The first 200 lines.
Oleh itu, permintaan pembela untuk demonstrasi perubatan ditolak,
tertuduh dijatuhkan hukuman maksimum yang undang-undang benarkan,
iaitu hukuman mati.
Maafkan saya, Hakim.
Apa sebab laporan Perkhidmatan Forensik nampak lebih penting?
Sebab saya perlu bertindak dengan penuh berhati-hati.
Tapi mereka menolak potensinya sebagai rawatan.
Apa yang penting dalam kes ini ialah pembunuhan, bukan rawatan.
Mengambil kira manfaat untuk pesakit penyakit tak dapat diubatiβ¦
Bukan ke sekurangnya awak patut benarkan demonstrasi perubatan?
Bagi mahkamah, hidup bebas daripada ancaman jenayah ituβ¦
Iebih utama daripada hak untuk dirawat.
Kanak-kanak yang sakit tenat juga amat menunggu rawatan itu.
Kalau kitaβ¦
- Berpaling daripada harapan itu⦠- Peguam!
- Dia dah keluar! - Dia dah keluar!
Motif dah dikenal pasti.
Kenapa tetap tegaskan ia pembunuhan rawak pada peringkat awal siasatan?
Kes ini masih berjalan, jadi saya tak boleh beri ulasan buat masa ini.
- Tolong beri satu lagi ulasan! - Apa seterusnya untuk perbicaraan?
- Di mana Pendakwa Raya Cha? - Dia belum masuk lagi.
Dia kata nak pergi ke lokasi jenayah lain dan akan pulang lewat.
- Ya, Pengarah Oh. - Di mana kamu sekarang?
Saya tengah bekerja.
Saya suruh kamu datang ke Mesyuarat Bahagian Jenayah.
Semua tunggu kamu. Apa guna kalau tetamu utama tiada?
Perbicaraan pertama baru tamat. Ini bukan masa untuk meraikan.
Kamu selalu begini. Sebab itu kamu tak pernah ke mana.
Perbicaraan lebih penting, pengarah.
Sudahlah.
Sekurang-kurangnya singgah makan malam pasukan nanti. Faham?
Saya lihat keadaan dulu dan akan maklumkan semula.
Kesan jerutan?
Saya pasti ini memang nampak seperti satu kes bunuh.
Senjata pembunuhan?
Tiada apa ditemui di lokasi, tapi kita perlu teruskan siasatan.
Mungkin seseorang yang ada kaitan dengan Lee Woo Gyeom.
Baik, kami akan siasat itu juga dan akan maklumkan awak semula.
Ya. Helo? Baik.
Baiklah.
(Institut Penyelidikan Perubatan Jinnam)
(Institut Penyelidikan Perubatan Jinnam)
(Lee Woo Gyeom Dihukum Mati, Rayuan Pembelaan)
(Keputusan Perbicaraan Pertama Lee Woo Gyeom)
(Demonstrasi Perubatan Ditolak, Hukuman Mati Dikeluarkan)
(Pembunuh Lee Woo Gyeom Dijatuhi Hukuman Mati, Peguam Segera Rayu)
Saya dengar Hakim Choi akan mengendalikan rayuan.
Persediaan yang sempurna, bukan?
Jadi kamu boleh ikut momentum dan kalahkan si Park itu habis-habiskan,
Saya yang tetapkan dia. Kami dulu rakan sekelas di institut.
Awak tak rasa Peguam Park ada helah lain untuk rayuan?
Dalam golf, perkara paling penting ialah posisi awal.
Kedudukan awal awak. Jika kedudukan tak tepat,
Tiger Woods pun boleh tersasar.
Tapi Park Han Jun?
Hayunan dia guna posisi yang salah dari awal.
Dia cuba sejuta kali pun tetap sia-sia.
Lagipun, perbicaraan pertama telah jadi rujukan untuk mahkamah rayuan.
Keutamaan orang ramai bukan pada rawatan itu,
tapi pada perlindungan yang mereka dapat.
Ya, betul itu.
(Undian: Sokong atau Bantah Demonstrasi Perubatan Lee Woo Gyeom)
Apa pula ini?
Ketua Bang, cuba lihat ini.
"Seronok menonton demonstrasi perubatan pembunuh? Mari undi."
Hantaran seperti ini tak berhenti muncul.
Klik untuk lihat keputusannya.
Baiklah.
Tujuh puluh lima peratus? Awak percaya tak ini?
- Serius, kenapa orang ramai⦠- Apa yang seronok sangat itu?
Meme tentang demonstrasi perubatan itu tengah tular,
dan reaksinya sangat mengejutkan.
Orang dalam talian boleh jadikan apa saja sebagai bahan jenaka.
Tapi kita tak boleh abaikan.
Ini boleh mudah membentuk pendapat orang ramai.
Ada banyak ke hantaran seperti itu?
Ya.
Tengoklah ini.
(Dia peluang negara untuk memimpin bidang perubatan)
(Jadi negara kita akan jadi kaya ke? Dia saja harapan sepupu saya)
(Tiada orang yang mati. Apa salahnya mencuba?)
Macam mana sentimen orang ramai di luar sana?
Sepatutnya keadaan dah berpihak pada saya sekarang.
Kamu lebih peduli pandangan orang ramaiβ¦
Berbanding keputusan perbicaraan?
Kita dah jangka keputusan ini.
Kes hukuman mati akan dibawa ke perbicaraan ketiga,
jadi kita perlu yakinkan seramai mungkin orang sebelum itu.
Sebenarnya, tanpa mengira apa keputusannya,
semakin ramai kata keupayaan kamu merawat orang patut diuji.
Mutasi darah kamu dah diiktiraf secara rasmi di Amerika Syarikat.
Jadi kami akan buat rayuanβ¦
Dan memohon kepada mahkamah untuk menilai semula nilai rawatan kamu.
Danβ¦
Kami juga akan mohon perkara yang kamu paling inginkan.
Demonstrasi perubatan.
Bagus.
Tapi, saya risauβ¦
Kalau demonstrasi perubatan ituβ¦
Berkemungkinan tinggi akan ditolak.
Hakim rayuan merupakan rakan sekelas lama Pengarah Oh,
ketua kepada Pendakwa Raya Cha.
Jadi apa masalahnya?
Kalau saya tak boleh buat demonstrasi perubatan,
maka tiada gunanya mengadakan perbicaraan ini.
Lee Woo Gyeom.
Kita perlu ada pelan sandaran.
Aduh.
Saya akan beri Min Seo bercakap.
- Baik. - Ayah.
Hai, Min Seo.
Kenapa kamu masih belum tidur?
Kamu mesti sangat rindukan ayah, bukan?
Ya, ayah.
Bila ayah nak datang?
Kalau Min Seo kesayangan ayah ini kata rindu,
ayah terus datang sekarang juga.
Betul ke?
Ibu, ayah kata ayah boleh datang!
Kamu dah jumpa ayah, jadi sekarang masa untuk tidur.
Nanti kita berbual lagi dengan ayah.
Ayahβ¦
Ibu kata saya perlu tidur sekarang.
Baiklah, sayangβ¦
Sekarang dah lewat,
jadi ayah rasa lebih baik kamu tidur.
Ayah pun rindu saya sangat, bukan?
Ayahβ¦
Sentiasaβ¦
Setiap hari ayah rindu anak perempuan ayah.
Ayah pun perlu tidur. Mari ucap selamat malam.
Saya nak tidur, ayah.
- Mimpi indah. - Baik.
Kamu juga, sayang.
Semoga mimpi indah.
Keputusan ujian terhadap manusia.
Penyakit Batten.
Peguam Park.
Penyakit Batten tak boleh diubati.
Terutama bagi pesakit seperti Min Seo,
sebaik saja simptom awal muncul,
dia memang akan mati dalam masa beberapa tahun saja.
Betul ke kamuβ¦
Boleh sembuhkan penyakit Batten?
Anggap sajaβ¦
Saya boleh sembuhkan Min Seo.
Pendakwa Raya, saya dah semak latar belakang si mati.
Nama dia Song Min Su. Dia bekerja di JNI.
Institut penyelidikan?
(Laporan: Song Min Su dan Institut Jinnam)
Saya tak pasti sama ada ini satu kebetulan.
Ingat tak bukti yang Peguam Park kemukakan, bukan?
Fail-fail mengenai rawatan yang Lee Woo Gyeom kajiβ¦
Semasa dia pelajar perubatan dulu.
Ini ialah kajian untuk rawatan yang dihantar oleh tertuduhβ¦
Ke pertandingan anjuran kumpulan perubatan global, Chaeum.
Pada masa itu, idea yang tertuduhβ¦
Telah dipuji tinggi oleh para penyelidik Chaeum.
Dan kami mengesahkan wujud perbincanganβ¦
Pembangunan rawatan tersebut.
Rupa-rupa mangsa, Song Min Su, juga berasal dari Chaeum.
Sebagai penyelidik kanan, dia memberi markah tinggiβ¦
Kepada penyelidikan Lee.
Selepas dia keluar dari Chaeum, diaβ¦
Dan Profesor Han, doktor Lee Woo Gyeom,
dikhabarkan menubuhkan Institut Penyelidikan Jinnam.
Ada kemungkinan dia masih berhubung dengan Lee Woo Gyeom dari situ.
(Institut Penyelidikan Perubatan Jinnam)
(Institut Penyelidikan Perubatan Jinnam)
(Notis Terakhir: Bil Gas Tanpa Bayaran dan Penamatan Bekalan)
(Institut Penyelidikan Perubatan Jinnam)
Hei! Berhenti di situ!
Tak guna.
Tak guna.
Detektif Gong.
Ada seorang lelaki berlari ke tempat letak kereta Bangunan Daehan.
Periksa rakaman CCTV sekarang.
Baik.
Nombor 5896. Mari masuk ke sel awak.
Wah, doktor baik dah datang.
Hei, saya dengar awak hanya bunuh penjenayah paling teruk.
Tahu tak? Saya ini pun memang teruk.
Mari bunuh saya juga, si tak guna.
Saya kata, bunuh saya, bodoh!
Apa yang kamu tengok itu? Pandang ke bawah!
Saya akan cungkil mata kamu.
Nanti kita jumpa kamu lagi. Ya?
Kamu senyum? Saya akan patahkan gigi kamu nanti.
Hei! Budak tak guna ituβ¦
Hei, kalau mereka kurung kita bersama orang psikoβ¦
Aduhai.
Macam mana nak rasa selamat?
Bae, budak itu dah sampai.
Ya, saya keluar sekarang, bos.
Awak tengok apa?
Awak kenal Hong Jae Gwang, bukan? Saya dengar awak bunuh abang saya.
Dasar jahanam.
- Mati! - Mati!
Mati! Awak juga akan mati!
Mati.
No comments yet. Be the first to leave one.