Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan

Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan

Download Malay Subtitle

Release info

Rurouni Kenshin 2023 S01 Part 1 AMZN WEB H264-SKYANiME
A Commentary by tedi
Retail AMZN (E01-12)

Tags

web
Published on: 2023-09-24
Downloads: 3
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 169 lines.

Bakumatsu, Kyoto

Tidak perlu risau.

Lagi pun, saya ialah kapten Unit Pertama Shinsengumi.

Awak fikir saya tak tahu tentang penyakit paru-paru awak?

Saya akan bunuh dia.

Saya, kapten Unit Ketiga Shinsengumi, Saitou Hajime...

Bersedialah.

Hitokiri Battosai...

Episode 1: Kenshin - Himura Battousai

Tahun ke-11 Era Meiji, Pusat Bandar Tokyo

Hitokiri Battosai!

Akhirnya saya jumpa awak.

Malam ini berakhirnya pembunuhan awak.

Bersedialah!

Apa?

Jangan berpura-pura.

Siapa lagi yang melanggar peraturan dan membawa pedang di tengah malam?

Wah...

Aduh... Sakitnya.

Dia terlalu lemah...

Benarkah ini Hitokiri Battosai?

Rurouni.

Saya ialah Rurouni.

Ahli pedang yang mengembara tanpa tujuan.

Saya baru tiba di bandar ini, jadi saya tak faham maksud awak dengan pembunuhan.

Jadi, pedang itu pula?

Hanya kerana awak ahli pedang, tak bermakna awak boleh membawanya!

Apakah ini...?

Sakabatou...?

Awak fikir saya boleh bunuh orang dengannya?

... Tidak.

Bukan saja pedang ini tak haus,

ia tiada kesan darah.

Ia seperti pedang baharu.

Jadi, awak benar-benar...

Seorang Rurouni, ya.

Kenapa bawa pedang yang tak boleh digunakan?

Polis!

Saya perlu pergi!

Wah!

Nampaknya ada sesuatu berlaku.

Terlalu lemah!

Terlalu lemah,

terlalu lemah, terlalu lemah!

Awak semua terlalu lemah!

Dia terlalu kuat... Kekuatan ini pasti...

Battosai yang terkenal itu!

Berhenti...

Battosai!

Tak guna saya–

Cuainya awak.

Rurouni.

Perompak itu di sini!

Saya ialah Battosai!

Himura Battousai dari "Kamiya Kasshin-ryu"!

Saya yang digelar "Hitokiri Battosai"!

Berhenti!

Hei! Apa yang awak buat!? Turunkan saya!

Mengejar lawan semasa cedera adalah tindakan membawa maut.

Lawan awak memberitahu gayanya jadi tak perlu tergesa-gesa...

Kamiya Kasshin-ryu adalah gaya bertarung saya!

Dia melakukan kekejaman ini atas nama kami!

Turunkan saya!

Masih belum terlambat untuk mengejar dia!

Mustahil untuk mengejarnya sekarang.

Mari pergi sebelum polis menyiasat kita.

Turunkan saya!

Kamiya Kasshin-ryu...

Penolong pengajar Kamiya Kaoru...

Pelajar...

Apa?

Ini hanya dojo yang kecil.

Tapi kami ada sepuluh pelajar yang berlatih bersungguh-sungguh.

Tapi dua bulan lalu,

pembunuh itu muncul, dan sekarang jadi begini.

Kerana takut dengan nama "Battosai", pelajar saya pergi,

dan penduduk bandar pun enggan mendekati dojo ini.

Hitokiri Battosai digeruni, walaupun pada era Meiji ini.

Saya tak tahu kenapa dia menipu Kamiya Kasshin-ryu atau dia benar-benar Battosai,

tapi kita perlu segera tamatkan kekejamannya.

Begitu.

Tapi awak harus berhenti meronda pada waktu malam.

Eh?

Dia lebih kuat daripada awak, Guru Kaoru.

Apa!

Seorang ahli pedang harus tahu kekuatannya dan lawannya.

Awak sepatutnya tahu akibat jika berdepan dengannya.

Darjat sekolah awak tak berbaloi dengan nyawa awak...

Kamiya Kasshin-ryu...

Kamiya Kasshin-ryu diasaskan oleh ayah saya, yang terselamat dari kekejaman Bakumatsu.

Dia menolak etika Satsujin-ken, "pedang yang membawa kematian".

Sepuluh tahun dia berusaha mencipta gaya Katsujin-ken, "pedang yang memberi kehidupan".

Tapi ayah saya...

dipilih oleh Kor Battou Jabatan Polis Metropolitan dan dihantar ke Perang Seinan enam bulan lalu.

Meninggalkan dunia ini tanpa kerelaannya.

Lelaki yang menggelar dirinya Hitokiri Battosai membunuh 10 orang atas nama kami.

Sekolah yang ditinggalkan oleh ayah saya...

Gaya yang bertujuan membuat orang hidup,

kini dicemari oleh seorang pembunuh!

Saya tak mengharapkan Rurouni memahami rasa malu itu!

Tapi...

apa pun, awak tak boleh meronda malam dengan tangan begitu.

Awak hanya perlu berehat sekarang.

Jika awak percaya Katsujin-ken, awak perlu terus hidup.

Lagi pun...

Saya pasti ayah kebanggaan awak enggan sekolahnya dilindungi dengan nyawa anaknya.

Saya minta diri.

Okey! Sudah siap.

Terima kasih, Kihei.

Cik Kaoru, jangan biarkan lelaki seperti dia mempengaruhi awak.

Rurouni hanyalah orang yang gagal dalam hidup.

Ya.

Awak terlalu baik, Cik Kaoru...

Saya tahu...

Saya tahu tentang itu...

Rurouni Kenshin

Beberapa Hari Kemudian

Hei, jangan bergerak!

Berhenti bergerak!

Oh, mereka menangkap seseorang?

Aduhai...

Rurouni!

Apa yang dia buat?

Seperti yang awak lihat, pelanggaran Perintah Larangan Pedang.

Hmm?

Muka awak macam saya kenal.

Awak dari dojo Hitokiri Battosai...

Saya dah cakap itu tuduhan palsu!

Awak tahu dengan siapa awak bercakap!?

Awak cuba menentang pegawai polis!?

Berhenti berlagak yang awak pegawai polis!

Apa!?

Baiklah. Jangan marah sangat.

Mari bertenang...

Hei.

Saya lepaskan awak kali ini tapi jangan fikir awak ada peluang lagi.

Lebih baik awak berterima kasih dengan lelaki tua itu.

Tak guna!

Terima kasih kerana menyelamatkan saya.

Sama-sama.

Awak...

masih di bandar ini?

Awak ada urusan di sini?

Tidak, tidak juga.

Oh ya, ada perkembangan tentang pemburuan pembunuh?

Ya...

Saya mungkin menemui seorang suspek.

Ada dojo di bandar sebelah.

Begitu.

Tapi ia lebih seperti, ia pernah menjadi dojo.

Kini ia tempat melepak penjudi dan penyangak.

Dua bulan lalu, seorang ahli pedang dari puak samurai mula mengawal tempat itu.

Dikatakan dia sebesar 6 shaku, 5 sun (197cm).

Pelik, bukan?

Pembunuhan bermula dua bulan lalu,

dan dia juga berbadan raksasa.

Tidak ramai lelaki besar yang sepadan dengan gambaran ini...!

Cik Kaoru,

Saya perlu sediakan makan malam, jadi izinkan saya...

Oh okey, terima kasih.

Maafkan saya.

Apa hubungan awak dengan dia...?

Oh Kihei?

Rasanya dia seperti pembantu rumah.

Selepas ayah saya meninggal,

dia pengsan di luar dojo dan saya membantunya.

Dia sangat risaukan saya dan suruh saya jual dojo dan tinggal di tempat lain.

Dari mana asalnya?

Saya belum tanya dia jadi saya tak tahu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left