The first 200 lines.
Kebanyakan kisah bermula dari awal.
Kisah ini tentang saya, An Shu Yu,
dan dia, Xu Nuo Yan.
Kami bertemu secara tak sengaja.
Memang secara tak sengaja.
Biarpun begitu, kisah ini
tak seperti kisah-kisah lain
kerana ia bermula dari hujung.
Sayang!
Sayang!
Maka saya di sini, pada hujung kisah,
memakai gaun pengantin yang cantik ini.
Ini pula ialah suami saya Xu Nuo Yan.
Hari ini sepatutnya
hari paling bahagia dalam hidup saya.
Namun, keadaan telah menjadi agak rumit.
Anda ada masa 90 minit?
Biar saya menceritakan apa yang berlaku.
3 JAM YANG LALU
Hei, sayang! Sayang!
Apa? Tak nampak saya sibuk?
Orang boleh nampak dari luar.
Saya bukannya buta, rabun atau bodoh, awak tahu, bukan?
Saya tak nak orang nampak awak bogel!
Ada kain putih di belakang, gunakannya untuk tutup.
- Kain ini untuk... - Sudah tentu tidak!
Takkan saya suruh awak guna kain itu?
Gunakannya!
Mak, kereta apa ini?
Jangan lihat! Itu kereta mayat.
Nanti awak nampak hantu.
Sudah siap? Akhirnya!
Awak ingat senang nak tukar baju di dalam kereta mayat? Awak cubalah.
Apa awak buat? Hati-hati!
Kembali ke alam orang hidup.
Hati-hati, sayang.
Awak okey?
Tak, saya tak okey.
Tinggal 15 minit saja!
- Bertenang! - Semua tetamu sudah sampai.
Bertenang!
Kita masih belum...
Bertenang! Saya ialah raja lumba Bukit Timah.
Biarpun saya harus mati, saya akan bawa awak ke hotel.
Saya bersumpah, okey?
Xu Nuo Yan.
Dengar sini, hidup awak milik saya!
Jadi, tiada siapa pun, kecuali saya,
boleh berjenaka tentang hidup mati!
Okey. Dah setahun awak berleter, awak tak letihkah?
Awak menyelamatkan nyawa saya sekali saja.
Saya akan meleteri awak seumur hidup saya.
Setelah mati, saya akan jadi hantu
dan terus meleteri awak!
Baiklah.
Mulai hari ini, hidup saya milik awak, okey?
Hari ini penuh dengan bencana!
Jika ada bencana berlaku lagi malam ini, matilah kita.
Ya, Wira, ada apa?
Masih tinggal 13 minit, 15 saat lagi.
Separuh penduduk Singapura sedang menunggu awak dan isteri awak!
Di mana awak?
Dalam perjalanankah?
Sudah dekatkah?
WIRA BURUNG GAGAK
Ya, dalam perjalanan
dan sudah dekat, okey?
Kenapa? Bunyinya serius.
Hanya Wira yang pesimis.
Dia burung gagak, bukan?
Lagipun, sampai sekarang kita masih okey,
apa lagi yang boleh berlaku?
- Maaf, tuan. - Panggil "puan."
- Tak mungkin... - Awak lagi?
Bergegas ke perkahwinan awak?
Cantiknya pengantin.
Awak pandai memilih.
Terima kasih.
Jadi, apa sekarang?
Pagi, kereta pengantin.
Petang, kereta mayat.
Berkahwin waktu pagi, ini cara untuk membatalkannya?
Ada majlis pengebumian.
Hadiri pengebumian pada hari perkahwinan?
Keluarga saya buat perniagaan pengebumian.
Jika orang mati, kami perlu kerja.
Ini kad saya.
Ini dipanggil "profesionalisme."
Tahniah pada hari besar awak,
tapi saya masih akan beri awak saman.
Ini dipanggil "profesionalisme."
Sila berikan lesen.
Sayang!
- Apa hal? - Dia ada masalah emosi.
Apabila cemas, dia tak boleh bernafas.
Kami dah lambat!
Sekarang, hal ini pula!
Jika dia terus sesak nafas, saya perlu bawanya ke hospital!
Sayang!
Sayang!
Sayang!
Kami dah rancang perkahwinan ini setengah tahun!
Saya tak boleh mengecewakan dia,
orang tua kami, ayah saya, ibu saya,
ayahnya, mak ciknya...
Puan, awak benar-benar nak jadi
Penghapus Perkahwinan?
Okey! Saya lepaskan awak kali ini.
Jangan pandu laju lagi!
Ambil balik kad ini.
Simpanlah. Awak mungkin perlukannya suatu hari nanti.
Pergi! Awak kejar masa, bukan?
- Pergi! - Terima kasih, puan!
Maaf, encik, tak boleh...
Terima kasih banyak-banyak.
Sayang, mari pergi.
Ada apa?
Tak tahu bagaimana nak cakap.
Awak ubah fikiran?
Macam Wira kata,
banyak bencana hari ini,
mungkin petanda yang buruk?
Mengahwini awak ialah berkat terbesar.
Tak kira apa berlaku, awak perlu...
Bertenang, bukan?
Saya tahu,
tapi saya masih bimbang.
Apa yang awak berdua sedang buat?
Kita ada masakah?
Saya tak tahu kita ada masa!
Kalian ada masa malam ini, esok malam,
malam selepas itu, sepanjang waktu bulan madu,
hari jadi awak dan dia,
hari ulang tahun perkahwinan,
sepanjang hidup kalian,
hidup seterusnya dan selama-lamanya.
Sekarang, kita tidak ada masa.
Kita kehabisan masa.
Mari pergi!
Jika satu lagi bencana berlaku...
Gagak, cukuplah.
Apa "Gagak"? Nama saya Wira, okey?
- Selama 25 tahun... - Awak negatif. Jadi lebih positif.
Awak negatif. Jadilah lebih positif.
Adakah semua ini salah saya?
Semuanya salah saya?
Awak pasti awak nak mengahwini dia?
Awak benar-benar mahu dia?
Kahwinlah saya, saya lebih baik.
Saya...
Jangan jawab. Kita tidak ada masa!
Mari pergi!
Entah mengapa saya masih berkawan dengan kalian.
Sebab awak tiada kawan.
Diam!
Di sekolah rendah, waktu awak tarik seluar pembuli,
- siapa disalahkan? - Awak.
Apabila awak salin jawapan peperiksaan,
siapa yang disalahkan?
Awak.
Jadi, dengar sini,
apa-apa saja boleh berlaku di majlis perkahwinan, okey?
Mungkin video tak dapat dimainkan, tiada bunyi
atau gunung champagne pecah!
Pernah awak terfikir tak?
Dia akan matikah kalau tak bercakap?
Saya tak tahu.
Hei! Saya faham bahasa Mandarin, tahu?
Jojo!
Kalian akhirnya dah tiba!
Jangan salahkan saya.
Mereka mula berbulan madu di lobi hotel.
Saya masuk dahulu!
Saya nak bersiap dulu!
Ayuh!
Jangan layan orang gila itu.
- Semua bersedia? - Okey.
Mari sini.
Okey, semua orang dengar.
Boleh mula sekarang.
Awak berdua dengar ucapan Pak Cik Wira.
Apabila dia memperkenalkan pengantin...
Mak Cik Jojo, saya nak kencing.
- Saya juga. - Tak boleh!
Kenapa?
Begitulah kehidupan,
penuh dengan kekecewaan dan ketidakberdayaan.
Melalui saya, awak belajar
makna sebenar ketidakberdayaan,
seperti tak dapat kencing.
Gementar?
Awak tahu saya tak suka ramai orang.
Awak selalu ada idea. Tolong saya sekarang.
Mudah saja.
Biar betul?
Percayalah.
Ujian, ujian. Helo? Okey!
Tuan-tuan dan puan-puan, mari alu-alukan pengantin
An Shu Yu dan Xu Nuo Yan!
Bertenang.
No comments yet. Be the first to leave one.