The first 200 lines.
Lima, enam, tujuh, lapan.
Satu, dua, tiga, empat,
lima, enam, tujuh, lapan, pusing.
Dua, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan.
Pusing, dua, tiga, empat, pusing.
Nama saya JoJo dan saya suka menari.
Saya pengajar tarian profesional.
Panasnya, saya nak air dan tuala.
- Terima kasih! - Okey.
En. Fang.
Boleh beri imej istimewa untuk saya? Saya nak takutkan suami saya.
Muka awak tak cukup menakutkan? Awak ada pereka, bukan?
Itu bukan pereka sebenar.
Saya dengar orang macam cikgu yang paling pandai mendandan.
Cikgu, permintaan saya lebih mudah.
Saya nak jadi macam Jolin Tsai.
Saya tak buat kerja mudah.
Awak tak pandai membodek.
Cikgu patut sertai pertandingan ratu cantik pondan.
Kalau cikgu bertanding, mereka semua pasti kalah.
Buat kami bangga!
Jangan harap!
Biar saya beritahu kamu.
Saya lelaki normal dan sangat maskulin, okey?
Kalau kamu baring sekarang, saya boleh buat kamu mengandung!
Kami tak takut! Marilah!
Menari buat saya rasa bernyawa.
Saya seorang yang sentiasa senang hati,
terlalu senang hati sehingga terkahwin dengan lintah darat.
Malang betul!
Geng Shao He ialah kumpulan kongsi gelap yang besar.
Mereka jalankan pelbagai perniagaan.
Mereka untung besar dengan menjadi lintah darat.
Gadis tomboi ini ialah Kak Hua, ketua nombor dua dan juga isteri saya.
Ini Ketua Tentera dan Maharaja. Mereka dah lama ikut Kak Hua.
Ini ketua Geng Shao He, Chen Jun.
Selama bertahun-tahun, dia bermusuh dengan banyak geng lain.
Awak Chen Jun?
Ya, ada apa?
Geng Shao He!
Terima kasih.
Silakan duduk.
Kamu semua terlalu sopan. Tak perlu datang jika sibuk.
Luka kecil saja, tak perlu bawa hadiah sebanyak ini.
Geng Qing Long berdendam dengan kita.
Bos, kita mesti tebus maruah kita!
Tebus maruah kita!
Ya, kita mesti tebus maruah kita!
Jari saya ini nyaris patah.
Bos, biar saya tebus maruah kita demi bos.
Bagus! Duduklah.
Hari ini, memandangkan kamu semua berkumpul di sini,
saya nak buat satu pengumuman.
Saya...
bertekad nak bersara.
Bersara? Kenapa?
Bos! Kenapa bos nak tinggalkan kami?
Apa kami nak buat tanpa bos?
Bos, geng ini akan lumpuh tanpa bos!
Bos tak boleh bersara!
Tengoklah mereka. Mereka tak boleh teruskan tanpa bos!
Baiklah, berhenti menangis!
Bos, jangan bersara!
Chen Jun musang tua yang licik. Ada yang kata dia keanak-anakan.
Dia suka buat sesuatu yang menakut-nakutkan orang.
Dia suka tengok orang gelabah.
Dalam diam, dia rasa puas.
Dia si tua yang mementingkan diri.
Adakah itu menyedihkan atau melucukan?
Awak masih perlu hormat dia.
Dia bersara di kemuncak.
Tak ramai pemimpin di dunia ini
yang bina empayar mereka dengan tangan kosong
dan boleh bersara semudah itu.
Sungguh mengagumkan!
Acara geng ini meriah macam sambutan Hari Kebangsaan,
bezanya tiada pertunjukan helikopter.
Sekarang, orang jahat tiru orang baik.
Orang baik tiru perbuatan orang jahat.
Jadi, apa beza yang baik dengan jahat?
Lebih baik orang biasa berpura-pura tak tahu.
GENG SHAO HE
Sekarang isteri saya ketua geng, lagi tertekan.
Chen Jun kata semua keputusan tentang geng di tangan isteri saya.
Dia nak bersara sepenuhnya.
Selepas dengar kata-kata dia, patutkah saya bergembira atau bersedih?
Ya!
Hua...
Bagi isteri saya, masalah geng bukan yang terbesar.
Tapi desakan ibunya untuk dia berkahwin.
Semakin tua, ibu dia semakin susah hati.
Sebenarnya, bukan isteri saya saja.
Ramai wanita yang baik gagal menemui pasangan.
Apatah lagi ketua geng macam isteri saya.
Anak mak cik keempat akan berkahwin
dan jiran lama kamu, anak bongsu mak cik yang banyak mulut itu
dah lahirkan sepasang anak kembar.
Saudara mara dan kawan-kawan kita asyik bertanya,
kenapa kamu masih belum berkahwin?
Kamu dengar tak? Berhenti tengok televisyen!
Bila kamu nak kahwin?
Tengoklah, macam mana saya nak kahwin?
Macam mana?
Ibu masih ingat ketika kamu dilahirkan,
ibu beri kamu sepasang buah dada.
Ke mana hilangnya?
Ia tak berguna, jadi saya buang!
Aduhai! Kenapa kamu buang?
Murid kelas pagi, jangan putus asa.
Kalau markah awak teruk, usaha lagi.
Awak boleh! Ini kamus idiom yang saya guna tahun lepas.
Ambillah.
Saya percaya awak, semoga berjaya!
Selepas hujan, matahari bersinar. "Walaupun hujan,
awan gelap tak mampu menutupi matahari."
Sebelum saya, JoJo Fang, hadir,
ibu dia cuba menjualnya.
Seorang lelaki pun tak terlepas.
Sejujurnya, dia menghidap kanser tahap tiga.
Harap awak boleh membahagiakan hari-hari terakhirnya.
Ini insurans dia.
Dia dah beli banyak polisi.
Cakaplah.
Siapa mereka?
Jalan Petaling kawasan kita. Suruh dia berambus! Siapa mereka?
CID? Jadi, apa masalahnya?
Suruh mereka pergi jahanam!
Tunggu! Apa awak cakap tadi?
CID? Jadi, kita yang pergi jahanam.
Kamu nampak tak? Orang yang nak mati pun cabut lari!
Tengoklah baju kamu.
Boleh tak kamu belajar daripada Man U?
Belajar daripada Man U?
Tunjuk separuh buah dada kita!
Hei, cik!
Cik apa? Saya lelaki!
Tahu baca dan tulis?
Mestilah, bukan macam awak!
Mari tolong saya.
- Tolong apa? - Marilah!
Mari!
Apa yang awak mahu?
Betul tak?
BAYAR ATAU POTONG
- Salah. - Yakah?
Ini salah, sebetulnya "hutang".
Yakah?
Ini bermaksud "kepala".
Sepatutnya "tangan".
Betulkah?
Ini lawak, perkataan "tanduk" pun salah.
Tanduk untuk syaitan. Manusia ada kaki. Faham?
Syaitan pun ada kaki!
Kaki di bawah. Saya maksudkan tanduk di atas!
Kalau tak percaya, kenapa minta tolong?
Kenapa tulis semua ini?
BAYAR ATAU KERAT KEPALA!
Kamu lintah darat! Ah Long!
Hei! Orang buta huruf saja yang guna gelaran Ah Long!
Tak bayar, panggil polis.
Cik, jangan ke sana. Ada lintah darat!
Saya dah dibelasah, sakit. Jangan pergi!
- Saya nak telefon polis! - Kenapa?
Seseorang mungkin mati!
Kami buat penggambaran.
- Tahu Candid Camera ? - Tahu.
Kamera ada di depan. Pergi.
Berambuslah.
Jangan pukul lagi!
Awak okey?
Lakonan awak nampak hidup!
Cantiknya, awak mesti pelakon wanita utama!
Darahnya nampak palsu, saya boleh agak ia sos tomato.
Lebamnya bukan hitam atau hijau, solekannya teruk!
Saya lebih bagus.
Saya jurusolek. Secara sampingan, penggayaan imej atau koreografi.
Pengacara majlis juga. Nah! Upah boleh runding.
Saya sangat fleksibel. Terima kasih!
Awak sangat cantik!
Maaf, kereta saya rosak.
Boleh minta orang awak tolak kereta? Terima kasih!
Boleh tolong tolak?
Baguslah, dah okey. Saya pergi dulu.
Hubungi saya! Awak cantik!
Sayang, awak tak boleh tinggalkan kami!
Jangan tinggalkan kami!
Bos, dia berhutang dengan kita dan hubungi polis.
Tak bayar hutang dan berani hubungi polis?
Saya tak hubungi polis...
Itu ayat basi mereka! Dia cuma berlakon!
Pukul dia!
Tunggu!
Tolonglah! Saya merayu, lepaskan kami!
Ayah pinjam duit untuk yuran saya!
Berambuslah!
Tolonglah! Saya merayu, lepaskan kami!
Kami akan bayar!
Saya merayu, tolong lepaskan kami!
Saya merayu. Tolonglah lepaskan saya!
Kalau awak mati, mungkin kami boleh lepaskan awak.
No comments yet. Be the first to leave one.