The first 200 lines.
5 JANUARI 2023
Duduk di sana sehingga saya beri arahan.
Ini cuma tugasan kecil berbanding dengan kemampuan kamu.
Tapi saya perlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk selesaikannya.
Neerav, Ila.
Sudikah menerima tawaran saya?
SEMUA WATAK DAN PERISTIWA DALAM FILEM INI HANYALAH REKAAN,
SEBARANG PERSAMAAN HANYALAH KEBETULAN
16 APRIL 2021
Saya nak jadi macam Elon Musk, tapi mereka melarang pula.
Kerja, pelanggan dan pemandangan yang sama saja.
Dia takkan bercakap dengan saya walaupun mampu.
Seorang lagi pula bisu.
Rasanya hidup saya berakhir di sini
dengan mereka saja.
Alahai, si bodoh ini lagi?
Pendek umur saya hanya sebab nak jawab soalan dia.
Parkir di sini atau di sana?
Itu bengkel kereta, ini kedai cuci kereta. Di sinilah!
Ya, parkir di sini.
Pusing kereta macam pusing lori.
Hei, kawan. Sudahlah.
Tanggalkan fon putik. Kekasih awak dah sampai.
- Helo, abang. - Helo. Mahu kami buat apa hari ini?
Nah. Cuci kereta ini.
Hei, gila!
- Ini boleh dilap dengan tisu! - Ya, tahulah.
Bukannya kamu bekerja di sini secara percuma.
Boleh tak perangai elok sikit?
- Ya, tengok keadaan. - Apa?
Dia akan cuci kereta saya, bukan?
Jangan banyak tanya. Duduk di situ diam-diam!
Saya keterlaluan tadi, bukan?
Cinta hati saya datang. Perlukah saya bekerja?
Buat apa nak risau jika ada mereka.
Macam biasa, saya bantu buat sentuhan terakhir.
Bergaya betul dia ketika cuci kereta saya.
- Pasti awak tak dengar. - Apa?
Saya cakap, "Bergaya betul dia ketika cuci kereta saya."
Macamlah dia saja yang bekerja di sini dan yang lain cuma bermalas-malasan.
- Jika bukan awak, siapa lagi nak dengar? - Diam sajalah!
Helo!
Sejujurnya, saya sedih melihat kamu dalam keadaan begini.
Kalaulah saya tamatkan pengajian saya,
saya takkan berada di sini, berbual dengan orang gila macam awak, bukan?
Alahai, berdrama pula dia ini.
Saya cuma bersimpati dengan perut awak yang berusaha lebih keras daripada awak.
Itu sahaja.
Awak kata mereka dibesarkan di rumah anak yatim yang sama, bukan?
Ya.
Mereka tak bercinta, bukan?
- Tak, ini lebih daripada itu. - Lebih?
Awak akan datang menonton uji bakat saya minggu ini, bukan?
Atau awak akan beri alasan lapuk yang sama?
- Bila? - Ahad, saya tahu awak lapang.
- Ahad. - Jadi jangan beri alasan.
Selalunya kami sibuk pada hari Ahad.
Saya tahu kamu sibuk.
- Jadi awak patut datang. - Baik.
Boleh saya bawa kawan?
- Ia terbuka, jadi sesiapa boleh datang. - Okey.
Makanan akan disediakan?
Tak pasti, tapi saya bawa.
Terima kasih banyak!
- Apa khabar keluarga awak? - Semuanya sihat.
Kirim salam kepada semua, ya?
Nah. Simpan ini.
Kenapa kamu masih beri kami duit?
Simpanlah untuk perbelanjaan keluarga awak.
Hei, Ben. Awak pun kenal Kanesh.
Sejak bila dia lupakan kamu setiap kali dia dapat gaji?
Ini saja yang menggembirakan dia.
Simpan duit ini untuk membantu pelajaran budak-budak ini.
Anggaplah ini sumbangan ikhlas daripada kami, boleh?
AUDITORIUM
- Sesi uji bakat di sini, bukan? - Ya.
Baik.
Hai, saya takkan minta akaun Facebook atau Instagram awak.
Tapi saya khuatir ia mungkin berlaku.
Sesi uji bakat di dalam.
Dia sentiasa cemburu begitu. Selamat tinggal!
- Tua bangka, tak sedar diri. - Maaf, kawan.
- Jangan sentuh saya. - Kamu boleh duduk di sana.
Itu tempat kamu.
Rasanya "adik ipar awak" ada di sini.
- Boleh duduk di sana? - Tak, itu hanya untuk juri.
Kamu perlu duduk di sana.
- Baik. Ayuh. - Bukan main berbahasa Inggeris.
Adik, boleh masuk ke dalam?
Lelaki itu juri utama?
Percayalah, dia hanya akan memilih wanita.
Tak adalah.
Dia beri peluang kepada lelaki juga.
Mungkin juga.
Lebih baik saya balik sekarang.
Selamat petang, para hadirin yang dihormati.
Saya Sandy, hos untuk hari ini.
Kami gembira dapat berjumpa rakan-rakan dan ahli keluarga
yang memberi sokongan kepada semua calon kami.
Sebelum diteruskan, izinkan saya memperkenalkan para juri kami.
Pertama sekali, Oviya D'Souza.
Diikuti oleh Meera Ganapathy.
Satu-satunya, ketua juri kami, Kathir Seelan.
Tanpa melengahkan masa, mempersilakan peserta pertama.
- Diamlah! - Baik, mari mulakan.
Hei, kenapa kau tak hiraukan aku, sayang?
- Seterusnya. - Hujan madu dalam ragaku
- Seterusnya. - Dengan siapa aku patut...
- Seterusnya. - Aku asyik berbelanja...
Seterusnya.
Diteduh tanpa berselindung Mekar dengan sendiri
Ini yang aku temui tanpa dicari
Saya tak dapat mencari kata-kata untuk menggambarkan awak.
Saya jatuh cinta dengan suara awak
dan awak sekali.
Benar-benar mencuri hati saya.
Seterusnya.
Seterusnya.
Seterusnya.
Seterusnya.
Hei, gadis. Apa khabar?
Saya nampak kamu. Mari mulakan!
Wahai pengantinku Dengarlah lagu kebenaranku
Macam irama dan lagu
Wahai pengantinku Dengarlah lagu kebenaranku
Macam irama dan lagu
Dah gila agaknya. Balik sajalah.
Kawan, awak memang hebat dan memeriahkan suasana di atas pentas!
Terima kasih.
Hei, berhenti!
Cukup.
Berhenti!
Awak ingat kita semua di kuil?
Tuan, ini dipanggil konnakol .
Saya akan menyanyi selepas sesi konnakol ini...
Sekejap, siapa nama awak?
Indhiran a/l Kalanithi, tuan.
Ya, itu menggambarkan diri awak!
Adakah ini uji bakat bhajans ?
Ini peluang diberikan kepada kamu untuk menyanyi, bukan buat kami menangis!
Tiada siapa paksa orang seperti kamu datang dan menyertai uji bakat ini.
Lain kali, duduk di rumah saja!
Faham?
Faham apa saya cakap? Keluar!
Saya perasan awak tak mengulas bakat nyanyian sebenar.
Pergilah sebelum saya mengamuk!
- Bersayap untuk terbang... - Tuan, dia anak saudara presiden.
Malam semakin pudar dari pandangan Ingatan hanya untuk melihatmu
Dengan apa aku genggam mimpi membara? Kesakitannya turut mencengkamku
Itu persembahan yang hebat.
Saya kagum dengan cara awak mengimprovisasi lagu itu.
Oh, hatiku...
- Hanya cair untuknya... - Adik ipar awak.
Oh, hatiku...
Suara yang merdu!
Saya juga sanggup mendengar suara merdu ini setiap hari.
Saya peminat suara awak, sayang.
- Laksyha, bersedia. - Laksyha.
Untuk memecah pantai
Laut akan bergelora?
Apabila dua jiwa bergoncang
Rumah api akan tunjukkan jalan?
Apabila ombakmu menghentamku
Berlabuh di pesisir Hanya berlaku dalam mimpi
Embun menitik pada api
Burung nuri berkelana
Hujan mencari dahan
Itulah dirinya...
Berhenti! Matikan mikrofon dia!
Ada sesiapa mati di sini?
Sebab itulah yang awak buat kami rasa!
Pilihan lagu awak begitu menyedihkan,
saya rasa awak membuang masa kami!
Dengar sini. Pertama, awak tak bergaya.
Kedua, solekan awak teruk!
Ketiga, awak tak layak berada di atas pentas ini!
Sebabnya, awak berdiri di situ seperti tunggul!
Riak wajah awak kosong
dan awak tak senyum ketika menyanyi!
Awak faham kata-kata saya tadi
atau perlukah saya ulang dalam bahasa Tamil, cik?
Awak masuk saja tanpa rasa malu macam anjing tak diundang.
Saya tak sanggup tengok muka awak.
Keluar!
Berhenti untuk berehat, saya lapar.
PENILAIAN INDIVIDU
Mari sini sekejap.
Boleh saya berbincang dengan awak?
- Ini waktu rehat, bukan? - Ya, puan.
Ada apa?
Boleh saya tahu bakat apa yang kita cari untuk uji bakat ini?
Ia sepatutnya untuk orang yang berbakat, bukan?
Ataupun untuk mereka yang disyorkan?
- Puan, sebenarnya... - Mudah saja.
Saya dijemput untuk mengadili uji bakat ini.
Tapi kenapa awak asyik mengejek semua calon?
Mereka ini, kononnya juri utama.
Mereka tahu maksud sebenar menyanyi?
Ada latar belakang untuk menilai bakat-bakat ini?
Bisingnya.
No comments yet. Be the first to leave one.