The first 200 lines.
Pada suatu masa dia dunia di sebalik ombak...
telah hidup pemerintah yang paling ditakuti dalam sejarah lautan.
Jerung putih.
Berkurun lamanya, ia disangka berburu sendirian.
Namun di negara New Zealand, satu legenda baharu sedang terbentuk.
Kisah tentang kumpulan-kumpulan yang berperang.
Bertempur untuk kekuasaan.
Ia saling bertembung!
Ada yang percaya tiga kerabat menguasai perairan ini.
Setiap satunya dengan wilayah masing-masing...
KERABAT BLUFF, KERABAT HADES, KERABAT EDWARDS
...istananya sendiri, pemerintahnya sendiri.
Daulat Tuanku Ratu.
Namun tiada sesiapa yang pernah menyiasat legenda ini
sehingga kini.
Setiap satu kerabat ini mempunyai pengenalan genetik yang jelas.
Ayuh, Kina!
Misi utama kami ialah untuk mendapatkan
sebanyak mungkin sampel DNA.
Lihatlah.
Di dunia ini, jerung takkan mendedahkan rahsianya dengan mudah.
Kami akan mewujudkan sejenis perang
di antara semua jerung di kawasan ini.
Mari lihat siapa yang datang untuk makan!
Lepaskan bom umpan!
Ya!
Apa itu?
Tidak!
Jerung putih di seluruh dunia bertumpu di lokasi-lokasi tertentu
dan di New Zealand ini ada tempat dipanggil Pulau Edwards.
Mengelilingi Pulau Edwards, kawasan darat yang kecil
di luar pesisir New Zealand, ada sebuah dunia dalam air.
Tempat ini ada segala yang diperlukan oleh jerung putih.
Air dalam yang sejuk serta ikan dan anjing laut bulu yang banyak
yang telah menarik
salah satu populasi jerung putih yang terbesar
di hemisfera selatan.
Saya cukup bertuah kerana dapat kembali ke Pulau Edwards
selama empat tahun lalu.
Setiap tahun, kami lihat jerung individu kembali bersama.
Kita boleh tahu bahawa ada sesetengah jerung
yang nampaknya saling mengenali
daripada hakikat yang ia tidak menakutkan satu sama lain.
Tiada pertemuan yang agresif.
Mungkin ini tanda penggunaan lokasi ini diperturunkan antara generasi.
Setakat ini, saya telah bekerja dengan populasi jerung putih ini
selama lebih 20 tahun.
Sama ada kumpulan ini berkawan atau merupakan adik-beradik
atau sekeluarga atau tidak, yang pastinya saya menyedari
tahun demi tahun, saya akan nampak jerung tertentu
dan saya dapat jangkakan satu lagi kumpulan jerung akan muncul.
Jadi, teori di sebalik kerabat-kerabat jerung
adalah kemungkinan adanya sejenis hubungan sosial
antara jerung-jerung atau setiap kerabat
yang mungkin mengandungi sekumpulan keluarga jerung.
Jerung-jerung ini mungkin bersaudara tapi satu-satunya membuktikannya
adalah dengan mendapatkan DNA daripada semua jerung.
Mengetuai misi ini, Dr. Tristan Guttridge
bersamanya Kina Scollay
dan ahli biologi marin, Melissa Marquez.
Misi ini memaksa kita memikirkan semula tabiat sosial jerung putih.
Mungkin ia bukan penyendiri seperti sangkaan kita.
Selama empat tahun lalu
pasukan ini telah membina pangkalan data pengenalan gambar
di sekitar Pulau Edwards.
Setiap jerung, setiap kemunculan, dicap masa dan dipetakan.
Ini Pulau Edwards
dan saya rasa perkara yang menarik di sini ialah ia pulau yang kecil.
Ukurannya kira-kira sepanjang satu kilometer.
Namun di dalam pulau ini ada beberapa jenis habitat mikro.
Di sebelah timur, ada hutan rumpai laut.
Di barat pula, ada seksyen yang lebih bercirikan beting pasir.
Dia sebelah utara pula, ada sejenis suak berbatu
dengan tebing yang dramatik
dan saluran-saluran kecil yang terukir melaluinya.
Ini pula jerung betina terbesar yang telah kita lihat.
Namanya Cleopatra.
Hampir sepanjang 18 kaki.
Cleopatra ialah jerung besar di sini.
Ia nampaknya umpama ratu bagi Kerabat Edwards
menguasai sebelah timur pulau.
Ia bukan raksasa, tetapi matriark.
Dan jerung-jerung ini mungkin istanawan dalam kerajaannya.
Di sebelah barat pulau, Kerabat Hades.
Dalam kalangan jerung-jerung ini, satu nama menonjol, Lorenzo.
Seekor jantan dewasa, lebih daripada 15 kaki panjang.
Jika Cleopatra ialah kuasa di timur
Lorenzo mungkin kuasa pesaing di barat.
Di utara pulau, ada Kerabat Bluff.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika kami ke sana
kami telah dapat mendokumenkan dua jerung secara terperinci
Chomp dan Posh.
Mula-mula didokumenkan di sebelah utara pulau itu
dua jerung putih ini amat kompetitif
dengan jerung lain.
Chomp dan Posh sebenarnya telah muncul
beberapa kali, di timur dan juga di barat.
Jadi, ia membuat kami bertanya.
Adakah ia berkawan?
Adakah ia bersama di pulau-pulau lain?
Apa yang berlaku di sini?
Dalam legenda ini, ia penyerang di kerajaan ini.
Sentiasa bersedia untuk bertarung.
Jadi, apa rancangan awak?
Bagaimana kita nak turun ke sana dan dapatkan sampel ini?
Saya rasa cara terbaik mungkin dengan menjadi salah seekor jerung.
KERABAT EDWARDS
Apa yang ada di sini?
Okey, sedia?
Lihatlah.
Hebat.
Inilah sangkar jerung terulung, Rover.
Rupanya memang menyerupai jerung.
Rover dibina mengikut rupa jerung putih betina sepanjang 17 kaki.
Ia dilengkapi kokpit akrilik setebal satu inci.
Dan jika jerung menyerang, sebuah injap keselamatan boleh diaktifkan
untuk mengembungkan pundi kecemasan
menghantar Rover naik ke permukaan dengan cepat.
Warna samaran yang bagus malah ada penutup untuk keluar masuk.
Ia menakjubkan.
Ada kalanya sukar untuk dapatkan sampel daripada haiwan
yang tinggal di dasar laut.
Ini akan membolehkan saya sendiri kelihatan seperti jerung putih.
Ia mungkin akan datang untuk melihat saya
dan saya boleh dapatkan biopsi yang penting itu.
Saya suka. Ada kalanya di atas
hanya separuh daripada jerung akan datang ke permukaan, bukan?
Jadi memang bagus dapat turun ke dasar.
Namun apa pendapat awak tentang warna samarannya, Melissa?
Awak tak boleh pakai pakaian selam hitam
dan berada di bahagian putih pada perut jerung.
Warna samaran menggunakan warna gelap di atas
dan warna cerah di bawah
jadi awak perlu buat sesuatu tentangnya.
Baiklah, saya ada pakaian selam yang putih sepenuhnya untuk dipakai.
Sudah tentu, saya akan pakai Peranti Kawalan Apungan hitam
tapi saya memang ambil kira kedudukan saya di perutnya
iaitu bahagian badan yang berwarna putih.
Jadi awak menampilkan jerung dalaman awak
dan pada asasnya awak menjadi seperti seekor jerung.
Saya sudah lama mahu jadi jerung, dan akhirnya saya boleh jadi jerung.
Seperti sut adiwira berwarna putih.
Tepat sekali.
Masih ada titik buta yang agak besar dengan semua ini
berada di sini dan menghalang pandangan awak
jadi medan pemandangan awak sebenarnya di bawah.
Jadi, bergantung kepada kami dengan komunikasi
untuk memastikan awak sedar apa yang berada di atas
- yang awak tak dapat lihat. - Betul.
Jadi, jika saya digigit sedikit pada sirip pektoral
saya takkan menyedarinya.
- Tidak sedar mungkin lebih baik. - Betul.
Tidak, ia bagus. Dari segi kebolehkendalian
awak rasa bagaimana awak mahu
secara jelasnya, dapatkan sampel?
Atau adakah ia akan terhalang dengan adanya palang dan...
Ya. Awak tahu, ia jerung yang besar
jadi ia sepatutnya agak luar, dan ada ruang yang cukup.
Saya juga boleh buka jika perlu dan tarik mukanya ke bawah.
Okey.
Tidak pastilah bertapa terujanya saya untuk buat begitu
jadi kita akan lihat.
Namun yang menariknya, saya juga boleh melihat di bawah saya
jadi bukannya bahagian depan ini saja.
Saya boleh melihat ke bawah juga.
Jadi, seluruh benda ini, saya rasa setelah ia masuk
akan memberi saya peluang yang bagus
untuk bukan saja memerhatikan haiwan ini
dan harap-harap mendekatinya
dan melihat interaksi kelakuan antara individu
tetapi juga mendapatkan sampel itu.
Ya. Bagus.
Ya. Saya benar-benar teruja untuk masuk ke dalamnya
dan merasai pengalaman menjadi jerung.
Manalah tahu?
Hebat. Saya tak sabar untuk melihat awak lakukannya.
- Jerung. - Jerung.
Mari masukkan awak ke dalam air.
Ya. Mari kita lakukan.
Jadi, inilah hari pertama.
Kami bersiap untuk meletakkan sangkar jerung kami ke dalam air
buat kali pertama.
Saya amat berminat untuk melihat cara ia berfungsi
kerana ini sesuatu yang belum pernah saya lihat.
Yang kami ada ketika ini ialah
sedikit ruang di bahagian bawah jerung ini
yang Tristan akan meniarap dan cuba untuk memerhatikan jerung
berkelakuan semula jadi sebaik mungkin
dengan sesuatu seperti ini
dan kami akan lihat jika kami boleh dapatkan biopsi DNA
daripada jerung dengan menggunakan sangkar ini juga.
Tristan sedang bersiap
kami sedang memasukkannya ke dalam air
untuk melihat jika ia berfungsi buat kali pertama.
Kami sedang meletakkan jerung ini dalam kedudukannya.
Saya akan masuk ke dalam Rover.
Kami amat berharap ia dapat membawa saya lebih dekat
terutamanya kepada jerung individu yang kekal di dasar
dan kami boleh dapatkan sampel itu.
Permukaan. Ini Tristan. Awak terima?
No comments yet. Be the first to leave one.