The Testament of Ann Lee

The Testament of Ann Lee

Download Malay Subtitle

Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ข๐—™ ๐—”๐—ก๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—˜ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ) ๐——๐—ฆ๐—ก+ ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
โ„๐”ผ๐•‹๐”ธ๐•€๐•ƒ ๐”ป๐•Šโ„•+ >> ๐Ÿฌ๐Ÿฎ:๐Ÿญ๐Ÿฒ:๐Ÿฐ๐Ÿฏ (๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—  ๐—”๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐˜‡๐—ถ ๐—”๐˜‡๐—บ๐—ถ)

Tags

webdl
official_release
Published on: 2026-05-15
Downloads: 9
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Menjadi saksi mata dan telinga.

Terhadap segala tindakan Bonda.

Sejak mula-mula Gospel dibuka.

Sehingga dialunkan lagu terakhirnya.

Elok disahut kiranya.

Apa yang diminta oleh setiap saudara.

Menghasilkan rekod yang benar Kehidupan Bonda Ann Lee.

ATAU

Wanita yang diselubungi matahari.

WANITA YANG DISELUBUNGI MATAHARI DAN BULAN DI BAWAH KAKI

Wanita yang diselubungi matahari.

Wanita yang diselubungi matahari.

Seperti yang dijangka tentang seorang insan ajaib,

Ann Lee dilahirkan pada tanggal 29 Februari

tahun 1736.

Anak kedua daripada lapan adik-beradik,

dia merupakan anak seorang tukang besi dan isterinya yang tinggal di Toad Lane.

Di bawah bayang-bayang Gereja Christ,

tempat pemujaan Kristian di Manchester yang paling digeruni dan disukai.

Cepat, William. Takut tak ada tempat.

Ke mana-mana pun dia pergi, William mengekori kakaknya dengan kasih.

Setelah William mampu mengikuti rentak,

langkah Ann dan budak itu kini seiring dan sehaluan.

Sekali lagi, macam ini, dik.

Berkatilah makanan ini, Tuhan. Terima kasih.

- Amen. - Amen.

Semasa Ann masih kecil,

fikirannya dipenuhkan dengan perkara ketuhanan

supaya dia hanya melihat bayangan syurga, bukan mainan yang tidak bermakna.

Cepat, William.

Gereja England yang berfikiran dingin

lebih peduli soal upacara dan kuasa

berbanding penderitaan orang awam

yang dibelenggu undang-undang kejam.

Seorang budak 10 tahun boleh dijatuhi hukuman mati!

Mati!

Ann mempunyai kefahaman dan pegangan yang kuat

berkenaan sifat manusia yang berdosa dan rosak.

Dia mengabdikan tangan dan jiwanya kepada Tuhan,

terus-menerus bekerja tanpa merungut.

Ann?

Ada tempat untuk semua benda, William.

George Whitefield tidak jemu-jemu menyampaikan khutbah

dari tangga Gereja Christ.

Ann ingin berbakti kepada Tuhan dengan keghairahan yang sama.

โ€ฆmenyebarkan Gospel untuk membangkitkan para pekerja

supaya menyedari hak-hak mereka!

Apa gelaran diri kamu?

Disebabkan kami melakukan pemujaan dengan "peraturan dan kaedah",

ada yang menggelar kami Methodist.

Budak-budak boleh dengar.

Kebencian Ann terhadap sekedudukan berlandaskan nafsu

bermula sejak dia kecil lagi.

Ann, apa masalah kamu pagi ini?

Makโ€ฆ

Cakap dengan jelas, Ann Lee.

Saya tahu apa ayah buat.

Dia tak maksudkan apa-apa, sayang.

Letak tangan di meja.

Rata di atas meja.

Cukup.

Cukuplah itu.

LAGU PERTAMA ADALAH TENTANG SEORANG GADIS.

Saya belum perlu ke kilang, bukan?

Belum pagi lagi.

Mak cik nak ziarah kubur mak sebelum pergi ke rumah sakit.

Pak Cik William akan jalan dengan kamu ke kilang nanti.

Nancy, jika Pak Cik William lambat bangun,

kamu kepit hidung dia.

Cakap Mak Cik Ann suruh.

Bagi melepaskan diri daripada kerja kilang yang meletihkan,

Ann berkhidmat sebagai tukang masak di rumah sakit tempatan.

Dalam masa lapangnya yang terhad,

dia ingin mencari tujuan sambil menempuhi kehambaran hidupnya.

Tidak!

Maaf.

Pesakit-pesakit sedang mengalami episod berkumpulan, Cik Ann.

Teman-teman sedang tunggu saya.

Lekas, majlis itu tak terima pelengah.

Sejak bila kakak suka berlengah?

Ada huru-hara yang dahsyat di hospital.

Ada orang cedera?

Pesakit menyakiti diri dia.

Mereka palangkan semua jalan keluar sampailah koroner tiba.

Nah, cepat. Makanan dari dapur.

Curi telur dan roti untuk kamu.

Curi?

Tak, sayang. Mak cik ambil lebihan.

Makan sambil jalan di pergunungan dan tanah mur.

Tak sempat mandi, Nancy?

Tak, mak cik.

Kerana dia sentiasa mencari kesejajaran yang harmoni

antara keyakinannya terhadap Tuhan dan golongan agama,

dia selalu menghadiri perjumpaan kebangkitan tempatan

anjuran Jane dan James Wardley.

Selamat malam.

Saya ingin berterima kasih kepada En. John Townley

kerana menerima kita di rumahnya.

Bagi yang baru datang malam ini,

mungkin kamu tak biasa mendengar suara

dan melihat perilaku seorang pendakwah wanita.

Saya dan James rasa kamu akan mendapati petikan ini sangat jelas dan bermakna.

Daripada Jeremiahโ€ฆ

"Sampai bilakah engkau akan menderhaka, wahai anak perempuan?

Kerana Tuhan telah menciptakan sesuatu yang baru di muka bumi,

seorang wanita akan melindungi lelakiโ€ฆ".

Roh Christ mula-mula muncul dalam bentuk seorang lelaki, Jesus,

tapi akan muncul semula bagi menepati janji Kedatangan Kedua

dalam bentuk seorang wanita.

Kerana kita semua dicipta serupa dengan-Nya,

Tuhan tentunya gabungan lelaki dan wanita.

Ya!

Kamu. Kami tak pernah nampak kamu.

Kenapa kamu tertarik untuk datang?

Saya Ann Lee. Ini adik saya, William Lee,

dan anak mendiang kakak saya, Nancy Lee.

Ya?

Kami datang sebabโ€ฆ

"Sebaik sahaja seseorang mengaku, penipuan terhenti dan bermulalah realiti;

Dia telah mendedahkan keburukannya."

Beritahu kenapa kamu datang.

Berterus teranglah.

Sebenarnyaโ€ฆ

Kerap kali semasa bekerja,

saya dapat rasa jiwa saya dibanjiri kesedihan.

Saya bekerja selama mungkin untuk menyembunyikannya,

kemudian saya lari menjauhkan diri

agar orang tak mengasihani saya seperti Tuhan tak mengasihani saya.

Selamat datang ke Persatuan Wardley, Ann, William dan Nancy.

Ya, selamat datang.

Saya Ayahanda James Wardley, dan ini isteri saya, Bonda Jane.

Apabila kamu mengakui dosa kamu, kamu harus berusaha mengingati

waktu dan tempat kamu melakukannya.

Setelah kamu mengakuinya, berserulah kepada Tuhan

untuk tahu jika pengakuan kamu diterima.

Dengan berseru kepada Tuhan,

lama-kelamaan, kamu akan bebas daripada dukacita.

James Whittaker, sila berdiri

dan kongsikan pengalaman jujur kamu.

Silakan, James. Serahkan kesedihan kamu kepada Tuhan.

Beberapa tahun lepas, saya ternampak adik perempuan saya mandi,

dan serta-merta suatu getaran menjalar ke seluruh tubuh saya.

Badan saya menggigil apabila melihat dia seperti buah pic yang terbelah.

Itu tidak sepatutnya kerana dia masih kanak-kanak.

Ia satu kesalahan kerana dia darah daging saya.

Pasangan Wardley merupakan Quaker yang warak,

yakin bahawa agama sebenar datang daripada pengalaman rohani.

Tapi mereka terpaksa membentuk komuniti agama sendiri yang lebih dinamik.

Mereka dikenali sebagai Shaking Quakers,

atau Shakers, seperti gelaran orang tempatan,

kerana gegaran dan tarian yang menggambarkan pemujaan mereka.

Ann Lee akhirnya menemukan komuniti yang mendukung kepercayaan dia,

dan dia menerima pegangan mereka dengan sepenuh hati.

Di sana, dia menarik perhatian lelaki yang sama pegangannya, Abraham,

seorang tukang besi seperti ayahnya.

Kemudian dia mengahwini Abraham.

Mary Partington menjadi saksi majlis perkahwinan itu,

tapi akhirnya dia terbukti lebih setia kepada Ann

berbanding ikrar suci Abraham.

Saya rampas salinan teks yang mengelirukan dan membimbangkan ini

daripada perantis baru saya.

Ia dipenuhi imej dahsyat,

tapi ia mempunyai nilai falsafah

kerana ia bertalu-talu menyerang paderi tradisional.

Itu bukan kelaziman bagi sastera begini.

Siapa penulisnya?

Setahu saya, awanama.

Apa isinya?

Mengikut pemerhatian saya, kisah seorang gadis muda, Thรฉrรจse,

menghadapi institusi agama yang korup.

Dalam bahagian yang saya baca, Thรฉrรจse menyorok di dalam almari

sambil melihat rakan rahib pelatih, Eradice,

diajar cara berdoa oleh Paderi Dirrag, pendengar pengakuan dosanya.

Kenapa Thรฉrรจse di dalam almari?

Itu tak relevan.

Boleh sambung?

Paderi itu menjelaskan yang Eradice dipilih oleh Tuhan

untuk merasai kehadiran dia sepenuhnya.

Kemudian dia meminta supaya Eradice menyingkap skirtnya

lalu mengenakan "tali Santo Francis" pada biarawati itu,

dan biarawati itu merasai kegembiraan pengalaman agama yang begitu tinggi.

Awak jumpa teks ini pada perantis baru awak?

Betul.

"Munculnya satu keajaiban di Syurga,

wanita yang diselubungi matahari, bulan di bawah kaki

dan mahkota 12 bintang di kepala.

Dia hamil.

"Dia meraung kesakitan semasa melahirkan anak."

Buku Ilham 12:1.

- Guna mulut awak. - Tak mahu.

Kangkang.

Comelnya dia.

Dia melahirkan empat orang anak.

Semua mati sebelum cukup satu tahun.

Sudah.

Wahai khazanah nan indah.

Tersedia untuk sang bijaksana.

Betapa berharga nilainya.

Betapa mulia anugerahnya.

Sinarnya mengalahkan berlian.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left