The first 200 lines.
PADA 13 JANUARI 2012, KAPAL COSTA CONCORDIA MELANGGAR BATU
DAN KARAM BERSAMA LEBIH 4,000 ORANG DI ATAS KAPAL.
FILEM INI MENGANDUNGI RAKAMAN ARKIB,
TERJEMAHAN SUARA PENGUMUMAN PENUMPANG DAN RAKAMAN KOTAK HITAM.
Tapi ada air masuk?
Mestilah masuk. Saya sedang turun sekarang.
Kami tak pernah bercuti sejak ada anak.
Saya beritahu John, ini masa yang sesuai
untuk kami pergi bercuti setelah begitu lama membincangkannya.
Ia amat penting bagi kami.
Pada Jumaat malam 13 hari bulan, sudah empat bulan saya menjadi penari.
Saya tak tahu sesuatu akan berlaku.
Mula-mula, kami luangkan masa dan meraikan dengan keluarga.
Tiba-tiba, kami kaku di situ,
tak berdaya.
Rasa macam bumi terbelah dua.
Orang berpaut pada dinding dan berpaut sesama sendiri.
Macam babak dalam filem Titanic. Serupa.
Kisah ketakutan dan panik dari kapal persiaran Costa Concordia.
Kita pasti terfikir setiap kali menaiki pesawat atau kapal persiaran.
Apa yang terjadi jika ada masalah?
Ia sudah terjadi.
Setiap kali kami pejam mata, kami nampak imbasan dari malam itu.
Saya dibawa kembali ke saat paling menakutkan
yang saya alami dengan keluarga saya.
Ya Tuhan, apa aku buat?
JANUARI 2012
Kami pernah ke Eropah, tapi bukan bersama.
Ini percutian kami yang paling lama dan paling jauh.
Anak kami, Lila, berusia 14 bulan.
Jadi, kami rasa itu peluang baik untuk kami bercuti panjang bersama.
Bagasi kami penuh dengan mainan, lampin, tisu basah dan semuanya.
Banyak barang kami bawa.
Kami akan melawat Paris, Switzerland, Venice, Barcelona.
Akhirnya, kami akan naiki kapal persiaran.
Ya, itu sebab utama kami pilih percutian ini.
Kami ambil banyak gambar dan video.
Cipta banyak kenangan indah.
Dari dulu saya mahu melawat Itali.
Itu tempat pertama dalam senarai saya,
tapi saya tak tahu saya akan menaiki kapal persiaran.
Saya belum beritahu dia.
Saya beritahu tentang Itali saja, tapi kapal persiaran itu kejutan istimewa.
Kami dah bercinta selama tiga tahun pada masa itu.
Saya rancang untuk melamar dia semasa percutian itu.
Jika mahu melamar seseorang,
kita akan pilih tempat paling romantik
dan dalam percutian ini, ada banyak tempat untuk dipilih.
Ketika inilah gambaran menjadi nyata.
Dia takkan menolak lamaran jika tempatnya sempurna.
Saya pasti semua orang fikir begitu.
Apabila saya tiba,
saya terkejut melihat betapa besarnya kapal tersebut.
Saya berusia 17 tahun ketika itu.
Mak saya mahu sambut hari jadinya yang ke-50.
Dia tempah untuk saya, teman lelaki saya pada waktu itu
dan kawan karibnya dari kecil, Luisa.
Sejak saya kecil lagi, kami buat semuanya bersama-sama.
Saya berusia tujuh tahun
apabila mak saya disahkan menghidap kanser.
Tapi beberapa bulan sebelum kami belayar,
kansernya telah reda.
Ini satu lagi sebab untuk sama-sama meraikan hari jadinya.
Perkara pertama yang kami buat ialah kami meneroka kapal.
Saya tahu itu kapal terbesar yang pernah saya lihat.
Saya masih ingat kali pertama saya menaiki kapal itu
dan terpegun melihat kemewahan di dalamnya.
Nampak sangat gah. Candelier merata-rata.
Semuanya diperbuat daripada emas, kaca atau marmar.
Gaya Itali lama.
Semuanya bersinar dan sempurna.
Saya tak tahu bilik mana yang saya akan dapat.
Waktu dulu, percutian itu agak mahal dan saya cuma pelajar.
Tapi dia pastikan kami dapat bilik yang terbaik.
Saya gembira kerana kami ada balkoni dan pemandangan yang indah.
Kami berjalan di balkoni dan Nick tunjuk,
"Hei, tengok.
Ada bot keselamatan satu atau dua tingkat di bawah kita."
Bot keselamatan.
Saya fikir, "Saya nak ambil gambar."
Saya tak pernah menaiki kapal persiaran
dan saya terfikir, "Kalau bencana macam Titanic berlaku…"
Saya kata, "Takkan jadi macam Titanic.
Saya pernah sertai pelayaran. Awak mesti suka."
JUMAAT, 13 JANUARI
Anak-anak, jangan pergi sana!
Penumpang kapal, 3208-3208.
Kru, 1023-1023.
Apabila mula-mula menaiki kapal, ia sangat menakjubkan.
Ada orang datang dan tanya apa kami mahu buat sepanjang minggu.
Kami pilih hari spa dan ia sangat menyeronokkan.
Ia berlaku dengan cepat.
Kami masuk bilik dan berjalan-jalan.
Semasa kami berjalan, saya ambil gambar semua benda.
Salah satu kelebihan dalam pelayaran
ialah ia menyediakan segalanya kepada penumpang.
Jadi, bagi saya yang baru jadi ibu,
ia sangat memudahkan.
Ada banyak restoran dengan pelbagai sajian.
Ada teater, pertunjukan dan kasino.
Kesukarannya adalah untuk merancang masa
kerana pilihan terlalu banyak.
Saya ingat ada bar aiskrim dam kami boleh buat sundae sendiri
dan ia dibuka 24 jam sehari.
Makanlah aiskrim bila-bila masa.
Ketika itu, The Walking Dead sedang popular dan kami selalu main.
Jika zombi menyerang, mana awak pergi
dan senjata apa awak guna untuk lawan atau keluar?
Awak nak ke mana? Keluar ikut sana atau sana?
Jika zombi itu perlahan, di mana senjata yang boleh digunakan?
Apabila dia ajak main begini, mula-mula saya kata,
"Entahlah. Saya tak perasan."
Dia kata, "Salah!"
Betul. "Itulah kesilapan awak."
Kemudian saya mula beri perhatian kepada keadaan sekeliling.
Petang itu sangat indah.
Cuaca cerah. Agak sejuk kerana bulan Januari.
PENGURUS HOTEL COSTA CONCORDIA
Ia petang yang tenang seperti biasa.
Saya bekerja dengan Costa selama 43 tahun.
Sentiasa bekerja di kapal.
Krismas, Tahun Baru, Easter, Sabtu dan Ahad.
Saya lebih selesa di kapal berbanding di rumah.
Kira-kira 800 orang bekerja bawah saya di Costa Concordia.
Jadi, pada Jumaat malam, 13 Januari,
saya dah bekerja di kapal selama empat bulan sebagai penari.
Pada masa itu, itulah kerja impian saya.
Rasanya macam syurga.
Dapat menjelajah dunia. Saya dalam keadaan terbaik.
Ada ramai kawan baik.
Menakjubkan.
Mewakili pengurusan Costa dan kru, saya mengalu-alukan kedatangan anda.
KAPTEN COSTA CONCORDIA
Saya pernah jumpa Kapten Schettino.
Kali pertama, saya jumpa di dalam lif krew.
Saya cuma tahu dia kapten baru di kapal ini.
Nikmati pelayaran anda.
Pernah sekali, mak saya datang melawat.
Dia berbual dengan mak saya.
Dia cakap dia mahu memancing dengan kawannya di pulau
tapi jangan beritahu sesiapa kerana itu sebenarnya dilarang.
Jadi, saya dapat rasa dia juga pandai memanipulasi sistem.
Kira-kira pukul sembilan malam itu, kapten telefon saya.
Beberapa hari sebelum itu, ketua pelayan tanya kepada kapten
jika kapal boleh memberi hormat berhampiran Pulau Giglio
kerana kakak dan maknya tinggal di pulau itu.
ANJUNGAN
Dia tanya saya jika saya mahu ikut dia untuk memberi hormat di anjungan.
Bagi saya, ia agak aneh kerana
waktu malam terlalu gelap, jadi sukar melihat apa-apa.
Namun begitu, ini arahan kapten,
jadi kami patuh.
Helo?
Kapten, ini Ciro. Enam batu.
Enam batu. Okey, baiklah.
Hampir di Pulau Giglio. Kita akan sampai pada 21:44.
Malam itu, saya dan teman lelaki saya, Andrea, pergi ke dek kolam.
Apabila saya buka pintu,
saya rasa hembusan angin segar.
Semuanya gelap,
tapi diterangi oleh beberapa lampu.
Cahaya berkilauan terpantul pada air.
Saya sandar ke depan.
Saya melihat laut
dan Andrea memeluk saya dari belakang.
Dia kata, "Rasa macam Titanic."
Pada masa itu, saya…
Sebenarnya, saya…
Saya rasa aneh.
Tapi tak masuk akal, bukan? Jadi, saya…
Saya ketepikan saja fikiran itu.
Kemudian saya terima panggilan daripada mak saya.
Dia kata, "Kami di restoran.
Mereka mula hidang makan malam, jadi datanglah sekarang."
Makan malam itu penting kerana pada tengah malam
hari jadinya akan tiba.
Makan malam itu sangat baik.
Cakap hai kepada ayah.
Tapi selepas makan malam, Lila mengantuk kerana dia baru satu tahun.
Kami balik ke kabin dan tidurkan dia.
Kami buat rutin tidur kami yang biasa.
Saya pakai baju tidur.
Saya keluar dari bilik mandi, pakai seluar pendek, naik ke katil.
Saya ingat saya baring
dan saya cakap, "Letihnya."
Hari itu memenatkan.
Saya ambil alih kawalan.
Berapa kelajuan kita?
15.3.
Jadikan 16 knot.
Semasa kami menghampiri pulau, saya nampak kami terlalu dekat.
Saya beritahu ketua pelayan yang berdiri di sebelah saya.
Saya kata, "Kita terlalu dekat."
Tiba-tiba, pantai jelas kelihatan.
Pada malam itu, saya dan kawan-kawan ada waktu rehat setengah jam.
Saya bercinta dengan salah seorang pelayan bar dari Peru
yang bekerja di Bar Londra di belakang Dek 5, di belakang kapal.
Saya nak jumpa dia, jadi saya tanya semua orang,
"Nak pergi minum kapucino di Bar Londra?"
Semua kata, "Ya, jom."
No comments yet. Be the first to leave one.