The first 200 lines.
AGENT KIM REACTIVATED
Dengar sini, Kim.
Kita jumpa lebih kerap selepas ini, okey?
Min-ji dah besar.
Betul. Dia akan ada teman lelaki.
Apa hal?
Apa? Kau takut?
Tiada kaitan dengan kita.
Kita lelaki pertengahan usia yang terima ketidakadilan.
Kita bukan muda lagi.
Kita cuma lelaki bercermin mata.
Ayah!
Saya minta maaf.
Saya gagal jalankan tugas sebab besarkan dia seorang diri.
Saya mohon agar awak memaafkan kami.
Saya sangat marah, kecewa dan menyedihkan.
Saya tak ada mak.
Saya cuma ada ayah.
Mereka yang jahat.
Aku nak kau melutut di depan aku.
Pukul aku. Aku kata pukul aku!
Pergi mampus!
Ayah aku Ju Gang-chan, pengerusi Juhak Construction.
Aku tak kisah tentang bayaran, jadi uruskan mayat itu.
Tapi Pengerusi Ju berjasa kepada aku, jadi aku buat pengecualian.
Rahsiakan daripada ayah kau.
Awak jumpa Min-ji semalam?
Saya ada dengar tentang pintu belakang.
Boleh tanya?
Ini getah rambut awak, bukan?
Hei, orang tua. Kau memang nak kena.
Cakap. Mana Min-ji?
Oh Min-cheol…
Kau hidup sebab aku percaya anak aku masih hidup.
Kalau tidak, kau, kawan-kawan kau dan keluarga kau, semuanya akan mati.
Aku dah uruskan mayat gadis itu.
Jangan jawab dan buang telefon itu.
PERBUALAN TIDAK DAPAT DICAPAI
Hubungi mereka.
Pelarian kategori satu telah dikesan.
Pergi ke Selatan dan bawa balik kepala Nombor 66 palsu.
Pengarah, ada masalah.
Kita tak boleh serahkan orang berbahaya macam Kim.
Kita cari dia dulu.
Ada dengar berita daripada Kim?
Saya cuba hubungi dia.
Ini mayatlah!
Kau patut bungkus pakai plastik, bodoh!
"Akses disekat"?
Saya cuba semula.
Itu telefon dia?
Ya, tuan. Kami rampas.
"Anakku"?
LIMA BULAN LEPAS
Hei.
Sial betul.
Tepilah.
Tengoklah jalan.
Dasar betina.
Hei, Min-ji.
Pinjam telefon.
Saya kantoi main permainan, jadi telefon dirampas. Geramnya.
Tak boleh. Saya macam mana?
Saya akan pulangkan selepas waktu keempat.
Jangan begitu, kita kawan, bukan?
Kita kawan baik!
- Sampai waktu keempat saja. - Okey.
Terima kasih.
Hei.
Buruknya telefon awak.
Tukarlah baru. Macam telefon ayah saya.
Terima kasih.
Tengoklah ini.
- Apa? - Ada apa?
Cantik, bukan?
Tak suka warna itu.
Bukan gaya saya.
- Model terbaru memang terbaik. - Cantiknya.
- Tentu saya punya lebih mahal. - Ini model terbaru.
EPISOD 3
Ayah, jom makan.
Ayah!
Apa semua ini?
Kamu yang masak?
Ya. Sejukkan badan guna kipas.
Panas, bukan?
Saya tak pandai belajar, tapi khinzir tumis pedas saya sedap.
Terima kasih.
Kenapa tak makan?
Orang dewasa makan dulu.
Kerja ayah okey?
- Ya. - Semuanya okey?
Ayah perlukan sesuatu?
Tidak.
Saya nak pergi ke kedai mudah beli nanti.
Ayah nak apa-apa?
Tiada apa-apa.
Tentu ayah sibuk hari ini. Nak saya urut?
Ayah okey.
Biarlah saya basuh pinggan.
Banyaknya ayah kena basuh, lagipun saya dah besar.
Berapa kamu nak?
Saya tak nak duit.
Nak telefon baru.
Dah rosak?
Tak, tapi saya dah guna tiga tahun, jadi mungkin akan rosak.
Kalau dah rosak, cakap.
Orang dah tak guna telefon sampai rosak.
Pelajar lain tukar telefon baru setiap tahun.
Tak sampai setahun.
Ada yang tukar setiap bulan.
Nak lihat telefon saya?
Tengok ini. Macam mana nak bawa ke sekolah?
Memalukan betul.
Buruknya.
Belilah telefon untuk ayah.
Lupakan saja. Saya nak makan di bilik.
Kim Min-ji!
Bukan sayalah.
Angin yang tolak.
- Saya dah balik. - Hei.
Ya Tuhan! Apa ini?
Ini telefon baru itu!
Ayah.
Saya sayang ayah.
Ayah lebih sayangkan kamu.
Kenapa ayah belikan ini?
Apa ini?
Gelinya.
AGENT KIM REACTIVATED
BILIK SOAL SIASAT
"Anakku"?
Apa hal?
Helo?
Itu kamu, Min-ji?
Min-ji…
Nombor ini tak dapat dihubungi. Anda akan disambungkan ke mel suara
dan caj akan dikenakan selepas bunyi bip.
Dah dapat kesan dia?
Kami masih mencari.
Kenapa lama sangat nak jejaki telefonnya?
Kami tak dapat tembusi datanya,
jadi menjejakinya guna frekuensi perlukan masa.
ANAKKU
Nombor ini tak dapat dihubungi. Anda akan disambung ke mel suara.
Kalau dia dapat tahu dan melarikan diri,
mungkin dia akan musnahkan telefonnya.
Encik, boleh laju lagi?
Tuan.
Balai Polis Hwasin periksa latar belakang Kod Nama 66.
Pergi ke balai polis itu dan arahkan pasukan pemantauan untuk menjejaki dia.
- Baik, tuan. - Faham.
Masukkan data tahun lepas dalam ruangan ini?
- Ya, betul. - Okey.
Okey.
Cik Jung.
Awak nak ke mana?
Awak nak ke mana?
Wah, sedapnya kopi hari ini.
- Saya kena jawab ini. - Okey.
Helo?
Ya.
Okey, baiklah.
BUKA
TUTUP
Sayang.
Hye-ri tak nak keluar dari biliknya.
Dia ponteng sekolah lagi?
Apabila saya cuba masuk, dia marah dan suruh saya keluar.
Ayah tahu apa kerja ayahnya?
Kenapa kamu tanya?
Entahlah.
Saya cuma nak tahu.
Siasat apa yang berlaku kepada Hye-ri.
Baik, tuan.
JUHAK CONSTRUCTION
TIDAK BERKUNCI
JU HYE-RI
"Sung Min-ho."
MASUK, KELUAR, TIDAK DIJAWAB
Buka mesej.
SAYA BUAT SENAMAN BERAT PATUT AMBIL GAMBAR?
SUKA HATILAH, TAPI JAGA ADAB, SAYA DI SEKOLAH
- KENAPA? SEKSI SANGAT? - ERK…
RINDULAH
- Min-ho, boleh datang? - Ya, kenapa?
Ada budak perempuan yang tak sedar diri,
jadi saya nak ajar dia.
Bawa yang lain juga.
Awak tak rindu saya.
Siapa perempuan yang berani kacau Hye-ri saya?
Nama dia Kim Min-ji.
Biadab betul
dan asyik menjawab.
Okey, saya datang.
Tak guna, saya tak dapat tidur.
Kenapa? Tak percayakan saya?
Saya akan uruskan semuanya.
SMH_UNTAMED: NAMPAK CANTIK HARI INI JUGA
Periksa akaun Sung Min-ho.
No comments yet. Be the first to leave one.