Fiddler on the Roof

Fiddler on the Roof

Download Malay Subtitle

Release info

Fiddler on the Roof 23 976 FPS DVD
A Commentary by syazaz
Revised 2018: beberapa pembetulan.

Tags

DVD
Published on: 2018-09-10
Downloads: 40
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Pemain biola diatas bumbung.

Nampak gila, bukan?

Tetapi disini, di kampung kecil kami, Anatevka,

anda mungkin berkata

yang kami semua ini adalah pemain biola,

mencuba untuk menghasilkan

irama yang merdu

tanpa terjatuh dan patah tengkuk.

Bukannya senang.

Anda mungkin bertanya, "Mengapa kami tinggal diatas sana ...

...jika ianya merbahaya?"

Kami tinggal disana kerana

Anatevka adalah rumah kami.

Lalu bagaimana kami jaga diri kami?

Saya boleh beritahu dalam satu perkataan.

Tradisi!

Tradisi, tradisi! Tradisi!

Tradisi, tradisi! Tradisi!

Kerana tradisi kami,

kami kekal teguh bertahun-tahun.

Disini di Anatevka,

kami ada tradisi untuk semuanya.

Bagaimana untuk tidur, bagaimana untuk makan,

bagaimana untuk kerja,

bagaimana untuk berpakaian.

Contohnya, kami sentiasa menutup kepala

dan selalu memakai kain sembahyang.

Ini menunjukkan pengabdian kami kepada Tuhan.

Anda mungkin bertanya,

"Bagaimana tradisi ini bermula?"

Saya akan beritahu anda.

Saya pun tak tahu.

Tapi ianya tradisi.

Kerana tradisi kami,

kami tahu siapa diri kami

dan apa yang Tuhan inginkan diripada kami.

Siapa, siang dan malam, membanting tulang demi kehidupan

Memberi makan isteri dan anak, serta bersembahyang?

Dan siapa ada hak, sebagai ketua keluarga,

Untuk memberi keputusan di rumah?

Ia adalah Papa, Papa! Tradisi.

Ia adalah Papa, Papa! Tradisi.

Siapa perlu tahu bagaimana menguruskan rumah tangga,

Yang bahagia, yang suci?

Siapa perlu aturkan keluarga dan uruskan rumah tangga,

Jadi Papa senang untuk membaca kitab?

Ia adalah Mama, Mama! Tradisi!

Ia adalah Mama, Mama! Tradisi!

Pukul tiga saya sekolah agama.

Pukul sepuluh, saya belajar berniaga.

Saya dengar mereka pilihkan calon.

Saya harapkan calonnya cantik.

Dan siapa yang diajar Mama untuk membetulkan dan membaiki,

Menyiapkan diriku untuk berkahwin

Dengan sesiapa yang dipilih Papa?

Anak, anak perempuan! Tradisi!

Papa, Mama! Anak Lelaki dan Perempuan! Tradisi.

Didalam kehidupkan kampung kami

kami mempunyai orang-orang yang istimewa.

Contohnya,

Yente, tukang cari jodoh,

Reb Nachum, si pengemis.

Dan yang paling penting sekali,

rabbi kesayangan kami.

Rabbi, boleh saya bertanya soalan?

Sudah tentu, Leybish.

Ada tak restu untuk Tsar? (Pemerintah Russia)

Restu untuk Tsar? Dah tentu ada.

Moga Tuhan memberkati dan ...

... menjauhkan Tsar dari kita.

Kemudian ada orang lain di kampung kami.

Mereka itu lebih besar.

Kami tak menganggu mereka,

dan mereka, setakat ini, tak menganggu kami.

Dan diantara kami ini,

selalu bergaul dengan baik.

Dah tentu, ada satu masa

semasa dia menjual kuda padanya

dia memberitahu yang umurnya cuma enam tahun

sedangkan umurnya adalah 12.

Tetapi itu semua sudah lepas,

dan kami semua hidup dalam aman harmoni.

Ia berumur 12 tahun.

Enam tahun.

Tevye tahu ia 12 tahun.

Dua belas!

Umurnya 12!

Tradisi, tradisi.

Tanpa tradisi kami,

kehidupan kami goyah...

Seperti...

Seperti pemain biola diatas bumbung.

Mama, Mama! Yente, pencari jodoh dah datang.

Mungkin dia dah jumpa calon yang bagus untuk kamu, Tzeitel.

Tuhan dengar apa kamu cakapkan.

Kenapa dia datang sekarang. Dah hampir Sabbath.

Kamu semua keluar. Saya mahu bercakap dengan Yente sendirian.

Tapi, Mama, lelaki yang dia cari.

Kali terakhir dia pilih dah tua dan botak.

Dia tiada rambut.

Gadis miskin tanpa hantaran tak boleh memilih.

Nak rambut, kahwin dengan monyet.

Walaupun gadis miskin tanpa hantaran perlu memandang suaminya sekali-sekala.

Suami bukan untuk dipandang. Suami untuk kita dapat.

Tapi, Mama, saya belum pun 20 tahun.

Saya tak rasa yang saya...

Perlukah awak cakap tentang umur?

Awak mahu pikat pandangan mata jahat?

Keluar semua. Ada kerja perlu disiapkan sebelum Sabbath.

Cepat semua. Pantas.

Golde. Golde.

Saya ada berita baik untuk awak.

dan bukan berita biasa.

Berita "Seumur hidup sekali".

Bagaikan berlian, bagaikan permata.

Saya akan carikan suami untuk mereka setiap seorang,

tapi awak tak boleh terlalu memilih, bukan?

Dah tentu "ya", kerana,

walaupun betapa buruknya suami, moga Tuhan jauhkan,

lebih baik daripada tiada suami,

Moga Tuhan jauhkan.

Dan siapa lebih tahu berbanding saya?

Semenjak suami saya meninggal, saya menjadi janda miskin.

Sendirian, tiada teman untuk bercakap, tiada apa untuk berkata.

Apa yang saya lakukan ialah berfikir tentang dia.

Walaupun berfikir mengingati dia tidak dapat memuaskan hati.

Tzeitel ada dalam rumah?

Kenapa tak pergi masuk dan cari?

Terima kasih, Bielke.

Dia tak pernah meninggikan suara.

Selamat tengahari. Tzeitel ada dirumah?

Dia sibuk. Datang balik kemudian.

Tapi saya ada sesuatu untuk beritahu dia.

Kemudian.

Kamudian?

Baiklah.

Apa yang tukang jahit miskin dan kurus itu mahukan dengan Tzeitel?

Mereka dah lama berkawan sejak mereka bayi.

Mereka bercakap, bermain.

Bermain. Apa yang mereka main?

Saya tak tahu. Mereka kanak-kanak.

Daripada kanak-kanak datang anak.

Motel tiada apa.

Yente.

Yente, awak kata ada berita baik untuk saya.

Kanak-kanak.

Mereka adalah anugerah diumur tua kamu.

Tapi Aaron saya, moga dia bersemadi dengan aman,

tak dapat memberikan saya anak.

Sebenarnya, Golde, dia tak cuba sungguh-sungguh pun.

Tapi apa guna merungut?

Perempuan lain suka merungut, bukan Yente.

Tak semua perempuan didunia ini seperti Yente.

Saya kena...

Saya kena balik rumah sekarang

untuk sediakan hidangan Sabbath yang tak seberapa.

Jadi selamat tinggal, Golde,

dan ia sungguh seronok dapat mendengar isi hati masing-masing.

Yente, awak kata ada berita untuk saya.

Kepala saya dah hilang.

Kadang-kadang seolah-olah kepala saya jatuh,

dan kuda tendang kepala saya masuk lumpur,

dan "Selamat tinggal, Yente. "

Dah tentu, berita itu.

Ia tentang Lazar Wolf, penjual daging.

Lelaki yang baik.

Saya tak perlu beritahu awak yang dia kaya, bukan?

Ya.

Tapi dia sunyi, kesian.

Lagipun, dia duda selama ini.

Awak pun faham. Dah tentu faham.

Jadi, untuk pendekkan cerita.

Daripada banyak-banyak orang di pekan ini,

pandangannya jatuh pada Tzeitel.

Tzeitel saya?

Bukan, Tzeitel Tsar.

Dah tentu Tzeitel awak.

Pasangan yang bagus untuk Tzeitel saya.

Tapi... Tevye mahukan lelaki yang terpelajar.

Dia tak suka Lazar.

Bagus, jadi Lazar tak perlu kahwin dengan dia.

Dia mahukan anaknya, bukan bapanya.

Dengar. Dengar sini, Golde.

Awak suruh Tevye pergi kepada dia.

Jangan cakap sebab apa.

Biarkan Lazar berbincang dengan dia.

Dia akan ambil hatinya.

Dia lelaki baik, lelaki kaya.

Jadi, awak beritahu saya apa yang terjadi.

Tak perlu berterima kasih dengan saya, Golde,

kerana selain bayaran saya

yang Lazar akan bayar,

ia memberikan saya kepuasan

dengan menggembirakan hati orang.

Betul? Dah tentu, "betul. "

Jadi selamat tinggal, Golde, dan sama-sama.

Selamat tinggal, Yente.

Mari, Mari, anak-anak, siap sebelum Sabbath.

Cepat. Cepat siapkan kerja kamu.

Saya tertanya-tanya jika Yente jumpa pasangan untuk kamu.

More Malay subtitles for Fiddler on the Roof

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left