The first 200 lines.
- Awak okey? - Ya.
- Ini anak pertama awak? - Ya.
Okey.
Ini jantung bayi berdegup.
Ini perut bayi.
Ini buah pinggang kanan,
buah pinggang kiri,
tulang belakang,
tulang ekor, lumbar,
dorsal, bahu, siku.
Bayi ada banyak ruang untuk bergerak.
Ini kepala bayi.
Ini tengkorak bayi dari pandangan atas.
Ini bahagian dalam otaknya.
Semua anatomi nampak normal. Saiz bayi pun normal.
Perut, tulang belakang, pundi kencing, buah pinggang, jantung,
semuanya nampak normal untuk bayi seusia ini.
Neurodivergen / kata sifat
Berbeza dari segi fungsi mental atau neurologi
daripada apa yang dianggap biasa atau normal
33 TAHUN KEMUDIAN
Hai, semua.
Helo.
Masa kita bersama singkat, jadi…
Ramai di sini yang akan tamat pengajian.
Apabila melangkah ke alam luar, ada banyak ketidakpastian.
Ia masa yang kamu mungkin mencari-cari nasihat
untuk memahami cara jalani kehidupan.
Saya nak ingatkan kamu
yang kamu boleh lihat ke dalam diri dan percayakan diri sendiri.
Sebenarnya ada banyak jawapan yang kamu boleh jumpa dalam diri kamu.
Saya rasa takut.
Saya tak tahu sesukar ini
mempelajari tentang diri sendiri.
Awak ada soalan untuk saya?
Ya.
Pada satu tahap, saya mula menyedari
bahaya ada rasa ingin tahu
atau bertanya soalan.
Sepuluh dan satu…
Orang perlu faham
sesetengah individu alami dunia dengan cara berbeza.
Namun, cara unik awak melihat dunia ini adalah amat menakjubkan.
Jika tarian diambil daripada saya, saya takkan kenal diri saya.
Tapi sebab itulah ia mengubah segalanya.
Ceritalah lagi.
Ada perubahan apabila kita dapat mengakui
dan menamakan pengalaman serta perasaan yang kita alami selama ini.
Ia terasa lebih nyata.
Saya selalu rasa ada sesuatu yang tak kena.
Semuanya terasa berbeza sekarang.
Terdapat cabaran dalam tiga aspek.
Komunikasi.
Sosialisasi.
Tingkah laku berulang dan stereotaip.
Awak memenuhi ketiga-tiga kriteria itu.
Saya perlu meneliti sejarah dan perkembangan awal awak.
Sifat neurobiologi seorang individu
bermula sejak kecil
dan kekal sepanjang hayat.
Jadi, awak menepati kriteria untuk gangguan spektrum autisme.
GANGGUAN SPEKTRUM AUTISME
Gangguan spektrum autisme ialah isu perkembangan kompleks
yang melibatkan cabaran berterusan dari segi interaksi sosial,
pertuturan dan komunikasi bukan lisan
serta tingkah laku yang terhad/berulang.
ASD biasanya didiagnosis semasa kanak-kanak.
Kesan ASD dan tahap keterukan gejala berbeza bagi setiap individu.
Awak ada soalan untuk saya?
Awak perlukan apa-apa?
Saya rasa macam…
Sedikit sebanyak, saya rasa lega.
Saya tak dapat bayang.
Hari ini, saya disahkan menghidap
Gangguan Spektrum Autisme.
Tahap 1.
- "Memerlukan sokongan." - Kemas beg.
SUAMI JENN / PENERBIT
Kemas beg?
- Ya. - Untuk apa?
Untuk perjalanan ini. Saya lupa awak tak suka analogi.
Saya tak tangkap langsung.
Perasaan saya bercampur-baur…
Saya rasa saya tak percayakan fikiran atau minda saya.
Macam…
Saya baca ciri-ciri
individu yang ada autisme atau ASD Tahap 1,
dan saya rasa saya baca tentang hidup saya.
Ia nampak jelas dan saya amat memahaminya.
Kemudian saya akan rasa saya mereka-reka cerita,
atau ia tak benar,
atau saya mencari jalan pintas.
Fikiran saya macam berbolak-balik.
Tapi hari ini saya dapat diagnosis secara rasmi.
Jadi, saya boleh menarik nafas lega
sebab saya dah tahu tentang diri saya.
Saya rasa saya tak pernah ada peluang untuk berbuat demikian.
Jadi, ia terasa berat, tapi dari satu segi saya rasa
ada sinar harapan.
Saya bersyukur
saya ada peluang untuk lalui proses ini.
Jadi, kenapa takut?
Menyertai dokumentari mimpi ngeri bagi saya.
Sebab saya perlu berkomunikasi dengan orang
dengan begitu mendalam.
Saya percaya Alex,
tapi saya tak suka buat perkara yang saya tak reti buat.
Tapi awak boleh jawab
sebab apa yang awak pandai sekarang, awak tak reti dulu.
Jadi, apa yang buat awak berjaya atasi semua detik itu?
Eh, saya di mana?
- Gembira jumpa awak. - Samalah.
- Ini Ian. - Hei, Ian. Saya Alex.
Saya rasa ini tindakan yang betul.
Saya buat sajalah.
Ini James.
- Tengoklah dia. - Muka selamba.
- Selamba habis. - Ya, selamba.
Itu dia orangnya.
- Gambar itu… - Itu persembahan pertama saya.
- Dengan tangan… - Saya tahu.
- Boleh saya pasang mikrofon? - Boleh.
Saya stres sebab saya tak tahu cara buat dokumentari
atau cara kerja awak.
- Awak juga rakam saya. - Ya.
Saya cuba abadikan detik dia bersantai.
Seronok tengok dia.
Saya rasa pelik sebab semua orang yang saya jumpa sekarang
tak tahu tentang hal ini.
Bila fikir tentang dirakam pula…
Semuanya gila.
Semuanya…
Setiap hari macam hari saya belum pernah alami.
Awak pasti terkejut.
Wah, tak sangka.
Saya ada keberanian
buat macam-macam demi tarian
yang saya takkan mampu buat sebagai Jenn.
- Macam apa kita buat sekarang. - Sama.
Tak macam benda lain dalam hidup saya.
Sebab reaksi pertama saya
jika ada peluang atau kerja baru mesti,
"Eh, tak naklah."
Saya akan automatik rasa gelisah,
tapi redah sajalah.
Saya pun sama.
Projek ini lain sikit.
Saya sendiri belum pasti projek ini tentang apa.
Kerjaya saya selama ini berpaksikan apa persembahan beri kepada penonton.
Tapi saya teringin teroka
apa persembahan beri kepada artis itu sendiri.
Betul.
Itu bawa saya kepada psikoterapi berasaskan pergerakan,
Bunyi gah, tapi maksudnya ialah
komunikasi melalui tarian apabila kata-kata gagal.
Betul sangat.
Saya sendiri bergelut dengan hal ini.
- Awak yang pertama terlintas di fikiran. - Sudah tentu.
Saya sedar dah enam tahun, tapi saya hubungi awak
sebab saya ikuti kerjaya awak sejak video muzik kita dulu.
Saya rasa ini takdir sebab selepas sekian lama,
saya mesej awak pada hari awak dapat diagnosis.
Saya masih tak percaya. Pelik sangat.
Saya baru balik dari LA malam sebelumnya.
Sesi dia keesokan paginya. Tiba-tiba e-mel masuk.
- Ya. - Sesinya luar biasa.
Apa buat awak tertarik dengan seni persembahan, khususnya tarian?
Sebelum ini saya akan jawab…
saya dibimbing ke arahnya
dan terus jatuh cinta.
Saya rasa inilah tujuan hidup saya,
dan apa saya patut buat dengan hidup ini.
Inilah bakat saya,
cara saya berhubung dengan orang
dan cara saya boleh bantu orang lain.
Tapi dari dulu saya rasa saya dibimbing,
dibimbing untuk jalani hidup ini,
dan saya masih rasa begitu,
tapi saya rasa saya terlalu taasub dengan tarian.
Mungkin sebab saya autistik.
Tarian sangat membantu saya
dalam pelbagai cara yang baru sekarang saya fahami.
Okey, kita tengok dulu macam mana.
Mungkin kita mula pelan-pelan. Saya ikut awak.
- Okey. - Kita tengok apa hasilnya.
Okey, jom mula.
SELAMAT DATANG KE STUDIO RIPLEY-GRIER
PUSAT KOMUNITI GIBNEY COMPANY
SEKOLAH MARTHA GRAHAM
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam…
Satu, dua…
Ya, Barry!
Lima, enam…
Ya!
Ya, buka luas…
Ruang luas di kuadran awak.
Ya.
Tengok sini. Biar saya tengok.
Pada mulanya, ia sekadar tarian.
Tapi dah bertahun…
No comments yet. Be the first to leave one.