ada awak suka atau tidak suka.
Tidak suka!
Kenapa papa yang mati?
Kenapa bukan mama yang mati?
Iman.
Papa, saya akan pergi merantau seperti papa
dan saya tidak akan balik lagi.
DARI KUCHING KE SYDNEY
Maaf, Cik. Tidak boleh turun. Sila.
- Masuk bilik! - Jangan sentuh sayalah!
Jangan sentuh saya!
Sakit?
Tahu pun sakit.
Rasakan!
Awak biadab dengan mama awak
dan saya tidak akan membiarkan semua itu, faham?
Awak cakap, Ana.
Apa yang awak mahu lagi
supaya selepas ini awak tidak sakitkan hati mama awak?
Wah!
- Awak betul-betul. - Cukup, Ana.
Cukup.
Semua ini tidak kelakar, okey?
Sekali lagi selepas ini, awak buat hal
awak meringkuk dalam lokap polis
dan saya tidak akan tolong.
Ana.
Apa kata kita berdamai sahaja?
Awak cakap, apa yang awak mahu?
Saya serius.
Awak anggap apa yang saya mahu tawarkan ini
hadiah sempena hari lahir awak.
Okey, baik.
- Konsert Rock and Hero? - Ya.
Tapi ini konsert, Ana.
Awak tahu, ada ramai orang di konsert.
Bahaya.
Tidak mengapalah kalau begitu.
Saya duduk sahaja di rumah.
Sakitkan hati mama.
Baik. Awak boleh pergi.
Tapi dengan syarat.
Pakai ini.
Apa ini?
Alat pengesan? Serius?
Awak penting, Ana.
Ini untuk keselamatan awak.
Awak masa depan Suci.
BARANG KEMAS SUCI
Johan.
Tadi awak kata mahu balik awal.
Silakan.
- Saya sudah boleh balik? - Ya.
- Baik, terima kasih - Awak ada janji temu, ya?
Tidaklah, saya mahu berjumpa dengan adik saya
di hospital.
Terima kasih, tuan.
Abang Rahman.
Cuba lihat van sekuriti sudah sampai atau belum.
- Abang! - Abang!
Jangan kacau!
Semua tunduk!
- Keluarkan telefon bimbit. - Lekas!
- Lekas! - Siapa bangun, aku tembak!
Pergi.
Lari.
Kenapa pula ini?
Kau pergi periksa
Pergi periksa!
Adik awak sudah stabil sekarang.
Awak patut rasa gembira dia sudah keluar dari ICU.
Bawa dia pulang ke rumah.
Pastikan dia sentiasa selesa.
Di sini tidak banyak yang kita boleh buat untuk dia.
Apa ini, doktor?
Kenapa doktor cakap seperti adik saya akan mati?
Doktor perlu selamatkan dia.
Prosedur LVAD sudah berjaya sambungkan hayat dia
sehingga lima tahun.
Itu suatu keajaiban.
Ganti sajalah dengan LVAD yang baharu.
Johan, kita sudah bincangkan perkara ini.
Peluang terbaik untuk adik awak
ialah pemindahan jantung.
Tapi dengan kadar kemerosotan jantung dia sekarang...
Senarai menunggu juga panjang.
Berapa lama lagi dia ada?
Dua minggu.
No comments yet. Be the first to leave one.