The first 200 lines.
ILHAM DARIPADA PERISTIWA SEBENAR, NAMUN KISAH, WATAK
DAN KONTEKS DRAMA HANYALAH REKAAN.
APA-APA PERSAMAAN DENGAN INDIVIDU ATAU ENTITI SEBENAR TIDAK DISENGAJAKAN
Ramalan masih menunjukkan ribut petir sederhana hingga kencangโฆ
JEDDAH 2013
โฆdiiringi angin permukaan yang menerbangkan debu.
Ini boleh menyebabkan banjir di lembah dan kawasan rendah.
Para penduduk diminta supaya sentiasa berhati-hati
dan menjauhi kawasan air terkumpul.
Macam yang kita bincang, hadis yang diterima ada dua jenis,
hadis sahih dan hadis hasan.
Satu contoh hadis sahih ialah hadis tentang kemanisan iman.
Kita mesti faham tujuan dan maknanya.
Mencintai Allah, Rasul-Nya dan saudara-saudara kita kerana Allah,
membenci kekufuran dan segala dosa.
Semua ini membantu kita untuk merasai kemanisan iman dalam hati.
Okey, semua?
Baik, belajar betul-betul. Jangan lupa.
- Moga ujian mudah. - Mona, salinkan kerja.
MENUNTUT ILMU DARIPADA AL-QURAN DAN SUNAH
THE PIT
TUHAN, JANGANLAH MENGIRAKAN KAMI SALAH JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH
KLINIK PSIKIATRI
FARMASI
Jangan biarkan apa-apa mengganggu pelajaran kamu.
Apa semua ini?
Mana begnya? Kau letak di mana?
Pergi cari. Cepat!
Hei, pergi tengok dapur!
Ya Allah!
Aduhai. Ampun, ya Allah!
Mana barang aku?
Semuanya ada di situ!
Cukup! Sudah, semua!
Kamu belum basuh pinggan?
Dah. Itu jiran punya.
Ulang kaji untuk ujian nanti,
baru boleh habiskan sekolah.
Kamu pula, kalau kalah, terus matikan.
Moga Allah pandu.
Tak cukup lagikah apa yang kamu dah lalui?
Kamu tak belajar. Kamu tak sembahyang.
Tolong buat kerja rumah pun tak. Seharian duduk tengok TV.
Tak sudah-sudah hadap telefon.
Mak tak faham. Apa gunanya?
Apalah gunanya kamu selain buat mak susah dan tertekan?
Hei!
- Mak, terkejut saya! - Kamu sorok apa?
Tak ada apa-apa.
Macam mana janji temu doktor tadi?
Okey. Buang masa saja.
"Buang masa"? Bersyukurlah sikit.
Sumpah, kalau Cikgu Siham tak uruskan sesi terapi kamuโฆ
Mak berterima kasih.
Tahu apa orang akan kata jika tahu kamu ambil ubat?
"Dia kuat, dan dia sedang dirawat."
Cuba cakap. Mari sini. Doktor itu dah berkahwin?
Mak nak kahwinkan doktor itu juga?
Ya, ada cincin kahwin.
Apa hinanya kerja mak?
Jadi tukang risik lebih baik daripada jadi tukang cuci, bukan?
Betul tak?
Siapa tetamu itu?
Mak kawan kamu, Mona.
- Mona? - Ya.
Mona bukan kawan saya lagi. Apa dia nak?
- Ayah kamu dah sampai. - Saya dah balik.
- Tolong ayah. - Baik.
- Saya dah balik. - Cepat, masuk.
Selamat datang!
Lama awak tunggu? Suami saya balik.
Tak apa.
- Saya boleh datang nanti. - Tunggu.
Tak, serius.
Cakaplah. Apa lagi awak cari?
Tiada apa, asalkan kewangan stabil.
Tinggi, pendek, gemuk, kurus?
Tak kisah. Asalkan dia sedia.
Jangan macam sebelum ini.
- Kemudianโฆ - Saya tahu. Jangan kulit gelap.
Jangan ambil hati pula.
Kenapa saya nak ambil hati? Saya yang nak kahwin?
Okey, terima kasih.
Secepat mungkin, ya?
Apa kata kita adakan pertemuan esok?
- Awak serius? - Ya.
- Esok? - Ya.
- Saya belum beritahu Mona! - Lagi awal, lagi bagus.
Lelaki itu calon suami idaman. Dia kaya.
Saya akan tanya dia. Doa yang terbaik.
Nanti beritahulah.
- Baik. - Beritahu saya.
Dia memang lelaki idaman.
Tanya dia dulu. Malam ini beritahu saya.
- Okey, baik. - Okey.
Selamat kembali, para pendengar. Hari ini di Saudiโฆ
Bau apa ini?
Ayah.
Keputusan dah keluar?
Ayah! Peperiksaan akhir mula esok.
Macam mana ayah boleh lupa? Kata nak ajar saya kalkulus.
Nak, beri sini telefon ayah!
Helo? Hei, Abu Uday.
Tak. Mula korek.
Tak, bukan itu yang kita janji.
Mimi. Pengecas.
- Apa? - Pengecas.
Tak boleh.
Bukan masalah aku.
Mimi!
Sabar.
Cepatlah, semua! Laju sikit! Kita tak ada masa!
Cepat!
Awak mengelamun?
Cuaca tak baik hari ini. Macam manalah mereka nak fokus?
Dua ujian saja. Jangan risau.
Elok kita suruh budak-budak balik dan buat dua ujian itu esok.
Bagus juga. Mereka tak perlu pendidikan.
Tutup sekolah dan rehat saja. Cantik.
- Awak buat lawak? - Yalahโฆ
Tak kena masa betul Mariam cuti bersalin.
Dia beranak awal sebab asyik kejar budak-budak itu.
Siham, awak seorang saja yang sesuai untuk kerja ini.
Awak baru satu semester di sini,
dan prestasi sekolah dah melebihi jangkaan.
Apa beza kalau timbalan pengetua tak ada?
Cat tiang itu. Saya tak nak tengok satu huruf pun.
Jangan risau. Saya ada dengan awak.
Okey.
Takut betul aku. Aku rasa aku tak belajar betul-betul.
Aku tak takut langsung.
Malam tadi, ayah beri masa untuk ajar aku.
Untungnya kau!
Kalau ayah aku ajar aku, mesti mata aku berlebam.
Samia, bukan kau nak pakai pendakap gigi?
Apa maksud kau?
Mona! Mari sini.
Ceritalah macam mana kau terus belajar di sekolah lama kau selepas kebakaran itu.
- Dia cerita. - Biar dia cerita.
Ceritalah.
KANTIN
- Mengerikan betul. - Betulkah?
Sumpah, seramnya sampaikan meja dan kerusi bergerak.
Waktu budak-budak lari, mereka asyik berlanggar.
- Sumpah. - Kau memang hero.
Kalau aku jadi dia,
aku takkan boleh belajar dengan rambut hangus macam itu.
Serius.
Terima kasih.
Malah kemudian,
aku kena fitnah pula.
Teringat pula pengetua lama kita.
Dia fitnah aku tanpa sebab.
Ya Allah, tak habis-habis.
Cerita sajalah elok-elok.
Tak payahlah. Baik kita ulang kaji.
Mona.
Mari sekejap. Penting.
Kalau kau sesat, pintu tukang cuci di sana.
Nak aku mop lantai dengan muka kau?
Hei, Pn. Puff datang!
Ya, gaduhlah lagi. Buang masa.
Waktu ujian nanti, minta jawapan sesama kamu.
Cikgu, cantiknya baju cikgu.
Mana cikgu beli?
Kamu, Mashael? Kamu cari masalah?
Kami tak gaduh. Kami cuma ulang kaji.
Kamu! Beri sini.
Tunjuk apa kamu pegang.
- Apa itu? - Kenapa? Salahkah saya membaca?
Novel? Kami dah pesan, novel cinta tak dibenarkan.
Bukan, cikgu. Ia tentang lelaki yang dirasuk syaitan wanita.
Auzubillah. Bismillah.
Patutlah celak kamu nampak macam syaitan.
Lap!
Cikgu Siham manjakan kamu. Cepat!
Mari sini.
Tunjuk sini. Apa ini?
Masya-Allah! Kamu ingat ini jamuan?
Pergi ke bilik ujian! Pergi!
- Mak kata paling penting bagi perempuanโฆ - Apa? Adab dia?
Bulu mata di hujung sekali.
Hei, kamu nak ke mana?
Masuk barisan!
- Kocek kamu. - Tak ada kocek.
Sumpah, tak ada.
Tak ada.
Buka bekas pensel.
Ada cermin saja. Tak ada benda lain.
Kamu tak boleh bawa apa-apa kecuali pen.
- Cermin saja. - Masuk.
Jangan gigit kuku. Sayanglah diri kamu.
Tunjukkan kocek kamu.
Masuk.
- Jangan terbalikkan. - Beri jawapan.
Betul, salah. Okey?
Dengar sini, semua.
Cikgu tahu kamu gementar dan tertekan.
Tapi insya-Allah, ujian ini mudah.
Soalannya senang saja.
No comments yet. Be the first to leave one.